Soulmate Chapter 2

Soulmate

Kim Jun

“Aduhaii.. penatlah! Hari-hari kena berlatih bola keranjang ke?”

Rae Hoon menyoal.

Awal-awal lagi dia sudah tumbang ke tanah.

Aku mencebik.

“Kau ni lembiklah! Ini baru sikit. Kalau nak berjaya, kena berkorban.”

Tanpa menghiraukan Rae Hoon yang sudah nyawa-nyawa ikan itu, aku menyambung latihan. Pada pendapat aku, kalau nak jadi yang terbaik dalam apa bidang sekalipun, perlulah berkorban. Pengorbanan sekarang ini berbaloi kalau penyudahnya membuahkan hasil. Aku bukan jenis yang cepat give up. Kalau aku mahukan sesuatu, aku akan berusaha untuk mencapainya. Biar perit sekarang. Yang penting pengakhirannya. Bukan permulaannya.

“Kim Jun! Ya! Stop lah. Nanti kita sambung. Aku penat ni.”

Rae hoon merengek.

Bola di tangan aku jaringkan dahulu.

“Nae, chingu! Lembik sungguh antibodi kau ni kan. Macam mana nak jadi pemain handal macam ni?”

Sarkastik tidak.

Entahlah.

Orang cakap aku ni sarkastik. Selalu sakitkan hati orang.

Aku mengelap peluh di dahi.

“Bangunlah.”

Aku mengajak Rae Hoon.

“Buat nak bangun. Aku penatlah. Kata rest. Ini apa?”

Rintih Rae Hoon. Kawan aku yang ni memang cepat mengalah. But yet hoping for miracles.

“Taknak balik sudah.”

Dengan selamba aku mengemas barang-barangku lalu mula mengorak langkah untuk pulang ke rumah.

“Eh, weh. Woi! Alah tunggu lah.”

“Tunggu, tunggu. Kau tu bila nak bangun? Baring je dari tadi. Aku nak balik cepatlah!”

 

 

 

Lagi 30 minit, kelas akan bermula. Aku membuang pandangan ke arah manusia yang lalu-lalang. Kelibat gadis yang aku cintai belum tiba. Entah bila mahu sampai sekolah. Selalu sangat datang lambat ke sekolah. Tambahan pula dia tu anak pengetua. Betul lah buat sekolah macam sekolah sendiri. Biarlah apa pun perangai dia, itu juga lah manusia yang aku suka. Itulah juga manusia yang memberi aku semangat. Walaupun dia tak tahu perasaan aku pada dia adalah lebih daripada seorang kawan, tak mengapa. Aku sabar menunggu.

 

 

 

Lee Bona

“He’s so good-looking!”

Nana di sebelahku mengarahkan matanya ke arah di mana lelaki yang aku sebutkan berada.

Nana memandang Kim Jun dengan pandangan meluat.

“Kenapa?”

Soalku tidak puas hati.

“Good-looking but not good-mannered. Kenapalah kau suka dia?”

Keningku jongketkan.

“I said, it just meant to be.”

Tersenyum hambar sahaja aku menjawab soalan maut Nana.

Nana di sebelah sekadar menggeleng.

“Nana, kenapa kau macam tak suka tengok aku syok dekat mamat tu. Kau suka dia ke? Kalau kau suka dia sorry lah. Aku tak tau. Kau patut beritahu aku awal-awal. Sebab aku ni jenis pick je sesiapa yang aku suka. Tak toleh kiri kanan dulu. Maafkan aku tau! Chingu-ya, mian..”

Beria-ria aku meminta maaf.

Nana tergelak kecil.

“Aniya! I won’t love him. Suka sebagai kawan pun jangan harap.”

“Wae? Perhaps.. he is nappeun namja?”

Nana mengangkat bahu.

“Just, do not so much into him.”

 

 

 

“How’s life? Omma sihat? Ok tak rumah tu?”

Soal unnie.

Oleh kerana appa sudah menghalau aku dan omma, kami terpaksa mencari rumah lain. For the time being, aku akan stay di situ. Lagipun rumah tu unnie yang carikan. Kalau harapkan aku, memang tak jumpalah rumah. Mahu aku tinggal tepi jalan.

“Ok.”

“Sabarlah Bona. Ini dugaan. Setiap orang ada bahagian mereka masing-masing. Bona kuatkan? Unnie tau. It must be hard for you. Lagi-lagi Bona masih bersekolah. Ada lagi dua tahun lebih untuk menamatkan pelajaran di sekolah tu.”

“Kenapa appa salahkan Bona macam ni? Bona tak minta pun dilahirkan sebegini. Kalau bona tau kelahiran Bona hanya membawa malang— ”

Belum sempat aku menghabiskan ayat, unnie memotong.

“Shhh. Jangan cakap macam tu. Please? You look so pathetic that way.”

Muka aku tundukkan. Air mata mula mengalir tanpa henti.

“I have always been pathetic like this. Bona dah penat dipersalahkan macam ni. Kalau ye pun salah Bona, tak perlulah nak heret omma dalam hal ni. Kalau macam ni, tak perlu ada ayah pun tak apa. Bona tak faham. Bukan ke selalunya apabila kelahiran bayi, semua ayah pasti gembira? Hanya kerana risiko yang omma tanggung dan omma yang setuju untuk mengandungkan, melahirkan serta membesarkan Bona, Bona yang dipersalahkan? Apa semua ni?”

“Are you blaming omma?”

Unnie menyoal lembut namun tegas dalam nadanya.

Aku menggeleng.

“But your words look like it’s.”

Makin deras mengalir air mataku mendengarkan ayat yang keluar dari mulut unnie. Unnie pun tak faham aku juga sekarang? Kenapa? Dah dirasuk oleh appa?

“Unnie tak faham. Bona tak mampu nak tanggung semua benda. Faham tak yang Bona masih bergelar pelajar? Bona tak ada duit. Bona tak mampu mahu menanggung makan pakai dan segala keperluan omma! Keperluan Bona juga Bona tak mampu. Tapi sekiranya Bona yang perlu kebuluran, tak apa. Masalahnya sekarang, omma juga terlibat. Takkan lah Bona tergamak mahu biarkan omma lalui semua tu? She has had been through all the hardship because of me. Sekarang, sanggupkah Bona biarkan semua tu? Mestilah tak. Unnie claimed Bona salahkan omma macam tu je? Bona penatlah faham tak!”

Unnie kelihatan terkejut. Dia tergamam. Terdiam seribu bahasa.

Setelah beberapa minit, unnie mula bersuara.

“Just.. focus on study. Bona jangan overthinking dear. Cuma buat apa yang Bona perlu. Soal keperluan tu jangan risau. Nanti unnie hantar duit. Yang penting Bona perlu habiskan belajar. Strive for the best. Bona kata Bona nak jadi medical scientists sebab nak sembuhkan omma. So, try your best. Jangan fikirkan soal duit. Kita bukannya tak ada duit. Appa yang merumitkan keadaan.”

“Unnie, appa ada cakap apa-apa tentang omma?”

Unnie mengangguk.

“Dia cakap apa?”

Aku menyoal. Tak berminat sangat pun namun ianya melibatkan omma. Aku harus tahu.

“Dia cakap omma tak ingin pulang ke rumah..”

Aku memotong, “Sebab Bona? Sebab sayangkan anak celaka ni?”

Aku tersenyum menyindir.

“Itulah masalahnya. Tak kira macam mana unnie berikan duit yang cukup, appa tetap mahu pertikaikan semuanya kerana Bona. Why don’t him let omma stay there? Itu lah. Gatal sangat nak halau omma keluar. Sekarang, dia nak tutup malu. Dia mahu omma pulang. Tapi ego. Lagi pula omma berada dengan Bona. Lagilah besar modal dia mahu menyalahkan Bona. Cakap dengan appa, kalau dia mahu omma pulang, make some effort. Jangan berharap. Sebab omma sayangkan anak celaka ni.”

“Tapi Bona, itu akan mengeruhkan lagi hubungan Bona dengan appa.”

Mata unnie redup. Terpampang kerisauan di matanya.

“Gwenchana. Ini semua tak lama. Lepas Bona mampu sembuhkan omma, appa akan terima semuanya. Just believe me. Cuma beritahu appa untuk ambil omma. Itupun kalau dia mampu buang ego dia jauh-jauh demi omma. Kalau tak sayangkan Bona tak apa. Sekurang-kurangnya tolonglah datang ke sini, buang ego kerana omma.”

“Unnie tau appa akan berkorban untuk omma. Tapi, omma nak ke pulang ke rumah tanpa Bona?”

Soalan demi soalan, tiada penghujung.

Masalah makin lama makin bertambah.

Aku mengeluh kasar.

“She will. Unnie just make sure appa akan datang ke sini. Kalau dia jadi ambil omma, contact Bona ok? Dah lah. Hari dah larut malam. Nanti appa risau pula unnie tak pulang. Lagipun Bona perlu pulang. Esok mahu sekolah. Dan Bona perlu jaga omma. Jumpa lagi lain kali. Terima kasih sebab luangkan masa dengan Bona.”

“It’s ok. Kalau ada apa-apa, beritahu unnie. Ingat. Jangan pendam perasaan seorang diri. It’s not good. Take care of omma and take care your health as well.”

 

 

 

Nana

“Young Ji-ah! Apa pendapat kau tentang Kim Jun?”

Young Ji menjongket kening.

Soalan itu sengaja aku utarakan.

Mahu melihat reaksi Young Ji.

Yang sebenarnya, dia lah gadis yang Jun suka. Aku tak mahu sesiapa pun tahu. Lebih-lebih lagi Bona. Frust tak menyudah lah dia kalau tahu. Sedangkan Young Ji sendiri pun tak tahu menahu yang Jun sukakan dia. Tunggu masa sahaja Kim Jun mahu confess pada dia.

“Good-looking.”

Young Ji membalas selamba.

Membuntang besar mataku. Eh biar betul. Takkan itu je jawapan dia?

“Lagi?”

“What do you mean ‘lagi’?”

Kepala yang tidak gatal aku garu. Cuba mencari helah.

“Ermm.. macam ni. Misal kata Kim Jun suka kau, dan dia mintak couple dengan kau. Kau terima?”

“Let me think about it.”

“Nae!”

“By the way, kenapa tiba-tiba kau bangkitkan topik ni? Peliklah. Kau bukan ke anti dengan dia?”

“Ini rehearsal. Tunggu lah live nanti.”

Aku tersenyum nakal. Kau tunggu lah nanti apabila Jun benar-benar confess pada kau. Time tu fikirlah yang terbaik. Aku tak mahu sesiapa terluka dalam hal ni.

 

 

p/s: tq for reading! drop ur comment ^^ btw Rae Hoon is Kim Jun's best friend. young ji tu kawan kpd nana & bona. stay tune for more update ok? sorry agak berterabur plot >_<

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
exotic3010 #1
Chapter 13: Author-nim update soon juseyo~
pandayaya #2
Chapter 12: Palli update author-nim !
nonochannie #3
Chapter 6: interesting gilaaaa!

i want more plissss :)
Exo_Inspirit_
#4
Chapter 5: Update cepat :) x sabar dah ni nak baca ^-^
Amandaalia #5
Wow... Description awak sangat menarik Dan saya sukakannya
Kwon_Dongho #6
awak tmbh Malay tag supaya ramai baca