Bab 1

Sorry, She Is Better Than Me [HIATUS for a week MAYBE]

Kyungmi dan adiknya, Eunmi berjalan munuju ke kelas. Awal-awal lagi mereka dihurung peminat-peminat Eunmi.

"Noona!! Nak sign!!" 

"Unnie senyum~! Selfie palli!!"

"Eunmi!!"

Kyungmi menggelengkan kepala melihat semua peminat Eunmi. Berbagai kerenah. Kyungmi melangkah masuk ke dalam kelas tanpa mempedulikan orang lain.

"Hah sampai pun kau!" Hara tersengih memandang Kyungmi. Sejak dulu lagi, Hara lah yang menjadi tempat bergantung Kyungmi. Terkena pisau pun diadukan kepada Hara. 

"Aku tersekat ditengah-tengah fans Eunmi tadi." Kyungmi membetulkan ikatan rambutnya. Hara hanya mengangguk.

"Kyung~! Ikut saya jap!" Namjoon, budak dari kelas sebelah mengajak Kyungmi ke suatu tempat. Kyungmi hanya menurut.

"Kita kawan boleh?" Namjoon bertanya.

"Boleh."

"Betul?"

"Ye, kenapa pula tak boleh. Kita satu sekolah kan." Kyungmi tersenyum.

"Terima kasih. Tapi.. boleh saya minta tolong?" Senyuman Kyungmi bertukar menjadi pahit. Nampaknya ada udang disebalik batu..

"Apa? Maybe boleh."

"Number phone Eunmi. Saya nak, boleh?" Kata Namjoon tanpa segan silu. Kyungmi menghembuskan nafas berat. Inilah yang dilaluinya hari-hari, minta kawan hanya untuk bertanyakan tentang adik kembarnya.

"Maaf, yang tu awak boleh minta sendiri dengan dia." Kyungmi mengangkat kaki kembali ke kelas.

"Sombong!" Namjoon mengata Kyungmi. Hati Kyungmi ditahan. Kalau Kyungmi seorang yang mudah marah, semestinya hancur muka Namjoon dibelasahnya. Diam-diam, dia merupakan pemegang tali pinggang hitam.

"Kau kemana tadi?" Soal Hara sebaik sahaja Kyungmi melangkah masuk kedalam kelas.

"Tangga. Dia minta kawan pastu minta number Eunmi." Kyungmi tersenyum kelat.

Kemudian, Eunmi melangkah masuk.

"Fuhh, penat." Eunmi mengeluh. Eunmi meletakkan begnya keatas kerusi. Kyungmi berada ditengah-tengah antara Eunmi dan Hara. Memang itu susunan meja di dalam kelas.

"Yelah, orang hot. Mestilah penat kena kejar fans. Ye idokk Kyung?" Hara mengusik. Kyungmi hanya tersenyum.

"Mana ada hot lah." Eunmi tersengih hingga menampakkan barisan gigi putihnya yang tersusun rapi.

Hara dan Kyungmi berbalas pandangan. 

"Eh jom pergi taman petang nie? Lama tak berbasikal." Ajak Hara.

"Aku boleh je.." Kyungmi menjuihkan bibir kearah Eunmi tanda menyuruh Hara bertanya kepada Eunmi pula.

"Err sorrylah, aku dah janji dengan Jiyeon and geng dia nak gi shopping. Dia ajak dulu, takkan aku nak tolak kan. Unnie pergi dengan Hara jela eh." Eunmi tersenyum. Hara membuat wajah sedikit menyampah. Baginya, Eunmi gedik. Walaupun pada orang lain, Eunmi tersangatlah sempurna bagai bidadari kayangan manakala Kyungmi pula dipandang remeh.

"Okay." Balas Hara pendek.


Tepat jam 5.00 petang, Kyungmi menunggu Hara di hadapan pintu pagar rumahnya. Eunmi awal-awal lagi sudah ke shopping mall bersama geng DIVA sekolah iaitu Jiyeon dan yang lain. Dia tidak sama taraf, mana mungkin dia akan diajak. Lebih baik berbasikal. Dapat juga mengeluarkan peluh. Sihat.

"Mengelamun!!" Jerit Hara. 

"Opocot kambing berak!" Bahu Hara dipukul.

"Fikirkan siapa..... pakwe yaa?" Hara mengusik.

"Taklah! Fikir masa depan lah!" Kyungmi membuat muka bangga. Entah apa yang hendak dibanggakan.

"Kajja!!" Kyungmi dan Hara menunggang basikal secara beriringan. Mereka berbasikal di taman berdekatan perumahan mereka. Disitulah tempat pertama mereka kenal. Mereka bertembung ketika Kyungmi berjalan-jalan seorang pada umur 8 tahun dan Hara berlari kerana dikejar kucing. Kelakar.

"Kyung... kau ada suka sesiapa?" Hara bersuara.

"Takde." 

"Kau suka Senior PSY kan?" Hara tergelak besar.

Kyungmi cuba memukul Hara dan...

ADUHH!!

Kyungmi terjatuh dan terlanggar seorang lelaki yang berjalan dihadapannya. Hara terus memberhentikan basikalnya dan membantu Kyungmi. Mujur tidak luka. Kyungmi dan Hara memandang jejaka yang jatuh terduduk itu. Tidak pernah nampak sebelum ini. Orang baru mungkin.

"Mianhae. Saya bergurau tadi." Kyungmi menghulurkan tangan untuk membantu lelaki itu. Lelaki itu dibawa ke pondok yang berdekatan. Tapak tangan lelaki itu luka sedikit. Mujurlah di dalam beg Kyungmi terdapat handyplus.

"Thanks.." Ujar lelaki itu.

"Benda kecik. Tapi saya minta maaf eh. Salah saya." Kyungmi dan Hara bow.

"Takpe. Oh btw saya Byun Baekhyun. Boleh panggil Baekhyun." Baekhyun tersenyum manis. Handsome!!

"Saya Jin Kyungmi. Boleh panggil Kyungmi atau Kyung,"

"Kim Hara, boleh panggil Hara."

"Ataupun haram!!" Kyung tergelak sendirian. Diikuti dengan Baekhyun. Hara hanya mencebik. Kyungmi memang suka menyakat Hara. Sebab itulah mereka serasi.

"Kau nie!! Eh tapikan kitorang tak pernah nampak pun kau?" Hara lebih selesa berbahasa aku-kau. 

"Ha'ah. Baru pindah semalam. Aku dari Busan." Jawab Baekhyun.

"Ohh..." Jawab Hara dan Kyungmi serentak.

Tiba tiba....

Mianhae Mianhae Hajima~~

Telefon Baekhyun berdering.

"Nae?" Baekhyun bercakap melalui telefon.

Selesai bercakap, Baekhyun meminta diri untuk pulang.

"Kenapa?" Tanya Hara. Sememangnya Hara terkenal dengan sikap tidak tahu malu dan selamba badak dia. Entah kenapalah Si Ken yang handsome lagi hot itu menyukai dia.

"Ada hal. Kalau ada masa, jumpa lagi ya." Baekhyun melambai.

"Handsome lah Baekhyun tu." Kyungmi tersengih. 

"Handsome Ken aku lagi." 

"Eleh." 

"Jom balik. Dah pukul 6:45 nie." Hara menuju ke basikal yang disandarkan ditepi tiang. Kyungmi bangun dan membuntuti Hara.


"BANGUN!!" Arah ketua kelas 5-1, Sancheong.

"Selamat pagi, Cikgu." Ucap semua murid 5-1 serentak.

"Ya, selamat pagi. Harini kita ada murid baru." Cikgu Jihyo mempersilakan murid baru itu.

"Annyeonghaseyo, Byun Baekhyun imnida." Baekhyun memperkenalkan diri. Eunmi terpegun melihat ketampanan Baekhyun. Jauh lebih tampan dari fanboynya yang lain. Namun dia harus mengenal hati budi Baekhyun dulu sebelum menyukai Baekhyun.

Baekhyun tersenyum melihat Kyungmi. Sejak kelmarin lagi, dia tidak dapat melupakan Kyungmi. Tak sangka pula dia boleh sekelas dengan Kyungmi. Kyungmi hanya tersneyum setelah menyedari Baekhyun memandangnya. Mereka berdua bertentangan mata.

"Okay Baekhyun, awak duduk disebelah Ken." Cikgu Jihyo menundingkan jari kearah Ken. Baekhyun mengangguk.

"Sambung pelajaran harini."

KRINGG!!

Loceng yang menandakan waktu rehat berbunyi. Hara dan Kyungmi mengambil keputusan untuk menegur Baekhyun. Eunmi juga ingin berkenalan dengan Baekhyun. 

"Baekhyun! Ingat aku?" Hara menjaga percakapan. Risau kalau teman lelakinya, Ken merajuk.

"Hara kenal Baek?" Ken bersuara.

"Ha'ah. Hara jumpa dia kat taman semalam." Ken mengangguk tanda faham.

"Mestilah. Takkan aku lupa. Saya pun ingat awak, Jin Kyungmi." Kyungmi tersenyum apabila mendapati Baekhyun menyebut nama penuhnya. Bangga. XD

"Thanks.. macam mana luka awak?" Kyungmi melihat telapak tangan Baekhyun. 

"Okay. Sikit je. Oh ni sape?" Baekhyun tersenyum pula kearah Eunmi.

"Annyeong, Jin Eunmi imnida. Saya adik kembar Kyung." 

"Byun Baekhyun."

"Jom rehat sama-sama?" Pelawa Hara. Ken dan Baekhyun bersetuju.

Setiba di kantin, mereka mencari tempat duduk.

"Hara, Ken, jaga tempat duduk. Aku nak pergi beli makanan." Ujar Kyungmi.

"Nak ikut!" Baekhyun bersuara. Kyungmi tersenyum.

"Unnie, Eun nak ikut juga."

"Jom lah. Kenapa nak minta pulaa."

Eunmi, Kyungmi dan Baekhyun menuju ke gerai kuih. Tiada apa yang menarik perhatian. Dan serentak dengan itu, Eunmi diserbu lagi oleh peminat-peminatnya. Mereka tak bosan ke serbu orang sama je setiap hari? Kyungmi hanya membiarkan mereka.

Kyungmi ingin membeli air dan dia terlupa mengambil dompetnya didalam beg! Baekhyun yang memahami Kyungmi itu menghulurkan duit.

"Guna duit nie dulu." Eunmi memandang mereka dari jauh dan berasa sedikit cemburu. Namun diketepikan perasaan itu jauh-jauh.

"Thanks."

"Sama-sama dear." Kyungmi blushing ketika Baekhyun memanggilnya 'dear'.

"Ceyhh, ada sweet couple sini ya." Hara mengusik. Sengaja dia tinggalkan Ken sorang-sorang dimeja.

"Mana ada. Menuduh je kau nie." Kyungmi mencebik.

"Comel rupanya awak nie." Baekhyun memuji. 

"Muka Kyungmi merah...." Eunmi yang ingin mendekati Kyungmi dan Baekhyun itu terus membatalkan niat. Eunmi tidak ada selera lagi. Tapi, dia sepatutnya tidak cemburukan kakaknya. Dia yakin, Baekhyun akan lebih tertarik kepadanya berbanding Kyungmi. Semua disekolah itu menyukai Eunmi dan tiada seorang pun yang membenci Eunmi.


Nilah FF ketiga yang authornim rancang nak buat dulu. Tapi dah jadi yang keempat nampaknya. Hoho. Ada orang cakap authornim tak sesuai buat romantic comedy. So authornim terpaksalah buat angst juga yang nie. Takpe, kalau authornim rajin, authornim akan cuba cari idea nak buat RomCom. Ada lagi satu FF yang dalam cadangan authornim. Tajuknya HOUSEMATE 404. Tapi kenalah siapkan satu persatu kan. So stay tuned ya! XOXO!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
whatever_la #1
Chapter 2: rase cam nk tumbuk muke die laju laju...smpai k.o
whatever_la #2
Chapter 2: ...eunmi tu double g (gedik gile).. semua bende die dh dpt..rase nk tumbuk jee muke die tu!!!!!!
misslee_88 #3
Chapter 2: Chapter 2:gediklah eunmi tu!!ngada ngada!!swagger dia tinggi sgt!!!
emelynadya #4
Chapter 2: Jahat la Eunmi tu. Ptut nya dia gmbira la sbb Kyungmi dpat kwan baru..
Bkan nak cmburu. EGOIS btul la Eunmi tu..
amani123
#5
Chapter 2: ish jahat nya eunmi kita rasa kyungmi lagi cantik sbs dia cantik paras rupa dan dalam bukan mcm kau eunmi nak je aku ketuk ketuk kau kuat kuat harap je cantik dlm huh mcm apa entah
emelynadya #6
Chapter 1: Kyungmi kan cantik knapa xde org yg ska??
-EUNMI TU NAMPAK SANGAT TAMAK KAN PEMINAT-
emelynadya #7
Chapter 1: Mmg btulx2 gedik Eunmi tu..
"Tapi dia sepatutnya tidak cemburukan kakaknya. Dia yakin,Baekhyun akan lebih tertarik kepadanya berbanding Kyungmi. Semua disekolah itu menyukai Eunmi dan tiada seseorang pun yang membenci Eunmi."
Nampak sngat mcm GEDIK DAN PERASAN
Spatutnya Eumi tu brsyukur la sbb dia rmai pminat,tak mcm Kyungmi xde peminat...
son_haera #8
Chapter 1: woahhhh daebakk authornim! Update soon! ^^
KiNhAn88Wolf #9
Chapter 1: Wah daeebbbaakkk !!! Update soon pplali ♥♡♥♡
woonicorn_syah
#10
Chapter 1: ouh.... saya pon rasa eunmi gedik hahahahahahaha e o e