TIME

Sinking of the Love
Please log in to read the full chapter

Kehidupan aku kosong tanpa dirinya. Baru aku tahu yang aku memang tak boleh hidup tanpanya. Sudah tak bermakna hidup aku kerana kehilangannya. Kalaulah aku boleh putarkan masa, akan aku halang mereka semua. Tapi itu mustahil. Sudah tersurat takdir aku menjadi begini. Apa patut aku lakukan jika Tuhan sudah menetapkan tadir aku sebegini. Jodoh aku tidak berkekalan dengan dirinya. Dahulu aku tak ambil endah dengan dirinya sebab aku percaya kami tak akan pernah berpisah. Aku percaya. Tetapi itu silap.Silap terbesar dalam hidup aku. Bodohnya aku ketika itu. Nak sesal sekarang dah tidak berguna. Semuanya telah berubah sekelip mata. Salah aku! 

"Sungha, sudahlah..." Kris memeluk bahuku. Dia tak faham apa yang aku rasa. Dia tak mungkin dapat menerima hakikat kalau dia dalam diriku. Aku memandang laut yang terbentang luas. Dimana hembusan nafas terakhir cinta pertama aku yang pergi tidak akan kembali. Air mata sahaja lah yang menemani aku selama ini untuk aku terus bangkit. Silap aku. Aku ada pilihan masa itu tetapi aku buat tak endah sahaja. Semuanya salah aku. 

 

Flashback

16 April 2014. Tarikh yang akan aku ingat sampai mati. Aku tak pernah sangka tarikh itu juga akan aku kehilangan dirinya selamanya. Hipokrit!

Ketika itu, sekolah telah mengadakan rombongan belajar ke Pulau Jeju untuk kelas Sains Komputer. Aku teringin juga hendak mengikuti mereka tapi aku ketika itu bukan kelas Sains Komputer. Masa itu juga, aku ingat Daehyun tak pergi tapi rupa-rupanya dia orang pertama excited nak pergi. Aku ingat lagi beberapa hari sebelum Daehyun berlepas. Daehyun beriya-iya menunjukkan gambar Feri yang bakal dinaikinya. Ya, feri itu besar dan mewah tapi aku nampak sebaliknya. Aku nampak feri tu buruk dan kelihatan rosak keadaannya. 

Sebentar lagi mereka akan bertolak menaiki bas sebelum menaiki feri. Aku pergi ke sekolah awal semata-mata untuk memberikan bekalan makanan kepada Daehyun. Entahlah kenapa hati aku terdetik nak buatkan Kek Keju kegemarannya. Aku selama ini selalu belajar untuk membuat kek ini dan akhirnya tak menjadi tapi kali ini aku berjaya juga membuatnya. Gembira gila saat itu. Aku harap sangat Daehyun suka dengan kek keju aku. "Kat Feri nanti oppa makan ya?" Senyum Daehyun selama ni cukup membuatkan aku gembira tapi ketika itu aku tak segembira selalunya, aku rasa terseksa melihat senyumannya. Hati aku tak tenteram. Kenapa? "Oppa! Nanti setiap masa mesej saya! Ok!" Aku melemparkan senyuman walaupun hati aku tak rela. Bodoh! Kenapa kau tak halang dia? 'Please jangan pergi...' hanya kata hati aku sahaja berbisik. Mulut dan badan aku tidak. Ketika itu aku rasa tak akan terjadi apa-apa. Aku terlalu taksub dengan kata-kata 'Thinks Positive'. 

Akhirnya mereka bertolak. Kelihatan Daehyun masih lagi tergelak-gelak dengan rakannya. Sumpah! Aku tak sanggup melihat mereka begitu saja tapi aku tak ambil apa-apa tindakan. Pentingkan diri sendiri! Daehyun duduk bersebelahan dengan kawan baiknya, Kris. Aku harap Kris akan menjaga Daehyun dengan baik sekali. Dia dah janji. Janji..."Jangan risau. Saya akan jaga oppa kesayangan awak." Untuk kali pertama Kris bercakap dengan aku. Selama ni dia tak pernah bercakap dengan aku. Aku ingat dia jenis hati batu dan sombong tapi sebenarnya dia tak. "Saya janji dengan awak!" Aku masih lagi berpegang dengan janji Kris sebab Daehyun selalu bercerita tentang kebaikan Kris terhadap dirinya. Disebabkan Daehyun, aku percaya dengan Kris. Daehyun melambai-lambai aku dari tingkap bas. Sebenarnya, ketika itu aku sanggup ponteng kelas untuk melihat Daehyun pergi dengan selamat. Ketika itu juga aku tak pernah menyesal dengan tindakan aku walaupun dimarahi guru tapi apa yang aku sesalkan sekarang ialah kenapa aku tak halang bas dan menghentikan semuanya? Bodoh!

