006

Pertempuran Takdir (KC Sequel)
  1. Bab 6

Hari ini Sehun berpakaian sedikit kemas. Baju singlet semalam ditukar dengan baju tee biru tidak bercorak. Rambutnya dikemaskan. Selepas selesai menghantar barang kepada Nam Taehyun, Sehun bergerak ke perhentian bas seperti biasa. Sejujurnya Sehun tidak mengharapkan apa-apa namun dia tidak boleh berhenti memikirkan mengenai gadis semalam.

“Jauhkan diri kau dari mana-mana perempuan bernama Soojung”

Pagi tadi dia bergaduh dan meninggi suara terhadap Sulli kerana gadis itu. Adakah Sulli mengenal Soojung?

“Sehun shi”, hati Sehun sedikit lega mendengar suara gadis itu.

“Ouh, awak yang tersilap orang semalam”, Sehun mendekati gadis itu. Suasana bising seperti biasa di perhentian bas itu.

“Saya minta maaf pasal semalam”, Soojung menunduk ikhlas.

“Takpe cik Soojung, saya tak ambil hati sangat”, Sehun menggosok belakang lehernya.

“Mana awak tahu nama saya Soojung?”

“Saya baca kat tag nama baju awak”

Soojung lalu melirik tag nama yang dijahit pada baju kerjanya. Kecewa sebenarya kerana menyangkakan yang Sehun betul-betul tahu namanya.

“Annyeonghaseyo, Jung Soojung imnida”, sekali lagi dia menunduk, memperkenalkan diri dengan rasmi lalu mengukirkan senyuman.

“Annyeonghaseyo, saya Lee Sehun”, pantas Sehun membalas spontan.

“Awak cakap awak dari Daegu kan? Saya kerja di kedai butik sana”, Soojung menunjuk ke arah kedai pakaian tempat kerjanya yang terletak berdekatan. Sempat Sehun menjeling ke arah kedai yang ditunjukkan.

“Oh ye, ini sebagai tanda minta maaf saya mengenai semalam. Harap awak boleh terima ‘sandwich’ yang saya buat sendiri ni”, lantas Soojung menghulurkan beg kertas yang tersedia bekalan makanan yang dinyatakan.

“Terima kasih”, ucap Sehun ikhlas

“Saya harap kita boleh berjumpa lagi selepas ni”, ujar Soojung memandang tepat mata lelaki itu. Ya, dia ingin terus berjumpa lelaki itu. Lagi dan lagi.

“Esok dan esok dan esok lagi, saya akan datang sini dan mungkin kita boleh berjumpa lagi”,sedikit sepet mata Sehun tersenyum.

“Kalau macam tu, esok lepas saya habis kerja, jam 7 petang, saya akan tunggu di sini”, balas Soojung sedikit teruja. Dia melirik jam di tangan dan menyedari waktu rehat kerjanya sudah habis. “Saya perlu kembali  kerja, waktu rehat saya dah habis”, Soojung meminta diri.

Sehun ditinggalkan. “ Eh, bas terakhir ke Daegu jam 7 petang. Macam mana aku nak jumpa dia?”, Sehun merenung beg kertas yang berada dalam genggaman.

>>>>>>>>>>>>>> 

“Saya dah balik”

Sulli berjalan ke biliknya sendiri sebelum berhenti lantas perasan akan beberapa keping sandwich di atas meja makan.

“Ouh, Sulli dah balik”, Sehun yang baru naik mandi menegur. Menitik-nitik air rambutnya yang basah ke lantai. Dengan hanya memakai tualai dililit paras pinggang, Sehun menarik kerusi, tidak sabar untuk merasai sandwich yang diberi oleh Soojung tadi.

Sulli tanpa banyak bicara terus mengambil tempat duduk di sebelah Sehun. Aneh juga kerana beberapa hari ini, Sehun dilihat kerap mandi dan menukar pakaian. Gayanya kelihatan lebih kemas. Sulli ada juga terfikir, adakah Oh Sehun sudah kembali?

“Sedapnya, kau beli kat mana?”, Sulli bertanya lepas mengambil rasa makanan yang tersedia atas meja itu.

“Sedap kan”, komen Sehun dalam mulutnya penuh makanan. Dia tersenyum apabila gambaran Soojung menyinggah di kotak ingatan. “Ada orang bagi”

Sulli menggangguk balas. “Sehun, pagi tadi kau ada cakap pasal perempuan nama Soojung kan?’

“Jauhkan diri kau dari mana-mana perempuan bernama Soojung”

Sehun menggeleng-geleng. “Soojung? Siapa Soojung?”, Sehun menunjukkan wajah naifnya. “Mana ada aku cakap pasal perempuan nama Soojung”, Sehun sengih konon menutup pembohongannya.

Kalau Sulli boleh berahsia, kenapa dia tidak? Sehun sengaja enggan menceritakan mengenai perempuan yang dijumpai di perhentian bas semalam. Lagipun Sehun tidak mahu Sulli tahu yang Sehun ke Seoul.

“Aku salah dengar lah ni?”, Sulli cuba mengali ingatannya mengenai pagi tadi. Dia yakin pagi tadi, ketika dia mengemas bilik, Sehun bertanya mengenai Soojung. Atau dirinya yang terlalu memikirkan? Sulli tidak pasti.

“Kenapa? Siapa Soojung? Kenapa kau cakap dengan aku supaya jauhkan diri dari perempuan bernama Soojung?”, Sehun cuba memancing Sulli untuk membuka cerita.

“Aku cuma nasihatkan kau supaya berhati-hati dengan perempuan. Tak kisah lah nama perempuan tu Soojung atau sesiapa pun”, bersahaja Sulli membalas juga menutup pembohongannya.

“Heol~”, Sehun menjeling gadis di sebelahnya itu. “Kau cakap macam kau tu bukan perempuan”

>>>>>>>>>>>>>>>> 

Soojung perlahan-lahan menolak pintu. Di sebalik besi tersebut, ketuanya menunggu.

“Ejen 411, macam mana misi kamu? Ada sebarang perkara mencurigakan?’, kasar suara ketuanya bertanya.

Soojung kekal berdiri tegak tidak gugup. Bilik yang kecil samar-samar gelap itu menjadi tempat pertemuan untuk dia melaporkan mengenai misinya. Jikalau dulu, seorang ejen lain akan menjadi ketua baginya tapi kali ni tiada ejen lain ditugaskan mengawal Soojung dan Ejen 411 itu harus melaporkan terus kepada ketua yang lebih berpangkat tinggi.

“Tiada sebarang yang mencurigakan”

Sejujurnya fokus Soojung dalam menjalankan misi kali ini agak terganggu semenjak lelaki bernama Lee Sehun itu muncul. Dia terlalu memikirkan betapa miripnya lelaki itu dengan Oh Sehun sehingga terlupa akan misinya.

“Pihak atasan yakin Ejen 365 ada merahsiakan sesuatu sulit yang mana mungkin maklumat berguna buat Korea Utara dan juga Korea Selatan. Cari tahu mengenai maklumat tersebut”

>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Kai perhatikan dari jauh. Dari celahan pokok besar, Kai mengintai ke arah seseuatu. Rumah yang didiami oleh tiga orang lelaki dan seorang gadis yang naif. Bagaimana agaknya Sulli membiasakan diri? Adakah dia selesa dengan keadaan sedemikian? Adakah Eunhyuk dan Donghae melayannya baik? Rumh separuh tradisional itu diperbuat daripada papan dan kayu, rumah yang menggambarkan keadaan tradisional masyarakat korea, manakala separuh belakang dari rumah itu diperbuat dari batu dan simen.

Seorang lelaki dilihat meninggalkan perkarangan kawasan rumah tersebut. Kai mengenalinya sebagai seorang pemain bola sepak yang terkenal suatu ketika dahulu. Lee Donghae. Wajahnya tidak banyak berubah kecuali jambang halus dan misai yang jarang dicukur. Kemudian seorang lagi lelaki memakai jaket dan topi dilihat menyusup masuk ke dalam kereta yang berada di hadapan kawasan rumah. Lelaki yang Kai tidak kenali tapi Kai mengandaikan lelaki itu ialah Eunhyuk. Ejen 044.

“Eunhyuk selamatkan saya”

“Eunhyuk yang bunuh Sulli dan Sehun”

Kai memerhatikan kenderaan pacuan empat roda tadi perlahan-lahan hilang dari pandangan. Siapa dia sebenar? Kai tertanya-tanya. Si baik atau si jahat? Kenapa dia berbohong pada Soojung tentang kematian Sulli? Apa muslihat dan rancangan dia yang sebenar?

Sedang Kai leka memerhatikan dari jauh, seorang gadis berjalan di kawasan berhampirannya. Kai rasakan seperti pernah berjumpa gadis itu. Berkerut dahi Kai cuba menggali ingatannya.

“Kim Namjoo?”

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Pelik. Sulli rasakan pelik dengan sikap Sehun beberapa hari kebelakangan ini. Lelaki yang hilang ingatan itu dilihat sedang membelek wajah di cermin. Sebelum ini, Sulli jarang lihat Sehun menghabiskan masa lebih lima saat di hadapan cermin. Lee Sehun berbeza dengan Oh Sehun. Lee Sehun, seorang yang tidak begitu mementingkan penampilan diri, terpengaruh dengan sikap remaja liar dan hidup di persekitaran serba kekurangan, berbeza dengan Oh Sehun, seorang lelaki yang boleh dianggap ‘gentleman’.

“Kenapa?”, Sehun bertanya apabila perasan akan jelingan Sulli melalui pantulan cermin.

“Kau nak pergi mana?”, soal Sulli pula.

“Aku nak pergi Seo…”, otak Sehun menghentikan percakapannya. Tidak. Sulli tidak boleh tahu yang dia ke Seoul. Pasti gadis itu akan memberitahu Donghae atau Eunhyuk. “Seo.. Seo.. Seojun! Aku nak pergi jumpa Seojun”, lelaki itu pura-pura tenang.

“Seojun? Teman wanita baru kau ke? Namjoo macam mana?”

“Namjoo? Ala, aku tak pernah sayangkan Namjoo pun. Dia yang obsess dengan aku. Jangan risau, lepas aku putuskan hubungan dengan dia, dia takkan datang sini dah”, Sehun menarik membetulkan kolar baju. Baju corak belang merah milik Donghae itu muat dengan badan Sehun yang tinggi separuh tegap.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

“Apa Encik Kai buat kat sini?”,langkah Namjoo terhenti dan terkejut melihat Kai berdiri di hadapan pokok besar. Kai merupakan kawan baik tuan mudanya dahulu yang selalu ke rumah keluarga Oh.

“Saya ada urusan kerja. ‘clien’ saya ajak jumpa di sini”, laju Kai mencari alasan. Dia juga aneh melihat pembantu rumah Sehun berada di kawasan situ. “Apa pula Namjoo buat di sini? Bukankah sekarang awak perlu berada di rumah Keluarga Oh?”

“Saya dah berhenti kerja. Sekarang saya menetap di kawasan sini, di rumah mak saudara saya”, balas Namjoo. Situasi itu kekok buat mereka berdua.

“Ouh begitu. Sekarang ni, awak nak ke mana?”, soal Kai. Muncul secebis tanda tanya samada Namjoo dan Sulli pernah berjumpa di kawasan tersebut namun Kai diamkan.

Namjoo memandang jalan lurus di hadapannya, yang menghala ke rumah Sehun. Apakah reaksi Kai jika berjumpa dengan Lee Sehun yang mirip dengan Oh Sehun? Namjoo juga mendiamkan persoalan itu.

“Saya sebenarnya sahaja jalan-jalan ambil angin”, gadis itu pura-pura senyum.

>>>>>>>>>>>>>>> 

Eunhyuk dapat rasakan sesuatu yang mengekorinya. Pemanduan kereta ke Pyeongyang itu dipenuhi dengan rasa curiga dan tidak tenteram.

“Pihak atasan dah mula merancang untuk hapuskan kau. Ejen 044, kau dalam bahaya, kes kau dicurigai. Kalau aku jadi kau, aku tak berani datang sini”

Betulkah pihak atasan mencurigainya? Eunhyuk bimbang jika pihak atasan tahu mengenai Donghae, Sehun dan Sulli. Eunhyuk mahu melindungi mereka semua namun sekarang Eunhyuk rasa dirinya sendiri terancam. Siapa akan jaga mereka andai nyawa Eunhyuk dalam bahaya. Eunhyuk mengenggam kuat stereng kereta. Matanya tidak keruan memandang cermin sisi kereta.

>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Sulli sedang bersiap ke tempat kerja. Sulli dan Jieun membuka gerai menjaja kuih ikan dan kuih bakar di tepi jalan di kawasan berdekatan. Hanya serba sedikit yang mampu Sulli lakukan untuk membantu Donghae. Eunhyuk tidak boleh menggunakan wangnya untuk menyara mereka semua kerana bimbang akan disiasat oleh pihak atasan tentang pengeluaran wangnya. Maka Donghae yang bertungkus lumus berkerja di kilang untuk makan hidup mereka bertiga di Daegu.

Sebaik membuka pintu untuk melangkah keluar, anak mata Sulli membesar, terkejut melihat tetamu yang datang di pagi hari.

“Apa awak buat kat sini?”, melangkah keluar, Sulli mencapai tangan lelaki itu.

“Apa awak buat kat sini? Kenapa datang sini? Macam mana kalau Eunhyuk atau Donghae nampak awak? Awak memang suka cari masalah ke? Kan saya dah jelaskan semuanya hari tu”, tanpa sempat Kai bersuara, Sulli menarik tangan lelaki itu ke belakang rumah. Bimbang jika Sehun dan Kai saling terserempak. Malah Kai masih tidak tahu kewujudan Sehun dalam rumah tersebut.

“Eunhyuk dan Donghae dah keluar bukan? Saya dah perhatikan tadi sebelum saya datang. Jangan risau, saya tahu apa saya buat”, Kai memberi satu kucupan lembut di dahi gadis itu.

“Saya hargai awak sudi datang sini, terima kasih tapi awak tak boleh datang selalu. Bahaya. Saya tak mahu libatkan awak dalam masalah ni, awak kena faham”

“Sulli!”

“Suara siapa tu?”, soal Kai.

>>>>>>>>>>>>>>> 

“Jaga butik. Saya ada urusan di luar daerah hari ini”

Soojung memberi tunduk hormat kepada pemilik butik pakaian itu sebelum wanita pertengah 30-an itu beredar. Kini butik itu lengang tanpa pelanggan. Soojung merenung ke arah kedai pajak gadai berhadapan butik tersebut.

“Pihak atasan yakin Ejen 365 ada merahsiakan sesuatu sulit yang mana mungkin maklumat berguna buat Korea Utara dan juga Korea Selatan. Cari tahu mengenai maklumat tersebut”

“Mungkin ini masa yang sesuai untuk aku siapkan misi aku. Fokus Jung Soojung!”, sedikit bisikan kata-kata semangat dari bibir Ejen 411 itu. Melangkah keluar dari butik yang lengang itu, Soojung melintasi jalan raya dan berjalan ke arah deretan kedai di seberang jalan. Berdasarkan rutin harian Gu Hye Sun yang sudah Soojung hafal, wanita bekas perisik itu sekarang pasti sudah keluar dan akan mengambil masa sekurangnya 40 minit sebelum kembali.

Soojung perlahan-lahan berjalan menaiki tangga ke tingkat kedua, ke bahagian rumah yang terletak di atas kedai pajak gadai lama itu. Matanya juga memandang waspada keadaan sekeliling. Mencapai tombol pintu Soojung cuba mengenal pasti samada pintu itu berkunci atau tidak. Berkunci. Soojung tidak dapat memulas buka. Gadis itu menanggalkan pin rambutnya untuk mencuri masuk namun sebelum sempat pin rambutnya dicucuk ke dalam lubang anak kunci, Soojung rasakan sesuatu dicucuk di pinggangnya. Sesuatu yang keras atau lebih tepat lagi, hujung pistol.

“Siapa kau? Siapa hantar kau?”,

Perlahan-lahan Soojung memusingkan badan, menghadap wanita buta itu. “Ini saya, ejen 411”

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

“Sulli! Kau kat mana?”

Sehun aneh apabila Sulli keluar tanpa menutup pintu. Malah topi dan jaketnya masih tergantung di belakang pintu. Sehun tahu gadis itu belum pergi kerja lagi? Mana dia pergi?

“Suara siapa tu?’, soal Kai. Suara yang seperti milik seseorang yang sangat Kai kenali. Suara yang seperti selalu didengari dari sekolah menengah hingga ke universiti. Bohong kalau Kai tidak ingat suara kawan baiknya sendiri.

Segera Kai memalingkan langkahnya, ingin bergerak ke kawasan hadapan rumah. Hatinya bergelora ingin tahu, siapakah pemilik suara itu yang kedengaran sama seperti Sehun.

“Kenapa? Suara siapa tu?”, sedikit bengang apabila Sulli menahannya.

“Tolong jangan pergi tengok”, Sulli sedaya upaya menahan, memaut lengan teman lelakinya.

“Sulli!”, Kai menarik lepas lengannya kasar. “Baik awak cakap suara siapa tu! Siapa lagi berada dalam rumah ni selain awak, Donghae dan Eunhyuk?”

Tegang urat leher lelaki itu apabila naik marah. Dia teringat jawapan Sulli ketika ditanya mengenai Sehun tempoh hari.

“Saya tak tahu apa-apa pasal Sehun”

“Choi Sulli!”, suara Kai meninggi. Lengan gadis itu pula yang digenggam kuat. Kai menuntut penjelasan yang penuh. Gadis itu sedikit gentar dan sakit apabila tangan Kai menekan kuat lengannya. Dia tahu lelaki itu pasti membuak marah kerana tahu yang Sulli menipu.

“Woi”, Sehun menyergah. Dia melangkah keluar dari rumah dan terdengar bunyi seperti Sulli berada di belakang rumah. Berjalan ke kawasan belakang, Sehun mendapati seorang lelaki sedang menyakitkan adik perempuannya.

“Lepaskan dia”, sifat melindungi datang secara semulajadi. Abang mana yang suka melihat adiknya disakiti terutama adik perempuan. Sehun menghampiri mereka berdua.

“Sehun ah”, Kai tergaman. Tangannya perlahan-lahan melepaskan Sulli. Dia seolah tidak dapat mempercayai matanya. Lelaki yang merupakan kawan baiknya, kawan seperjuangan, kawan sepermainan kini berada di depan mata setelah disangkakan sudah mati.

“Siapa dia ni?”, segera Sehun menarik Sulli menjauhi dari Kai beberapa langkah. Sulli tidak mampu lagi menghalang pertemuan itu. Dirinya akui yang dia berhutang Kai seribu penjelasan. Seketika Sulli memejam rapat mata, berharap yang semua sekadar mimpi. Mimpi buruk.

“Sehun ah, kau dah lupakan aku?”

Sehun memandang lelaki yang dianggap asing di hadapannya itu. Bersut lengkap, dengan penampilan kemas membezakan status hidup mereka berdua, Sehun yakin dia tidak jumpa lelaki itu sebelum ini.

“Yah, Sehun ah”, Kai hairan apabila ditenung sedemikian. Sehun mengambil masa yang lama untuk mengecam kawan baiknya sendiri? Kai meneka ada sesuatu yang tidak kena dengan Sehun.

“Kau siapa? Apa kau nak daripada adik aku?”, Sehun menyembunyikan Sulli di belakangnya.

“Adik?”, berkerut kening mendengar perkataan itu. Sejak bila Sehun menganggap Sulli sebagai adik? Sulli pula diam seribu bahasa. Tidak pasti bagaimana ingin mencelah. Buntu memikirkan jawapan kepada persoalan yang akan menimpa dirinya.

“Yah Oh Se…”, Sulli segera menekup mulut Kai sebelum lengkap nama itu disebut. Oh Sehun. Nama sebenar Lee Sehun.

“Ini teman lelaki aku”, Sulli menjelaskan pada Sehun yang kebingungan.

“Choi Sulli!”, Kai menepis tangan gadis itu. Suaranya meninggi. Rasa tercabar dengan tindakan Sulli.

“Woi, kenapa kau tengking dia?”, Sehun dengan spontan rasa marah, menarik tali leher Kai yang tadi disemat kemas.

“Hentikan!”, Sulli cuba meleraikan genggaman tangan Sehun.

“Kenapa kau nak bela dia pula? Berani dia tengking kau depan aku”,

“Sudah!”, Sulli menarik teman lelakinya ke tempat lain. Setidaknya jauh dari Sehun.

“Yah, Lee Sulli!”, Sehun ditinggalkan terpinga-pinga.

“Sulli, apa semua ini?” Kai juga kebingungan. Tidak jelas akan sikap dan perangai Sehun tadi. “Dia Oh Sehun kan? Kawan baik saya?”

“Saya akan jelaskan, tapi bukan di sini. Kita pergi satu tempat yang tiada orang. Saya akan ceritakan semuanya.”,

“Saya janji”, Sulli memandang tepat mata teman lelakinya.

>>>>>>>>>>>>>>>> 

Suasana kelam dan malap merenungnya. Rumah itu kelihatan usang dari dalam dan luar. Perabutnya tidak banyak dan disusun kemas. Barang-barang dalam rumah itu disusun unik supaya mudah dicapai memandangkan pemiliknya seorang yang buta.

“Kapten Gu”

“Panggi saya unnie. Saya bukan lagi ketua kamu”, Gu Hye Sun mengambil tempat di meja makan. Berdasarkan suara gadis itu, Hye Sun meneka yang Soojung berada di tempat berhadapannya. Tongkatnya dilipat dan diletakkan atas meja. Pistol pula sudah disimpan. “Kalau kamu nak minum, kamu boleh buat sendiri. Cerek elektrik ada di sebelah kiri, cawan pula ada di sebelah kiri kabinet. Serbuk teh dan kopi berada di bawah rak cawan”

Soojung menggeleng sebelum teringatkan yang wanita itu buta. “Tak mengapa”, responnya.

“Pihak atasan hantar kamu?”

“Pihak atasan rasa unnie ada sembunyikan sesuatu. Saya dihantar atas misi untuk cari tahu maklumat tersebut”

Soojung mengamati wajah wanita yang pernah menjadi ketuanya itu dulu. Gu Hye Sun atau kod namanya Ejen 365. Seorang ejen yang penuh dedikasi dan tegas serta pada masa yang sama, satu-satunya ejen yang Soojung kenal yang mempunyai secebis sifat belas kasihan. Selama setahun Soojung berada bawah latihan Ejen 365 itu, banyak perkara yang Soojung ketahui selain kekejaman dan sifat bengis dalam menjadi seorang perisik Korea Utara.

Namun melihat kepada keadaan Gu Hye Sun sekarang, tidak banyak beza seperti rakyat Korea Selatan yang kurang upaya. Orang buta yang hidup sendirian.

“Saya dah agak. Pihak atasan tidak akan melepaskan saya dengan mudah.”, Hye Sun masih mampu tersenyum. Sebelah matanya dijahit kerana luka akibat mencungkil matanya sendiri. Namun apa yang diketahui oleh Soojung, mata Gu Hye Sun dicungkil kerana melakukan kesilapan dalam misinya. Kemudian ejen itu berhenti jadi perisik.

“Soojung, mengenai kakak kamu. Saya tumpang simpati. Saya baru tahu”

“Soojung tertunduk. “Dia mati diracun. Pihak atasan bunuh dia”

“Mujur saya berhenti jadi perisik. Kalau tidak, saya pasti akan senasib dengan Jung Sooyeon”

“Kenapa unnie berhenti jadi perisik?”

Sempat Gu Hye Sun ketawa kecil sebelum membalas. “Kamu suka jadi perisik? Kamu tak nak berhenti? Nak teruskan hidup menjalankan misi dan mungkin membunuh orang? Kamu nak terus dikawal oleh pihak atasan?”

Soojung tidak mampu menjawab. Dia faham apa yang ejen 365 itu maksudkan. Dia juga kerap kali ingin berhenti jadi perisik, ingin hidup normal seperti gadis lain. Namun, dia tiada keberanian.

“Kamu nampak potret lelaki dalam rumah ni?”

Soojung memandang sekeliling, mencari potret yang dimaksudkan sebelum anak matanya berhenti pada sebuah potret gambar yang sudah di’frame’kan dan digantung di dinding ruang tamu.

“Lee Minho, anak perdana menteri”, Gu Hyesun menjawab sebelum sempat Soojung bertanya. “Ada kamu nampak potretnya?”

Soojung lantas teringat berita kematian anak perdana menteri yang hangat diperkatakan. Anak lelaki perdana menteri itu ditemui mati dalam keretanya sendiri, keracunan makanan. Soojung mengalih pandangan kepada bekas perisik di hadapannya. “Ya, saya ada nampak potret lelaki yang dilukis mengunankan mata pensel. Unnie bunuh dia?”

“Dia tahu buah itu beracun tapi dia tetap makan. Dia tahu saya perisik dan dia rela mati demi saya”

“Dia sukakan unnie?’

“Kami saling mencintai”, balas Gu Hyesun. Nadanya dipenuhi sesalan. “Lepas saya bunuh dia, saya berhenti jadi perisik. Saya dah tak sanggup”

“Tapi kenapa pihak atasan mencurigai unnie? Misi apa yang melibatkan anak perdana menteri?”

Gu Hyesun diam tidak menjawab. Matanya berkaca dengan air mata tapi ditahan supaya tidak mengalir di pipi. “Saya nak kamu pilih”

“Pilih? Pilih apa?”

“Antara saya dan misi kamu. Kalau saya beritahu kamu perkara sebenar mengenai apa saya sembunyikan, maklumat yang saya peroleh dari misi saya sebelum ni dengan anak perdana menteri, saya yakin selang beberapa hari, pihak atasan akan hantar ejen lain untuk bunuh saya. Namun, kalau saya berdiam diri, tidak menberitahu kamu mengenai maklumat itu, kamu akan dianggap gagal dalam misi kamu dan saya yakin pasti teruk balasan yang kamu akan dihadapi atau mungkin kamu akan mati. Pilih mana kamu nak? Keadaan mana yang kamu mahu berlaku?”

“Unnie”, Soojung resah. Tidak suka disoal sedemikian. Soojung bencikan pilihan di mana orang yang disayangi terpaksa berkorban. Dia tidak mahu wanita itu mati dan dalam masa yang sama Soojung tidak mahu gagal dalam misi kali ni.

“Mereka ‘mati’ disebabkan kau! Kau tak professional uruskan misi kau. Kau libatkan orang lain dalam misi kau. Kau sendiri bahayakan nyawa mereka. Kau tak pandai kawal perasaan!”

“Saya tak boleh pilih”, bergenang air mata Soojung.

“Jung Soojung”, Hye Sun meraba-raba di atas meja, mencari kelibat tangan gadis itu. “Kamu kena berani membuat pilihan. Jika kamu tak boleh pilihan antara dua, cipta satu lagi peluang untuk kamu. Pilih yang terbaik”

Soojung merasakan sentuhan hangat wanita itu. Seperti sentuhan kakaknya.

 


Soorry sgt sebab amik masa nk update..rase bsalah giler wei.. lagipon new sem dh start so assigmnt byk menunggu. tapi sye cube sedaya upaya untuk siapkn fanfic ni.. 

btw, new poster up! cntik kan, walaupun Sulli nmpk stunning tp imej dye tak brape nk sesuai dgn wtk dlm cite ni.. abaikan~ errr

berbalik kpd cerita, readers mesti dh dpt tangkap kan siapa yang dh tahu rhsia Eunhyuk.. my baby in trouble.. dan watak Gu Hye sun dihidupkan untuk mebntu soojung mmbuat pilihan dn jadi seseorang yg matang..  bila Sehun akn ingt semula? nantikan~ 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
wey.. dh habis... :D

Comments

You must be logged in to comment
atikahbp #1
Chapter 17: woah! bestnyaa ending dia T^T akhirnya diaorang together pun huhu T^T
freakandheart #2
Chapter 17: Kau ingat dia mesin buat anak ka? Haha
Finally dah tamat!!! *lap air mata
Emmy_Kpopers
#3
Chapter 17: pergghhhh.. ayat last tu xleh blah.. xD wkwk
ParkMyeonSeok #4
Chapter 16: I can't believe it..what happen to donghae and eunhyuk...so sad :'(...and to sehun too...what happen to soojung..???wow daebak!!
ParkMyeonSeok #5
Chapter 15: Ksiannya mereka semua tambah2 si sehun dengan kai...palli2 update...so excited
Nj_Angel #6
Chapter 15: Woah..makin best.
Jihyun-Sehun #7
Chapter 13: Alaa.. update la. Tengah best baca to be continued pulak.
hanah2212
#8
Chapter 12: Omaigaddddd. So tenseeeeeeeeeeee.