017

Pertempuran Takdir (KC Sequel)

  1. Bab 17

Tembok-tembok besi itu diselaputi dengan salji putih yang turun lebat. Warna yang putih suci itu mampu memberikan ketenangan kepada sesiapa yang memandang. Pegawai yang menjaga pintu besi saling membalas tunduk hormat dengan banduan yang berjalan keluar itu. Dia akan dibebaskan hari ini. Pegawai itu sempat melihat banduan itu mendongak memandang langit sambil tersenyum.

“Terima kasih untuk selama lima tahun ni”, lelaki itu menunduk buat kali terakhir lalu menolak buka pintu besi dan melangkah keluar. Beg pakaian dipegang kemas. Jaket dan syal diperbetulkan.

“Papa!”

Sehun memandang seorang anak kecil di hadapannya, berdiri sebaik pintu besi tadi ditutup semula. Rambutnya panjang melebihi paras bahu, tidak diikat. Baju panas berwarna merah jambu yang dipakai disedondonkan dengan kasut but merah jambu dan seluar panjang berwarna hitam. Sebatang lollipop dipegang kuat di tangan.

“Papa!”, anak perempuan yang setinggi paras pinggang Sehun itu memanggil ayahnya.

Sehun menoleh ke kirinya. Seorang lelaki tercegat bersandar diri pada pintu kereta.

“Cepatlah. Sejuk ni”, Kai menggosok-gosok kedua-dua telapak tangannya.

Sehun menunduk cium pipi mulus anak kawan baiknya itu. “Dah besar kamu. Sekarang ni, kamu jarang lawat pak cik Sehun ye”. Pipi anak itu dicubit geram.

“Papa tak bagi Miyoung datang”, anak kecil itu mengadu cebik.

“Macam mana papa nak bagi Miyoung datang lawat pak cik Sehun kalau pergi tadika pun Miyoung malas”, Kai bercekak pinggang memandang anak tunggalnya itu. “Cepat masuk. Haish, kenapa kau charge out pada musim sejuk”

Sehun tersenyum. Dia mencapai tangan Miyoung dan bergerak menghampiri kereta Kai. Selepas meletakkan beg pakaian di bahagian belakang kereta, Sehun menyelesakan diri di tempat duduk penumpang sebelah pemandu.

“Kereta baru?”. Sehun bertanya sambil menarik pakai tali pinggang keselamatan.

“Kereta Sulli”, balas Kai ringkas lalu menghidupkan pemanas udara.

“Miyoung, mana mama kamu?”, Sehun menoleh ke belakang.

“Mama pergi Australia”, jawab anak kecil yang masih tidak mempunyai gigi yang cukup itu.

“Australia?”, Sehun beralih pula memandang Kai yang sedang memandu.

“Dia pergi tengok final match Minho. Disebabkan kaulah, aku tak boleh ikut”, jelas Kai sambil tangannya cekap mengendali stereng kereta. Bangunan penjara sudahpun hilang dari pandangan dan keretanya menyusur masuk ke pusat bandar.

“Terima kasih chingu!”,, ketawa Sehun sambil menepuk-nepuk belakang Kai. Ayah kepada Miyoung itu menjeling tajam sebelum satu dengusan keluar dari mulutnya.

“Ni kau nak pergi mana dulu? Tak nak makan? Aku lapar”, Kai membiarkan Sehun dengan ketawanya. Sekali-sekala Kai perasan Sehun mengagumi keadaan sekeliling yang dapat dilihat dari tingkap kereta. Lima tahun sudah berlalu dan tanpa disedari, perubahan berlaku di bandar jantung hati Korea Selatan itu.

“Miyoung pun lapar”, kedengaran suara kecil di belakang mencelah.

“Eh, tadi merengek nak makan lollipop tu. Papa ingatkan kenyang dah makan gula-gula tu. Kalau mama kamu tahu papa benarkan kamu makan lollipop tu, habislah papa”, Kai memerli anak tunggalnya. Puas dia melarang anak kecil itu daripada kerap memakan manisan tapi kedegilan Miyoung sama seperti Sulli.

“Aigoo~”, kepala Miyoung diusap oleh Sehun. “Nanti pak cik Sehun belanja kamu satu lori lollipop. Kita pergi makan dua orang, kita tinggalkan papa kamu”

Sehun tersenyum lihat Miyoung mengenyit mata. Mata anak kecil itu persis ibunya dan Sehun yakin perangainya juga seperti Sulli.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Kedut-kedut di wajah Puan Park menandakan bahawa wanita itu dimakan usia. Kulitnya cerah dan matanya diwarisi oleh Sehun. Apabila dia tersenyum, senyumannya dan mata yang sepet juga sama seperti Sehun. Oh Seohyun dan Oh Sehun menjadi nadi utama wanita itu masih teguh berdiri. Dari dalam biliknya, menerusi kaca tingkap lutsinar yang terbentang luas, wanita merenung tompokan salji yang memutih. Baju panas yang tebal menhangatkan badannya dari musim dingin itu.

