Yongguk P.O.V

Kertas Bodoh, Aku Cintakan Dia.
Please Subscribe to read the full chapter

Itu pun dia.

Dia lain dari yang lain. Ada sesuatu yang istimewa padanya  sehinggakan aku yang tak pernah mencair pada mana-mana perempuan jatuh hati . Terus terang aku katakan, ini kali pertama aku jatuh cinta dan cinta aku jatuh pada gadis itu.

Setiap hari, aku akan singgah ke kafe tempat dia bekerja. Ya. Gadis itu seorang pelayan kafe. Cantik? Wajahnya tidaklah terlalu cantik dan bukan juga aku nak mengatakan dia seorang yang hodoh. Cuma, dia biasa-biasa sahaja. Tak terlalu menonjol tetapi masih manis dipandang terutamanya apabila dia tersenyum.

“Order?”

Aku tersentak. Haruman manis perfume Vanilla menusuk lembut ke dalam hidung ku. Mata aku tak berkelip saat dia berada di hadapan aku. Sejak bila dia ke sini? Bukankah tadi dia sibuk di kaunter? Oh, nampaknya aku sudah jauh mengelamun.

Terasa malu saat dia melihat aku seperti orang bodoh yang terpinga-pinga lalu, aku berdehem bagi membersihkan kerongkong yang terasa berpasir ini.

“Hot chocolate.” pendek saja aku menjawab dan dia mengangguk berserta senyuman manisnya yang membuat aku tertawan. Setelah dia beredar, aku baru tersedar yang aku telah membuat satu kesilapan. Seumur hidup aku, aku tak pernah minum atau makan coklat dan aku bencikan coklat. Lalu? Kenapa aku memesan minuman itu?

Dahi ku ditepuk kesal.

 

 

Dan begitu lah setiap hari,

Setiap petang aku akan ke kafe untuk melihatnya. Cukup setakat itu bagi aku. Aku tak mahu melangkah ke hadapan kerana aku tau risikonya. Cukuplah aku mencintai dari jauh. Memujanya dalam diam dan hanya berharap untuk memilikinya. Kerana apa?

Kerana aku sudah tak mahu memperbodohkan diri sendiri.

Mencintai dirinya dengan lebih mendalam pastinya akan membuatkan aku menderita. Aku sedar aku siapa. Aku bukan lelaki yang baik. Aku penjahat dan aku tak layak untuk mencintai dan dicintai. Aku sedar dan itu sebabnya aku lebih memilih untuk menjadi pencintanya dalam diam.

“Hana ! Hantarkan kopi ni ke meja no 7.”

Hana. Itu namanya. Nama yang secocok dengan orangnya.

“Ini kopinya.”

Haruman Vanilla yang dipakainya singgah ke hidung ku. Aku menyembunyikan senyuman di sebalik hoodie yang menutupi kepala. Dia kini dekat dengan aku dan aku dapat rasakan jantung ini berdetak kencang.

“Terima kasih.” antara dengar tak dengar, aku menuturkan ucapan itu kepadanya. Dia seperti biasa, tunduk dan senyum kepada aku. Ah, Hana… sedar kah kau yang senyuman itu sangat berbahaya bagi aku?

“Jung Hana !”

Jerkahan seseorang membuatkan Hana yang baru saja ingin beredar dari meja yang aku duduki  tersentak. Aku menoleh ke arah muka pintu untuk memandang  manusia yang menjerkah tadi. Mata ku membulat saat terpandangkan sekumpulan gengster  yang sedang berjalan mendekati Hana. Sempat juga aku mengerling gadis itu dan dia nampak ketakutan.

“Ikut kami !” salah seorang dari gengster tadi menarik tangan Hana membuatkan gadis itu menjerit ketakutan. Para pelanggan yang ada di dalam kafe itu juga turut sama menggeletar. Masing-masing resah saat kumpulan gengster itu datang menyerang.

“Lepaslah ! Apa ni !” Hana cuba memberontak.

“Diam ! Ikut kami !”

“Tolong!”

Hati aku terasa hangat saat terpandangkan gadis yang aku cintai diusik oleh orang. Lantas, tubuh lelaki yang menarik Hana tadi aku tolak kasar membuatkan dia terlanggar meja dan jatuh tersembam ke lantai.

“Jangan masuk campur !” lelaki gengster tadi bingkas bangun dan menghayunkan penumbuknya ke arah aku. Namun, tangannya sempat aku halang. Heh, dia berurusan dengan orang yang salah.

“Pergi dan jangan pernah datang sini lagi.” amaran diberikan kepadanya.

“Kau sapa nak masuk campur dalam urusan ni ! Jangan cari fasal dengan aku!” si gengster tadi membalas membuatkan aku tersenyum sinis.

“Sapa aku?”  Dia tanya siapa aku? Nampaknya, ada orang yang memerlukan jawapan.

Hoodie yang menutupi kepala diturunkan dan cermin mata gelap yang aku pakai sengaja ditanggalkan. Jelas ada riak terkejut pada wajahnya saat dia melihat wajah aku yang sebenar.

“K…Kau? J..Jepp Blackman?”

Aku tarik senyuman sinis. Nampaknya, nama samaran aku memang terkenal di kalangan gengster. 

“ Ya, aku, Jepp. Kenapa? Terkejut?” lengannya yang masih digenggam oleh aku dikilas sehingga lelaki itu meraung kesakitan.

“Berambus !” sekali lagi tubuh itu aku tolak dan untuk kali keduanya, dia mencium lantai. Beberapa orang gengster yang bersamanya tadi masih tergamam saat melihat aku. Buat kali pertama semenjak aku menjadi ahli kongsi gelap, aku berasa lega kerana dikenali sebagai Jepp Blackman, salah seorang ahli kongsi gelap yang digeruni di kawasan ini.

Suasana kembali tenang saat mereka sekumpulan beredar keluar dari kafe. Aku dapat rasakan yang banyak mata sedang memandang ke arah aku termasuklah Hana.

“T…Terima kasih.” ucapnya dalam keadaan yang menggeletar. Aku memandang wajahnya yang pucat untuk beberapa ketika. Ingin saja aku memeluk tubuhnya bagi menghilangkan ketakutan yang dia rasakan namun aku tau hadnya.

Tanpa membalas ucapan terima kasihnya, aku menapak keluar dari kafe dengan perasaan yang tertanya-tanya. Mengapa Hana diburu oleh kumpulan gengster itu? Apa salah Hana? Dia berhutang dengan mereka? Atau dia sebenarnya perempuan simpanan ketua kumpulan gengster itu? Aku terus menyoal soalan yang tiada jawapan.

Langkah aku mati. Aku bersandar di sebalik dinding kafe. Risau. Aku risaukan Hana sehingga aku tak mampu untuk meninggalkannya. Aku tau apa yang aku buat adalah sia-sia. Hana sama sekali tak tahu soal aku masakan dia akan tahu yang aku sedang risaukan dia? Tetapi, hati aku tetap berkeras untuk menunggu dan memerhatikan dia agar dia sentiasa selamat.

Tanpa disangka, sudah hampir 30 minit aku menjadi tugu di luar kafe itu. Aku mengeluh. Cahaya dari lampu jalan aku pandang dengan riak muka yang kosong sebelum telinga aku menangkap bunyi derap kaki orang yang sedang mendekati aku dari belakang.

“Terima kasih.”

Suara halus milik seseorang yang amat aku idamkan kedengaran dan ini membuatkan aku menoleh laju. Mata aku tak mampu berkelip saat terpandangkan figura yang sedang berdiri bertentangan dengan aku. Secara automatik, jantung aku berdegup. Berdegup dengan kadar yang luar biasa. Aku cuba berlagak tenang di hadapannya walhal diri ini sudah tak keruan.

“Benda kecik.” aku membalas sebelum mengangguk.

Hana tersenyum hambar. Plastik kecil bercorak bunga dihulurkan kepada ku. Aku intai sedikit isi dalamnya dan tiga ketul muffin membuatkan aku tak dapat menyembunyikan senyuman. 

“Tanda terima kasih. Aku tak tahu nak bagi apa dan harap kau terima.”ucapnya dengan nada yang agak mendatar sebelum berlalu meninggalkan aku.

Tanpa sedar, aku mengejarnya.

“Kau OK?” soalan itu tak sengaja keluar dari mulut. Aku tak pasti dari mana datangnya keberanian untuk aku bercakap dengannya.

Hana menoleh dan mengangguk.

Dia kemudian kembali melangkah mendahului aku.

“Aku temankan kau sampai ke rumah?” dek kerana risaukan gadis itu, aku menawarkan diri. Hana terdiam sejenak sebelum menggeleng.

“Aku tak biasa dengan orang yang tak dikenali.” balasnya perlahan. Cuba untuk menolak secara baik.

Aku bungkam. Riak kecewa tak dapat disembunyikan di wajah.

“Kau tak takut gengster tu datang balik?” soal ku cuba membuatkan dia berubah fikiran. Hana memandang aku sejenak sebelum tersenyum pahit.

“Jangan risau. Aku tau jaga diri. Kau tak perlu fikirkan soal tu. Jangan susahkan diri kau untuk orang yang kau tak kenal. Aku OK.” dia menghentikan langkahnya dan perlakuannya membuatkan aku turut berhenti. Setelah masing-masing berdiam diri, Hana kembali membuka langkahnya. Kali ini lebih laju. Mungkin dia tak mahu aku mengekorinya lagi.

Tanpa sedar, aku mengeluh.

“Orang yang tak kenal kau? Kau tau tak aku dah lama cintakan kau?” tutur ku perlahan sambil memandang susuk tubuhnya yang berjalan laju meninggalkan aku tanpa menoleh ke belakang.

 

 

Hari berlalu begitu saja. Peristiwa

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
syixinghun
#1
Chapter 2: Sedih bhai
beast_lovers #2
Chapter 4: .why yongguk so cruel to hana.poor hanaa..she died just like that.hm..yongguk why u so stupid!! ! ㅠㅠ daebak and best story that i had read.i can stop cry okay..its to sad for me
woonicorn_syah
#3
Chapter 4: sedih nya TT o TT tak tau nk ckp apa ..hahha T.T sedih la... sadis btol hidup yongguk ni...
Exotic_Baby_99
#4
Chapter 4: andwaeeeeeeeeeeee!!! Jello kene duduk sorang sorang lagi!!! Yongguk kejamnyeeeeeee..... Kesiannye kena masuk penjara kali kedua u.u