Cindeyoorella

Memories of 1004.
Please Subscribe to read the full chapter
                          CINDEYOORELLA                                           Pada zaman dahulu ada seorang gadis yang sangat cantik. Ibunya telah meninggal dunia. Tidak berapa lama selepas kematian ibunya itu, ayahnya berkahwin dengan seorang janda yang mempunyai dua orang anak. Ibu tirinya itu sangat garang. Ibu tirinya digelar "Janda Hot" pada waktu itu, bukan sahaja rupa yang cantik menawan, malah dia pandai menggoda. Tetapi malangnya, rupanya yang cantik tidaklah begitu digunakan apabila hanya mengikis duit lelaki sahaja. Gelaran orang kampung diber kepadanya ialah 'Esah The Hottest'. Matsalleh gitu you orang Kampung 1004 ni. Dan, begitu juga dengan kedua orang kakak tirinya. Sorang diberi nama Limau dan lagi sorang Yeo's Air Kotak. Ayahnya pula selalu keluar bandar untuk berdagang. Orang kaya lah katokan masatu.
Setiap hari, Cindeyoorella diperintah oleh ibu tiri dan kedua orang kakak tirinya supaya membuat kerja rumah. Kakak tirinya hanya tahu makan tidur membungkang dan spazz Seventeen. Maknya pula, tidak habis habis mengira wang perbelanjaan untuk dihabiskan dengan membeli beg tangan baru. Cindeyoorella merasa amat sedih mengenangkan nasib yang melanda dirinya. Tiada tempat untuknya mengadu. Dia hanya mampu mengangankan kehidupan yang mewah dan dilamar putera raja, ya angan-angan yang hanya mampu menambahkan jerawat dimukanya. Wajahnya yang cantik itu menjadi comot kerana terlalu banyak membuat kerja dan tidak sempat hendak mengemaskan dirinya. Sedangkan kedua orang kakak tirinya itu hanya tahu bersolek, berpakaian cantik dan berjalan-jalan. Kerana pakaian dan wajahnya yang sentiasa comot itu, kedua orang kakaknya menggelar dia Cindeyoorella.   Pada suatu hari putera raja nagara 1004 Kingdom, iaitu Putera Donghyun yang dikenali dengan wajah tampan dan mampu menumpaskan mana-mana sahaja hati wanita, telah membuat pengumuman akan mengadakan majlis tari-menari di istana. Semua gadis di dalam negeri itu dijemput menghadiri majlis tersebut. Kedua orang kakak tiri Cindeyoorella yang hodoh itu mengambil keputusan hendak menyertai majlis itu.   Oleh kerana mereka tiada baju yang cantik, ibu tiri mereka, Esah mengarahkan Cindeyoorella menjahit baju baru untuk kedua-dua orang kakak tirinya itu. Almaklumlah, kedua kakak tirinya habis belajar sampai upsr, manakalah Cindeyoorella belajar sampai ke sekolah vokasional, ambil course menjahit. Jadi, dengan terpaksa Cindeyoorella menjahit kedua-dua helai baju kakaknya itu. Setelah baju itu siap, kedua kakaknya saling bertekak mengatakan dia yang paling cantik.   “Aku akan memakai baju baldu berwarna merah dengan manik-manik yang cantik. Aku juga akan memakai rantai mutiara yang berwarna putih. Tentu aku kelihatan cantik.” Kata Limau.   “Baju aku lebih cantik dari baju engkau!” kata Yeos Air Kotak pula. “Bajuku dipenuhi dengan labuci dan manik. Rantai leherku zamrud berwarna hijau. Sudah tentu aku lebih cantik daripada kau dan dapat menawan hati putera raja!”. “Kau tak akan dapat berkahwin dengan putera raja,” kata kakak tirinya itu sambil tertawa kepada Cindeyoorella.   Kata hati Cindeyoorella, "Cis, muka macam tongkang pecah, penuh jerawat macam kawah bulan ade hati nak rampas Putera Donghyun kesayangan aku!"   Cindeyoorella merasa sedih dan terhina mendengar kata-kata kakak tirinya itu. Kedua orang kakak tirinya itu tergesa-gesa pergi sambil terus sambil mentertawakan Cindeyoorella. Setelah kedua orang kakak dan ibu tirinya pergi, Cindeyoorella duduk sendirian di dapur. Dia menangis mengenang nasibnya yang malang. Tiba-tiba dia terkejut kerana melihat sebutir cahaya berkelip-kelip tidak jauh darinya. Dari cahaya yang semakin membesar itu keluar seorang pari-pari yang cantik.   “Siapakah kau? Dari manakah kau datang?” tanya Cindeyoorella sambil mengesat air matanya.   "Aku adalah pari-pari pengasuh kau,” jawab pari-pari yang cantik itu. Pari-pari yang comel dan kecik itu digelar QtFairy Somi. Badannya yang kecil dan comel membuatkan hati Cindeyoorella berbunga-bunga, eceh macam jumpa si kekasih hati pula kan?    “Sekarang beritahu aku adakah kau ingin pergi ke majlis putera raja di istana?” Tanya QtFairy Somi.   “Ya, aku sangat ingin pergi ke majlis tu,” jawab Cindeyoorella. "Aku ingin bertemu dengan putera raja.”   “Aku boleh tunaikan permintaan kau itu,” jawab pari-pari itu lagi. "Tapi ada syarat-syaratnya. Kau harus buat apa yang aku suruh.”   “Baiklah,” jawab Cindeyoorella bersetuju.   “Mula-mula pergi ke kebun dan ambil buah labu yang paling besar,” kata pari-pari itu. Cindeyoorella terus berlari masuk ke dalam kebun lalu mengambil labu yang paling besar. Dia segera membawa labu itu masuk ke dalam taman. Pari-pari itu menyentuh labu itu dengan tongkat sakti. Tiba-tiba sesuatu yang ajaib pun berlaku. Labu itu menjadi kereta kuda yang cantik dan besar. Didalamnya terdapat kerusi baldu yang cantik, dihiasi langsir yang bewarna keemasan.   Cindeyoorella memandang kereta kuda itu dengan rasa takjub dan kagum.   “Sekara
Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
-swagsyub #1
Chapter 9: alaaaa- rindunya time jadi doktor seol dulu. ;;
Faraakim
#2
;---; miss
SaranghaeJiSica
#3
Chapter 36: nak ckp rindu leh tak
mingyuisyourdaddy
#4
Chapter 10: weh , ter-datang pulak kat sini , tipu lah kalau aku kata aku tak rindu korang semua tak rindu kenangan kita semua . idk if members still ingat aku , byun mina. maybe yang members lama still ingat lah kot . aku ucapkan tahniah kat angel sebab dah lama menapak kat fb ni and i wish you all good luck . kirim salam kat semua tau !
Kwon_Dongho #5
Chapter 42: aq rindu komen merapu admin huhu
fluffyichigo
#6
Chapter 39: pergh aku baru baca ff ni mmg superb
xxsnowflakesxx #7
Chapter 9: duh- rindunya kenangan ni xD

- seol yg tlg mina bersalin tu lmao -
syakirah_30 #8
Chapter 17: bila nak belanja asam boi???
fluffyichigo
#9
Chapter 12: lawak sobs rindu angel lama orz
AinhoAirin
#10
Chapter 17: Sobs rindu gila kat semua