Final

That Moment..
Please Subscribe to read the full chapter

Kim Myungsoo.. Seorang lelaki yang berumur 22 tahun, hidup dalam keadaan sederhana serta mempunyai sebuah kedai kek sendiri yang diberi nama, "Paradise Cake Shop"
Dia mempunyai teman wanita yang cantik dari segi rupa serta perlakuannya. "Kim Ji Yeon" namanya dan lebih selesa dipanggil dengan panggilan "Kei". Kei bekerja sebagai seorang jururawat di sebuah hospital dan umurnya sebaya dengan Myungsoo.

Pada waktu malam, di wad 8A, wad dimana bayi bermasalah serta yang baru lahir ditempatkan disitu...
"Tak boleh.." Kei berkata kepada seorang bapa yang datang untuk membawa pulang bayinya yang masih belum sembuh.
"Saya nak bawa balik anak saya juga!" Bapa itu berkata separuh kuat.

Bapa kepada bayi perempuan yang dilahirkan terlalu awal (premature) mahu membawa pulang bayinya. Ibu kepada bayi tersebut pula pulang dahulu kerumah selepas 2 hari anaknya dilahirkan.
"Tak boleh.. Anak encik boleh dibawa pulang sekurang-kurangnya minggu depan," Kei cuba menahan sabar. Sudah setengah jam Kei bertengkar dengan bapa bayi tersebut.
"Tak nak! Isteri saya ada dekat rumah tunggu Misoo (nama anak perempuan mereka) dekat rumah.. Dia nak Misoo pulang secepat mungkin!" Bapa itu mula meninggikan suara.
'Yaish!!! *^@%^I&($^$&*()($' Kei mencarut dalam diam.
"Tak boleh! Kalau anak encik pulang hari ini, keadaan anak encik akan lagi teruk!" Kei cuba menerangkan.
"Saya ada 7 orang anak dan semuanya tak ada masalah!" Lelaki itu menjerit.
Kei mula hilang sabar, "Tapi bayi encik yang ini bermasalah!"

Tiba-tiba 2 orang doktor datang cuba menenangkan bapa kepada bayi tersebut.
"Berani nurse tu menjerit dekat aku balik?! Macam ini ke attitude sebagai seorang nurse?!" Bapa itu menjerit dan menyebabkan 15 orang bayi didalam sebuah bilik disebelahnya terkejut dan menangis.

Kei segera masuk ke bilik tersebut dan menenangkan bayi-bayi tersebut. 
"Yaish! Dia ni tak tahu ke ada banyak baby dekat sini?" Kei mengendong salah satu bayi perempuan dan mengenjutnya perlahan sehingga bayi tersebut tenang dan tidur.

Selepas Kei menidurkan semua bayi disitu, dia keluar dari bilik dan mengeluh. Bapa kepada bayi yang tidak cukup matang tersebut masih berdiri dihadapan kaunter dan masih lagi cuba untuk membawa anaknya balik dengan merayu kepada doktor di kaunter itu.
Bapa itu pusing kekanan dan melihat Kei dengan mata yang tajam.
"Nurse ni yang kurang ajar dengan saya tadi kan?" Bapa itu mendekati Kei dan tidak melepaskan pandangannya dengan mata Kei.

"Encik bertenang.. Biar saya bercakap dengan dia," Doktor itu membawa bapa tadi ke sebuah kerusi yang berdekatan dengan kaunter.

Selepas itu, doktor perempuan tersebut memegang lengan Kei dan membawanya  disebuah bilik rehat.

"Kei.." Doktor itu mengeluh.

"Awak tahukan? Nurse perlu ada sifat penyabar yang tinggi.. Takkan situasi tadi awak tak boleh nak handle? Sepatutnya aw-" Doktor itu memulakan lecturenya.
"T-tapi, lelaki tadi tu-" Kei memotong
"Jangan memotong cakap saya! Awak sepatutnya bla bla bla bla........." Doktor itu membebel dan memarahi sikap Kei tadi.

Setelah 1 jam..

"Awak faham tak?!" Doktor itu mencengkam kedua-dua tangannya di pinggangnya.
"Faham.." Kei hanya menunduk.

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Tasha16
#1
Chapter 1: Daebakk!!! Author-nim JJANG!!!
OneIsOneEXOIsOne #2
Chapter 1: aq x nk komen psl prank tu sbb nnti aq nk bhn ko...haha...tp kan wad 8A tu bkn wad baby HSI yang mak kau kena jaga ke??
infinite4inspirit
#3
Best~~~~ ^^
parkyura98
#4
Chapter 1: kesian kei..mmbazir je...air mata die menangis!
btw daebak! ^-^