“Ma~ dah makan ubat?”, sepasang tangan menjalar memeluknya dari belakang. Sentuhan penuh kehangatan dan kasih sayang.

“Hmm, jangan risau pasal mama”, Puan Park mencapai tangan tersebut dan mencium beberapa kali. Wanita itu lalu berpusing mengadap anaknya. Satu-satunya anak lelaki hasil perkahwinannya dengan Oh Jae Hwan. Anak lelaki yang pernah disangka sudah mati tapi berlaku keajaiban di mana anak lelaki itu masih hidup.

“Kamu dah makan? Hari tu masa mama lawat kamu di penjara, kamu kata tak sabar nak keluar dan rasa pelbagai jenis makanan. Sekarang ni kamu dah bebas, kamu dah makan semua yang kamu idamkan semasa dalam penjara?”, Puan Park menyentuh belai pipi Sehun. Anak muda itu sudah menjadi lelaki dewasa. Sudah cukup matang.

Sehun tersenyum. Tersenyum kerana ibunya yang turut mengukirkan senyuman. Dia dipenuhi rasa serba salah kerana tidak menjadi seorang anak yang boleh dibanggakan. Dua tahun menghilangkan diri menjadi anak yang sudah disangka mati dan lima tahun dalam penjara berpisah dari ibunya. Namun Sehun sembunyikan perasaannya. Dia tidak mahu lihat ibunya bersedih lagi.

“Semalam Kai dah bawa saya pergi makan ketam dengan udang. Malam tadi saya dengan Seohyun nuna dan Yonghwa hyung dah pergi makan buffet dekat restoren. Hari ini, hari lahir Jung Minhwa, saya dapat makan kek sedap”,

“Baguslah kalau macam tu, tapi ingat jaga badan. Kalau kamu ada masa free, jangan lupa datang restoren mama.”

“Oh ye, restoren mama dah mula beroperasi semula. Ada Namjoo datang minta kerja sana?”

“Namjoo ada datang bulan lepas. Mama tak sangka pula dia pandai buat kek. Habis tu, perancangan kamu sekarang ni macam mana? Kamu nak berkerja di syarikat kakak kamu?”

Sehun lalu menggeleng. Dia ada perancangan sendiri. Buat masa ni dia enggan mencari kerja lagi. Dia mahu menuntut ilmu, dan bila bersedia, baru dia akan melangkah ke alam pekerjaan.

“Mama, Sehun”

Sehun dan Puan Park memandang Seohyun dan Yonghwa yang baru masuk.

“Aigoo cucu nenek”, Puan Park menerpa ke arah cucunya yang didukung oleh Seohyun. Anak kecil berusia satu tahun itu lalu beralih tangan didukung pula oleh neneknya.

“Acara potong kek dah nak bermula. Jom mama turun”, ujar Seohyun mesra dengan senyuman yang tak lekang dari bibirnya.

“Sehun pun jom sekali”, Jung Yonghwa menepuk bahu adik iparnya.

“Mari mari. Kita potong kek untuk Minhwa”, Puan Park teruja menyambut ulang tahun kelahiran cucu pertamanya itu.

>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

“Kan mama dah pesan, jangan makan gula-gula. Kenapa tak dengar cakap ni?”, Sulli memarahi anak perempuannya. Gula-gula di tangan Miyoung dirampas. Anak kecil lima tahun itu mencebik.

“Miyoung makan sikit je”, menjuih bibir anak itu memprotes. Manjanya sama seperti ibunya. Gaun merah yang dipakai sudah terkena comot coklat yang dimakan.

“Sikit ni yang nanti boleh rosakkan gigi. Miyoung nak mama dan papa bawa Miyoung pergi jumpa doktor gigi?”

“Miyoung tak nak jumpa doktor gigi! Miyoung tak nak kawan mama!”, Kim Miyoung membentak.

“Miyoung ah~”, Sulli memanggil apabila anaknya melarikan diri. Setiap kali dimarahi Sulli, anak itu akan berlari mendapatkan papanya. Begitu juga sebaliknya, jika dimarahi Kai, Miyoung akan mengadu manja pada Sulli.

“Dah besar nanti mesti dia jadi macam kau”, Sulli menoleh pandang Sehun yang baru keluar dari bilik utama, bilik Puan Park. Sesaat kemudian, Oh Seohyun dan Jung Yonghwa muncul bersama Puan Park yang mendukung Jung Minhwa.

“Sulli, mari turun sekali. Acara potong kek dah nak bermula. Mana Miyoung?”, sempat Seohyun menyapa tatkala nampak Sulli di lorong depan bilik.

“Nanti saya turun lepas dapatkan Miyoung.”, Sulli menunduk hormat kepada perempuan itu sambil mengukirkan senyuman.

Puan Park, Jung Yonghwa dan Oh Seohyun lalu beredar meninggalkan Sulli di situ. Sehun kemudian merapati gadis yang kini bergelar ibu itu.

