SARANGHAE !

SARANGHAE !
Please Subscribe to read the full chapter

Starring : Yong Hwa (Cn Blue) Seohyun (SNSD) Luhan (EXO) Suzy (Miss A)

Yong Hwa mengelamun. Dipusing-pusing pen yang dipegang jari telunjuk dan jari hantunya. Tangan kiri menopang dagu. Murid-murid lain sudah keluar rehat. Tinggal dia dan tiga orang lagi pelajar di dalam kelas tu.  Yong Hwa melepaskan keluhan berat. Herm…

“Hei ! Kau tengah fikir apa tu ? Jauh termenung. Nah, air ni,” Luhan menepuk meja Yong Hwa. Di tangan kirinya terdapat air ice lemon tea kesukaan Yong Hwa. Risau juga dia tengok Yong Hwa tidak keluar rehat. Jika tidak, Yong Hwa lah orang pertama yang sampai di kantin.

“Takde apa-apa. Eh, air favourite aku ! Thanks, kawan. Macam tau-tau je aku tengah haus,” Yong Hwa cuba mengambil air yang ada di tangan Luhan.

“Tetapi, sebelum itu bagitahu aku apa yang kau mengelamun tadi. Macam ada yang tak kena je aku tengok,“ Luhan mengangkat tangan kirinya. Tangan kanan masih di meja Yong Hwa. Dia menggugut. Dia tahu Yong Hwa tidak akan merahsiakan apa-apa darinya.

“Ada la. Mana boleh bagi tahu. Bagi sini air tu,” Yong Hwa meluruskan tangan. Air itu mesti diminum. Tekaknya terasa perit dari tadi. Hendak keluar rehat, ada sesuatu yang menghalang. Tahan sajalah dia…

“Taknak bagitahu tak apa.  Air ni jadi milik aku lah,” Luhan pura-pura ingin meminum. Sikit lagi umpannya akan mengena.

“Yela, yela. Aku bagi tahu. Bagi air tu dulu,” Ahah ! Umpan Luhan dah mengena. Dia tahu Yong Hwa tidak tahan dengan apa-apa ugutan yang melibatkan ice lemon tea kesukaannya itu.

“Bagus. Ambillah air ni. Aku taknak pun. Dah kenyang dah. Tengok, perut ni pun dah buncit. Hehehe,” Luhan meletakkan air tersebut di atas meja. Sesudah itu tanggan kanannya mengusap-usap perut.

“Setahu aku, perut kau memang buncit,” Yong Hwa mencebik. Air tin kesukaannya itu dibuka. Ah, nikmatnya minum air sejuk panas-panas macam ni.

“Okay, cerita cepat. Aku tak sabar ni,” Kerusi yang ada di hadapan meja Yonghawa dipusingkan kebelakang. Setelah duduk, kedua-dua tanggannya diletakkan di bawah dagu. Menunggu Yong Hwa bercerita.

“Kejap la. Bagi aku habiskan air ni dulu,”

“Lamanya. Macam minum satu tan air,” Luhan mencebik. Tangannya sebuk menyelak kertas-kertas yang ada di meja Yong Hwa. Cantik juga mamat ni lukis…

“Kau kenal Seohyun ?” Yong Hwa bertanya setelah air yang diminumnya habis. Tin tersebut diletakkan di penjuru kiri meja.

“Gila tak kenal. Hotstuff tu. Kenapa dengan dia ?” Sememangnya dia kenal benar dengan Seohyun. Anak kepada pemilik sekolah ni, En. Choo Sung. 

“Dia cantik tak bagi kau ?” Yong Hwa bertanya lagi.

“Bolehlah. Bagi aku, Suzy lagi cantik. Hehe,” Luhan menjawab. Baginya, Suzy lagi cantik dan comel. Dalam diam, dia meminati gadis itu yang semua orang tahu kawan baik si Seohyun.

“Orang tanya Seohyun dia jawab kawan kepada si Seohyun,” Mata Yong Hwa dilirikkan ke kiri.

“Hehe… Biarlah. Kan aku ni secret admirer nombor satu Suzy. Eh, yang kau tanya akau pasal Seohyun ni kenapa ?” Luhan mula berasa pelik. Tidak pernah-pernah pun Yong Hwa bertanya apa-apa mengenai Seohyun sebelum ini.

“Baca ni,” Yong Hwa menghulurkan sepucuk surat yang diambilnya dari bawah meja. Luhan membaca dengan teliti.

Annyeong ! Awak Yong Hwa dari Kelas 1-2 kan ? Erm, boleh tak kita jumpa di taman selepas waktu sekolah ? Harap sangat awak sudi. Saya tunggu awak. Datang tau !

                                                                          -       Seohyun

 “Wah… Dapat surat lah kawan aku seorang ni. Dari hotstuff terkemuka pulak tu,” Luhan teruja. Kalaulah dia dapat surat dari Suzy kan bagus…

            “Masalahnya, kalau tak betul macam mana ? Menyusahkan aku je pergi sana,”

            “Jangan risau. Aku rasa betul tu. Kau pergi je lah. Boleh aku jumpa Suzy sekali. Mesti dia temankan Seohyun punya. Hehehe,” Luhan ketawa. Memang dia berharap Yong Hwa pergi. Sambil tu, boleh lah dia cuba mengurat Suzy. Kalaulah Suzy turut ada bersama Seohyun…

            “Tengoklah macam mana nanti. Baik kau pergi duduk kat tempat kau. Kejap lagi cikgu masuk baru tau,”

            “Yelah, Yelah. Pergi tau ! Ajak aku sekali. Hehehe,” Sempat lagi Luhan berpesan kepada Yong Hwa.

Habis waktu persekolahan,

            “Kau nak pergi tak ni ?”

            “Tak kot. Kau nak pergi, pergilah. Malaslah aku nak layan surat-surat macam tu. Entah betul, entah tidak,” Yong Hwa mencebik. Kedua-dua bahu dan tangannya diangkat sedikit.

            “Jangan menyesal tau,”

            “Tak, aku tak menyesal. Dah jom balik,” Yong Hwa menarik tangan Luhan dan bergegas pulang.

     ***********

            “Mana dia ni ?” Seorang gadis berpakaian seragam sekolah melihat jam tangan jenama Swatch yang dia dapat ketika hari lahirnya dua bulan lepas. Orang yang ditunggu tidak muncul-muncul.

            “Dah pukul 2:30 dah ni. Sekolah habis pukul 2:00 petang. Hem, maybe dia ingat yang aku ni tipu dia kot,” Dia mengetap bibir. Lagi lima minit orang yang ditunggu tidak muncul juga, dia nekad. Dia akan pulang dengan segera. Ommanya yang berada di rumah sekarang ini mungkin risau akan dia yang tidak pulang-pulang dari tadi. Sudahlah ayahnya ke luar Negara kerana ada kursus. Ommanya tentu keseorangan sekarang ini.

            “Tujuh... Lapan… Sembilan… Sepuluh… 2:35 petang. Okay, aku balik,” gadis berumur 17 tahun ini pasrah. Dia mengambil beg yang diletakkan di atas kerusi y

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet