Airport
Me + you = love ? fight ? (SPECIAL EDITIONS)Pagi itu , Hana dan Luhan bergerak awal ke airport untuk ke Beijing.
"Oppa~~ Jom beli makanan sikit, Hana lapar" Kata Hana sambil memegang perutnya. "Okay, Hana nak makan apa? " tanya Luhan. "Tak kisah la asalkan pedas" Kata Hana. "Pedas? tak boleh tak boleh , orang perempuan tak boleh makan pedas, bahaya tau" Kata Luhan. Hana kelihatan merajuk "Sekali je~" Pujuk Hana. "No no, oppa cakap tak boleh" Kata Luhan sambil memilih makanan. Hana merajuk. Luhan memandang Hana "Merajuk la tu" Kata Luhan perlahan.
Luhan berjalan ke kaunter untuk membayar makanan yang dibelinya. Kelihatan seorang perempuan berdiri di sebelahnya ingin membayar makanan. Jarak antara perempuan itu dan Luhan sangat dekat hingga tiada ruang. Hana melihat perempuan itu ingin mendekati Luhan. "Ehh ?? taktik nak ngorat laki aku ke tu?" Fikir Hana. Tanpa banyak cakap, Hana segera menuju ke arah Luhan., Hana memaut lengan Luhan. "Oppa~~ cepat la,, Hana lapar ni." Kata Hana manja. "Dah ,, dah siap ni.. jom la" Kata Luhan sambil berjalan. Hana sempat menjeling ke arah perempuan tersebut. Perempuan itu membalas jelingan Hana. "Err?? cemburu ke?" Bisik hati Luhan. "Huh !? ada hati nak ngorat laki aku, boleh jalan la" Bisik hati Hana.
Hana kembali dengan merajuknya tadi , dia menjauhkan dirinya daripada Luhan. "Jadi yang tadi tu lakonan ke?" Teka Luhan. Hana mendiamkan diri , masih merajuk dengan Luhan. "Okay tak apa,, kalau macam tu, oppa pergi jumpa perempuan tu ,, oppa ngorat dia" Kata Luhan bangun dari bangku, pura-pura ingin kembali ke kedai tadi. Hana sempat menarik tangan Luhan "Janganlah .." Kata Hana. "Tau takut.." Usik Luhan sambil duduk kembali di bangku. "Lain kali nak merajuk lagi?" Tanya Luhan. "Tak ,," Hana menundukkan kepalanya. Luhan senyum "Bagus ..." Luhan mengusap kepala Hana. "Nah ,, makan la,, nanti lapar pulak" Luhan menghulurkan makanan untuk Hana. Mahu tidak mahu, terpaksa jugak Hana makan.
Comments