chapter 4

The Mystery Book
Please Subscribe to read the full chapter

Dongjun, Heechul, Donghae dan Jia terkejut

mendengar jeritan Suzy dari tingkat atas. Lantas

mereka bergegas menuju ke tangga.

“Suzy?!” Jia memapah Suzy yang terduduk

diatas lantai.

“Jia. Victoria… Victoria..” Suzy tidak dapat

menghabiskan katanya kerana masih terkejut.

Dongjun melihat Victoria terbaring diatas katil

dengan darah pada lehernya.

“Vic! Victoria!” Dongjun berlari kearah Victoria.

Heechul dan Donghae mengekorinya.

“Apa dah jadi ni?” Dongjun mengerutkan

dahinya.

Heechul menyentuh darah pada leher Victoria dan

mendapat tiada luka pun.

“Tiada luka pun?”

“Hah?” Donghae dan yang lain terkejut.

“BOOOOOOOOOOO~!” Dongjun, Heechul dan

Donghae yang berdiri disebelah katil Victoria,

terundur berserta ketakutan melihat Victoria

duduk.

Victoria ketawa terbahak-bahak.

“Vic! Kau ingat semua ni lucu ke hah?!” Jerit

Jia.

“Aku nak prank korang balik!” Victoria berdiri

sambil ketawa.

“Kau ingat lawak ke mati pura-pura hah?! Kau

tak ada akal ke?” Bentak Heechul.

Donghae dan Dongjun sekadar memegang dada

masih-masih yang berdegup laju. Jia memapah

Suzy, berdiri.

“Apa kau buat ni Vic. Aku hampir pengsan, kau

tau tak?” kata Suzy berserta airmata.

“Alaa, sorrylah. Dah lama aku tak main prank.”

Victoria mendekati Suzy “Sorry eh.”

“Kalau ye pun nak main prank, tengoklah

keadaan, Vic. Ni pedalaman bukannya bandar.”

Jelas Dongjun.

“Apalah korang ni. Tak sporting langsung.”

Victoria merebahkan dirinya diatas katil.

“Dahlah, aku nak mandi. Kalau makanan siap,

panggil aku dekat bilik, ok?” Donghae berlalu

pergi meninggalkan rakannya dalam keadaan

membisukan diri.

Suzy masih lagi berpelukan dengan Jia.

“Ok, kalau aku buat prank, semua sibuk nak

marah aku. Bila korang prank aku, aku tak ada

pulak nak jerit-jerit, kan?” Victoria berang.

“Bila kami main prank dengan kau, Vic?” tanya

Dongjun.

Victoria ketawa “Korang ingat aku percaya ke

korang ke tasik?” Victoria berdiri dan berpeluk

tubuh “Korang dekat luar tu je kan? Tunggu aku

tertidur, then prank aku, konon-kononnya nak

takutkan aku.”

“Vic kami semua ke tasiklah!” bentak Jia.

“Yelah Vic. 10 minit kami dekat sana.” Jawab

Heechul.

Jia mengambil daun unik yang dipetiknya tadi

dari poket belakang jeansnya.

“Nahh!” Jia membuang daun itu ke lantai “Aku

petik daun ni waktu dekat tasik tadi. Ada kah

daun serupa tu dekat luar banglo ni?”

Ekspresi wajah Victoria berubah. Dia melepaskan

pelukan tangannya dan menghembus nafas

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Nisaniel
#1
Chapter 12: habis tu?? author nim update soon...
juniorarmy
#2
Chapter 12: update ppalli !!! hahahaha
Nisaniel
#3
UPDATE SOON...
Nisaniel
#4
Chapter 10: victoria mati T.T
Nisaniel
#5
Chapter 5: "lelaki x macho tanpa mucle"..haha
Nisaniel
#6
Chapter 3: awk punya cite best lah!!
woonicorn_syah
#7
Chapter 10: Knp diorg dibunuh T.T
woonicorn_syah
#8
Chapter 4: Moyang jia bela saka ke ._. Seram lak..haha fighting ! ^_^
airanana
#9
Macam best je
update soon author nim