Final

Hannah's First Love (Oneshot)
Please Subscribe to read the full chapter

Listen to: https://www.youtube.com/watch?v=MAmx87ATheo [ First Love by Hello Venus]

Hannah's First Love


Your POV


    Aku melangkah masuk ke sebuah kafe yang tidak jauh dari penthouse keluargaku.Bau kopi memenuhi ruangan kafe tersebut.Suasana di kafe pada waktu ini masih lengang kerana masih belum tiba waktu puncak.


    "Hannah,buat apa datang sini?" tanya papaku yang aku tidak perasan dari mana dia muncul.


    "Datang nak minumlah,papa!" aku menjawab pertanyaan dengan sengihan.


    Papa ikut tersengih dengan jawapanku.


    "Tak sekolah ke ni?" papa melihat gaya pakaianku yang santai.Hanya memakai dress bercorak floral.Rambutku pula diikat ala ponytail.


    "Eh,papa lupa ke harini hari Sabtu?" aku menyoal papa.


    "Eh?Hari Sabtu ke harini?" papa menyoal aku semula.


    Aku membuntangkan mataku. "Papa tak demam kan?" aku meletakkan tanganku ke dahi papa.Papa menggeleng.


    "Serius papa terlupa.I thought it was weekdays!" papa berkata,lalu menepuk dahinya.Aku menggelengkan kepala.Parah juga papa ni.Walaupun dia bekerja sebagai bos di kafe,tapi gayanya macam kerja seorang CEO sebuah syarikat!


    "Papa,you opened a cafe,not a company!"


    "Ya sayang,memanglah.Tapi kafe pun bisnes jugak,ada risikonya..." papa mencuit hidungku.Aku membuat muka.


    Kling...bunyi dari pintu kafe dibuka.

 

    Aku berpaling ke belakang.Sesaat kemudian,diriku membeku.


    "Hai,hyung!" seorang lelaki berpakaian kasual menyapa papaku.


    Jinhyuk oppa


    Aku menggosok mataku,untuk memastikan aku tidak bermimpi.Figuranya berada betul-betul di hadapan aku.Hah!Aku rasa nak terjatuh di tempat aku dan dia sedang berdiri.Dah lama tak nampak dia.


    "Annyeong...Hannah?"


    Aku tidak bereaksi.


    "Hannah?" papa memanggil namaku.Mataku masih memandang dia.Statik.


    Seraya itu jantungku berdegup laju.


    Senyuman manis aku ukirkan pada Jinhyuk. "An...annyeong,oppa!" aku hampir tergagap sewaktu hendak membalas sapaannya.


    "Dia uncle bukan oppa." papa mengingatkan aku.


    Aku menggeleng.Aku tahu dia kawan papa,tetapi aku...jatuh cinta dengan lelaki ini!Aku tahu benda ni memang agak taboo.Namun aku tidak mampu berbuat apa-apa.


    'Hannah,crush kau dah balik!' hatiku menjerit keriangan.


    "Papa!Hannah nak kahwin dengan Jinhyuk oppa!" jeritku tanpa mempedulikan sesiapa di sekelilingku.


    "Hannah!" papa kelihatannya sungguh terkejut.


    "Here comes Hannah,just like 2 years ago..." Jinhyuk berkata sambil memandangku dengan senyuman.

 


*  *  *  *  *


    PADA malam itu,papa tidak langsung bercakap dengan aku.Sewaktu makan malam pun papa lebih banyak mendiamkan dirinya.Aku juga turut mendiamkan diri.Aku tahu papa agak marah dengan aku.


    "Papa," panggilku.Aku meletakkan mug berisi kopi panas di hadapannya.


    Papa melihatku,kemudian matanya beralih pada buku yang sedang dibacanya.


    "Hannah tahu Hannah tak patut cakap macam tu." aku menundukkan wajahku.


    "Hannah,love is blind right?" papa sudah menamatkan pembacaannya.Dia menggamit aku untuk duduk di sebelahnya.Aku menurut sahaja.Papa meletakkan tangannya di bahuku.


    "Hannah ni,apalah.Baru setahun jagung dah pandai nak cakap pasal kahwin." papa mengeluh.Bibirnya terjuih.Aku ingin sahaja meledakkan tawaku pada ketika itu.Comel je papa ni!


    "Being  Hannah is straight forward." balasku dengan selamba.


    "Yahh!Kamu dah macam mama kamu!She's just...just like you." aku terkedu apabila mendengar kata-kata daripada papa.Sudah lama dia tidak menyebut mama di hadapanku.


    "How papa fell in love with mama?" tiba-tiba aku teringin nak mendengar kisah cinta mama dan papa.


    "Benda tu terjadi tanpa perancangan.Tiba-tiba je!" ujar papa dengan senyuman. "Really?" aku tidak percaya.Papa mengangguk.


    "Hannah,Jin Hyuk tu hubae papa tau?Takkanlah kamu nak bercinta dengan orang yang tua daripada kamu?" soal papa secara mengejut.Aku menggaru dahiku. "Salah ke papa?Cinta tu tak mengehadkan umur..." jawabku dengan lurus.


    Papa menarik nafasnya. "Seriously you're too young for this,Hannah."


    "I'm already 17 year old,papa!"


    "Age is just a number,and your mentality is just like a kid.You know?" mendengarkan jawapan daripada papa,aku terus memukul bahunya.Jahatnya! "You're unfair,papa!" nak je aku menangis depan papa.Tetapi ini Hannah,the strong girl!


    "Tu,salah satu contoh kamu ni macam budak." papa berterusan mengusikku.


    Aku menghentakkan kaki.Benci!


    Aku bangun dan berlari masuk ke dalam bilik. "Jangan menangis,Hannah!" sempat papa melaung.Eiii!

 


*  *  *  *  *


    SEPERTI selalu,aku akan berkunjung ke kafe milik papa.Mataku tertumpu ke arah seseorang yang sangat aku kenali. "Jinhyuk oppa!" aku cepat-cepat mengambil tempat di hadapannya.


    Dia yang sedang menghirup Americano hampir tersembur.Aku mengambil tisu di dalam beg sekolahku dan menghulurkan kepadanya.


    "Gomawo.Hannah,jangan uncle macam tu lagi.Nanti tak pasal-pasal uncle dapat heart attack!" ujar Jinhyuk setelah selesai minum.Aku tersengih. "Baru habis sekolah?" tanyanya.Aku mengangguk laju.


    "Papa mana?" tanyaku dengan manja.


    "Dia ada urusan dengan someone.Katanya,tapi uncle tak tahu." dia menjongketkan bahunya.Aku pandang bahunya yang luas itu.Oooh!Terpikat pula aku melihatnya.Hehehe.


    "Hannah?" dia memanggilku dan aku termalu sendiri.Kantoi tenung dia!


    "Hannah suka oppa!" luahku dengan senyuman lebar.


    Jinhyuk ketawa kecil. "Hannah kecik lagi,mana sesuai nak bercinta dengan uncle!"


    Aku memuncungkan bibirku. "Waeyo?Sebab Hannah belum habis sekolah lagi?" soalku dengan tidak puas hati. "Ya...dan juga sebab uncle ni kawan baik papa kamu dan umur kita sangat berbeza." kenyataan itu membuatkan aku rasa nak menangis ketika ini.


    Apa salahnya kalau bercinta walaupun jarak umur berbeza?!


    Aku menunduk,tidak mahu berkata apa-apa lagi.


    Rambutku diusap perlahan. "Hannah seorang gadis yang comel,tapi Hannah masih muda untuk faham cinta.Cinta remaja tak dengan cinta orang dewasa,ada faham?" pesanannnya itu aku cuba hadam dengan perlahan.


    Cinta remaja?Cinta orang dewasa...?


    "A...arasso." aku cuba untuk faham.


*  *  *  *  *


No One POV


    "Hyung,mana Hannah?" tanya seorang lelaki. "Dia pergi kelas balet.Kenapa?" balas seorang lagi lelaki yang duduk di hadapannya.


    "Tak ada apa." dia mengalihkan pandangannya ke arah luar tingkap.


    "Kau dengan Jiwon macam mana?" tanya Han Ryu,papa Hannah yang juga kawan baiknya.


    "Hyung,aku nak propose Jiwon.Omma dah lama paksa aku kahwin." keluhan daripada kawannya itu membuatkan Han Ryu ketawa.Dia tahu benar akan perangai omma kepada Jinhyuk.


    "Habis tu?Propose jelah.Kacang je..." Han Ryu memetik jarinya.


    "Jiwon ada dekat Itali.Modelling dia tu tak pernah habis." balas Jinhyuk.


    "Hmm,kalau kahwin.Kau sanggup ke bagi dia jadi model lagi?" soal Han Ryu dengan tenang. 


    "Entahlah hyung.Sebolehnya tidak,tapi Jiwon tu kan jenis keras kepala.Dia cakap dia takkan stop sampai dia dapat tersenarai dalam Top 10 Famous and Talented Model in Asia..." nampak benar Jinhyuk agak kecewa dengan pendirian teman wanitanya,Jiwon.


    "Kalaulah Hannah tu sebaya Jiwon,dah lama aku kahwinkan korang..." tanpa sedar,Han Ryu meluahkan pendapatnya yang amat mengejutkan Jinhyuk.


    "Hyung,biar betul?" Jinhyuk merenung hyungnya.Han Ryu mengangguk.


    "Tapi,budak Hannah tu baru 17." Han Ryu ketawa selepas itu.Namun tidak Jinhyuk.Hatinya tiba-tiba merasakan sesuatu. 'Ah!Hannah tu budak je,she won't affect him!' Jinhyuk cuba menghilangkan sesuatu rasa di dalam hatinya itu.


    "Jiwon takkan lari ke mana,asalkan kau yakin yang kau nak jadikan dia isteri dan peneman hidup kau." ujar Han Ryu dengan senyuman.

 


*  *  *  *  *


    HARI INI aku tidak melihat kelibat Jinhyuk di kafe.Sibukkah dia?Kata papa,Jinhyuk oppa bekerja sebagai seorang ahli perniagaan di sebuah syarikat yang terkenal di Seoul.Tapi aku tak ambil kisah sangat dengan semua itu.


    Aku duduk di meja kosong.Beg sandang aku letakkan di atas meja.


    Aku mengeluarkan sebuah borang berwarna putih.Aku mengangkat wajahku apabila aku rasa ada seseorang di hadapanku.Aku terpana.


    "Oppa!" aku menyambutnya dengan riang.Jinhyuk senyum padaku.


    "Baru sampai?" tanya Jinhyuk.Aku mengangguk. "Baru je tadi."


    Dia ikut duduk di hadapanku.Aku mencari kelibat papa,namun bayangnya tiada di kaunter.Yang ada hanya pekerja-pekerjanya.


    "Borang apa ni?" dia memegang borang yang aku letakkan di meja.


    "Borang tawaran pergi Paris," aku memberitahunya dengan teruja.


    * {Flashback} *


    "HANNAH,Cikgu Yun panggil kau." Min Kyung menerpa ke arahku.Aku jadi hairan.Dia nak marah aku ke?Risau pulak bila kena panggil dengan guru latihan ni...aku berbisik dalam hati.


    Aku berjalan ke arah Cikgu Yun yang tekun melihat setiap pelajarnya berlatih. "Seongsaengnim?" aku berdiri di hadapannya.Cikgu Yun memandangku dengan senyuman.


    "Hannah,cikgu ada sesuatu nak beri pada kamu." Cikgu Yun berkata.Dia mengeluarkan sebuah borang,lalu dia memberikannya kepadaku. "Ni borang tawaran ke Paris.Kamu dah tawan hati guru latihan balet dari Paris,Mr Pierre.Dia nak kamu jadi protege dia." dengan bangga Cikgu Yun memberitahu.


    Aku terkejut. "Jeongmal?"


    Cikgu Yun mengangguk.Aku menepuk pipiku.Macam bermimpi pula!


    Aku minat dengan balet,dan impian aku untuk menjadi ballerina bakal menjadi kenyataan jika aku menerima tawaran untuk belajar di Paris!Aku mahu sahaja menjerit ketika ini.


    Namun...adakah papa akan memberikan keizinan kepada aku untuk ke sana?


    "Ermm,cikgu...boleh tak saya pertimbangkan tawaran tu?Saya risau papa saya tak bagi." kataku dengan senyuman nipis.Memang aku gembira,tetapi aku harus memikirkan perasaan papaku.


    "Baiklah." Cikgu Yun bersetuju.

 


    *  *  *  *  *


    "HANNAH?" lamunanku terhenti apabila namaku dipanggil.Aku kembali ke dunia realiti.Jinhyuk oppa sedang berada di hadapanku.


    "Oppa,adakah papa izinkan Hannah pergi Paris?" tanyaku secara spontan kepadanya.


    "Uncle tak tahu nak jawab macam mana..." dia membalas.Aku mengeluh.


    Dia masih lagi menggelarkan dirinya sebagai pak cik.Memang patut,tapi...crush patut dipanggil oppa kan?Aku pandang dia tanpa jemu,walaupun hatiku sedang risau.


    "Hannah,nak pergi keluar jalan-jalan tak?" pelawaannya itu membuatkan mataku menjadi besar.Pergi keluar jalan-jalan?Berdua?Hannah?Jinhyuk?Berdua dan jalan-jalan.


    Aku bermimpi ke?Aku memejam celikkan mataku.    


    "Kalau Hannah tak nak takpelah..."


    "Jom!" entah dari mana aku dapat kuasa nak pegang tangan Jinhyuk oppa.Kami terus beredar dari kafe milik papa.Jinhyuk pula seperti tidak kisah,malahan pegangan tangan kami tidak terlepas,masih berpaut.


    Dia membawa aku ke Han River.


    Han River pun jadilah kan?Hehe.


    Kami duduk di sebuah bangku sambil melihat sungai Han River yang tenang itu.Walaupun cuaca agak panas,namun ia tidaklah seterik mana.

 

   "Hannah,bila Hannah sukakan seseorang,tak semestinya kita perlu miliki dia." Jinhyuk oppa bersuara setelah lama mendiamkan diri.

 

    Aku diam,cuba memahami.


    "Jangan stres sangat,Hannah.You're still young,banyak lagi benda yang kamu nak kejar." sambungnya lagi.Aku mengangguk laju.Dia mengusap rambutku dan bibirnya mengukirkan senyuman yang bagiku sangatlah menawan hati.Haila

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
linaniel
korang nak sequel tak?ahaha

Comments

You must be logged in to comment
xoxogirl2 #1
Mcm best je x pe klw x best or best saya komen ok
Krystal5 #2
Can you do english version of this oneshot