wierd 1 (Kenapa rasa macam...?)

It's really weird ! ?

      --Malam—(Di Bilik)

   Seperti biasa , Waktu-waktu sebegini ramai manusia yang sudah masuk dalam dunia sendiri . Tetapi tidak bagi seorang gadis ini,  walaupun angka jam sudah menunjukkan pukul 12:30 a.m  Eun Mi masih belum tidur kerana sibuk menghabiskan masanya dengan membaca cerpen yang berterangkan lampu tidur. Malam itu dia tidak terlampau takut dan tidak berseorangan  kerana  ditemani oleh adik nya jin Kyung. Almaklumlah baru habis tengok cerita hantu kan, Mesti lah si Eun Mi ni takut.

   “Jin Kyung , kau dah tidur ke ?” soal Eun Mi secara berbisik , Namun, malang nya tiada sebarang respon oleh adiknya itu kerana adiknya sudah masuk ke dunia lain akibat malas hendak melayan kakak nya itu Dan dia teman kakaknya pun sebab kena paksa .Pelik bukan ? ye lah sebab selama ni , payah betul nak suruh jin Kyung temankan dia. Tapi, Kalau bukan sebab Eun Mi ugut dia , Memang tak lah si Jin Kyung ni nak temankan dia . Oh please ~! Tak kuasa aku !

  “Apa punya adik ! aku suruh dia teman, boleh pulak dia tertidur ! dah lah tak bagi tahu !” Bebel Eun Mi sendirian. Kemudian dia menyambung kembali pembacaan yang tertangguh tadi.  Sebenarnya ,Eun Mi agak seram juga kerana hanya dia yang masih belum tidur. Tanpa sedar,  dia membaca cerita hantu kerana tajuk cerita itu tidak seperti  genre ‘Horror’. Eun Mi menoleh ke kiri dan ke kanan.

   ‘Aduh! menyesal betul baca cerita hantu tadi ! ah baca cerita lain lah pulak . Awal lagi kan nak tidur.’ Angka jam sudah menginjak ke angka 1:15. Sedang Eun Mi seronok membaca tiba-tiba internetnya nye sekejap mati, sekejap hidup. ‘Eiii ! menyusahkan betul lah network wifi ni !’ Geram Eun Mi dibuatnya . Dah lah tiba2 internet lemabap gila! Bosan menunggu , Eun Mi pun menyanyi kecil . Sedang dia menyanyi kecil, fone nya tiba2 hang dan lagu ‘I’m So Lonely’ mula berputar di smart fone nya.

  ‘ Pulaaak ! Buat hall ah telefon ni ! Aku beli baru kang! tapi.. Eh jap, macam pernah kena lah situasi ni tapi… sejak bila aku download lagu ni ? tak kan lah.. Ah mengarut !’ Eun Mi mula membuang perasaan yang sukar ditafsir itu . Dia cuba 'Turn Off’ telefon  itu tapi gagal, Lalu dia mencabut battery fone nya itu dan letak berjauhan dengan nya. Selepas beberapa saat berlalu , Dia pun mencapai telefonnya itu lalu memasang battery dan mula ‘Turn On’ kan kembali. Tiba2 telefon itu seperti tidak terkawal dan dia mula menggelabah kerana lagu yang tidak pernah didengarinya sebelum itu mula berputar kembali. Dengan berani dia mencampak telefon itu. Dia duduk di tepi katil sambil memeluk lutut dan matanya sempat melihat ke arah katil Jin Kyung yang masih nyenyak di dalam dunia sendiri.

   ‘Tidakk kah engkau terdengar yang aku kekalutan sebentar  tadi ? Aku masih ketakutan tapi kau masih boleh terlena…’ Hendak mengejut Jin Kyung rasa bersalah pula, sebab cukup baik adik nya itu menemaninya tidur walaupun terpaksa. Eun Mi mengeluh dan mula berbaring di atas katil. Sudah dipujuk mata itu suruh ditutup tapi matanya tu degil! Ingkar arahan tuannya. Baru sahaja dia ingin memejamkan mata tiba-tiba dia terdengar suara seseorang menyanyi kecil.

   ‘Lagu tu… lagu yang aku nyanyikan tadi dan suaranya persis seperti aku..tak mungkin… Tolong lah. aku tak nak dengar suara tu’ Desis Eun Mi ketakutan. Dia menekup telinga nya dengan bantal tetapi sura itu masih mendayu dan kedengaran halus di cuping telinganya itu, ianya seakan-akan mengusik Eun Mi. Kesejukan dan ketakutan mula terasa.  Perlahan-lahan suara itu mula terhenti dan Eun Mi dengan takut-takut melihat sekeliling.

    Dia mula menagis teresak-esak sambil memeluk lutunya. Baru sahaja dia hendak bertenang, Buku sekolah nya bertaburan di lantai. Terkejut Eun Mi dibuatnya. Dengan langkah perlahan dia mula mengutip bukunya itu dan disusun semula. Mustahil buku itu akan terjatuh sendiri melainkan ada ‘Seseorang’ yang jatuhkan. Ketakutan mula menguasai diri bila melihatkan penghawa dingin yang termati dan dihidupkan sendiri. Dikerling adik nya di katil dan kemudian mengeluh.

  ‘Sudaahh. apa lagi kali ni ? sudah lah aku takut! Jin Kyung adakah kau pekak ?!’ Bentaknya di dalam hati. Dia mula mengatur langkah ke katil . Entah bagaimana fikirannya mula terbayang jika bekalan elektrik terputus. Dan secara tiba2 apa yang difikirkan tadi terjadi ‘Black Out’.

    Menggeletar tubuh Eun Mi saat itu. Ketakutan sudah memarak manakala nafasnya kedengaran tercungap-cungap serta automatic air matanya mengalir. Dia mula merenung sisi tingkap yang diterangi bulan dan seperti ada sesuatu di situ yang merenungnya. Meremang bulu romanya. Hendak bergerak dia seakan-akan kaku! Sudah nya dia mula berlari ke bilik orang tuanya dan ingin memaklumkan kepada mereka. Belum sempat tombol pintu itu di pulas, Elektrik sudah kembali seperti sedia kala. Tapi dia tetap mengejutkan pasangan suami isteri itu.

    Mamanya mula terbangun kerana kedengaran pintu biliknya di buka oleh ‘Puteri’nya itu. Eun Mi mula mendapatkan mamanya lantas memeluknya dan menghamburkan tangisannya. Nasib baik tidak didengari oleh papanya , takut terganggu pula tidur papanya  sudah lah esok papanya ada ‘Meeting’ bersama klien nya.

   “Kenapa sayang tak tidur lagi ni ? dah kat pukul 2 pagi dah, kenapa menagis ni ?” Soal mamanya gengan riak risau.

“Tadi kan mama…ada..ada..” Tidak berani meluahkan pada mamanya kerana seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Wajah Eun Mi mula pucat lesi. Tapi dia teruskan juga bercakap.

     “Eun Mi, Itu khayalan Eun Mi je tu, Mama dengan papa tak rasa ape-ape pun. Sudahlah pergi lah tidur ye? rehatkan minda, lagi pun dah malam ni. Esok Eun Mi kan nak sekolah” Pujuk mamanya. Tidak pernah pula dia melihat puterinya itu begitu. Pucat muka Eun Mi bila mamanya tidak memepercayai ceritanya itu. Dia hanya mengangguk

    “Maaf ganggu mama… Selamat malam..” Ujarnya sebelum melangkah keluar dari kamar tidur orang tua nya, Dia mengeluh. Eun Mi kembali ke bilik tidurnya dengan rasa takut .

‘Oh , Tolonglah jangan ada pape-ape yang terjadi! aku dah penat!’ Desisnya

    Di pulas tombol pintu dan mengatur langkah ke katil. Perlahan –lahan dia mula ke dunianya sendiri.


Ok as my promise, Aku dah update. Maaf jika ayat ini terlalu sempoi dan maaf jika ada kekurangan.   

        Trimas for reading . Wait for my next Update ^^ #klu ada masa aku update lh.. Always busy 24 hours -_-'

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hyemipark
#1
Chapter 2: Wei betul ke ni creepy la siakk, asal ko x pernh cite kat aq duh btw terbaik la plus so so scary haha ini pujian ikhlas dari hati
Weii buat ff lagi tau aq tunggu tau
FIGHTING!!! YUNMI JJANG (Y)♥♥♥
parkyura98
#2
Chapter 2: best la!!! daebak aurhor nim (thumb's up) ^^
parkyura98
#3
Chapter 1: best la!!! update soon!!! x sbr nk bace!!!^^
kimyunmi
#4
huhu thanks buddy (terharu) gila aq bae XD ade masa aq buat lh . Ni pon aq curi2 bukak LOL ! Hri ni je dh brp assigment 0__0
hyemipark
#5
Chapter 1: Ooo yemmm jiii seram siot aq dh la bace time tngh malam *meremang bulu roma den*
Wei update soon ^^
FIGHTING!!!!
hyemipark
#6
Update Soon ^^
hyemipark
#7
Ko sayang aq wei Omg terharu nye *lap ingus*
Terima kasih terima kasih *terasa dihargai* bhahaha Lol