Welcome to Red Rose Dormitory of Orphan

Diary Of Orphan

" Nama kau apa?" sergah satu suara membuatkan gadis berwajah halus berambut tocang itu tersentak.

 

Dia yang sedang menunggu di pejabat Asrama Ros Merah Anak Yatim terus mengalihkan pandangan mencari pemilik suara yang sedikit tegas itu. Dengan rasa takut, dia mengumpulkan semangat yang membara menjawab " Chan.. Chanmi .. Seol Chanmi .."

 

" Nama aku Chieri dan yang minah make up tebal ni, Chunri .." ujar Chieri sekali gus memperkenalkan Chunri yang khusyuk membelek mukanya pada cermin poket.

 

Anak mata bulat milik gadis itu terpaku melihat kecantikan makhluk dihadapannya, iaitu Chunri. Mungkin baru balik dari bersiar-siar, fikirnya setelah menyukat ketebalan bedak pada wajah Chunri sambil meneliti ketajaman kening, lentikan bulu mata juga pipi semerah mawar . 

 

"Omo~ Asal tengok saya macam tuh. Taula I cun, nama pun Chunri ,"kata Chunri sambil melibas rambut ikal mayangnya. "By the way Yoo Chunri . Bukan You tapi I .. erk .." sambung Chunri sedikit pelik melihat perwatakan Chanmi yang agak blur. Chamni hanya mengelipkan kedua-dua kelopak matanya. 

 

"Oit diam arh.. Okey, mulai hari ini kau duduk dengan aku dan Chunri . Welcome-welcome . Akhirnya aku berjaya dapatkan ahli terakhir untuk geng aku. Woohoo~ " ujar Chieri sambil menghulur tangan dan tersenyum megah . Rasa macam awesome gituh .

 

Tapi lain pula bagi Chanmi atau mulai saat kini dia termasuk geng ChiChun dan aku ChiChunChan? Entah apa nama macam tuh. Macam chihuahua aku dengar . Huluran tangan tetap disambut dan mulut cuba membantah cadangan yang diujar oleh Chieri."Tapi ..."

 

"Peraturan pertama, aku paling pantang  orang bantah apa yang aku cakap," potong Chieri sambil merenung Chamni dengan mata helangnya. Tapi mata Chieri pon boleh tahan. Terpesona aku. Nasib baik tak berterabur iman.

 

Chanmi telan liur apabila dicerlung tajam mata helang Chieri. Lancar saja liur melalui kerongkong. 

 

"Jom ikut aku naik dorm. Chunri! Tolong Chanmi angkat bagasi! ," arah Chieri pula.

 

"Alah, saya baru saja sapu losen ni .. " keluh Chunri sambil menunjuk telapak tangannya yang putih mulus dan licin .

 

Renungan tajam Chieri kini dihadiahkan 'free' kepada Chunri. Chunri mengalah sambil mencebik.

 

"Berlagak macam leader pulak! " rungut Chunri perlahan tapi masih kedengaran di halwa telinga Chieri.

 

"Memang aku leader pon!"

 

"Entah siapa yang lantik dia. Dia ni memang perasan sikit," bebel Chunri sambil memberitahu Chanmi yang tengah tersengih macam kerang busuk.

 

"Toksah toksah, timokasih saya boleh angkat sendiri," ujar Chanmi perlahan, cuba menghalang sebarang pergaduhan. Sempat lagi dia mengucapkan terima kasih kepada petugas  di pejabat sebelum membawa kaki keluar mengikuti Chieri dan Chunri dengan berat hati. Apalah nasib. Mcm mana la aku nak hadapi hidup aku duduk kat sini waaa.

 

Chanmi merindui arwah mak dan ayahnya. Sebulan sudah mereka pergi. Kalau ikutkan hati, terasa lemah sahaja langkah yang harus diaturkan ke sini. Kalau Aunty Jiyeon enggan menjaganya, dia sanggup tinggal di Wakaf Che Yeh, asalkan setiap hari dapat melawat pusara arwah mak dan ayah. Tapi apalah kuasa budak 15 tahun sepertinya. 

 

Sambil melangkah menuju ke dorm yang Chanmi sendiri tidak tahu, senyuman daripada beberapa penghuni yang berselisih dengannya, berjaya mengubah emosi Chanmi. Senyuman dibalas. Wajah  mereka begitu ceria. Seperti tiada kisah sedih dan duka menghantui dalam diari kehidupan. Adakah mereka bahagia disini?

 

Persoalan tersebut mengusai dirinya. Apakah dia juga mampu menjadi seperti mereka yang lain?

 

"Chanmi.." panggil Chieri, namun Chanmi masih dalam khalayannya, memikirkan apa yang akan terjadi sekarang, masa hadapan dan selamanya. " Chanmi! Woi!, aku panggil ni. Kau pekak ke hah? Dah berapa lama tak korek hidung?!" jerit Chieri melepaskan amarahnya. "Korek hidung ke korek telinga? Alahaii.. kata leader. Kenapalah aku dapat kawan bengap cam dia ni.. ish..ish.." kata Chunri dalam hati sambil menahan ketawanya.

 

Terperanjat beruk Chanmi disergah begitu. Terus blurnya datang. Terpinga-pinga dia melihat sekeliling mencari jawapan untuk menjawab soalan cepumas yang akan diuarkan oleh Chieri nanti. Mana tahu ada sesuatu yang tidak diingin berlaku, seperti kebakaran, dapat juga dia membuka langkah seribu melarikan diri.

