My Shy Boy!

MY SHY BOY!

MY SHY BOY!

 

Dongguk College

Setiap kali bertentang mata dengan si gadis pemilik mata seperti rusa itu, hati Kyungsoo menjadi tidak keruan. Hatinya berdegup kencang seperti baru sahaja berlari 100 meter lagaknya. Senyuman manis si gadis yang sentiasa terpamer diwajahnya, gelak ketawa yang sentiasa ceria, raut wajah yang sangat menawan hatinya itu sentiasa mencuri perhatiannya sejak dahulu lagi.

‘Adakah aku telah jatuh cinta dengan gadis yang paling popular di kolej ni?’ Tanya Kyungsoo dalam hati sambil terus mencuri pandang ke arah Yoona dan kawan-kawannya.

“Oh my god…He’s so cute!!!” komen YoonA sambil ketawa. “Siapa?” Tanya rakan baiknya, Dasom. “Tu…yang selalu pandang ke sini tu…”

“Huh? Budak yang paling pemalu di kolej ni? Do Kyungsoo?” Hwayoung mencelah. “Paling pemalu??” Tanya YoonA. “Ye la..Dia memang la hensem, cute pulak tu..tapi sangat-sangat pemalu orangnya, kau tau? Ramai yang nak pikat dia tapi tak dilayannya. Bila perempuan nak dekat dengan dia je, terus dia cabut lari. Kelakar betul la!!” Cerita Dasom sambil ketawa. YoonA yang tekun mendengar hanya terkebil-kebil dan tersenyum kemudiannya. ‘Interesting!’ Komen YoonA dalam hati. Mata deernya terus menjatuhkan pandangan ke arah si lelaki yang kelihatan gelabah dan tak tentu arah apabila pandangan mereka bertemu.    

‘He looks so innocent with that doe eyes! OMG..Adakah aku dah jatuh cinta dengan lelaki yang paling pemalu di kolej ni? Hehe wait and see Kyungsoo! I will get you no matter what!!’ Senyuman choding YoonA semakin melebar sehingga menakutkan Dasom dan Hwayoung yang sejak dari tadi memerhatikan gelagatnya yang pelik itu.

Di Perpustakaan

YoonA sedang menyiapkan kerja kursusnya apabila mendapat mesej dari Dasom. Dia memuncungkan mulutnya apabila membaca mesej dari sahabat baiknya itu.

From : Snow White Dasommie~

          Yoong-ah~kitorang a.k.a me, Hwayoungie, Sehun oppa dan Sanghyun

          nk pergi Lotte World ptg ni! Nak ikut x?? ^o^

 

From : Baby Giant Hwayoungie~

           YOONG!!! Come & join us~~\^o^/

 

YoonA mengerutkan keningnya. Dia sedang memikirkan pelawaan teman-temannya itu. ‘Best jugak kalau dapat pergi ni. Lagipun dah lama aku tak hang out dengan diorang tapi kerja aku ni camne? Aigooo…’ sedang YoonA berperang perasaan dengan dirinya sendiri, tiba-tiba mata rusanya menangkap kelibat seseorang yang menarik perhatiannya. IT’S HIM!!!’

***

Dasom dan Hwayoung sedang menunggu teman lelaki masing-masing datang menjemput mereka untuk ke karaoke bila bunyi mesej masuk kedengaran.

 From : Lovely Yoong~

          Komawo Sommie tp aku kna siapkn kerja kursus ni hari ni jgak~Klau x, confirm Mr Eric mengamuk nant! T.T~btw thanx for asking me..LOVE U!=)

 

From : Uri Pretty Yoong~

          Mianhae Baby Youngie…have work to do. Lain kali ek! Saranghae~~

 

Mereka berdua tersenyum membaca mesej dari rakan yang sangat mereka sayangi itu. YoonA sentiasa meluahkan perasaan sayang kepada Dasom dan Hwayoung dan itulah perkara yang sangat mereka sukai dari YoonA. Seorang yang penyayang, ceria dan sentiasa menjaga hati teman-temannya.

