Soulmate Chapter 3

Soulmate

Lee Bona


Tekak terasa haus. Namun punggung masih melekat di sofa. Tiada tanda-tanda mahu berusaha mengambil air di dalam peti sejuk. 

“Bona, tak tidur lagi? Dah lewat ni.”

Omma menegur.

“Eh, omma! Omma tak tidur ke? Bona ada kerja sikit nak disiapkan. Tak boleh lah tidur awal.”

Aku berbohong. Kerja? Kerja apa yang aku ada. Harini Sir Cheong tak datang pun. Busy dengan hal privacy atau apa aku tak pasti. Sir Cheong tu sebenarnya Chinese tapi bermastautin tetap di South Korea. Tak tahu lah pulak aku kalau kalau Sir Cheong mahu bertukar semula ke tempat kelahirannya. Well, semua tu tak penting pada aku. Apa yang lebih penting sekarang, aku tersangat kering idea mahu memujuk omma untuk pulang ke rumah appa semula. Maksud aku pulang ke rumah suami dia. Suami dia, bukan appa aku. Sebab aku dah muak nak menganggap orang tua tu ayah aku. Tak bawak untung langsung kejar manusia macam tu!

Badanku terasa bagai digegar.

“Berapa lama berangan?”

Aku menafikan.

Eh memang betul aku tak berangan.

“Fikir apa tu Bona? Bona ada boyfriend ye?”

Berkerut dahiku mendengarkan ayat yang keluar dari mulut omma.

“Boyfriend ramai. Kawan lelaki kan mestilah ramai.”

Aku menjawab sarkastik mungkin.

Hati kering ada aku ni kadang kadang.

“Maksud omma, special boyfriend. Maybe your husband-to-be ataupun jodoh orang lain yang tak sengaja Bona suka?”

“Jodoh orang lain yang tak sengaja Bona suka tu macam mana?”

Ini serius first time dengar ayat pelik-pelik macam ni. Alien mana pulak ajar omma aku bahasa pelik ni?

“Kita ni kan perempuan, nampak lelaki handsome sikit mula lah menggatal. Hati dah mula suka. Bila dah suka, kita pun couple dengan lelaki tu. Lepas tu break. Bila dah besar, tahu-tahu je dia kahwin dengan orang lain. Kan ke itu jodoh orang lain? Cuma kita je yang tak sengaja ambil hak orang lain. Sebab kita sendiri tak tau kan siapa soulmate kita sebenarnya.”

Perlahan-lahan aku mengukir senyuman.

Kemudian, gelak tawaku memenuhi ruang.

“Dah dah lah tu gelak. Perempuan apa ni gelak besar?”

Omma menyindir.

Tahulah gelak aku besar. Kalah lelaki mungkin?

“I took it from you!”

Tak mahu kalah, aku membalas.

“Apa-apa je lah. Dah! Tidur sana. Dah pukul 2 pagi ni. Bila nak tidur?”

“Esok bukannya sekolah. Esok cuti kan.”

“Cuti bukannya tiket untuk tidur lambat sayang. Tidurlah. Nanti tak cukup tidur, boleh sakit.”

Nasihat omma benar-benar menusuk kalbu. Aku benar-benar rindukan belaian dan kasih seorang ibu. Bukan tak cukup kasih sayang. Tetapi semasa tinggal bersama suami omma, hubungan aku dengan omma terbatas. Oleh sebab itu, aku jarang sekali merasai kasih sayang omma seperti ini.

“Omma..”

“Ada  apa sayang?”

Aku memandang tepat ke anak mata omma. 

Seketika, aku menikmati wajah insan di hadapanku.

Cukup indah!

“Ada apa ni?”

Dengan nada yang lembut, omma memanggilku. Menegur aku yang jauh mengamati wajah omma.

Sebelum memulakan bicara, aku menghembus nafas kasar.

“Omma, omma tak rindu appa?”

Antara dengar dan tidak sahaja perkataan ‘appa’ keluar dari mulutku. Kerana tekak aku bagai diseksa menyebut perkataan itu. That namja.. he didn’t deserved to be my father. Sama macam mana dia tak pernah menghargai aku, aku akan buat dua kali ganda lebih teruk daripada apa yang dia berikan kepadaku.

“Rindu.”

“Rindu?”

Aku meminta kepastian. Omma sekadar mengangguk. Mungkin terlampau berat menanggung beban rindu.

“Kalau macam tu, pulanglah. Pulanglah ke pangkuan dia. Dia kan suami omma. Bona tak mahu menjadi orang ketiga. Bona tak mahu menyekat keinginan dan kerinduan omma.”

Hatiku sendiri bagai disiat mengutarakan permintaan ini. Aku tak sanggup mahu berpisah dengan omma.

“Sayang, kenapa cakap macam tu? Bagi omma, cukuplah Bona berada dekat dengan omma.”

“Bona tahu.. omma sebenarnya tersekat. Tidak tahu mahu memilih Bona ataupun appa. Jangan risau. Bona boleh jaga diri. Pergilah. Baliklah pada appa. Bona taknak omma menderita. Semua ni untuk kebaikan kita.”

Cuba memujuk walaupun aku tiada skill memujuk.

“Apa benefit yang kita dapat? Tinggalkan Bona tu kebaikan? No. Omma tak akan tinggalkan Bona keseorangan.”

“Omma, semakin lama omma di sini, semakin lama appa akan menyalahkan Bona. Kalau omma sayangkan Bona, please.. baliklah.”

“Tak mungkin appa akan menyalahkan kamu selamanya.”

Aku tergelak menyindir.

“Ya. Memang bukan selamanya. But for the time being, dia akan terus membenci dan menyalahkan Bona. Dia mana pernah puas hati dengan Bona. Semua yang Bona buat pada mata dia semuanya salah. Bona penat! Lagi-lagi omma mengikut Bona keluar dari rumah. Bona tahu. Appa sengaja menghalau omma kerana dia terlampau mengikut perasaan pada masa itu. Sebenarnya appa sayangkan omma. Dia tak mahu berenggang dengan omma. Tolonglah faham! Bona tak akan buat sesuatu yang tidak membawa untung. Bona sudah 17 tahun. Dah besar! Bona tahu apa yang Bona buat. Bona tak akan buat benda bodoh, yang tak masuk akal. Sebab Bona dah fikir secara rasional lah Bona buat keputusan ini.”
Malam itu, aku dan omma kedua-duanya menangis mengenangkan nasib diri masing-masing. Memang payah untuk menghadapi semua ini. Biar bersusah sekarang, bersedih sekarang. Yang penting adalah hasilnya. 

 

 

 

3 bulan kemudian.....
Kim Jun
*flashback*

 

“Young Ji. Saya tak tahu kenapa. Tapi.. saya suka awak. Saya benar-benar cintakan awak!”

Dengan keberanian yang tidak seberapa, aku meluahkan isi hatiku. Yang selama ini aku pendam kepada diriku. Kini, semuanya sudah terlepas. Terasa bagai bebanan yang aku tanggung kian berkurangan. Sebab aku sering memikirkan Young Ji semenjak kali pertama aku jatuh cinta dengan senyuman dia. Totally into her!

“So.. awak nak saya buat apa?”

Soal Young Ji. Kedengaran agak kasar.

“Saya nak tau. Sama ada perasaan saya ini, sama atau tidak dengan awak.”

Aku menudingkan jari telunjuk ke arah dada. Atau lebih tepat, ke arah hati.

Young Ji menyilang kakinya. Rambutnya disisirkan di telinga. Dress labuh berwarna biru muda yang dipadankan dengan seluar slack putih kelihatan begitu sesuai dengan si pemakainya. Mungkin kerana kulit Young Ji yang putih itu menyerlahkan lagi kecerahannya apabila dipadankan dengan pakaian yang sesuai. Wajahnya kelihatan berseri ataupun aku yang terlebih memuji?

“Saya suka awak. Sebagai kawan. Tapi kalau awak berharap untuk menjadi boyfriend saya, yang itu saya tak mampu nak cakap apa. Sebab.. parents saya bukannya jenis yang terima couple masa sekolah.”

Seraya itu senyuman lebar terukir di bibir. 

Bahagia!

“Oh. Ok tak apa. Kalau awak tak kisah, saya harap kita boleh jadi kawan rapat. Tapi.. rapat macam.. macam couple. Macam je but kita act macam kawan. Well.. awak faham kan?”

Young Ji tergelak kecil.

“Boleh.”

Di saat itu, aku bagaikan mahu menjerit.

Bukan senang untuk bagi orang yang kita suka, suka kita seperti mana cintanya kita pada dia.

“Pelik kan?”

Young Ji menyoal aku.

Aku mengangkat kening tanda tidak faham.

“Parents saya. Tak adalah. Kita dah 17 tahun. Dah besar. Tapi soal cinta masih dikawal.”

Aku sekadar mengangguk. Senyuman tidak lekang di bibir. Ini lah hari aku. Hari bahagia untuk aku. Tak apalah tak couple pun. Apa yang penting, dia boleh terima aku. Itu pun dah cukup memuaskan hati.

 


*end of flashback*

 

 

“Day 1 jadi teman tapi mesra ke?”

Rae Hoon menyindir.

“Jealous cakap.”

Aku membalas.

“Tak ada sebab aku nak jealous. Kau ingat aku macam kau? Semua benda nak jealous. Eh tak kuasa aku lah!”

Rae Hoon mencebik. Taknak mengaku lah tu. Macam aku taktau dia ada hati dengan best-girl-friend aku.

“Ramai lagi perempuan dekat luar sana. Takyah nak upset sangat tau tak dapat Young Ji. Aku tahu lah dia tu cantik. Perempuan yang cantik untuk lelaki yang kacak bergaya macam aku. Tak gitu?”

Praising myself.

“Cantik tak semestinya hati bersih. Entah-entah dia nak guna-gunakan kau. Mana lah tau. Kita tak boleh predict manusia. Aku cuma cakap. Jangan terasa pulak. Aku tak ada niat pun nak bagi kau lost interest dengan Young Ji ataupun apa-apa tanggapan negatif kau tu. Ini pesanan ikhlas daripada member kesayangan kau.”

Sedikit sebanyak, tersentap juga aku. Betul lah apa yang Rae Hoon cakap. Rupa tak mencerminkan hati.

“Kesayangan konon. Oh ye lah orang single macam tu lah. Siapa suruh tak nak terus terang dengan Young Ji? Kan dah kena kebas dengan ‘member kesayangan’ kau ni. Jangan salahkan aku tau!”

Rae Hoon memandang mukaku meluat.

“Brother, tak lari gunung dikejar. Kalau kau dapat Young Ji sekarang tapi tanpa restu parents dia, serupa macam cinta tak dibalas. Maknanya apa tu?”

“Maknanya?”

“Maknanya aku ada peluang lagi nak try dia!”

Aku memandang geram wajah kawan aku yang sorang ni. Sedap bahasa. Nampak serius tapi haram. Kaki kebas hak persendirian aku ke apa ni. Tak apalah. Ini battle!


Nana


Jauh di sudut hati, menyesal juga beritahu hal sebenar. Young Ji suka lah. Orang yang good-looking macam Jun tu suka dia memanglah dia suka. Boleh lah dia terima kenyataan yang lebih manis daripada gula tu. Masalah sekarang, Lee Bona. Macam mana aku nak beritahu hal sebenar? Bukan aku tak tahu. Hidup dia tu bukannya bahagia walaupun dia acting happy di sekolah. Aku tau. Renung mata dia yang redup tu, aku tau. Dia hanya berpura-pura gembira di sekolah. Sebab dia nak escape daripada kehidupan dia yang penuh konflik tu lah dia pura-pura bahagia. Dan paling epic, dia boleh suka Kim Jun. Tak tahu lah on purpose atau tidak dia suka Jun.

Aish!

Kenapa aku rasa macam aku ni orang tengah?

Kenapa pulak lah Young Ji terima Kim Jun?

Kenapa jugak Lee Bona suka Jun out of lelaki yang ada dalam dunia ni?

Terlampau banyak persoalan yang menghurung minda aku saat ini. Sebenarnya ini bukan masalah aku. Tapi disebabkan Young Ji dan Lee Bona kedua-duanya member aku, itu menjadi masalah aku juga. Mahu atau tidak, hadap je lah. Benda dah jadi pun. Tak ada guna nak menyesal. Sepatutnya awal-awal lagi aku beritahu Young Ji perkara sebenar. Boleh lah juga dia avoid untuk terima lelaki ni. Sekarang, semua dah terlambat pun.

Kelihatan kelibat Young Ji berjalanan seiringan dengan Lee Bona menuju ke arah kantin di mana aku berada.

Ini lagi parah!

“Sorry Nana. Kami lambat datang. Ada roadblock.”

Bona tersengih. 

Banyak kau punya alasan. Kejap lagi ada yang meraung karang.

“Duduklah.”

Aku menarik muncung. Konon merajuk.

“Tak payah lah nak merajuk. Hodohkan muka suci kau je.”

Young Ji memujuk.

“Oh ye lah. Aku tak lawa macam kau kan. Sekurang-kurangnya kau merajuk-merajuk pun, buat muka hodoh pun tetap dipuji. Gifted! Untunglah.”

Aku berkata dengan begitu sarkastik. Semenjak berkawan dengan Bona, aku pun dah terikut-ikut perangai kuat bagi sarcasm dia tu.

“Young Ji nampak berseri je muka. Ada apa-apa?”

Bona menyoal.

Pap!

Ok. Aku rasa ini soalan paling berani mati yang bakal memakan diri kau sendiri Bona. Semoga kau bersabar!

“Oh ye? Apa pun kita ambil makanan dulu. Hal tu, nanti nanti aku ceritakan.”

Young Ji membalas riang. Memang dia periang. Lagi periang lah semenjak dah ada best-guy-friend yang kacak bergaya ni. Kacak sangat. Perangai ke laut!

 

 

p/s: tq for reading yeoreobun! enjoy your reading. i know my ff is lacking somewhere. please kindly drop your comment and keep supporting me lol. subscribe/vote for my ff juseyo ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
exotic3010 #1
Chapter 13: Author-nim update soon juseyo~
pandayaya #2
Chapter 12: Palli update author-nim !
nonochannie #3
Chapter 6: interesting gilaaaa!

i want more plissss :)
Exo_Inspirit_
#4
Chapter 5: Update cepat :) x sabar dah ni nak baca ^-^
Amandaalia #5
Wow... Description awak sangat menarik Dan saya sukakannya
Kwon_Dongho #6
awak tmbh Malay tag supaya ramai baca