chapter 10

The Mystery Book
Please Subscribe to read the full chapter

Dongjun menyelak-nyelak buku Destiny itu. “Aku

tak tahu kenapa buku sial ni ada dengan aku!”

Jia yang berdiri diantara Dongjun dan Heechul itu,

menangis teresak-esak.

“Aku.. yakin.. aku buang buku tu semalam.”

“Mula-mula Suzy, Donghae, lepas tu Victoria. Apa

salah kita hah?!” Heechul berang.

Kelihatan seorang lelaki dan seorang wanita

pertengahan umur menghampiri mereka dengan

muka yang agak sembam dan mata yang

bengkak. Lantas Dongjun menyorokkan buku

penyebab kematian kawan-kawannya.

“Terima kasih.. sebab tolong kami dalam

upacara pengembumian Victoria, ya.” Kata Tuan

Chung, dengan suara yang agak sayu dan hampir

tidak kedengaran.

“Tak apa, Tuan. Dia kawan baik kami.” Balas

Jia, dengan senyuman tawar dan terpaksa,

padahal airmatanya masih belum kering.

“Saya tak tahu.. kenapa ada orang yang

sanggup cekik anak kami sampai mati…” Puan

Chung mengesat airmatanya “Victoria ada musuh

kah?”

“Setahu kami, Victoria memang tak ada

musuh, Puan. Kalau ada pun, dia akan berjumpa

orang tu dan selesaikan masalah dengan cara

baik.” Balas Heechul.

“Betul tu, Puan.” Tambah Dongjun.

“Saya harap.. kamu tak berahsia apa-apa

dengan kami. Jika kamu tahu apa-apa, atau pun

siapa-siapa yang membunuh Victoria, bagitahu

kami dengan segera.” Kata Tuan Chung sebelum

dia dan isterinya beredar, meninggalkan 3

sekawan itu, membisu.

…………………………………………………………………………………………………

“Dongjun kemana?” tanya Jia, yang sekian

lama tidur di kerusi belakang kereta milik Dongjun

kerana terlalu penat.

“Dia pergi beli makanan kejap.” Heechul

menoleh kearah Jia, matanya juga merah dan

bawah matanya kelihatan gelap, kerana juga

kurang tidur “Kita mesti menginap di rumah aku

malam ni, kita dah tak boleh berpisah.”

“Kalau ayah kau tanya.. apa kau nak jawab?”

“Ayah aku tak ada. Dia outstation 3 minggu.”

“Kau yakin kah… kita selamat?”

Kedengaran Heechul mengeluh “Selagi kita

bersama, aku yakin tak ada apa-apa akan

terjadi.”

Setelah beberapa saat didalam kebisuan, Dongjun

kembali ke kereta miliknya, membawa dua beg

plastik makanan segera.

“Semua dah ada.” Dongjun memberikan beg

plastik itu kepada Jia untuk disimpan

disampingnya “Sekarang.. kita kemana?”

“Ke rumah Jia dulu.”

…………………………………………………………………………………………………

“Kau tak nak kami temankan?” tanya Heechul

menerusi tingkap.

“Tak apa. Aku sekejap saja. Lagipun, parents

aku ada dekat dalam.”

Jia berlari menuju pintu rumahnya

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Nisaniel
#1
Chapter 12: habis tu?? author nim update soon...
juniorarmy
#2
Chapter 12: update ppalli !!! hahahaha
Nisaniel
#3
UPDATE SOON...
Nisaniel
#4
Chapter 10: victoria mati T.T
Nisaniel
#5
Chapter 5: "lelaki x macho tanpa mucle"..haha
Nisaniel
#6
Chapter 3: awk punya cite best lah!!
woonicorn_syah
#7
Chapter 10: Knp diorg dibunuh T.T
woonicorn_syah
#8
Chapter 4: Moyang jia bela saka ke ._. Seram lak..haha fighting ! ^_^
airanana
#9
Macam best je
update soon author nim