chapter 2

Chasing The Dream
Please Subscribe to read the full chapter

    Taehyung menuruni tangga sambil menguap serta dia mengusut-ngusutkan rambutnya.Apabila sampai ditingkat bawah dia ternampak Chanyeol sedang menonton televisyen, dia bergegas menuju kearah Chanyeol.

  "hyung..." panggil Taehyung.

  " ouh, V! sedap tidur?" balas Chanyeol. Sebentar tadi dia masuk ke dalam bilik Taehyung untuk bersapa dengannya tetapi, V sedang nyenyak tidur di dalam bilik. Penat kali. Taehyung tersengih sambil mengusap tengkuknya.

  "hyung tengah buat apa ni?" tanya Taehyung dengan blurnya. Chanyeol memandang Taehyung dengan pelik. takkan budak ni tak nampak aku buat apa sekarang ni.

  "tengah memancing." kata Chanyeol selamba. Taehyung memandang Chanyeol dengan mata berkelip-kelip.Chanyeol mula ketawa.

  " tengah tengok tv lah. sini la join sekali,best cerita ni." pelawa Chanyeol. dia menepuk-nepuk sofa disebelahnya menyuruh Taehyung duduk disitu.

  "cerita apa ni?" tanya Taehyung lagi sambil mengambil tempat disebelah Chanyeol.

  "Dragon ball." jawab Chanyeol pendek. Taehyung mengangguk-angguk. Taehyung meraba-raba poket seluarnya.Baru dia teringat,telefon bimbitnya tertinggal diatas.

  "Hyung, saya naik atas sekejap nak ambil tetefon." Taehyung terus bangkit dan naik ke tingkat atas.

    Selepas Taehyung naik keatas,pintu utama dibuka. Muncul seorang perempuan. Matanya setia pada buku ditangannya. Dia langsung tidak memandang disekelilingnya.

  "Hey, Jisoo!baru balik?" tegur Chanyeol. Jisoo memberhentikan langkahnya dan memandang Chanyeol dengan muka 'poker face'nya.

  " kau dah makan belum? kalau belum. omma ada tinggalkan makanan kat atas meja tu." muncung mulut Chanyeol sambil memandang kearah dapur. Jisoo tidak menjawab, dia meneruskan langkahnya untuk naik keatas. Tiba-tiba Chanyeol bersuara lagi, membuatkan langkah terberhenti lagi.

  " Kau tau kan kita ada tetamu. Dia ada kat atas tu, Tegur-tegur lah dia. Janganlah diam je macam orang bisu. nanti dia ingat kau bisu pulak." Jisoo menjeling kearah Chanyeol.

  "hmmmm..." Balas Jisoo. Lantas dia naik keatas, malas nak dengar abangnya merapu. Chanyeol memandang Jisoo dengan perasaan marah.

  "Punya lah banyak soalan aku tanya kat dia tadi... Dia jawab dengan bunyi je. Tak patut.. tak patut." Chanyeol menggeleng-gelengkan kepalanya.

    Baru sahaja Jisoo ingin membuka pintu biliknya tiba-tiba, dia dikejutkan dengan kelibat seorang lelaki yang baru keluar dari bilik sebelahnya. Taehyung yang sedang melihat telefon bimbitnya itu tidak perasan dengan kewujudan Jisoo dihadapannya. Apabila sudah selesai bermain dengan telefon bimbit, dia menyimpan telefon itu di belakang poket seluarnya. Dia memandang ke depan, kemudian.....

  " Oh, mak kau meletop!!! huh, kus semangat. terperanjat aku."Latah Taehyung. Dia mengurut dadanya akibat terperanjat. Jisoo yang melihat itu terkejut, namun tiada reaksi di wajahnya. Seperti biasa dia dengan 'poker face'nya.

    Pada mulanya, Jisoo agak terkejut dengan kehadiran Taehyung dirumahnya. Mana tak nye,kingka yang digilai ramai perempuan itu kini berada di rumahnya dan juga,dia akan tinggal dengan kingka di sekolahnya itu selama dua bulan. Jisoo mengeluh dan terus masuk ke dalam biliknya. Taehyung baru ingin berborak dengan Jisoo, tetapi Jisoo sudah masuk kedalam biliknya. Taehyung mencebik.

