Final.

This Heart
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

 

Perasaan ku terhadapnya tidak pernah sedikit pun berubah malah semakin bertambah, aku mengenalinya dan dia juga mengenaliku membuatkan kami rapat sangat . Setiap perlakuanya dihadapan aku membuatkan aku ingin memilikinya. Senyumannya membuatkan ku terigau-igau, matanya yang bersinar membuatkan ku ingin menatap matanya setiap hari. Suatu hari tidak mendengar setiap butir perkataan yang keluar dari mulutnya membuatkan ku tidak tentu arah , kadang-kadang lawaknya yang tidak menjadi mampu ketawakan diri ku kerana bagi ku dia seorang penghibur pada mata ku. 

 

Perasaan sayang ku bertambah apabila suatu hari dia menunjukkan sifatnya yang perihatin, peramah dan mengambil berat kepada diriku, pada masa itulah aku terasa seperti dia juga menyukai ku sama seperti ku . "Kau nih makan pun comot " ibu jarinya berada di tepi bibirku. Aku terkejut dengan tindakannya lalu aku tersengih menunjukkan barisan gigi atasku padanya. Kami pergi kemana-mana pasti akan bersama seperti pasangan kekasih tapi aku dan dia hanyalah kawan , tetapi aku menyukainya secara diam dan dia? aku tidak pasti. Kelakuannya membuatkan ku keliru sama ada cintaku bertepuk sebelah tangan ataupun tidak. Kelakuan dia terhadapku seperti sedang melayani pelbagai kerenah teman wanita dan ianya membuatkanku menaruh harapan yang tinggi terhadapnya tapi aku takut untuk meluahkan kepadanya yang aku sangat cinta akan dirinya. 

 

Aku berlegar-legar dihalaman taman di rumahku sambil tangan ku memegang erat telephone IPhone 6 plus di tapak tanganku ,kadang-kadang aku melihat pada screen telephone ku menunggu panggilan darinya mahupun message darinya tapi sia-sia, siang berganti malam masih tiada khabar darinya. Aku mula bosan lalu aku termenung ke luar jendela bilik ku. Tiba-tiba handphone ku berbunyi menandakan message masuk, aku cepat-cepat membuka peti simpanan ringkasku mungkin daripada dia. Senyuman dipipi ku menjadi pudar, bukan daripada dia tapi daripada Eunji sahabat perempuan yang rapat dengan ku. Setiap masalah aku akan kongsikan dengan dia tapi tentang rahsia aku menyukai dia aku rahsiakan kerana aku tidak ingin sesiapa mengetahuinya selain diriku. 

 

Jam menunjukkan pada angka 2 pagi, air mata ku masih deras mengalir dipipi ku yang gebu sejak daripada tadi. Aku berasa sangat sedih bagai ada beribu-ribu pisau mencucuk-cucuk hatiku , Aku melihat kembali message yang diberikan daripada Eunji .

 

From: Eunji 

To: Luna 

Wehhhhhhhhhh gempak wehhhhhhhhh gempak ! Kai dengan Nana couple wehhhhhh! Kai tak bagi tahu kau apa-apa ke wehhhhhhh? 

 

Air mata ku mengalir lagi apabila aku membaca kembali message yang diberikan daripada Eunji lalu aku mencampakkan handphone IPhone 6plus kearah dinding dan menyebabkan handphone ku berderai sama seperti hati ku. Aku duduk diatas katil sambil tangan ku memeluk erat lututku "Kenapa kau buat aku macam nih Kai? Kenapa kau buat aku jatuh hati pada kau!? Kenapa...kenapa...kenapa..." suara ku menjadi serak dan tangisanku memenuhi ruang bilikku.

 

Hari berganti hari, aku menjadi sedikit pendiam membuatkan orang yang berkenal rapat dengan ku sedikit pelik dengan kelakuan ku termasuk dia. "Kau kenapa? " tanya Eunji lalu tanganya memeluk bahuku aku hanya diam tidak perlu aku berkongsi masalah dengan orang lain biarlah hanya aku yang menanggungnya. Hatiku sakit , hatiku sedih apabila melihat si dia bermesra dengan orang lain seperti dia melakukannya seperti dulu padaku. 

 

Aku mengeluh , aku duduk ditaman di kawasan perumahanku memandang persekitaran taman. Ada yang berjogging dan ada juga sedang berdating. Aku menutup mataku kemudian bersandar pada bangku berkenaan lalu aku menghayati angin yang menyapa kulitku. Aku dapat merasakan seseorang duduk disebelahku , Aku membuka mataku dan duduk tegak kemudian aku menoleh ke sebelah kananku. Alangkah terkejunnya aku apabila dia duduk disebelahku , Dia adalah Kim Jongin atau lebih dikenali sebagai kai lelaki yang aku cintai sampai bila-bila berada disebelahku . Kai memandang kearah ku dan mengakibatkan mata kami bertembung , aku perasan terus aku mengalihkan mataku kearah yang berlainan "Luna..." suara kai menyapa gegendang telingaku , suara yang sekian lama tidak kedangaran akhirnya aku mendengarnya lagi. "Kenapa akhir-akhir nih kau macam menjauhi aku? " tanya kai kepada ku. Aku diam tidak tahu mahu membalas apa , aku dapat mendengar dia mengeluh "Kalau disebabkan aku kau jadi bergini aku minta maaf" "Aku memang kawan tak gunakan? " kata kai lagi... "Kawan?" kata ku didalam hati . Aku memandang kearah kai, mu

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
xoxogirl2 #1
Ermmmmmmmm
nanamail #2
Chapter 2: saya nak sequel ! make sure sedih gilerrr!
parkhana_77 #3
Chapter 2: saya nak sequel
aena_bomna97 #4
Chapter 1: Daebak!!! xD author-nim punya ff mmg jjang
nora16 #5
Chapter 2: saya nak sequel.....kyaaa sya nk tahu apa yg berlaku seterusnya..adakah luna akn kembali? adakah kai dgn luna?
son_haera #6
Chapter 1: daebakkk! Takde sambungan ke??? Hope authornim dpt buat sambungan pleeeeeaseee ^^
KimTaehyungWifeu
#7
Chapter 1: Kai suka Luna ke? Wuuuuuu.. Daebakkkk btoi ff ni !!
SyiqaYeollie
#8
Chapter 2: SAYA NAK SEQEUL!!!:)
parkyura98
#9
Chapter 2: SAYA NAK SEQUEL!!!!!! ><
yishung_88 #10
Chapter 2: SAYA NAK SEQUEL!!!! >_<