Chapter 1

Red Velvet, Indulgence & Tiramisu
Please Subscribe to read the full chapter

Taehyung menguap. Jam ditangan asyik dikerling. Kakinya sudah lenguh kerana berdiri terlampau lama dihadapan perkarangan sekolah. Namun, kelibat kedua-dua orang kakak kembarnya masih tidak kelihatan. Beberapa orang gadis yang berjalan keluar daripada sekolah sedang berbual sambil mengerling dirinya, membuatkan dia berasa tidak selesa.

“Taehyung!” Kakak sulungnya, Jessica Jung menjerit memanggil namanya sambil berlari anak kearahnya. Kakaknya yang kedua pula, Krystal Jung sedang tercungap-cungap cuba mengejar langkah Jessica. Akhirnya, dia berhenti untuk mengambil nafas dan biarkan Jessica berlari kepada nya.

Walaupun kedua-dua orang kakaknya ialah kembar tapi mereka mempunyai banyak perbezaan. Jessica Jung merupakan gadis yang ceria dan suka bergurau manakala Krystal Jung merupakan gadis yang pendiam tapi tegas dan berpendirian. Oleh sebab itu, kakak nya yang sulung lebih digemari rakan sekolah berbanding kakaknya yang kedua. Krystal juga memegang jawatan Ketua Murid membuatkan dia sukar didekati. Untuk Jessica pula, dia ialah atlet kebanggaan sekolah dan sangat popular dikalangan pelajar lelaki. Namun, tidak bagi Krystal kerana dia menghidapi masalah kesihatan yang agak teruk jadi dia tidak boleh membuat apa-apa aktiviti sukan. Malahan, muka kedua-dua kakaknya tidak berapa seiras.

Bagi Taehyung pula, dia hanya seorang pelajar yang normal tapi tidak berapa normal kerana dirinya boleh dikatakan popular dan diminati hampir kesemua pelajar perempuan termasuk guru wanita yang belum berkahwin! Malangnya, kesemua perempuan di luar sana tidak akan mendapat peluang mendekati Taehyung oleh kerana kehadiran kakak-kakaknya. Kedua orang kakaknya seperti pengawal peribadi! Sentiasa berada di mana sahaja dia berada. Dan setiap helai surat cinta yang dilayang kepada Taehyung akan diambil oleh kakaknya secara senyap-senyap. Keesokkan nya, kedua-dua mereka akan berjumpa dengan gadis yang berani melayangkan surat cinta tersebut kepada Taehyung. Gadis tersebut akan diberi amaran keras supaya tidak mendekati Taehyung lagi. Namun, semua ini tidak disedari oleh Taehyung, oleh sebab itu dia menganggap dirinya seorang pelajar sekolah yang ‘normal’.

Dan yang paling penting sekali, tiga adik-beradik ini menyukai kek yang berlainan jenis. Jessica meminati kek red velvet manakala Krystal gemarkan kek Indulgence. Taehyung pula lebih kepada kek berperisa kopi. Jadi, dia memilih untuk mengemari Kek Tiramisu.

“Yo!” Jessica menyapa.

Taehyung mencebik. “Lambat…”

Jessica tersengih sambil menggaru kepala. “Mian…”

“Kenapa lambat?”

“Tadi ada orang luahkan perasaan dekat akak. Macam biasa…” Jessica mengeluh.

Taehyung menarik senyum melihat muka masam kakaknya. Dia tahu pasti kakak nya berasa tidak selesa. “Terima ke?”

“Buat apa terima? Kakak ada tanggungjawab besar untuk jaga adik-adik kakak. Tak ada masa untuk bercinta sekarang.”

“Yalah… ikut suka kakak jelah. Adik tak masuk campur urusan percintaan kakak.” Taehyung berkata sambil tangannya dilambai-lambai kepada Krystal. “Cepat Krystal noona!”

“Hmm…” Jessica mengeluarkan air daripada begnya.

“Maaf lambat…” Krystal menghampiri mereka. Dahinya dipenuhi peluh dan nafasnya tidak sekata. Jessica menghulurkan air ditangannya manakala Taehyung mengelap peluh yang membasahi muka kakaknya dengan sapu tangan milik nya.

“Terima kasih.” Air ditenguk rakus.

“No hal! Satu daripada rutin harian.” Jessica dan Taehyung ketawa kecil.

Tiba-tiba tel

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet