Error Code : Delete You

Error Code 63

Aku membuka mataku perlahan. Seorang lelaki berada di hadapanku. Dia melihat tepat kearah mataku. Bibirku disentuh perlahan dengan ibu jarinya. Aku tidak mengenali lelaki itu. Aku berada di sebuah makmal. Terdapat banyak wayar bersepah di lantai.

“Siapa anda?” tanyaku.

“Kau.. tak ingat aku.. kan?” kata lelaki itu.

Aku hanya menggeleng kepalaku perlahan. Lelaki itu nampak kecewa. Pipiku diusapnya sekali lagi. Dia cuba mengukirkan senyuman kepadaku. Aku hanya memandangnya. Kenapa dia sedih bila aku tidak mengenalinya? Siapa dia?

“Elle, itu nama kau,” kata lelaki itu.

Save data. Mecha name Elle. Mataku bersinar biru.

“Aku Hongbin. Aku akan jaga kau sampai bila-bila.” Kata lelaki yang bernama Hongbin itu lalu mengukirkan senyuman padaku. Aku hanya memandangnya kosong  lalu menyimpan data lelaki itu. Siapa lelaki ini? Kenapa dia beremosi bila melihat aku?


 

Aku mengemas di ruang tamu. Terlalu banyak buku yang bersepah. Hongbin suka membaca. Kadang kala aku melihat dia tertidur di ruang tamu dengan buku-bukunya yang bersepah di sisi. Hari ini juga dia tertidur di sofa.

Aku memulakan kerjaku menyusun buku untuk diletakkan di dalam rak. Tanpa disengajakan, aku tertolak sebuah gambar foto di meja kopi itu. Habis bekecai bingkainya. Aku mengambil gambar itu dan menenungnya lama. Gambar ini pelik. Ini gambar aku dan seorang lelaki. Tetapi kenapa aku dan dia senyum? Kami tak pernah tangkap gambar bersama. Siapa aku sebenarnya?

Hongbin duduk di sebelahku. Gambar di tanganku dicapainya lalu matanya melirik ke arahku.

“Kau.. ingat tak?” Tanya Hongbin.

Aku hanya menggeleng. Aku terdengar keluhan dari mulut Hongbin.


 

Pada malam itu, Hongbin pulang dengan tergesa-gesa. Dia terus masuk ke dalam makmal dan membuka komputernya. Hongbin membuat kerjanya sampai esok pagi. Aku hanya memerhatinya dari belakang. Ada juga sesekali dia frust dan stress lalu menolak kertas-kertas di mejanya. Aku hanya memerhatikannya sahaja.

Entah apa yang diusahanya sampai bergini. Adakah ia berkaitan dengan aku? Tetapi kenapa Hongbin berusaha sangat nak buat aku ingat pasal dia? Siapa dia sebenarnya?

Aku melihat Hongbin dari belakang sehinggalah kuasa aku habis. Hongbin lupa mengcas aku kerana terlalu sibuk mengusahakan benda yang aku sendiri tak tahu.

Aku membuka mataku perlahan. Hongbin berada di hadapanku sambil tersenyum. Pipiku disentuhnya lembut.

“Elle-ah, mari kita cuba ni” kata Hongbin lalu memakaikan wayar di telingaku.

“Ini apa?” tanyaku.

“Memory input” kata Hongbin sambil tersenyum padaku.

“Hongbin buat ini kah semalam?” pertanyaanku hanya dibalas dengan anggukan Hongbin.

Hongbin berdiri tepat di hadapanku. Dia melihat tepat kea rah mataku. Tanganku digenggamnya erat.

“Elle, sebab kau.. aku sanggup buat apa sahaja.. tolonglah kembali” kata Hongbin lalu menahan sebaknya.

Aku tidak mengerti apa yang dimaksudkan Hongbin.

Hongbin menekan punat merah yang mengfungsikan Memory input itu.


 

“Hakyeon-ah! Comel tak baju Elle?” kataku sambil menggayakan bajuku.

“Comel..comel.. macam kucing pakai baju..haha” kata Hakyeon lalu tergelak kecil.

“Yaishh!! Aku bukan kucing tahu!” kataku sambil mengembungkan pipi.

“Alololo.. comelnya Elle,” kata Hakyeon lalu mencium pipiku.

“Eh? Kenapa cium tiba2?” pipiku menjadi merah.

“Sebab kau comel .. haha.. ke kau nak aku cium bibir kau yang merah tu?” kata2 Hakyeon membuatkan aku tersipu malu.

Hakyeon memegang erat tanganku. Matanya tenung tepat kearah bola mataku. Pipiku diusapnya perlahan.

“ Kau tahu Elle? Kau saja perempuan yang buat aku macam ni.. kau ubah aku.. kau sempurna di hati aku.. takkan ada yang lain yang boleh gantikan kau dalam hidup aku.. selama-lamanya,” kata Hakyeon.

Aku tertunduk malu. Ini pertama kali Hakyeon confess sebegitu kat aku. Aku memang sukakan Hakyeon dari dulu lagi. Tak sangka dia sukakan aku juga.

“Ahh.. Hakyeon.. janganlah cakap macam tu.. malu aku” kataku lalu mengigit bibirku.

Hakyeon mengangkat daguku dan melihat kea rah mataku. Sebelah lagi tangannya memeluk kemas pinggangku. Matanya memandang kearah hidungku lalu ke bibirku. Aku mengigit bibirku. Hakyeon kemudiannya, memandang semula kea rah mataku.

“Elle, aku betul2 cintakan kau. Aku akan jaga kau sampai bila-bila” kata Hakyeon lalu mencium bibirku. Itu adalah ciuman pertama aku. Ciuman dari Hakyeon.


 

“Hakyeoonn!! Tengah wat per tu?” kataku sambil datang ke arahnya.

“Ahh.. Elle.. Yeon sibuk sekarang..” kata Hakyeon lalu menyambung kerjanya.

Aku duduk di hadapan Hakyeon. Aku senyum ke arahnya. Hakyeon tidak memandang aku walau sekali. Aku menjuihkan mulutku. Dia tidak memandangku juga. Aku buat macam-macam gaya tetapi tidak dipedulikan Hakyeon.

“Yeon, kenapa ni?” tanyaku serius.

“Takde pape lah.. kau balik je dulu,” kata Hakyeon.

Aku memegang lengan Hakyeon.

“Kenapa ni Hakyeon? Kenapa kebelakangan ni kau langsung tak pedulikan aku? Aku ada buat salah ke? Kenapa kau jadi dingin begini? Kenapa Hakyeon? Kenapa?!” tanyaku terus terang.

“Aku cakap tak de apa2..x de apa2 la!” bentak Hakyeon lalu pergi dari situ.


 

Batuk aku semakin menjadi kebelakangan ni. Aku dah jumpa doktor tetapi tiada apa lagi yang boleh dilakukan mereka. Aku dah nak masuk tahap ke empat. Semuannya sudah terlambat. Aku melihat tompokan darah di tisu tempat aku batuk tadi. Aku hanya mengeluh sendirian.

Aku takkan sampai hati untuk beritahu Hakyeon dengan kondisi aku. Dia terlalu sibuk. Mungkin dengan kesibukkan itu, dia boleh lupakan aku ..kelak.


 

Hari ini, aku benar2 marahkan Hakyeon. Dia langsung tak pedulikan aku walaupun aku cakap dengannya. Dia tak memberi sebarang tindak balas.

“Hakyeon! Kau ni kenapa?!” tanyaku lalu memegang lengan Hakyeon.

Hakyeon menepis tanganku lalu memandang tepat ke arahku. Pandangannya masih membuatkan jantungku berdegup kencang.

“Kau tahu apa? Mak kau ada pressure kau macam ni? Cikgu2 kau ada bagi kau pressure macam ni? Bos kau? Aku genius. Semua orang harapkan aku buat itu dan ini. Aku dah penat! Buat robot itu.. robot ini.. Aku kusut kau tahu??!” kata Hakyeon sambil menggoncang bahuku. Aku terkejut sedikit dengan tindakannya. Tak pernah dia bertindak bergitu padaku. Aku menolaknya lembut lalu duduk di sofa. Aku terbatuk dan terdapat kesan darah di tanganku. Aku hampir menangis.

Hakyeon melihat aku. Mukanya kelihatan sedikit terkejut lalu dia mendapatkan aku.

“Sorry, Hakyeon tak sepatutnya buat macam ni kat Elle.. ni kenapa ni?” kata Hakyeon lalu melihat tanganku.

“Mian.. Elle tak beritahu awal2.. Elle sakit.. umur Elle x panjang..dijangka hujung bulan ni habislah” kataku sambil teresak-esak.

Muka Hakyeon seolah-olah tak percaya dengan kenyataan aku. Hakyeon segera memelukku erat.

“Anni.. takkan ada yang boleh ambil Elle dari Hakyeon! Hakyeon akan jaga Elle sampai bila-bila!” kata Hakyeon. Terasa basah di bahuku dek air mata Hakyeon. Aku juga menangis. Aku tak mahu berpisah dengannya.


 

Sejak itu, Hakyeon menjaga aku elok-elok. Dia sering mengunjungi aku di hospital. Dia yang selalu ceriakan aku dan menyuapkan aku makanan. Dia dah berubah menjadi Hakyeon yang aku sayang dulu. Hakyeon yang aku cinta.

“Hakyeon, terima kasih tau” kataku sambil melihat Hakyeon yang sedang tekun membacakan aku buku.

“Eh? X de masalah lah.. hehe.. Elle kan yang teristimewa buat Hakyeon?” kata Hakyeon lalu mengukirkan sebuah senyuman yang manis.

Senyuman itu akan aku rindu sampai bila-bila. Namun, badanku sudah tidak tahan lagi. Aku memegang tangan Hakyeon erat. Wajahnya aku tatap sehinggalah mataku tertutup.


 

Aku membuka mataku perlahan. Hongbin berada di hadapanku. Bibirnya mengukirkan sebuah senyuman. Senyuman itu…

“Akulah Hakyeon itu..Aku Hongbin, kelahiran semula Hakyeon.” Kata Hongbin.

“Ha..ha..Hakyeon!” kataku lalu memeluk erat Hongbin.

“Kau tahu? Kau robot turun temurun keluarga aku. Aku Nampak kau di setor. Entah kenapa aku rasa nak pulihkan kau kembali. Aku dah jatuh cinta dengan kau.” Kata Hongbin panjang lebar.

“Hakyeon.. aku rindu kau.. aku sayang kau.. aku cinta kau” kataku sambil teresak.

“Dah, jangan nangis lagi.. kau sekarang robot bukan manusia,” kata Hongbin lalu mengesat sisa air mataku.

Aku hanya tersenyum. Entah kenapa, lepas Hongbin memasuki Memory input itu, aku dapat ingat segala-galanya. Emosi aku juga kembali. Aku ingat segala-galanya.

Tiba-tiba aku merasakan pelukan kami dileraikan. Dua orang lengkap berpakaian suit memegang kami. Seorang lelaki datang masuk menuju ke arah kami.

“Kau Hongbin kan? Pencuri Memori Input tu.. Bawa ke balai.. kesalahan ini terlalu berat.. mungkin dihukum gantung mandatori” kata lelaki itu lalu menuju kearah aku.

Tangannya mengeluaran seperti adapter lalu mencucuk di belakang tengkuk aku. Wow! Lelaki itu juga sebuah robot. Lelaki itu memeriksa memori aku. Mataku bersinar biru. Begitu juga matanya. Sepertinya memori kami berselisih.


 

Lelaki itu melihat aku. Senyuman terukir di bibirnya. Aku mengenali senyuman itu. Itu senyuman Hakyeon.

“Kau kenal aku kan? Elle, ni aku.. aku takkan pernah tinggalkan kau.. mereka cipta robot aku.. nama mecha aku Ravi..mereka buat robot aku sebab aku salah seorang orang genius.. mereka bedah otak aku dan mengalihkan memori aku ke robot…aku yang cipta kau dulu.. tetapi aku tak siapkan kau sebab masalah kesihatan aku.. sejak  kau pergi.. hidup aku tak tenang.. aku tak jaga pemakanan aku dan sering jatuh sakit.. tapi sekarang aku dapat jumpa kau lagi.. aku gembira” kata lelaki itu lalu memelukku.

Aku keliru. Apa yang terjadi sebenarnya? Kenapa ada dua Hakyeon? Seorang manusia dan seorang lagi robot. Yang mana perlu aku pilih? Aku sayang kedua-duanya. Aku melihat Hongbin yang meronta lepaskan diri. Kemudian, aku melihat Ravi di hadapanku. Aku keliru.

Hongbin Berjaya melepaskan diri lalu menarik pergelangan tanganku pergi dari situ. Dia membawa aku ke makmal lamanya. Di situ, dia membuka computer lamanya dan menaip beberapa kod computer. Setelah itu, sebuah mesin menyala. Hongbin datang ke arahku.

“ Elle, aku tahu ini akan terjadi. Aku minta maaf. Lelaki itu,(Ravi) ada banyak di kota ini. Semuanya klon moyang aku, Hakyeon. Mereka semua ada memori tentang kau.. tetapi mereka tiada emosi macam yang aku bagi ke kau.. mereka robot.. lain sedikit dari kau…Elle, aku betul2 cintakan kau” kata Hongbin lalu memeluk pinggangku erat.

“Hongbin… aku pun.. cintakan kau” kataku tersekat-sekat.

Hongbin memandang tepat kearah mataku. Matanya kemudian beralih kearah bibirku lalu dia menutup matanya. Hongbin mendekati aku dan mencium bibirku. Kami berkucupan sehinggalah bunyi ketukan kuat di pintu. Hongbin segera meleraikan kucupan kami dan membawaku di bawah mesin itu. Dia melihat kearahku. Wajahnya sedih. Tangannya sedia menekan punat hijau.

BAMMM!! Pintu makmal itu terbuka luas. Ravi mengacukan pistol kearah Hongbin. Hongbin segera menekan punat hijau itu. BBANGG!!! Aku terdengar bunyi tembakan. Air mataku mengalir.

Memoriku lenyap. Segalanya sudah dipadamkan.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 1: Sedihnyaaaa TT
Maisarah97 #2
Chapter 1: SedihNye ff ni...citer ni ade smbung ke??
Mideul_A
#3
Chapter 1: Awww! Sedihnya... T__T
airinnchan
#4
Chapter 1: Pakcik.. Ko nih mmg suke buat aq nk nangeh sorg2 ke bce criter ko?? Hadoiyai...
/mentally sepak hang/
Tapi aq ske cter nih...
Nape Hakyeon nape????!!!!
kyungyinn #5
Chapter 1: OMG you did a great job DAEBAK!!! But I little confuse with your story but it's such a great story and so sad omggggg ><
kyungyinn #6
Chapter 1: OMG you did a great job DAEBAK!!! But I little confuse with your story but it's such a great story and so sad omggggg ><