 

"Apa yang kau cari?!" soal Chieri dengan nada yang agak tinggi.

 

"Aaa .. aaa" Chanmi tidak tahu apa yang diperkatakan. Akhirnya dia menyeringai menutup malu menampakkan sebaris giginya.

 

"Aaa..aaa..aaa! Kau blur ek? Ke gagap?" soal Chieri sambil merenung Chanmi. Cepat-cepat saja Chanmi Menggelengkan kepala. " Mana ada".

 

"Habis tuh, Kau pekak ke, aku panggil nama kau, buat-buat tak dengar. Lenkali play station!! Faham?!" Kata Chieri merapati Blok Aspuri Ros Merah. "Bukan pay attention ke? Omo! Dah teruk otak kawan aku sorang ni. Kena bawa jumpa doktor Suho ni! Omo, My doctor Suho~" Mulalah Chunri berangan menikmati saat bersama doktor Suho.

 

"Saya tak dengar pun.." balas Chamnmi sambil  anak matanya teliti memerhati Chieri dari atas ke bawah secara curi-curi. Penampilan Chieri dan Chunri sangat berbeza. Kalau Chunri cantik, mungkin Chieri lebih sesuai dipanggil ala kadar tapi berstail.

 

Beanie yang tersarung di kepala langsung dipakai secara bersahaja tapi masih kelihatan ayu dimataku. Malah yang lebih mengejutkan aku adalah apabila Chieri melompat akibat ada Prince frog dihadapannya, menampakkan seluar legging membentuk dua kaki KLCC yang cantik disebalik kain batik jawanya. Dahlah bergemerlipan, skinny pulak tuh! Macam nak pergi disko. Hampir tersembur tawa Chanmi dibuatnya.

 

Chanmi faham akan peraturan disini. Setiap kali melangkah keluar dari kawasan asrama, harus memakai pakaian yang sopan contohnya baju labuh, yang lebih digalakkan memakai baju rasmi asrama pada hari Ahad. Mungkin tadi Chieri pakai baju T-shirt dan leggings, jadi dia malas nak tanggalkan, main sarung saja. Fikirnya.

 

"Awak panggil dia masa dia menghayati keindahan sekitar asrama ni, mana lah dia dengar. Sepatunya awak pergi dekat dia, panggil lemah lembut dan goyang tangan dia kalau dia tak sedar. Ni tak, main sergah jer. Terkejut beruk la kawan kalau awak buat camtuh. Silap hari bulan, entah salah sorang dari kami kena heart attack disebabkan awak.. awak tau tak heart attack ni ...." kata Chunri kepada Chieri sambil tangan tak habis-habis menumbuk menunjukkan apa yang dinyatakan adalah benar-benar belaka.

 

"Mula dah minah ni membebel" bisik Chieri kepada Chanmi. Chanmi hanya sekadar ketawa kecil. "Sekarang aku nak kau tahu yang dekat dalam ni kita ada musuh. Musuh ketat . Musuh sejati. Musuh segala musuh dan sewaktu dengannya. Jangan sampai kita terserempak dengan dia," kata Chieri. Chanmi mendengar dengan khusyuk manakala Chunri masih dengan hujahnya. Hahahaha

 

"Peraturan kedua,siapa sahaja yang aku tak suka, akan jadi musuh kau orang jugak. Kalau dia anti aku, means dia anti kau jugak," sambung Chieri. Dalam kata-katanya seperti tegas menyatakannya. Aku harus mengambil langkah berjaga-jaga. Alahaii, baru masuk dah ada musuh. Apalah nasib, baru jer nak friendly.

 

Chanmi membilang anak tangga yang dinaiki. Rasanya sudah sampai tingkat tiga. Beg di tangan dikejapkan lagi ditangan. Terasa hendak tercabut lengannya mengangkat beg besar yang mengandungi segala khazanah. Yalah,mulai hari ini dia akan tinggal di sini. Tak mungkin dia akan tinggalkan barang-barang kesayangannya. Termasuklah diarinya.

 

"Jauh lagi ke dorm kita? Penat den" soal Chanmi.

 

"Tuh," balas Chunri sepatah sambil memuncungkan bibirnya yang disapu pelembap bibir.

 

" 3 C-Rose?!" soal Chanmi terperanjat. Kerutan pada dahi terlukis, hampir menyambung keningnya yang cantik terbentuk.

 

Chieri dan Chunri mengangguk sambil membuat peace.

 

"Sebab tu ke nama kita pun terpaksa bermula dengan huruf C? Chieri Chunri Chanmi?" soal Chanmi. Nasib baik nama aku bermula huruf C, kalau tak entah apa yang akan terjadi.Teringat pula kawan lama nama afiq tambah munirah kasi gabung jadi munafiq eh eh.

 

"Pandai pun. Kau memang memahami aku. Silakan masuk," balas Chieri sambil tersenyum megah. Dia melakukan aksi seperti seorang penjaga pintu hotel lima bintang menjemput tetamu VVIP sahaja yang dibenarkan. Sempat Chieri menjeling Chunri yang kerjanya asyik membantah sahaja

 

"Pe tengok² Tau la muke saye macam Song Hye Kyo.. Tak perlu jerling² camtu" jawab Chunri sambil melangkah masuk ke dalam dorm.

 

"Ceh muke macam Yoo Jae Suk ada lah" balas Chieri tanpa rasa bersalah.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet