Chapter 2

Red Velvet, Indulgence & Tiramisu
Please Subscribe to read the full chapter

Jessica dan Krystal sedang membantu nenek mereka menyiapkan makan malam manakala Taehyung sedang leka bersembang dengan datuknya. Kerja sekolah telah pun mereka siapkan sebaik sahaja mereka tiba dirumah selepas singgah di cafe Chanyeol. Memang itulah rutin harian mereka, sebaik sahaja tiba dirumah mereka akan terus menyiapkan kerja sekolah. Pada pukul 7, mereka akan terus turun ke tingkat bawah dan menghabiskan masa bersama datuk dan nenek mereka. Jessica dan Krsytal memang akan menolong nenek mereka masak dan selesai mereka memasak, Taehyung pula akan memulakan tugas nya untuk menyusun makanan di atas meja. Kerja mencuci pinggan, dilakukan secara bergilir-gilir pada setiap hari antara mereka bertiga.

Ini kerana mereka tidak mahu menyusahkan datuk dan nenek mereka dengan kerja yang remeh temeh. Cukup sudah kedua mereka mahu menjaga mereka tiga beradik jadi mereka tidak mahu membebankan lagi datuk dan nenek mereka. Oleh sebab itu, mereka perlu bersikap matang dan peka terhadap situasi keluarga mereka agar datuk dan neneknya tidak risau dan mungkin dapat menjejaskan kesihatan mereka.

“Nenek pergilah depan, kami berdua habiskan kerja memasak ni.” Jessica berkata sambil tangannya lincah memasuk kan rempah ke dalam kuali.

“Betul tu, nenek pergilah depan. Biar kami siapkan. Nenek tunggu dan tinggal makan jer nanti.” ujar Krystal sambil ketawa kecil.

Nenek mereka ketawa kecil. “Hmm... Cucu nenek suruh, mana boleh bantahkan?”

Jessica dan Krystal ketawa. “Mana ada... Kami tak nak nenek penat jer.”

Pinggan yang berada di tangan neneknya diambil lalu diletakkan diatas meja makan. “Nenek boleh panggil Taehyung sekali tak? Minta dia hidang makanan yang dah siap masak.”

“Okaylah... Nenek pergi depan dulu.” Apron yang dipakai diberikan kepada Krystal. Kepala Krystal diusap lembut.

“Kakak, ada apa lagi yang Krys boleh tolong?”

“Krys, tolong buat air ya?”

“Got it!”Jag dan cawan diambil dari almari dan dibasuh. Jus oren dikeluarkan dari peti sejuk untuk dibancuh. Kemudian, air dituangkan lalu dikacau. Dia membuka peti sejuk untuk mendapatkan ais batu.

“Somebody need help?” Taehyung tersenggih di hadapan Krystal.

“Sampai pun... Makanan yang dah siap tu tolong hidang kat depan.”

“Alright, no prob...” ujarnya sambil tangan mengambil dulang yang berisi air daripada tangan Krystal. “Taehyung letak air ni dulu...”

“Thank you Taehyung...” ujar Krystal sambil tersenyum lalu bergerak ke arah kakaknya.

“Siap dah?”

“Semua siap!” Jessica berkata sambil mengangkat ibu jari nya.

“Okay... Selesai kerja...”

“Wah... Sedap nya bau...” ujar Taehyung ketika masuk ke dalam dapur.

“Mestilah, tengok siapa yang masak, Jessica Jung kan...” Jessica berkata dengan nada bangga.

“Jangan lupa Krsytal Jung sekali okay...” Krystal menambah

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet