007

Pertempuran Takdir (KC Sequel)

 

  1. Bab 7

 “Langsung tak ingat? Sedikitpun?”, riak wajah Kai nyata tidak berpuas hati.

Angin pagi itu bertiup lembut. Beberapa daun mula gugur ke tanah. Pemandangan musim luruh dari atas bukit itu langsung tidak menenangkan hati Kai yang membara.

“Kenapa dia hilang ingatan? Macam mana dia boleh hilang ingatan? Tak masuk akal!”

Sulli jarang melihat Kai naik angin. Lelaki itu mempunyai personaliti yang tenang dan selalu sabar dalam menguruskan sebarang masalah. Itu juga menjadi kunci hubungan Kai dengan orang yang rapat dengannya. Dia pandai mengawal emosi. Namun Sulli mengagak manusia boleh berubah dalam keadaan tertentu terutamanya Kai. Lelaki itu bukan  malaikat yang tidak akan marah. Perasaan Kai terjejas selepas mendengar cerita Sulli yang mengatakan Sehun mengalami masalah hilang ingatan.

“Tiada siapa tahu walaupun Eunhyuk. Bila dia sedar, dia tak ingat sesiapa pun malah namanya sendiri dia tak ingat”, Sulli menjelaskan. Perlahan dan tenang tidak mahu Kai tersinggung.

“Sebab tu dia panggil awak adik? Dia percaya bila Donghae cakap yang awak dan dia adik beradik?”

“Dia percayakan setiap kata-kata Donghae. Dia sangka yang dia hilang ingatan akibat kemalangan jalan-raya”

Kai menarik nafas dalam cuba menenangkan diri. Kawan baiknya langsung tidak ingat pada dirinya. Persahabatan adalah mengenai kenangan dan memori pahit manis yang dikongsikan bersama. Kai rasa seperti dikhianati apabila semua memori bersama Sehun hanya diingati oleh dirinya sahaja.

“Jadi apa boleh kita lakukan sekarang?”, rendah nada Kai bertanya.

“Tiada apa boleh kita buat. Dah dua tahun dan dia masih tak ingat apa-apa, saya, awak malah Soojung”

Kai meluaskan pandangannya ke arah bawah bukit di mana kelihatan pokok-pokok keperangan dalam musim luruh. Sulli pula berada beberapa langkah dibelakangnya. Kai tekad ingin melakukan sesuatu.

>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Wain merah dituang ke dalam gelas. Beberapa kiub ais dimasukkan kemudian. Asap keluar berketul-ketul di hujung hembusan nafas lelaki yang merupakan ketua Kumpulan Kucing Hitam serta merupakan ejen perisik Korea Utara. Rokok dimatikan dalam bekas yang disediakan. Mun Taeshil dan Nam Taehyun melagakan gelas masing-masing sebelum wain merah itu menyinggah di tekak.

“Aku lega ‘business’ kita berjalan lancar.”

“Sudah tentu. Selagi pihak kau tak buat masalah, geng aku pun tak akan timbulkan masalah. Yang penting, ‘barang’ sampai tepat pada masa”, balas Nam Taehyun sesudah minum. Diletakkan gelas kaca di atas meja kecil di hadapannya.

“Bagus-bagus.”, Mun Taehil ketawa puas hati.

“Anak buah kau memang pandai buat kerja”, puji Taehyun teringatkan lelaki yang ulang-alik dari Daegu-Seoul tiap-tiap hari untuk menghantar dadah. Lee Sehun.

“Ouh, maksud kau Lee Sehun? Aku pun ada sedikit permintaan, nak minta tolong kau mengenai budak tu”

“Kenapa? Permintaan apa?”

“Aku nak ‘test’ dia”, balas Mun Taeshil tersenyum sinis sambil mengoncang lembut gelas kaca yang masih berisi wain tadi.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

“Kuih ikan dua batang”

“Baiklah”, Jieun menjawab. “Sulli, ambilkan kuih ikan dua batang untuk pak cik tu”

Sulli tidak memberi sebarang tindak balas. Mindanya kosong sambil merenung kuih bakar yang mula mengeluarkan bau hangus.

“Yah! Dah hangus kuih bakar tu”, Jieun menyiku lengan gadis yang termenung jauh itu.

“Ouch”, spontan Sulli menjerit kecil apabila tangannya terpegang bekas bakar kuih yang panas.

“Haish, kau ni. Lain kali jangan termenung masa kerja. Bahaya”, Jieun mula membebel sambil mengangkat alih kuih yang hangus terlebih masak akibat kealpaan Sulli. “Kau fikirkan apa?’

“Maaf”, Sulli segera membantu. ‘Aku tak fikirkan apa-apa. Aku pun tak tahu kenapa kebelakangan ni aku kerap termenung”

“Kau fikirkan mengenai lelaki tu lagi?. soal Jieun. Mencapai dua batang kuih ikan dan menyerahkan kepada pakcik yang menunggu dari tadi. Jieun teringat akan peristiwa di Dataran Su Ae tempoh hari di mana Sulli meraung menangis depan seorang lelaki yang Jieun sendiri tidak kenal. Dia menjeling Sulli dengan perasaan cemburu. Tidak sangka lelaki yang hensem dan ‘smart’ tu adalah teman lelaki Sulli.

“Eh, kau ingat lagi lelaki itu?”, wajah Sulli naik merah, segan. Dia sedikit segan menceritakan bahawa Kai ialah teman lelakinya. Juga berbangga apabila hubungan dia dan Kai mencapai lebih lima tahun.

“Dah-dah. Jangan nak buka cerita pasal lelaki tu. Nanti aku cemburu”, sempat Jieun mejelir lidah sebelum dipeluk oleh Sulli.

>>>>>>>>>>>>>>> 

“Anak muda”, pemandu bas itu rasa sedikit geram. “Nak naik atau tidak? Kalau nak naik, sila bayar tambang. Kalau tak nak naik, sila turun supaya saya boleh tutup pintu”

“Hehehe”, Sehun tersenyum menambah rasa geram pemandu bas itu. Kakinya langsung tak berganjak dari anak tangga bas yang akan bergerak ke Daegu itu.

“Kalau macam tu, esok lepas saya habis kerja, jam 7 petang, saya akan tunggu di sini”,

Mana dia ni? Sehun bimbang jika tak dapat berjumpa perempuan tersebut. Walaupun sekejap sebelum pulang ke Daegu. “Sekejap ye”

“Cepatlah. Jangan buang masa orang lain. Cepat buat keputusan. Kamu ni nak balik ke Daegu tak?”, nada pemandu bas itu sedikit marah.

“Maaf, tapi dia tidak akan naik bas ni”, kelibat seorang perempuan laju menarik tangan Sehun. Mujur anak muda itu sempat menstabilkan diri, kalau tak, pasti malu tersungkur di depan pintu bas.

“Yah!”, Sehun hampir mencarut. Pintu bas kemudian ditutup dan beredar meninggalkan Sehun dan Soojung di perhentian bas itu.

“Maaf-maaf”, Soojung merapatkan kedua-dua telapak tangannya. Tersenyum lega.

Sehun pura-pura menenangkan dirinya di sebalik perasaan geram ingin mencubit pipi gadis yang tersenyum manis itu. “Sekarang macam mana saya nak balik Daegu? Itu bas terakhir hari ni”

“Jangan risau, saya boleh hantar awak dengan kereta saya”. Memandang lelaki yang mirip wajah Oh Sehun itu entah kenapa membuatkan beban hatinya hilang serta merta. Misinya, keadaan dirinya tentang perisik, pihak atasan, tentang pilihan yang Gu Hye Sun nyatakan tadi. Semuanya bagaikan lenyap.

“Awak ada kereta rupanya. Baguslah begitu”

“Awak dah makan? Nak keluar makan dengan saya?”

“Awak tengah ajak saya keluar date ke? Awak nak mengorat saya eh?”, Sehun mengangkat kening kanannya membuatkan gadis di hadapannya ketawa kecil.

“Kalau ya, apa salahnya? Awak tak sudi keluar date makan dengan saya?”

“Hey, siapa kata tak sudi”, Sehun menghulurkan tangannya.

Soojung memandang tangan milik lelaki itu kosong beberapa saat sebelum tersenyum dan menguncikan jarinya dalam tangan tersebut. “Jom. Saya belanja sebab saya yang ajak”

>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

“Peguam Kim”

Kai menoleh pandang seorang peguam wanita yang sama umur dengannya. Baju sut kemas yang dipakai menampakkan wanita itu seperti wanita korporat yang matang walaupun Kai tahu perangai perempuan itu yang kadang-kala keanak-anakan.

“Kenapa”,soal Kai. Melihat kepada fail-fail yang dibawa oleh peguam Heo itu, Kai mengagak yang peguam Heo ingin meminta pertolongannya. “Kes baru?”

“Yup. Kebanyakan kes saman. Sekarang ni ramai artis yang menyaman syarikat rakaman”, sempat Heo Young Ji mengeluh sebelum menjelaskan.

“Maaf, saya tak boleh membantu. Kes saya pun masih banyak tertunggak.”, Kai terpaksa menipu. Dia tidak mahu mengendalikan mana-mana kes buat masa ni untuk menyelesaikan masalah Sulli dan Sehun.

“Tak mengapa. Saya dah beri separuh kes kepada Peguam Kang”, Heo Young Ji senyum menutup perasaan malunya kerana ditolak. “Peguam Kim nampak sibuk. Maaf mengganggu”

“Mana ada menggangu”, Kai menggeleng, mengambil hati peguam Heo. “Saya dalam perjalanan nak berjumpa Dr Hong”

“Dr.Hong? kenapa? Awak tak sihat ke Peguam Kim?”, riak wajah Heo Young Ji bimbang. Fail-fail dipegang rapat supaya tidak terlepas dari genggaman.

“Bukan. Saya nak jumpanya atas urusan ‘clien’ saya”, Kai mengukirkan senyuman.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

“Saya tak tahu kenapa tapi saya rasa macam dah kenal awak lama. Saya rasa selesa bersama dengan awak”, ujar Sehun lalu menyumbat sepotong kimbap ke dalam mulut.

“Baguslah kalau awak rasa selesa dengan saya”, balas Soojung. Tidak mengalihkan pandangannya. Terus menatap wajah lelaki di depannya itu. Bagaimana boleh wujudnya orang lain yang sangat mirip dengan Sehun. Pandangan matanya, senyumannya malah suaranya. Soojung mengagumi keajaiban itu.

“Kenapa? Tak pernah jumpa lelaki yang se ‘hansome’ saya?”, Sehun menongkat dagu, membalas pandangan gadis itu.

“Tak. Maafkan saya. Saya cuma teruja sebab awak begitu mirip dengan seseorang yang saya kenali”, Soojung tertunduk malu. Menyisingkan anak rambut ke belakang telinga, Soojung cuba menukar topik. “Macam mana dengan sandwich saya bagi semalam? Sedap tak?”

“Hah, sandwich awak bagi tu sangat sedap. Adik saya pun cakap sedap. Pandai awak buat”, Sehun mengenyit mata membuatkan Soojung bertambah malu.

“Baguslah”, wajah Soojung separuh merah. Lelaki yang berada di hadapannya itu memang pandai mengayat perempuan.

“Hey, awak cakap tadi wajah saya mirip dengan seseorang yang awak kenal kan? Siapa dia? Mana dia sekarang?”, soal Sehun sambil menolak pinggan yang sudah kosong ke tepi. Enam keping kimbap tadi sudah habis dimakan. Begitu juga dengan semangkuk jjambong dan sepinggan ttokpeoki. Sehun rasa kenyang.

“Dia dah mati”, jawab Soojung ringkas. Namun tidak pula rasa sedih kerana orang yang mati dirasakan seperti hidup semula dan berada di depan matanya kini. “Awak pula? Awak cakap awak hilang ingatan kan?”

“Haah”, Sehun menyedut minumannya sebelum menjawab. “Semenjak dua tahun lepas. Maknanya apa yang berlaku sebelum dua tahun lepas, saya langsung tak ingat. Saya cuma ada memori tentang apa yang berlaku dalam dua tahun ni.”, Sehun menggaru kepalanya. “Macam mana nak terangkan ye? Saya ni kiranya tak ingat apa-apa semenjak dua tahun lepas. Eh, bukan. Saya ingat tapi cuma dalam dua tahun ni sahaja. Haish”

“Takpe, saya faham”, Soojung tersenyum melihat telatah Sehun. “Awak mengalami masalah hilang ingatan pada dua tahun lepas. Begitu?”

“Ha, lebih kurang macam tu la”. Sepet mata Sehun mengecil apabila tersenyum. “Tapi saya ada satu rahsia”

“Rahsia?”,soal Soojung sebelum Sehun berdiri menhampiri wajah Soojung, berbisik rapat ke telinganya.

“Saya tak dibenarkan datang ke Seoul”, perlahan suara Sehun membisikkan.

“Kenapa?”, Soojung bertanya lagi, merasai degupan jantungnya lebih laju daripada biasa.

“Entah”, Sehun kembali duduk. “Saya tak pasti kenapa dan sebab tu juga saya berani melanggar larangan tu”

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Semasa Kai masih kecil, ibu bapanya sering mendesaknya supaya belajar bersungguh dan menjadi doktor pakar yang berguna kepada masyarakat. Malah di sekolah menengah rendah, Kai dipaksa mengambil matapelajaran aliran sains tulen sebagai subjek teras. Selang beberapa bulan, Kai sedar yang dia tidak dilahirkan untuk duduk dalam hospital, memakai baju makmal, belajar mengenai sel-sel badan dan isotop. Kai sedar sesuatu yang lain ditakdirkan untuk dirinya. Jadi Kai menanam cita-cita baru iaitu untuk menjadi seorang peguam.

 Kemudian, dari situ, titik persahabatannya dengan seorang lelaki bernama Oh Sehun bermula dan mereka bersama-sama menanam impian namun sayangnya hanya Kai seorang yang berjaya menggapai impian itu kini.

“Yow, Kim Jong In”

Kai segera bangkit, berjabat tangan dengan seorang lelaki yang memakai jubah doktor. Anak kepada kawan baik ayah Kai. Seorang doktor yang popular di Hospital Seoul. Wajahnya yang ceria mampu menhilangkan rasa takut pesakit kepada suntikan. Dr.Hong Jonghyun.

“Lama tak dengar cerita pasal kau. Tiba-tiba pula ajak jumpa”

“Maaflah kalau aku ganggu masa kau”, Kai menarik rapat kerusinya semula. “Aku sebenarnya ada hal nak tanya”

Keadaan kafe di hospital itu tidak pernah lengang. Setiap masa, chefnya sibuk menyiapkan tempahan makanan. Doktor, jururawat, pelawat mahupun pesakit akan turun makan di kafe tersebut. Persekitarannya bersih dan makanan yang disediakan juga dijamin berkhasiat. Dua gelas jus oren tersedia di hadapan meja Kai dan Dr.Hong.

“Muka kau nampak serius. Ada sebarang kes susah?”

“Kes susah tu biasalah. Itu yang dinamakan cabaran. Kau macam mana? Pesakit semua ok?”Kai cuba menghilangkan ‘tawar’ di wajahnya dengan tersenyum manis.

“Aku juga ada cabaran kat sini. Pesakit, jururawat, doktor-doktor. Masing-masing ada ragam masing-masing”, Hong Jonghyun ketawa kecil. Kelihatan beberapa jururawat wanita mencuri pandang doktor popular itu. “Eh, tapi tadi kau kata ada benda nak tanya kan? Apa dia?”

“Aku sebenarnya nak tanya kau pasal amnesia. Penyakit yang menyebabkan seseorang hilang ingatan kan? Kau tahu macam mana nak pulihkan?”

“Ouh. Amnesia. Ia bukan penyakit sebenarnya. Tapi kalau seseorang mengalami amnesia, cara untuk pulihkannya bergantung kepada apa yang menyebabkan dia jadi amnesia”

“Maksudnya? Kalau seseorang itu hilang ingatan akibat ditembak?”

“Ditembak?”, Hong Jonghyun aneh dengan soalan kawan lamanya itu. “Kenapa dia boleh hilang ingatan sebab ditembak? Biasanya amnesia berlaku disebabkan hentakan kuat di kepala dan kotak ingatan akan terjejas. Tapi kalau seseorang tu ditembak di kepala, tentu dia dah mati. Paling lama boleh hidup pun dalam seminggu dua”

“Tak”, Kai menggeleng. “Dia bukan ditembak di kepala tapi di bahu kanan. Lagipun dia dah hidup dua tahun dalam keadaan hilang ingatan”

“Hmmmm~”, Hong Jonghyun bersandar pada kerusinya. Meraba usik dagunya sendiri, dia mula berfikir “Peliknya”

“Macam ni, ada seorang ni yang aku kenal. Dia ditembak pada bahu kanan. Kemudian dia pengsan selama dua hari. Lepas dia sedar, dia langsung tak ingat apa-apa termasuk namanya sendiri. Dan sampai sekarang, lepas dua tahun berlalu, dia masih tak ingat sebarang peristiwa yang berlaku sebelum dia ditembak. Kalau aku nak bagi dia ingat semula, macam mana caranya?’

“Selalunya kalau seseorang mengalami amnesia, cara dia peroleh ingatannya semula ialah dengan menekan kepada memori paling besar dalam hidupnya, iaitu memori ketika dia mengalami kemalangan tu. Contohnya kalau seseorang amnesia kerana mengalami gegaran di kepala, gegaran yang sama kali kedua mungkin boleh buat dia ingat semula”

“Tapi dia tak mengalami gegaran di kepala. Cara lain?”, Kai kelihatan terdesak. Dia tetap ingin Sehun ingat semula. Dia tidak mahu kehilangan kenangan persahabatan mereka berdua.

“Kalau macam tu, orang di sekeliling dia kena main peranan. Bawa orang yang amnesia tu ke tempat yang dia selalu pergi sebelum dia hilang ingatan. Buat dia rasa dejavu, rasa macam pernah pergi tempat tu. Paksa dia untuk mengulang perasaan yang dia alami masa dia di tempat tu. Tapi cara ni agak menyeksakan”

Kai mendengar dengan teliti penjelasan doktor itu. “Menyeksakan? Kenapa?”

“Sebab orang tu akan sering tertanya-tanya kenapa dia alami rasa macam tu. Dia akan jadi mangsa kepada perasaan sendiri. Bahkan, kalau dia tak kuat, mungkin dia boleh jadi gila. Namun, kalau dia berjaya kuasai perasaan tu, dia akan ingat sedikit demi sedikit sehingga dia sendiri dapat mencantumkan memori-memori yang diingat”

Buat dia rasa dejavu? Kai diam sedang otaknya ligat merancang strategi mengenai apa yang rakan doktornya tadi jelaskan.

“Tapi siapa dia yang hilang ingatan ni? Kawan kau? Aku kenal?”

“Maafkan aku Jonghyun tapi aku tak boleh nak ceritakan sekarang. Nanti aku beritahu siapa dia”

>>>>>>>>>>>>> 

Sehun menyuruh Soojung supaya menhantarnya hanya setakat di hadapan jalan utama berdekatan sebelum Sehun berjalan kaki sendiri pulang ke rumah. Dia sedikit segan jika Soojung melihat kawasan rumahnya. Lagipun, Sehun bimbang jika Sulli ternampak akan Soojung. Di luar rumah, Sehun ternampak unggun api yang sederhana marak kecil dan seorang gadis berselimut duduk di hadapan unggun tersebut.

Sehun tersenyum lalu menjerit panggil nama gadis itu. “Yah! Lee Sulli!”

Sulli menoleh ke belakang dan lihat Sehun berlari ke arahnya. Dia ingin bertanya dari mana lelaki itu baru balik? Sudahkah dia makan? Adakah dia masih keluar melepak dengan geng-geng samseng? Namun Sulli telankan persoalan tersebut.

“Kau buat apa? Masak kentang bakar? Aku nak juga”

Sehun menguis keluar kentang dari timbunan daun-daun kering yang dijadikan umpan api. Kentang yang dibaluti aluminium itu dibuka dengan perlahan.

“Ouch! Panas”, melompat-lompat kentang yang dipegang oleh Sehun. Panas menyentuhnya.

“Babo”, komen Sulli sebelum mencucuk kentang tersebut dengan sebatang garpu lalu menyerahkan pada lelaki itu.

“Hehehe”, Sehun ketawa kecil kerana situasi itu. “Sayang juga kau dekat aku kan”

Sayang? Sulli merenung api yang menyala di depannya. Dia sayangkan Sehun?

“Oh ye, Sulli ah. Siapa lelaki yang datang pagi tadi? Teman lelaki kau?”, tiba-tiba Sehun bertanya mengenai Kai yang dilihat bersama Sulli pagi tadi.

“Yup, teman lelaki aku”, balas Sulli bersahaja tidak mengubah pandangannya. Donghae dan Eunhyuk masih belum kelihatan pulang.

“Ceh, teman lelaki jenis apa macam tu? Tengking teman wanita sendiri”, Sehun memuncungkan mulut,meniup isi kentang di hujung garpunya.

“Cermin diri kau tu dulu. Macamlah kau tak pernah tengking teman wanita sendiri. Lagipun dia bukan sengaja buat macam tu. Semuanya sebab kau”

“Eh! Kenapa nak salahkan aku pula?’ laju Sehun memberi reaksi lantas mendengar dirinya dipersalahkan.

“Tiada apa-apa lah”, Sulli malas bertekak dengan kawan baik teman lelakinya itu. Menarik lutut rapat ke dada, Sulli mendiamkan diri.

“Aku tahu korang ada merahsiakan sesuatu”, tiba-tiba nada Sehun berubah serius. “Mula-mula dulu aku tak sukakannya dan aku nak tahu kenapa kau, Eunhyuk dan Donghae macam sepakat menyimpan rahsia dari aku tapi sekarang aku dah tak peduli semua tu. Aku yakin, suatu hari nanti, korang akan beritahu aku juga sebab aku tetap sebahagian dari keluarga ni”

“Kan?’, Sehun mencuit lengan gadis di sebelahnya.

“Sehun ah~”, Sulli memaling kepala, memandang lelaki yang tua setahun darinya itu. “Andai satu hari nanti, bila kau dah ingat semula, aku harap kau sudi maafkan aku”

>>>>>>>>>>>>>> 

Soojung menyikat rambutnya yang panjang lurus. Malam ini terasa lain tanpa kehadiran Kai. Soojung tertanya-tanya kenapa lelaki itu sudah jarang datang ke rumahnya. Sesibuk mana Kai, lelaki itu pasti menyinggah ke rumah Soojung. Ejen 411 mula bimbang sama ada lelaki itu dalam keadaan baik atau tidak, sudah makan ke belum dan dengan siapa dia berada sekarang.

Kemudian Soojung tersenyum apabila teringatkan lelaki yang dijumpa petang tadi. Lelaki yang bernama Lee Sehun. Dia seolah membawa sinar baru dalam hidup kelam gadis perisik itu. Soojung fikir, mungkin ini masanya yang sesuai untuk teruskan hidup dengan semangat yang ada tanpa perlu meratapi, seksa merindui kekasih yang sudah mati. Mungkin ini masa yang sesuai untuk cinta baru.


kemungkinan sya akan cuba update setiap hari jumaat.. be attention silent reader.. hehe.. action pack coming soon. 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
wey.. dh habis... :D

Comments

You must be logged in to comment
atikahbp #1
Chapter 17: woah! bestnyaa ending dia T^T akhirnya diaorang together pun huhu T^T
freakandheart #2
Chapter 17: Kau ingat dia mesin buat anak ka? Haha
Finally dah tamat!!! *lap air mata
Emmy_Kpopers
#3
Chapter 17: pergghhhh.. ayat last tu xleh blah.. xD wkwk
ParkMyeonSeok #4
Chapter 16: I can't believe it..what happen to donghae and eunhyuk...so sad :'(...and to sehun too...what happen to soojung..???wow daebak!!
ParkMyeonSeok #5
Chapter 15: Ksiannya mereka semua tambah2 si sehun dengan kai...palli2 update...so excited
Nj_Angel #6
Chapter 15: Woah..makin best.
Jihyun-Sehun #7
Chapter 13: Alaa.. update la. Tengah best baca to be continued pulak.
hanah2212
#8
Chapter 12: Omaigaddddd. So tenseeeeeeeeeeee.