Chapter 1

Every Second Without You -HIATUS-

Pada pagi yang hening , hujan turun renyai-renyai menambah suasana sedih dan suram. Pemergian orang yang disayangi tentunya amat sukar untuk diterima. "Kenapa semua orang pergi meninggalkan aku sendirian. Permergian Kris hyung sudah membuatkan hidupku sedih. Kemudian papa pula pergi meninggalkanku. Kini mama, satu satunya keluarga aku yang tinggal turut meninggalkan aku. Apa salah aku?"

 

     "Mama, kenapa mama tinggalkan Baekhyun sendirian? Baek tiada lagi tempat nak bergantung." Ucap Baekhyun dihadapan makam ibunya dengan air mata yang bercucuran.

 

      Tiba-tiba bahunya ditepuk oleh seseorang. Dia menoleh ke belakang dan mendapati Chanyeol berada dibelakangnya.

 

   "Baek, marilah kita balik .Hujan nampaknya semakin lebat. Nanti awak demam pula." Kata Chanyeol sambil mengusap bahu Baekhyun.

 

   "Saya nak balik ke mana. Sudah tak ada orang dekat rumah. Biarlah saya disini teman mama." Kata Baekhyun menolak ajakan Chanyeol. 

 

   "Awak tak boleh macam ni. Mama awak dah amanahkan saya untuk jaga awak. Jom ikut saya balik. Kita pergi rumah awak dulu untuk ambik barang lepas itu kita balik rumah saya. Awak tinggal dengan saya." Kata Chanyeol sambil menarik tangan Baekhyun.

 

    Baekhyun hanya menurut. Dia benar-benar rasa kehilangan. Siapa yang tak sedih kehilangan orang tersayang kan?

 

••••

 

 

 

 

    "Kita dah sampai. Jomlah turun. Janganlah segan." Kata Chanyeol sambil memegang tangan Baekhyun turun dari kereta. 

 

   "Eomma, saya dah balik. Saya kenalkan ni Baekhyun yang saya ceritakan tu." Chanyeol memperkenalkan Baekhyun kepada eommanya.

 

   "Oh kamu dah sampai. Marilah masuk. Aunty tunjukkan bilik kamu ya." Kata eomma Chanyeol sambil membawa Baekhyun ke bilik.

 

   "Terima kasih aunty sebab izinkan saya tinggal di sini. Saya dah tak ada tempat untuk bergantung. Maaf sebab dah susahkan aunty." Kata Baekhyun dengan ekspresi muka yang hampir menangis.

 

   "Tak susah pun. Mama kamu dah banyak berjasa pada keluarga aunty. Dia berikan kerja pada Chanyeol. Dia tanggung perbelanjaan belajar Sulli adik Chanyeol. Ini masanya untuk aunty membalas jasa mama dengan jaga kamu elok-elok. Aunty anggap kamu macam anak aunty sendiri. Mulai dari harini panggil aunty dan uncle sebagai eomma dan appa ya?" Ujar Eomma sambil memeluk Baekhyun. 

 

     "Terima kasih aunty. Terima kasih untuk segalanya" ujar Baekhyun sambil menangis di bahu eomma.

 

    "Dah lah. Kamu berehatlah. Eomma ke dapur dulu. Kalau kamu perlu apa -apa beritahu lah eomma ya. Oh ya. Hari ni anak perempuan eomma balik. Nanti eomma kenalkan."

 

    "Baiklah eomma." Ujar Baekhyun.  

 

    Eomma berlalu pergi dan meninggalkan Baekhyun sendirian mengemas barang-barang nya.

 

"Tak tahu pula Chanyeol ada adik. Hish baik aku kemas barang." Baekhyun bermonolog.

 

••••

 

 

    Sulli adik kepada Chanyeol balik setelah 2 tahun melanjutkan pelajaran di Jepun.

 

    "Eomma !! Saya balik !! Oppa ! Rindunya dekat oppa!" Ujar Sulli sambil memeluk Chanyeol. 

 

   "Oppa pun rindukan kamu. Eomma ada di dapur , pergilah jumpa." Kata Chanyeol.

 

   Sulli pergi ke dapur untuk bertemu eommanya.

 

   "Wah!! Eomma masak apa tu? Sedapnya. Lapar pula jadinya." Sapa Sulli sambil memeluk eommanya dari belakang.