  "Sombongnye~" Kata Taehyung perlahan dan terus berlalu turun kebawah untuk berborak dengan Chanyeol.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Taehyung dan Jisoo berangkat ke sekolah bersama-sama. Sepanjang perjalan mereka kesekolah, Jisoo hanya mendiamkan dengan membaca buku biologi. Taehyung pula rancak berbual dengan jurulatihnya. Sampai sahaja di sekolah, macam biasa semua pelajar perempuan terjerit-jerit melihat Taehyung. Jisoo yang menyampah dengan situasi itu, terus berjalan masuk ke dalam kelas.

   Selepas tamat waktu persekolahan, Taehyung menunggu Jisoo di hadapan sekolah. Dia menyandarkan badannya di dinding sambil tangannya disilangkan. Apabila dia ternampak Jisoo keluar, dia terus bergegas kearah Jisoo dan menegurnya.

  "Hai, Jisoo." Tegur Taehyung sambil tersenyum menampakkan sebaris giginya. Jisoo tidak menjawab, dia hanya memandang Taehyung dengan sekilas sahaja. Taehyung mematikan senyumannya apabila tiada respon daripada Jisoo.

    Keadaan Jisoo dan Taehyung sekarang ini sangat janggal. Tapi itu bagi Taehyung la, bagi Jisoo itu perkara biasa. Taehyung memandang Jisoo yang sedang khusyuk membaca. Dia mengeluh, macam mana dia nak mulakan perbualan dengan Jisoo?

   "Saya tak sangka, awak ni anak coach Park. Saya ingatkan Chanyeol hyung sorang je." Kata Taehyung sambil ketawa janggal. Jisoo masih tidak melayannya. Taehyung mengetap bibir.

  " Best ke buku tu?" tanya Taehyung,dia mencuba untuk berkomunikasi dengan gadis dingin ini. Kepalanya di depankan untuk melihat tajuk buku yang sedang dibaca oleh Jisoo.

  "Ooooo.. fizik." Taehyung mengangguk-anggukkan kepalanya setelah dia melihat tajuk buku tersebut.

  "Fizik tu tentang graviti kan?"Sekali lagi pertanyataan Taehyung tidak dibalas. Dia tidak puas hati. Dia memandang Jisoo dari hujung kepala sampai ke hujung kaki. Kemudian, dia teringat sesuatu.

  "Awak perempuan yang saya langgar hari tu kan?" Tanya Taehyung.Kali ini, ada respon daripada Jisoo.Jisoo memandang Taehyung dengan muka blur.

  "betul la.. saya nak minta maaf kat awak sebab langgar awak tempoh hari. Saya tak sempat nak minta maaf kat awak sebab awak dah pergi dulu. maafkan saya."Taehyung menundukkan kepalanya kepada Jisoo.

  "Tak pe." Jawab Jisoo dingin. Taehyung terkejut, akhirnya gadis ini mengeluarkan suaranya.Tiba-tiba mereka berdua dikejutkan dengan bunyi hon. Rupa-rupanya ayah Jisoo datang untuk menjemput mereka berdua.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Pejam celik... pejam celik, sudah sebulan Taehyung tinggal bersama-sama dengan keluarga jurulatihnya itu. Sepanjang sebulan itu,Chanyeol banyak mengajarnya tentang skil-skil hebat berkaitan dengan bola sepak. Taehyung juga sudah tidak lewat lagi datang latihan.Kawan-kawannya semua jeles apabila mereka dapat tahu Taehyung tinggal bersama jurulatih Park dan dapat belajar secara percuma oleh Chanyeol yang juga hebat dalam permainan bola sepak seperti ayahnya.

    Jurulatih Park juga menyedari kesungguhan Taehyung dalam permainan bola sepak ini. Setiap hari dia melihat Taehyung berlatih teknik-teknik yang penting dalam bola sepak dan dia juga dapat merasakan kemungkinan Taehyung akan jadi sepertinya pada suatu hari nanti.

  "Abang rasa, abang nak bawa budak-budak tu keluar la." Kata Encik Park kepada isterinya.

  "Abang nak bawa mereka ke mana?" Tanya Puan Park. Encik Park hanya tersenyum.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

   Encik Park bercadang unuk membawa anak-anaknya termasuk Taehyung ke taman tema air,apalagi melompat-lompatlah si Chanyeol dan Taehyung dah macam kanak-kanak raibina. Mereka berdua yang paling exited untuk ke taman tema tersebut, katanya sudah lama tidak main gelongsor air. Encik Park dan isterinya hanya mampu menggelengken kepala mereka. Jisoo pula memandang meluat kearah abangnya dan makhluk asing itu.

   Sesampai sahaja mereka di taman tema air,Chanyeol dan Taehyung terus membuka bajunya dan melompat ke dalam kolam. Muka Jisoo menjadi merah apabila dia lihat Taehyung yang tidak berbaju itu, dia asyik melarikan pandangannya daripada Taehyung. Jisoo yang sedang khusyuk membaca terkejut kerana buku yang dipegangnya itu tiba-tiba dirampas oleh Chanyeol. Dengan pantas, Chanyeol memegang kedua tangan Jisoo manakala Taehyung memegang kedua belah kaki Jisoo lalu dicampaknya kedalam kolam renang.

   Chanyeol dan Taehyung ketawa terbahak-bahak dan membuat 'high five' menandakan rancangan merekan untuk kenakan Jisoo berjaya. Lalu, mereka berdua terus melompat kedalam kolam tersebut.Jisoo yang baru muncul didalam air itu meraup mukanya serta membetulkan rambutnya yang sudah menutupi mukanya itu. Habis basah semua badannya. Jisoo mencari kelibat dua ekor monyet tak guna itu.

  "Yahhh!!!!" Jerit Jisoo apabila ternampak dua ekor monyet itu. Mereka berdua yang terdengar jeritan Jisoo itu terus melarikan diri mereka didalam air sambil ketawa. Jisoo pula mengejar. Encik Park dan isterinya tersenyum melihat anak-anaknya itu bergaduh manja.

       Selepas mandi, Encik Park membawa keluarganya ke taman bunga pula. Chanyeol dan Taehyung sekali lagi menjadi manusia yang paling gembira. Mereka tidak henti-henti berlari dan tangkap gambar, mengalahkan perempuan. Kalau orang yang tidak mengenali Chanyeol dan taehyung, pasti mereka akan terkejut yang seorang sudah berumur 20 tahun dan yang lagi sorang umur 17 tahun.Tapi, perangai macam buak umur 5 tahun.

    Jisoo mencari tempat yang tidak ramai orang dan tersorok, dia duduk pada sebuah bangku dan mengeluarkan buku kimia untuk dibaca. Secara tidak sengaja, Taehyung terjumpa Jisoo di tempat yang tidak ramai orang itu. Taehyung menarik nafas dalam-dalam sebelum dia pergi kearah Jisoo. Taehyung mengambil tempat di sebelah Jisoo,dia tahu hubungan dia dengan Jisoo masih lagi janggal.

  "Awak kat sini rupanya." Tegur Taehyung. Jisoo memandang Taehyung dengan sekali pandang. Malas dia nak layan moyet tak guna ni.

  " Saya tahu awak marahkan saya,sebab campak awak dalam kolam tadi. itu semua idea Chanyeol Hyung." Jisoo masih menatap bukunya. Taehyung mengeluh. Taehyung mula berdiri dihadapan Jisoo untuk meminta maaf kepada.

  "Saya...." Belum sempat Taehyung bercakap, Jisoo menutup bukunya dengan kasar. Kemudian dia bangun dari bangku tersebut sambil memandang tajam kearah Taehyung.

     Jisoo ingin melangkah pergi dari situ. Tapi malangnya, kakinya tersadung pada kaki bangku itu. Dia tertolak badan Taehyung kehadapan dan kedua-dua mereka jatuh.Jisoo terjauh di atas badan Taehyung dan paling malang sekali, bibirnya sudah bercantum dengan bibir Taehyung. Jisoo yang terkejut dengan kejadian itu terus bangun meninggalkan Taehyung. Taehyung yang masih terkebil-kebil itu memegang bibirnya.

  "Dia dah curi first kiss aku" Kata Taehyung yang masih lagi dalam keadaan ter

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Aminoz #1
Daebak!!! Ending die sweet giler, I like it so much... And watak die sesuai sgt.
sunlight_ #2
Chapter 2: Hehehe...happy ending...
by the way nice story
EmperorNetizen
#3
OML OML OML OML
93Hanafayana #4
Chapter 2: Wah~ daebak!!! V and jisoo cute^^ hehe
93Hanafayana #5
Update!!^^
minggi88 #6
Macam best je... Palli update!!!