chapter 1

Chasing The Dream
Please Subscribe to read the full chapter

    Permainan bola sepak adalah permainan yang digemari ramai oleh kaum lelaki. Ada beberepa atlet yang terkenal melalui permainan ini. Itulah impian Kim Taehyung atau nama samarannya V. Tetapi hanya rakan-rakannya sahaja yang memanggilnya V, keluarganya macam biasalah memanggilnya dengan nama betulnya. Tak glamor langsung.

    Taehyung melihat beberapa pemain sedang berlari mengelingi Padang dan tidak jauh Dari situ,dia ternampak jurulatihnya sedang bercekak pinggang melihat rakan-rakannya berlari.

    Dia mengetuk kepalanya beberapa Kali sambil mulutnya terkumat-kamit menyumpah dirinya sendiri.

  "Bodohlah kau ni! Bodoh.bodoh. mesti coach akan mengamuk nanti. Aduh macam mana ni? Dah setiap minggu aku lambat. Aduhhhh~" Taehyung menghentak kakinya tanda gelisah.

    Sudah banyak Kali dia lewat datang ke latihan,alasannya adalah bangun lewat. Pada awalnya dia tidak mahu mengikuti latihan ini kerana waktu latihannya terlalu awal, Dari pukul 8 pagi hingga 11 pagi. Dah la dia ni jenis yang liat bangun pagi.

    Tetapi, demi ingin mengejar impiannya dia harus ikut juga latihan ini. Lagi pula, jurulatihnya seorang pemain bola sepak yang hebat pada zaman 90-an dan Taehyung adalah salah satu fanboynya.

    Taehyung berjalan perlahan-lahan menghampiri juruhlatihnya.

  "Selamat pagi,coach! Coach sihat? Saya sihat.hahahhah... Boleh saya pergi main?" Tanya Taehyung ceria sambil menunjukkan ibu jarinya  kepada rakan-rakannya yang sedang memanaskan badan. 

   "Kamu lambat lagi Taehyung! Sudah berapa Kali kamu lambat! Kalau macam inilah atitud awak, saya tak boleh jamin awak akan berjaya tau." Kata Jurulatih Park dengan tangan kirinya dipinggang manakala tangan kanannya pula ditujuk-tunjukkan kearahnya.

    Taehyung hanya menundukkan mukanya. Sudah lali kena marah waktu pagi. Kalau dirumah dia akan dimarahi ibunya kerana bangun lewat ke sekolah. Taehyung mengeluh.

  "Saya minta maaf coach, saya janji tak lewat lagi." Taeyung berkata dengan nada yang lemah. Mukanya masih lagi memandang ke bawah.

  "Setiap minggu kamu cakap macam tu, tapi kamu buat juga. Sudah, pergi sana! Kita mulakan latihan Sekarang." Arah jurulatih Park. Taehyung mengangkat mukanya lalu tersenyum. Dia terus berlari kearah rakan-rakannya.

    Setelah 4 jam berlatih, semua pelatih dibenarkan pulang. Taehyung melihat ayahnya sedang menunggunya di luar kereta. Dia bergegas menuju kearah ayahnya.

  "Appa! Kenapa datang awal ni? Selalunya datang lambat." Taehyung memandang ayahnya sambil dahinya dikerutkkan.

  "Saja je. Nah, ambil kunci ni. Kamu duduk dalam kereta dulu, appa nak jumpa dengan jurulatih kamu sekejap." Encik Kim menghulurkan kunci kereta kepada Taehyung. Taehhyung menyambutnya. Encik Kim terus beredar mencari kelibat jurulatih anaknya.

  "Appa nak buat apa jumpa coach Park?"  Tanya Taehyung separuh menjerit apabila ayahnya sudah jauh darinya. Encik Kim hanya mengangkat tangan menyuruhnya tunggu.

~~~~~~~~~~

Di Sekolah.

     Semua pelajar berpusu-pusu untuk masuk kedalam kelas selepas tamatnya waktu rehat ,kecuali Taehyung yang masih lagi berborak dengan rakannya di luar kelas.

  "Woii, Sungjae!" Jerit Taehyung sambil berlari mendapatkan Sungjae di hujung koridor kelasnya. Sungjae yang lalu di koridor itu terus terberhenti Dan memandang kerek kearah Taehyung.

  "Kau nak pergi mana ni? Tergesa-gesa je aku tengok." Tanya Taehyung sambil memeluk bahu Sungjae. Dia melihat Sungjae memegang sebuah buku kecil Dan sebatang pen. Sungjae menjeling kearah Taehyung lantas dia menolak tangan Taehyung Dari bahunya. Taehyung mengangkat keningnya,pelik melihat rakannya itu bersikap dingin dengannya.

  "Aku nak pergi kantin, nak halau budak-budak yang masih tak masuk kelas lagi macam KAU....kau pergi masuk kelas sekarang! Kalau tak aku tulis nama kau." Tegas Sungjae yang sudah membuka buku kecilnya itu untuk menulis nama Taehyung.

  "Ok.. Ok.. Aku masuk kelas sekarang. Kecoh la kau. Nak Tanya pun tak boleh." Kata Taehyung perlahan.

  "Tak boleh!!!!" Jerit Sungjae di telinga Taehyung. Taehyung menjarakkan sedikit dirinya Dari Sungjae. Kemudian, Sungjae terus beredar. Taehyung membuat muka menyampah.

     Taehyung memusingkan badannya kebelakang untuk balik ke kelas, tiba-tiba dia terlanggar seorang perempuan. Buku yang terjatuh itu Taehyung ambil dan berikan kepada perempuan tersebut.

    Perempuan mengambil bukunya ditangan Taehyung. Dia menundukkan kepalanya Dan terus beredar. Langsung tidak mengucapkan terima kasih kepada Taehyung. Berkelip-kelip Mata Taehyung memandang perempuan itu. Tidak sempat pun dia ingin mengucap maaf kepadanya.Tehyung sering juga melihat perempuan itu di dalam perpustakaan.Taehyung mengangkat kedua bahunya Dan berlalu masuk ke dalam kelas

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Aminoz #1
Daebak!!! Ending die sweet giler, I like it so much... And watak die sesuai sgt.
sunlight_ #2
Chapter 2: Hehehe...happy ending...
by the way nice story
EmperorNetizen
#3
OML OML OML OML
93Hanafayana #4
Chapter 2: Wah~ daebak!!! V and jisoo cute^^ hehe
93Hanafayana #5
Update!!^^
minggi88 #6
Macam best je... Palli update!!!