***

YoonA baru sahaja hendak bangun dari tempat duduknya apabila handphonenya berbunyi, menandakan mesej masuk sekali lagi. Nope. 2 kali. Tangannya lincah membuka inbox untuk membaca mesej yang diterimanya itu.

From : Snow White Dasommie~ / Baby Giant Hwayoungie~

          LOVE U TOO!!!! MMUAHH!!!

 

Ketawanya tiba-tiba pecah selepas membaca mesej itu. Ini kerana ayat yang digunakan Dasom dan Hwayoung sama seratus-peratus! ‘Diorang ni berpakat ke bila nak send mesej ni kat aku? Hehe..macam-macam la diorang ni!’ komen YoonA sambil menggelengkan kepalanya.

***

Kyungsoo sedang khusyuk mencari buku rujukan yang diperlukannya apabila seseorang menyapanya. “Annyeong...seriusnya muka awak tu. Ada masalah ke? Dari tadi lagi saya tengok awak cari buku kat sini. Tak jumpa ke?” Tanya YoonA sambil memandang tepat muka Kyungsoo yang kelihatan terkejut dengan kehadirannya secara tiba-tiba itu.

“Err…tak..eh…bukan…err..” Kyungsoo tergagap-gagap menjawab soalan YoonA. Mukanya sudah membahang kemerahan menahan malu. Matanya yang sedia ada bulat semakin membulat. YoonA tersenyum menahan rasa lucu melihat gelagat lelaki itu. “Kenapa ni Kyungsoo-shi? Awak terkejut tengok saya? Saya ni macam makhluk asing ke?” Tanya YoonA lagi sambil memuncungkan mulutnya. Dia sengaja hendak mengusik Kyungsoo. Seronok melihat lelaki itu yang gelabah dan tidak keruan. ‘Cute betullah dia ni. Hihi’ komen YoonA dalam hati. 

“Eh..macam mana…awak…tahu nama saya??” Soal Kyungsoo hairan.

“Ala..siapa yang tak kenal pelajar lelaki yang paling pemalu dan popular kat kolej kita ni, Do Kyungsoo-shi…” YoonA menjawab sambil tersenyum manis. Mendengarkan jawapan YoonA itu membuatkan Kyungsoo tersenyum malu. Ya, dia akui yang dia memang seorang yang sangat pemalu apabila berhadapan dengan orang asing terutamanya orang perempuan. Sebab itulah dia hanya mempunyai dua orang rakan baik walaupun sudah 2 tahun dia belajar di kolej berprestij itu. Oh Sehun dan Park Sanghyun. Dia sangat menyayangi mereka dan berterima kasih kepada mereka berdua kerana sanggup menjadi sahabat sejati pada waktu susah dan senang.

“Kyungsoo-shi…” Panggil YoonA apabila melihat Kyungsoo sedang mengelamun.

“Err…ne…YoonA-shi,” Sahut Kyungsoo. YoonA tersenyum gembira apabila mendengar Kyungsoo menyebut namanya. ‘Dia tahu nama aku rupanya! Daebak!! Yoong, teruskan usaha!! Hehe’ YoonA teruja. Peluangnya untuk mengenali jejaka yang telah mencuri hatinya itu ternyata cerah.

2 minggu kemudian~

Hari ini genap 2 minggu perkenalan antara YoonA dan Kyungsoo. Mereka sering bertemu di perpustakaan untuk mengulangkaji bersama-sama dan Kyungsoo sering menemani YoonA pulang ke rumahnya. Ketika hampir tiba di rumah YoonA, Kyungsoo berhenti secara tiba-tiba. Dia mengeluarkan sekuntum bunga ros merah jambu iaitu warna kesukaan YoonA lalu teragak-agak menghulurkan bunga itu kepada YoonA. Gadis itu terpana.

“YoonA-ah…dah lama saya nak beritahu awak pasal ni. Sejak dari dulu lagi..tapi saya tak berani nak luahkan…emm…saya…err…” Kyungsoo menggelabah. Dia memejamkan mata lalu menarik nafas dalam-dalam. ‘Do Kyungsoo, kau boleh lakukan! Fighting!!’ Jeritnya dalam hati.

“Saya sangat sukakan awak, YoonA! Saranghae!!” Luah Kyungsoo. Perlahan tapi amat jelas di pendengaran YoonA ketika itu. Dia mengigit bibirnya apabila tidak mendapat sahutan atau jawapan dari gadis cantik itu. Matanya dibuka perlahan-lahan. Dia tersentak apabila muka YoonA sangat dekat dengan mukanya. Dia yakin wajahnya tentu sedang merona kemerahan, malu.

“Hehe nado saranghae, Kyungsoo-ah.” Balas YoonA sambil mencium pipi Kyungsoo. Secara rasminya mereka menjadi pasangan kekasih pada hari itu.

Kafe Dongguk College

“Mwo??? Korang dah couple??” Dasom dan Hwayoung terpekik serentak. Mereka terkebil-kebil memandang YoonA dan Kyungsoo yang sedang duduk menjamu selera dihadapan mereka ketika itu.

“Wahh chukhae Kyungsoo-ah..We’re so proud of you. Akhirnya rakan baik kita yang pemalu ni dah jumpa dengan puteri idamannya! Bravo,” Kata Sanghyun sambil bertepuk tangan dengan Sehun.

“Komawo guys,” Kyungsoo membalas ucapan terima kasih rakan baiknya itu dengan hati yang berbunga-bunga.

“Komawo…yah, Dasommie, Hwayoungie…kenapa korang terkejut sampai macam tu sekali? Tutup mulut tu, nanti masuk lalat baru tahu,” Acah YoonA sambil ketawa.

“Biar betul…” Dasom masih tidak percaya melihat couple baru di depannya itu. Matanya memandang tepat ke arah YoonA yang masih tidak berhenti mengeluarkan ketawa alligatornya itu.

“Betul ke ni Yoong??” Giliran Hwayoung pula yang bertanya sambil mengerutkan keningnya, tidak percaya.

“Betul…100% betul! So korang jangan pandai-pandai nak tackle namjachingu aku ni tau!” Omel YoonA. Kyungsoo pula tersenyum malu apabila YoonA membahasakan dirinya sebagai namjachingu gadis itu.

“Eh…bukan kami yang nak tackle teman lelaki kau ni tapi tu…peminat-peminat fanatik dia yang kat belakang tu…yang tengah jeling semacam je kat kau tu! Lagipun aku dah ada Sehun oppa, so takde maknanya nak pikat your lover ni, ok?” Jelas Dasom panjang lebar sambil memuncungkan mulutnya.

“Ye la kau ni, Yoong. Aku pun dah ada Sanghyun, so jangan terlebih risau la,” Celah Hwayoung sambil tergelak kecil. Sehun dan Sanghyun yang berada di sebelah kekasih masing-masing ketawa lucu melihatkan telatah 3 orang sahabat karib itu. Kyungsoo juga tersenyum, senang.

“Ye la…Ye la…mianhae. Tapi memang betul la. Takut pulak aku tengok girls yang kat belakang kita ni. Macam nak telan aku je,” komen YoonA sambil tersenyum kecut.

“Ah tak kisahlah. D.O oppa, nak spaghetti ni tak? Best sangat,” YoonA menyuakan spaghetti itu ke arah Kyungsoo.

“Ne, Yoongie-ah…” Kyungsoo membalas dengan anggukan.

“D.O? Yoongie? Sejak bila pulak tukar nama ni?” Hwayoung tertanya-tanya. Hairan.

“Hehehe itu nama timangan yang kami fikirkan semalam. Okey tak? Kyungsoo panggil aku Yoongie dan aku pulak panggil dia D.O oppa! Special nickname, romantik kan?” Balas YoonA sambil melirik manja ke arah Kyungsoo. Kyungsoo hanya menunduk malu apabila direnung kekasihnya yang nakal itu. ‘Yoongie ni..ada ke cakap macam tu. Malunya. Mesti Sehun dengan Sanghyun gelakkan aku nanti,’ Rungutnya dalam hati. Walaupun sudah rasmi menjadi kekasih YoonA, sifatnya yang pemalu itu masih menebal dalam dirinya.

“Hahahaha macam-macam la kau ni Yoong. Tengok tu, muka Kyungsoo dah merah semacam dah,” Ketawa Dasom sambil diikuti oleh Hwayoung, Sehun dan Sanghyun. Riuh keadaan di kafe dengan gelak tawa 2 pasangan itu.

Kyungsoo tersenyum memandang rakan-rakannya yang galak menyakatnya dan YoonA. Senyuman trademarknya yang selalu menjadi kegilaan para pelajar perempuan di kolej itu terserlah. Heart-shaped smile. Nama senyuman Kyungsoo yang selalu disebut-sebut oleh setiap peminatnya di kolej itu. Itulah tarikan dan daya penarik Kyungsoo selain matanya yang bulat dan besar.

Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi ketawa alligator YoonA yang mula kedengaran lagi. Kyungsoo gembira. Dia suka mendengar ketawa YoonA. Dia lebih suka mendengar gadis itu bercakap daripada menyertai mereka berbual. Sekali-sekala dia ketawa kecil apabila mendengar celoteh YoonA yang kadangkala mencuit hatinya itu. Kyungsoo juga gembira apabila gadisnya itu lebih suka memanggilnya oppa. Sangat sweet dan romantik pada pendengarannya.

Dia amat berharap hubungan mereka akan kekal untuk selama-lamanya kerana dia sangat-sangat mencintai YoonA, yeojachingunya itu. Begitu juga dengan YoonA. Dia mengimpikan kisah cinta mereka menjadi seperti kisah cinta yang terdapat di dalam novel yang selalu dibacanya sebelum masuk tidur. Dan itulah yang berlaku.

3 bulan berlalu~

Kisah cinta mereka menjadi topik hangat di kolej tersebut. Ada yang cemburu dan ada yang senang hati melihat perhubungan mereka berdua. YoonA dan Kyungsoo seperti belangkas. Sentiasa berdua tidak kira ke mana mereka pergi. Perpustakaan, gymnasium, makmal, taman dan bilik bacaan. Semuanya menjadi saksi pertemuan merpati dua sejoli itu.

Akan tetapi, sikap Kyungsoo yang sangat pemalu masih tidak berjaya dihakis oleh YoonA. Walaupun hubungan mereka telah terjalin selama 3 bulan, Kyungsoo masih teragak-agak untuk memegang tangan YoonA jika mereka berada di khalayak ramai, terutamanya ketika sedang bertemu janji. Hal ini membuatkan YoonA sangat kecewa dan seringkali merajuk kerana perkara itu.

Lotte World~

“Oppa, D.O oppa!” panggil YoonA.

“Ya, Yoongie. Wae?” Tanya Kyungsoo sambil memandang tepat ke arah gadisnya itu.

“Oppa, peganglah tangan saya ni. Tengok couple yang ada kat sini…semuanya berpegangan tangan. Saya jealous tau!” rungut YoonA sambil memuncungkan mulutnya.

“Ta…tapi Yoongie…nanti semua orang tengok. Tak payahlah. Diorang tu dah biasa. Sebab tulah macam tu,” pujuk Kyungsoo. Dia menjadi serba-salah. Sifatnya yang sangat pemalu apabila berhadapan dengan perempuan mula terserlah buat kesekian kalinya. Berjalan-jalan dengan YoonA sambil bergelak ketawa pun amat menuntut keberaniannya. Apatah pula jika dia perlu memegang tangan YoonA, yeojachingunya yang sangat cantik itu. ‘Mungkin boleh pengsan aku nanti!’ monolog Kyungsoo dalam hati.

YoonA yang mendengar alasan Kyungsoo itu mula muram. Dia kecewa, marah dan sedih. Kadangkala dia sering tertanya-tanya. Kenapa lelaki di hadapannya ini tidak suka memegang tangannya ketika mereka bertemu janji. Ya, dia tahu Kyungsoo seorang yang pemalu tetapi sekarang YoonA sudah menjadi kekasihnya, bukan orang asing lagi.

“Oppa…awak tak cintakan saya ke?” Tanya YoonA sedih.

“Eh…bukan macam tu Yoongie-ya. Saya cintakan awak. Sangat-sangat cintakan awak,” balas Kyungsoo.

“Habis tu? Wae…kenapa oppa tak nak berpegangan tangan dengan saya? Dasommie dengan Sehun, masa diorang dating pun diorang berpegangan tangan. Hwayoungie pun macam tu. Semua orang yang bercinta macam tu oppa!” rungut YoonA.

“Yoongie-ah…awak tahu kan saya ni pe...

“SAYA TAHU! SAYA TAHU OPPA PEMALU. TAPI SEKARANG NI KITA DAH COUPLE! BUKAN ORANG ASING LAGI, OPPA!!” Bentak YoonA, geram. Kyungsoo tersentak. Dia tidak menyangka YoonA akan naik angin seperti itu.

“Yoongie-ya…”

 “D.O oppa, kita berpisah sajalah,” Tutur YoonA, sedih. Dia sangat kecewa ketika itu. Dirasakan lelaki itu tidak memahami perasaannya sebagai seorang gadis yang inginkan belaian kasih sayang dari seorang lelaki yang dia cintai.

Kyungsoo terkejut. Dia tidak menyangka YoonA akan bertindak sejauh itu. 3 bulan mereka bersama, adakah tiada maknanya di hati gadis itu? Dia tahu dan sedar gadis itu kecewa dengan sikapnya yang enggan memegang tangan YoonA ketika mereka sering keluar bertemu janji. Bukan dia tidak mahu, tetapi sifat pemalunya itu sentiasa menjadi halangan buatnya untuk menunjukkan rasa cintanya terhadap gadis kesayangannya itu.  

“Yoongie-ah..cheongmal mianhae..oppa..” Kyungsoo tersekat-sekat menutur kata.

“D.O oppa, saya gagal. Saya ingatkan apabila kita dah bersama selama 3 bulan ni, saya akan dapat kikis sifat malu oppa tu…tapi saya silap. Dan oppa juga tak mahu cuba untuk buang sifat malu tu. Oppa tak nak berusaha untuk jadikan hubungan kita ni macam pasangan lain. Saya sedih sangat-sangat…” Air mata YoonA menitis. Dia berpaling dari Kyungsoo dan terus melangkah pergi. Sejujurnya dia tidak mahu berpisah dengan lelaki yang dicintainya itu tetapi dia mahu Kyungsoo sedar dan diharapkan dengan perpisahan mereka ini, lelaki itu dapat membuka hatinya dengan sepenuhnya.

Kyungsoo kaku. “Yoongie-ah…” air matanya menitis jua.

Rumah Kyungsoo

“So, apa yang kau nak buat sekarang ni, Kyungsoo? Dasom dah mengamuk sakan bila dia tahu pasal ni, kau tahu tak?” Sehun memulakan bicara. Dia dan Sanghyun berkejar ke rumah Kyungsoo apabila mendapat khabar berita dari pasangan masing-masing berkenaan dengan perpisahan 2 orang sahabat mereka itu.

“Betul tu. Jenuh aku kena pujuk Hwayoung tadi. Berjam-jam dia membebel dan marahkan aku. Tak pasal-pasal aku kena tempias pulak! Aigooo…” rungut Sanghyun sambil mengeluh.

Kyungsoo hanya diam membisu seribu bahasa apabila mendengar luahan rakan-rakannya itu. Dia merasa bersalah kerana sikapnya itulah yang membuatkan dia kehilangan YoonA dan sekarang ini 2 orang rakan baiknya pula menjadi mangsa keadaan kerana dimarahi oleh buah hati masing-masing.

Guys…aku kena buat apa sekarang ni? Aku tak boleh kehilangan YoonA. Aku betul-betul cintakan dia,” Kyungsoo mula membuka mulut. Air mata mula bergenang di tubir matanya itu. Ya…dia memang sangat cintakan YoonA. Gadis itu adalah segala-gala bagi dirinya. YoonA adalah seseorang yang sangat istimewa di mata dan hatinya. Mencintai YoonA adalah perkara terbaik yang pernah berlaku di dalam hidupnya. Dia tidak boleh kehilangan gadis itu. Tidak!!!

Sehun dan Sanghyun terdiam dan terkaku apabila memandang Kyungsoo yang sedang mengalirkan air mata di hadapan mereka. Selama 4 tahun bersahabat dengan rakan mereka yang pemalu itu, inilah kali pertama mereka melihat Kyungsoo menangis. Dan sebab utamanya adalah Yoona? Gadis cantik yang selalu ceria, sekaligus merangkap sahabat kesayangan teman wanita mereka berdua itu.

“Hm…betul kau cintakan YoonA?” Tanya Sanghyun.

“Ne…”

“Betul kau tak boleh berpisah dengan dia?” Tanya Sehun pula.

“Ne…” Kyungsoo menjawab soalan itu beserta dengan anggukan.

“Okay, kalau macam tu kau ikut rancangan kitorang!” Sehun tersenyum sambil berbalas pandang dengan Sanghyun. Sanghyun mengenyitkan matanya. Kyungsoo kehairanan melihat telatah 2 orang jejaka tinggi dan kacak itu.

Dongguk College

YoonA melangkah longlai menuruni tangga menuju ke tingkat bawah. Matanya yang sembab akibat menangis semalaman tidak dapat disembunyikan dari penglihatan rakan-rakannya. Puas Dasom dan Hwayoung cuba memujuk rakan kesayangan mereka itu tetapi tidak diendahkan oleh YoonA. Tiba-tiba kedengaran alunan lagu yang sering didengarinya ketika dia masih bercinta dengan Kyungsoo. Lagu yang menjadi kegemaran mereka berdua.

Oh~ Yeah~ Umm...yeah
Gateun narae taeeonaseo (
Being born in the same country)
gateun eoneoro mareul haeseo (
Talking in the same language)
Cham haenguniya, cham dahaengiya (
We’re so lucky, it’s such a relief)
Sesange dangyeonhan geon eobseo (
Nothing is for certain in this world)

Oh woah~
Gwaenchanheun oseul ibeotdeon nal (
On a day that I wore nice clothes)
Geureoke neoreul mannatdeon geon lucky (
I met you, I was lucky)
Na chakhage saraseo geurae~(It’s because I did good in the past)

 

Neoui ireumeul bureugo (I can call your name)                              

Neoui soneul jabado doeneun na (and I can hold your hand)

Buseojineun haessareun naman bichuna (Is the falling sunlight only shining on me?)

Na ireoke haengbokhaedo dwae? (Can I be this happy?)
Naui ireumeul bureugo (
You call my name)
naui eokkaee gidae oneun neo (
and you lean on my shoulder)
Jeo haneurui haessareun neoman bichuna (
Is the sky’s sunlight only shining on you?)
Neo geureoke nunbusyeodo dwae? (
Can you be that dazzling?)

So lucky, my love 
So lucky to have you
So lucky to be your love, I am hmm

Kyungsoo menyanyikan lagu ‘Lucky’ dengan penuh penghayatan dan memberikan emosi yang tidak berbelah bahagi. Suaranya yang merdu itu terus berkumandang di dataran kolej mereka pada pagi itu. Semua pelajar berkumpul untuk melihat persembahan itu, termasuk YoonA yang baru sahaja tiba di situ. Kelihatan kelibat Dasom, Sehun, Hwayoung dan juga Sanghyun melihat rakan mereka menjadi tumpuan orang ramai di situ. Semuanya kelihatan turut terpegun mendengar setiap bait-bait lagu yang dialunkan oleh Kyungsoo itu.

YoonA terus terdiam menghayati lagu ‘Lucky’ sambil merenung tepat ke arah Kyungsoo. Mata mereka bertatapan di antara satu sama lain dan pada saat itu YoonA dapat melihat keikhlasan rasa cinta Kyungsoo terhadapnya terserlah dari mata lelaki pemalu itu. ‘D.O oppa sanggup menyanyi depan orang ramai kerana nak tunjukkan perasaan cintanya kepada aku? Mian oppa kerana terlalu ikutkan perasaan…’ Dia terus mengalirkan air mata gembira bercampur bahagia.

Kyungsoo melangkah menuju ke arah YoonA. Dia mengambil tangan YoonA lalu dibawa rapat ke dadanya. “Yoongie-ah…maafkan oppa. Oppa tahu selama ni awak tertekan kerana mempunyai kekasih yang sangat pemalu seperti oppa…Mianhae,” Tutur Kyungsoo, sedih.

YoonA menggelengkan kepalanya. “Oppa…maafkan saya jugak sebab minta putus tiba-tiba, mianhae D.O oppa!”

Kyungsoo tersenyum. “Gwenchana. Sekarang ni awak dah tahu kan yang selama ni saya memang cintakan awak. Sangat-sangat cintakan awak. I’m so lucky to have you, Yoongie-ah,” Luah Kyungsoo dengan bersungguh-sungguh.

“Ne oppa…Saya dah tahu sekarang. Saya juga sangat cintakan awak! Saranghae D.O oppa,” balas YoonA sambil mempamerkan senyumannya yang paling manis.

Semua pelajar termasuk Dasom, Sehun, Hwayoung dan Sanghyun bertepuk tangan melihat kedua merpati sejoli itu akhirnya bersatu kembali. Sanghyun dan Sehun gembira kerana rancangan mereka untuk menyatukan kembali pasangan kekasih itu berhasil. Dasom dan Hwayoung menitiskan air mata gembira melihat rakan mereka akhirnya tersenyum kembali. Mereka memeluk pasangan masing-masing kerana terlalu gembira. Kyungsoo dan YoonA baru tersedar mereka menjadi perhatian pada waktu itu. Kedua-duanya tersenyum menahan malu.

“Lepas ni gelaran D.O oppa bukan lagi Shy Boy, tapi Romantic Boy,” gurau YoonA sambil menjeling manja ke arah Kyungsoo. Kyungsoo ketawa lalu menggenggam tangan YoonA dengan lebih erat.

 

~END~

 

Finally, dapat jugak update my 1st story~~thanks for everyone yg subcribe & sanggup tunggu lama utk bca cerita ni. LOVE U GUYS~~xoxo

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Heykal #1
Chapter 1: Sweet gilos d.o oppa ~!!!
afiqahalya
#2
Chapter 1: Awww yoona so cute hehehe nasib baik dorang bersatu kalau x do you die in my hand muahahaah ... awesome nice work author .. harap2 awk leh buat byk cite lagi ttg exoyoong plzzz hehe n boleh tanya x ? This story is one shot right ?? Why author didnt put completed there ?? Btw terima kasih sbb tulis cite yg so lovely nice work
inawairuz
#3
Sorii mmg nk update cpt2 tp keyboard plak buat hal..=( tp jgn risau,akn update selewt2nye lam bln ni jgak! TQ for your support~~^ ^