 

   "Eh kamu ni. Terkejut eomma. Rindunya eomma dekat kamu. Mestilah lah eomma masak makanan kegemaran kamu." Balas eomma.

 

  "Chanyeol!! Tolong panggilkan Baekhyun dan appa ! Kita makan sama-sama. Eomma dah siap masak ni." Arah eomma kepada Chanyeol. 

 

   "Eomma! Ada orang lain ke dekat rumah kita?" Soal Sulli kepada eommanya.

 

   "Iya. Anak Aunty kamu. Kamu dah ziarah makam aunty?" Soal eomma.

 

   "Belum eomma. Petang ni lah." Jawab Sulli.

 

   "Baekhyun duduklah. Kita makan sama-sama." Kata appa kepada Baekhyun. 

 

    " Maaf appa. Saya tertidur tadi." Kata Baekhyun. 

 

   "Eomma tahu kamu penat. Kenalkan ni anak perempuan eomma Sulli." Eomma mengenalkan Sulli .

 

   "Hai. Saya Sulli." Sapa Sulli. 

 

   "Hai. Saya Baekhyun. Selamat berkenalan." Balas Baekhyun. 

 

    "Eh marilah kita makan." Kata Chanyeol memutuskan perbualan.

 

••••

 

 

 

   Setelah beberapa tahun bersama, Baekhyun sudah mulai menerima keluarga barunya. Dia semakin selesa bersama dengan Chanyeol. 

 

    "Yeol, awak busy ke hari ni?" Soal Baekhyun kepada Chanyeol. 

 

   "Tak kut. Kenapa?" Jawab Chanyeol. 

    "Kalau tak jom ikut saya ke makam Kris hyung. Dah lama saya tak ziarah." Baekhyun menyatakan hasratnya untuk ke makam.

 

    "Ok boleh. Nanti kita pergi." Jawab Chanyeol setuju.

••••

 

 

 

     "Dah tiga tahun hyung pergi tinggalkan saya. Adakah hyung bahagia di sana? Saya minta maaf sebab tak boleh selalu datang ke sini. Saya sibuk kerana harus pergi ke syarikat disebabkan waktu untuk syarikat diserahkan kepada saya sudah hampir, saya harus belajar cara- cara mengedalikannya. Hyung, saya rindukan hyung sangat-sangat." Baekhyun bercerita dihadapan makam Kris dan air matanya mula berderai.

 

   "Kris Hyung. Walaupun saya tidak mengenali hyung tetapi saya yakin hyung seorang yang baik. Moga hyung damai disana. Kami harus pulang dulu. Kami akan datang lagi jika ada masa." Kata Chanyeol seolah-olah meminta izin untuk pulang.

 

     "Mari kita balik Baek. Dah hampir senja." Chanyeol mengajak Baekhyun pulang.

 

    "Marilah kita balik." Kata Baekhyun lalu menuju ke kereta. 

 

••••

 

 

 

 

   "Kenapa awak nampak resah je Baek?" Tanya Chanyeol. 

 

  " Saya risau.Penyerahan syarikat dah hampir tiba. Ini bermakna Byun company akan diserahkan kepada saya." Jawab Baekhyun menyatakan keresahannya.

 

   "Saya yakin awak mampu mengedalikannya. Awak ada potensi. Baekhyunnie hwaiting!" Kata Chanyeol cuba memberi semangat.

 

   "Tapi saya tak yakin saya boleh. Awak akan ada dengan saya kan? Bersama sama saya untuk mengendalikan syarikat kan?" Soal Baekhyun. 

 

   "Tentulah. Saya akan sentiasa bersama awak." Jawab Chanyeol sambil menggenggam tangan Baekhyun dan memberikan senyuman yang manis.

 

    Ini membuatkan hati Baekhyun sedikit tenang. Jantungnya bedegup kencang tidak normal apabila Chanyeol menggenggam tangannya dan dia seolah-olah terbuai dengan perasaan apabila Chanyeol tersenyum manis kepadanya. 

 

   "Ish apa ni? Aku tak boleh suka Chanyeol. Dia lelaki. Tapi tak salah kan kalau aku suka dia walaupun aku lelaki? Ish no no no Baek. Stop thinking about it." Hati Baekhyun berbicara.

 

   "Kau manis Baekhyun. Terlalu manis untuk seorang lelaki.Andai saja aku boleh memiliki mu." Kata hati Chanyeol yang ternyata sudah mula terpaut pada Baekhyun. 

 

••••

 

 

 

 

   Sulli dan eommanya berada di beranda. Berbual bersama-sama.

 

   "Eomma, Baekhyun oppa baik orangnya kan?" Tanya Sulli. 

 

   "Ya. Dia seorang yang sopan santun dan hormat orang tua. Eomma suka dia." Balas eomma.

 

   "Suka macam mana tu eomma? Hahaha. Kalau jadi menantu eomma?" Hatinya berdebar-debar menunggu jawapan eommanya.

 

   "Menantu? Kamu ni kenapa? Kamu suka dia ke?" Tanya eommanya membalikkan soalan.

 

   "Ish eomma ni. Orang tanya je lah. Jawablah." Kata Sulli.

 

   "Eomma tak ada masalah pun. Dia baik orangnya. Eh eomma nak angkat kain lah. Hari gelap macam nak hujan. Kamu duduk dulu ya nanti eomma datang balik." Kata eomma lalu berlalu pergi.

 

    "Nampaknya tiada halangan kalau aku dan Baekhyun oppa bersama. Bila tiba masanya aku akan berterus terang pada dia." Sulli bermonolog. 

 

••••

 

 

 

 

    Chanyeol berada dihadapan televisyen. Hanya matanya yang tertumpu kearah televisyen tetapi fikirannya melayang.

 

  "Arghhh aku dah tak sanggup lagi. Aku betul-betul cintakan dia. Aku dah tak kisah apa yang terjadi. Aku akan berterus terang pada dia." Kata Chanyeol lalu berdiri dan pergi ke arah bilik Baekhyun.

 

tok tok tok.....

 

   "Ya masuklah. Tak kunci pun." Jawab Baekhyun apabila pintu biliknya diketuk.

 

    Pintu dibuka dan kelihatan Chanyeol yang sedang menuju kearah Baekhyun. 

 

   "Oh awak Yeol. Ada apa? "Soal Baekhyun kepada Chanyeol. 

 

   "I need to tell you something." Kata Chanyeol dan makin mendekat pada Baekhyun.

 

     Chanyeol mendekat pada Baekhyun dan menolak Baekhyun jatuh keatas katil. Dan mengunci badan Baekhyun.

 

   "Aaa..apa awak buat ni Chanyeol? Tanya Baekhyun tergagap gagap.

 

   "Awak tahu tak saya sebenarnya dah lama ada perasaan dekat awak. Tapi saya takut awak benci saya sebab saya cintakan awak." Kata Chanyeol sambil mengusap pipi Baekhyun. 

 

   "Apa awak buat ni. Nanti eomma awak nampak. Tolong lepaskan saya." Rayu Baekhyun. 

 

   "No ,until you answer me. I love you. Sudikah awak menjadi milik saya?" Chanyeol menyoal .

 

   Baekhyun tiba-tiba menangis. Membuatkan Chanyeol rasa bersalah. Lalu turun dan melepaskan Baekhyun.Dia duduk di

birai katil .

 

   "Saya minta maaf kalau saya buat awak takut. Tapi saya ikhlas cintakan awak. Tolong jangan benci saya." Kata Chanyeol sambil mengelap air mata Baekhyun. 

 

    "Saya tak benci awak. Sebenarnya saya pun cintakan awak. Saya takut awak benci saya. Saya minta maaf." Kata Baekhyun.

 

    "Don't cry baby. Saya sayangkan awak. Saya betul-betul cintakan awak. Saya nak awak untuk jadi teman hidup saya selamanya." Kata Chanyeol sambil mendekat pada Baekhyun.

   

   Dia mengucup bibir Baekhyun lama. Tanpa disedari mereka diperhatikan oleh seseorang.

 

   "Sampai hati oppa buat saya macam ni. Baekhyun oppa is mine! How could you." Sulli berlari masuk ke biliknya sambil menangis.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
FandhiraHanasha
cerita ni mmg sesiapa yang tak suka jangan baca. saya tak bertanggunjawab kalau geli

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
so, ini citer (boyxboy), ke?
klu camtu, tak sabar nk tggu yg selanjutnya...
YoungScobee
#2
sorry for saying this xD kalau nak buat fic malay. ayat you jangan panjang panjang. nampak tak lawa. dia jadi mcm pening and bosan org nak baca. sorry for saying this and sakitkan hati awak. i'm just being honest. don't hate me please O.O