chap1

Crazy Love Mission
Please Subscribe to read the full chapter

Sebaik sahaja semua pelajar lelaki sudah melangkah keluar dari kelas mereka, Lee Yoobi dan sahabat baiknya,Kim Nana berlari dengan badannya membongkok ke arah pintu lalu ditutupnya pintu kelas. Ceh, gaya mereka ini seperti sedang menghendap musuh pula! Im Yoona hanya memandang mereka sekilas sambil terangkat kening. Entah apa-apa sajalah minah ini. Im Yoona mengalihkan semula pandangannya ke arah sekeping gambar yang terletak di tangannya. Gambar milik seorang lelaki yang berbaju singlet sedang memulas bajunya yang basah. Macam mana dia dapat gambar ini? Uh… jangan ditanya dan jangan terkejut pula!

Court bola keranjang di taman perumahannya

Yoona yang berada di sebalik batang pokok yang besar sedang asyik memerhatikan lelaki itu bermain bola keranjang seorang diri. Tidak diendahkan kakinya yang gatal minta digaru akibat digigit semut. Sudah angaulah katakan! Sesekali anak mata Yoona memerhatikan kawasan sekelilingnya. Bukan takut terserampak dengan jembalang hantu yang tidak akan muncul disiang hari akan tetapi ketakutannya lebih kepada manusia yang normal sepertinya. Mungkin dan pasti telinganya akan dipiat oleh ibunya kerana melakukan perkara terkutuk seperti apa yang dilakukannya sekarang ini. Dia bukanlah pengintip yang ditugaskan untuk melindungi kerajaan daripada diserang musuh. Dia hanyalah pengintip yang ditugaskan untuk melindungi dan mengawasi lelaki itu supaya sentiasa selamat. Ecehh… Padahal kerja kau nak mengendap sambil curi-curi menangkap gambar jejaka idaman kaukan! Yoona menempelak dirinya sendiri.

Yoona segera menghentikan lamunannya lalu mengalihkan semula pandangannya ke arah lelaki itu. Kelihatan lelaki itu sedang duduk di lantai simen sambil meneguk air. Comelnya kau minum air itu. Hana tersenyum kecil. Ditangkapnya gambar lelaki itu senyap-senyap dengan telefon Sony Experianya. Ditatapnya gambar yang baru diambilnya sambil tersenyum kecil sebelum mengalihkan pandangan ke arah lelaki itu. Tak sia-sia dapat stalk kau!

“Ya Tuhan!” Spontan Yoona menekup mulutnya. Lelaki itu menghentikan perbuatannya lalu memerhatikan sekeliling. Barangkali lelaki itu mendengar suaranya. Jantung Yoona laju mengepam darah akibat ketakutan. Tolonglah, janganlah dia tahu! Yoona menggenggam tangannnya kuat berharap satu keajaiban. Lelaki itu hanya menjongketkan bahu sebelum menyambung kembali ‘kerjanya’ yang tergendala. Yoona mengurut dadanya sambil menghembus nafas lega. Yoona menoleh semula ke arah lelaki itu.

Kali ini dia bukan lagi terkejut kerana lelaki itu dengan selambanya membuka baju di hadapannya tetapi lebih kepada menghayati keindahan tubuh lelaki itu. Mulutnya ternganga dengan matanya yang bersinar-sinar gayanya yang seakan lagak seekor anjing yang sedang menjuihkan lidahnya. Melihat lelaki itu yang hanya berbaju singlet sedang memulas bajunya yang basah kerana disimbahnya dengan air mineral yang diminumnya tadi.

Entah mengapa lelaki itu berbuat sedemikian? Ah… yang ada di dalam kepalanya bukanlah persoalan seperti ‘kenapa dia basahkan bajunya dia sendiri?’ atau ‘kenapa dia tanggalkan bajunya sendiri?’ tetapi lebih kepada ‘Kenapa badan dia sungguh seksi?’atau ‘kenapa badannya seperti sungguh mententeramkan jiwanya ini?’. Oh…sesungguhnya inilah jiwa remajanya. Nafsu terlalu bergelora apabila melihat sesuatu atau seseorang yang disukainya. Pasti orang menggelarkannya sebagai ‘perempuan 18x’ atau ‘gila seks’. Jangan… Janganlah menggelarkannya seperti itu. Tidak sanggup rasanya menyebut perkataan itu apatah lagi diberi gelaran sebegitu. Adakah aku bersalah kerana telah memuji lelaki itu? Maafkan aku kerana telah melihat badanmu dengan sengaja? Yoona memandang ke atas pada daun-daun dengan perasaan bersalah.

Eh… nanti kejap! Im Yoona menangkap gambar lelaki itu semula kononnya untuk kali terakhir. Ya, baru tadi dia insaf dan sekarang asyik sekali menangkap lalu mengedit gambar lelaki itu. Itulah Im Yoona.

“Hoi korang semua! Hari ini aku ada benda yang nak aku share dekat korang.” Yoona tersentak apabila suara Lee Yoobi memecah suasana kelas.

Lee Yoobi yang bersama sahabat baiknya Kim Nana sedang berdiri di hadapan kelas sambil mencekak pinggang. Haih… apa lagilah yang nak digosipnya kali ini. Memang sesuailah gelaran ‘Wifi bergerak’ yang diberi oleh rakan-rakan lelaki sekelasnya kepada mereka. Gelaran itu kerana mereka yang laju dan cepat mendapat informasi atau gossip lalu menyebarkannya kepada pelajar-pelajar. Bila difikirkan balik, agak sama juga dengan wifi sebenar yang laju dan boleh berkongsi pengguna. Konsep yang sama akan tetapi fungsi yang lain.

Semua mata memandang ke arah mereka bersedia memberi tumpuan mendengar hujah-hujah yang mungkin berbentuk gossip namun tidak bagi Yoona. Yoona hanya menggeleng-gelengkan wajahnya seraya mencapai pen melukis entah apa-apa di atas kertas kajang. Tidak kuasa mahu mendengarnya kerana dia bukanlah kaki gossip dan tidak mahu menambah dosa yang telah sedia ada.

“Hari ini aku tak akan bergosip tetapi aku akan bagi projek.” Lee Yoobi memulakan bicaranya dengan tangannya diangkat lemah gemalai ke atas sambil badannya dilentikkan seperti penari zapin gayanya. Masing-masing berpandangan sesama sendiri. Cuba menggunakan otaknya supaya berfikir dan mentafsir kata-kata Yoobi.

“Apa benda projek itu?” Tanya salah seorang daripada mereka dengan dahi yang berkerut.

“Projek untuk memikat lelaki.” Serta-merta Yoona menghentikan tangannya daripada melukis atas lebih tepatnya menconteng. Otaknya mencerna kembali kata-kata Lee Yoobi. ‘Pikat’ dan ‘lelaki’? Ada kaitan dengan hidup aku ini? Bisik hati kecilnya.

Yoona mengangkat kepalanya memandang ke arah Lee Yoobi yang sedang tersenyum yang sukar ditafsirkan sebagai apa. Bangga mungkin kerana dia mempunyai pengalaman yang lebih luas berbanding rakan-rakannya.

“Okay, sekarang beritahu kita orang!” ujar salah seorang daripada rakan-rakan sekelasnya. Yoobi tersenyum mengangguk sambil menolak rambutnya yang terjuntai di dahi ke tepi. Nana yang berada di belakangnya sedang memegang marker sambil mengetuk papan putih dengan jari telunjuknya. Yoobi menoleh ke arah Nana lalu Nana menunjukkan ibu jari barangkali sudah bersedia untuk memulakan ceramahnya.

“Ya… Semestinya saya Lee Yoobi

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
April1699
#1
Chapter 1: Update ! Tak sabar nak baca chap seterusnya
ShiningStar99 #2
Chapter 1: Fighting authornim! Chanyeol~~~~~~
Btw, sape kawan awak yg minat chanyeol tu?
Love2Love
#3
Chapter 1: Yoona~~ Yoona~~
Story awak mmg daebak!!!
update soon.. ^^
choco_chim
#4
fightingg!~^^
chanyeorin61 #5
Chapter 1: Update lagi..
Kyaaa!! Chanyeol!!! ♥♥♥