 

~+~

 

Ketika sedang semua murid belajar di dalam kelas masing-masing, tiba-tiba guru menyuruh murid-murid untuk berada di Dewan. Aku ingat pengetua nak bagi pengumuman penting ke ataupun ada majlis, jadi aku berjalan tanpa berfikir panjang. Yang pasti aku terlambat sedikit ke sana. Aku melihat Dewan kecoh dan pengetua kelihatan runsing dan matanya bengkak. Sohyun datang ke arah aku. Muka dia kelihatan sedih sekali. Dia memanggil nama aku. "Feri yang pelajar sekolah kita naik tengah karam" Kening aku terjongket. Selama aku berkawan dengan Sohyun, dia memang suka memainkan kawan-kawannya. 

"Kau tipu kan? Daehyun dari tadi mesej aku. Tak ada cakap apa-apa pasal feri karam pun..." Aku tipu. Memang aku berbalas mesej dengan Daehyun ketika di dalam kelas tapi sejam lepas Daehyun tidak lagi membalas mesej aku. 

"Feri yang dinaiki oleh pelajar kita sedang karam. Saya harap kamu sabar dan bertenang. Saya akan memberikan maklumat dari masa ke semasa." Kata-kata Pengetua membuatkan jantung aku terhenti seketika dan tidak disangka air mata hangat mengalir dipipiku. "Sabar ya, Sungha." Sohyun memeluk aku. "Aku tak percaya." Air mata ku semakin deras mengalir. Aku mengeluarkan telefon dari poket baju aku. Aku menelefon berkali-kali Daehyun malah menghantar mesej tapi dia tidak mengangkat telefonnya. Selepas beberapa kali mencuba akhirnya Daehyun menghantarkan mesej kepadanya. 'Jangan risau. Everything is ok. Pasukan penyelamat dah sampai. We will meet soon.' Mesejnya ketika itu membuatkan hati aku tenang seketika. 

 

~+~

 

Daehyun dan pelajar-pelajar lain sudah siap memakai jaket keselamatan. Ada kegelintir dariada mereka sempat lagi bergembira dan ada juga yang menangis sambil menyanyi lagu 'Titanic'. Daehyun dan Kris berpegangan tangan. Mereka harap tak akan jadi apa-apa. Daehyun mengeluarkan telefon daripada poket seluarnya dan meyuruh Kris merakamkan video dirinya. "Kau ni apahal? Time feri senget la nak buat video.." Kata Kris kepada Daehyun tapi Daehyun tetap berkeras memaksa Kris merakam video. Setelah selesai mereka merakam video, beberapa orang pelajar menjerit bahawa pihak penyelamat sudah sampai. Daehyun dan Kris tersenyum "Aku percaya kita mesti boleh terselamat." Kata Kris tapi Daehyun hanya mampu tersenyum sahaja. Mereka merangkak perlahan-lahan kerana feri itu sudah senget hampir ke 45º. 

"MAMA!" Daehyun terdengar tangisan seorang budak. Dia pasti mesti dengan suara itu. Daehyun berpatah balik mencari suara budak itu. 

Please log in to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MissLola97
#1
Chapter 2: rasa nk mencurah- curah air mata tph tahan sbb tgh kerja
DiamondSakura
#2
Chapter 2: *no /typo/
DiamondSakura
#3
Chapter 2: syu.
yah.
yah.
ni comment
/nangis/ ㅠㅠ
Shimmieh
#4
Chapter 2: T^T
Bye Daehyun.
/lari pergi peluk Jongup/
R.I.P kepada mangsa Sewol.
You did great here. Tahniah.
^_^
And
SAYA RINDU B.A.P!!!!!
/criesssss