chapter 9
The Mystery BookDonghae berbaring diatas katilnya, melihat ke
siling, sedangkan fikirannya memikirkan benda
lain.
Kemungkinan aku atau Donghae akan mati
selepas ni.
Kata-kata Dongjun itu terus bermain difikirannya.
“Ahh! Aku tak percaya benda mengarut ni!
Kematian Suzy tu satu kebetulan saja.” Keluhnya
sendiri.
Saat dia sedang cuba menenangkan dirinya, pintu
biliknya diketuk. Sejenak dia melihat kearah jam,
sudah menunjukkan pukul 12.25 tengah malam.
“Papa dah sampai ke?” tanyanya sendiri.
Sepatutnya pada waktu itu, Encik Lee berada
didalam kapal terbang, perjalanan pulang ke
Korea atas urusan kerja di Australia selama
seminggu.
Lantas dia berdiri dan membuka pintu biliknya,
dia dapati, tiada sesiapa diluar.
“Papa?!” Donghae berjalan menyusuri koridor
tingkat dua. Matanya tertumpu kepada suatu
bayang yang berdiri tepat dibawah kipas dinding
yang berputar laju.
…………………………………………………………………………………………………
Tringg.. tringg..
“Hello?” Dongjun mengangkat panggilan
telefon yang diterimanya.
“Ini Dongjun, kan?” Kedengaran suara lelaki
pertengahan umur.
“Ya. Ini saya. Ni Pak Cik Lee kan?”
Kedengaran suara Encik Lee sepertinya sayu
“Dongjun..”
“Ada apa ni Pak Cik?”
“Donghae….”
…………………………………………………………………………………………………
Dongjun dan Heechul tiba di perkarangan rumah
Donghae.
Mereka masuk kearah ruang tamu dan terkejut,
melihat leher Donghae yang dijerut dengan tali,
tergantung dikipas dinding dengan mata terbuka
dan darah dimatanya pecah. Mereka seakan-akan
tidak percaya itu terjadi.
“Dongjun… Heechul.” Encik Lee meronta-ronta,
menangis memandang kearah dua anak muda itu.
Jia dan Victoria tiba di rumah Donghae. Setelah
melangkah masuk keruang tamu, mereka melihat
tubuh Donghae sudahpun terlentang diatas tikar.
“Apa terjadi?” tanya Jia, saat dia menghampiri
Heechul yang menunduk, seperti tidak bermaya.
“Donghae… leher dia…”
Lantas mata Jia dan Victoria terarah ke leher
Donghae.
“Kenapa
Comments