“Kau jarang lawat aku di penjara. Kau dah lupakan aku?”, tangan Sehun memeluk bahu Sulli.

“Maaf. Kadang saya sibuk sikit jadi tiada masa nak pergi lawat.”,Sulli tertunduk segan. Sehun bukan lagi Lee Sehun dan mereka tidak perlu menyamar sebagai adik beradik lagi. Sehun kini mempunyai keluarganya sendiri.

“Hey~”, Sehun mencuit pinggang Sulli. “Tak payah nak berformal dengan aku. Kita kan adik beradik. Aku masih lagi abang kau kan”

Perempuan yang memakai dress jingga cair dengan kot bulu lembut merah hati itu tersenyum. Rambutnya digayakan mengikut fesyen terkini. Secalit gincu merah jambu di bibir dan mekap tidak terlalu tebal dipakai. Sulli tidak lagi kelihatan seperti tomboy. Sulli kini seorang ibu yang feminin. Lima tahun sudah berlalu tapi janjinya ketika bergelar Lee Sulli masih diingati.

“Aku..”, suara Sehun sedikit serak, “.. nak kau betul-betul jadi adik aku. Aku nak kau anggap aku sebagai abang kau…”

“…sampai bila-bila pun”

“Semua dah lepas, segala pahit manis kita di Daegu. Aku tak akan sesekali lupakan jasa kau walaupun kau tak banyak tolong aku”

“Tak banyak tolong??”, Sehun bercekak pinggang. “Masa kau dengan Jieun kena kejar samseng tu, siapa tolong? Masa bilik kau kena pecah masuk? Siapa yang tolong kalau bukan aku. Sehun. Tak kisahlah Lee Sehun atau Oh Sehun tapi tetap aku. Sehun”

Sulli ketawa melihat gelagat Sehun yang cuba meniru tindakannya dari lima tahun yang lepas.

“Ouh ye, Jieun sekarang macam mana? Masih di Daegu?”, tiba-tiba Sehun menukar topik teringat si gadis cilik yang sentiasa bersama Sulli di Daegu dahulu.

“IU.. IU.. bukan Jieun lagi”, balas Sulli cuba berhenti ketawa. “Dia sekarang dah jadi penyanyi terkenal. Dia guna nama IU”

“Ai-yu? Ahh~ aku rasa aku nampak album dia dalam kereta yang Kai bawa hari tu”

“Dia ada keluarkan beberapa album. Banyak lagu dia laris di pasaran. Ramai suka suara dia. Senang cerita, satu korea kenal dia”

Sambil bercerita, Sulli dan Sehun berjalan ke ruang tamu. Sulli banyak membuka ceita tentang perkara yang Sehun terlepas semasa dalam penjara dan beberapa perkara yang Kai terlupa cerita. Jelas Sehun gembira melihat perkembangan positif perempuan itu.

“Oh! Oppa!”, Sulli melambai-lambai pada arah abangnya yang baru tiba depan pintu.

“Oh Sehun~ lama tak nampak kau”, Minho lalu berjabat tangan dengan Oh Sehun yang berada di sebelah Sulli.

“Bila kau charged out?”, Minho bertanya sambil menyapu buang tompokan salji pada kot bajunya.

“Minggu lepas”, jawab Sehun ringkas lalu Kai datang menhampiri mereka bertiga.

“Hyung, macam mana dengan game?”, Kai tiba-tiba bertanya mengenai perlawanan bola keranjang yang berlangsung di Australia minggu lepas di mana Minho merupakan salah seorang pemain kebangsaan mewakili negara. Kai terlepas menontonnya secara langsung kerana menjemput Sehun di penjara. Hari perlawanan tersebut kebetulan sama dengan hari pembebasan Sehun.

“Game tu sangat mendebarkan! Orang Australia tinggi-tinggi. Badan mereka tegap berbanding dengan Minho Oppa. Saya tak boleh duduk diam sepanjang perlawanan. Walaupun kalah dengan satu mata, pasukan kebangsaan tetap buat yang terbaik!”, teruja Sulli menceritakan kerana dia turut hadir melihatkan perlawanan itu secara langsung di Australia. Minho terdiam apabila Sulli membuka mulut bercerita.

“Yah~”, Kai menjeling Sulli. Masih tidak berpuas hati kerana pada hari tersebut, Kai ada meminta Sulli untuk menemaninya menjemput Sehun tapi ibu kepada Kim Miyoung ternyata beria mahu ke Australia memberi sokongan pada abangnya Minho.

“Saya tak tanya awak. Saya tanya Minho Hyung. Tahulah yang awak pergi tengok”

“Saya tolong ceritakan”, Sulli membalas jelingan suaminya “Dari perspektif penonton yang tengok secara langsung dalam stadium”

“Minho hyung tak suruh awak ceritakan pun. Saya tak nak tahu pun dari perspektif awak”

“Salahke kalau saya nak ceritakan dari perspektif saya sendiri sebagai penonton”

“Tak salah tapi saya nak dengar dari pemain tu sendiri. Setakat penonton je, baik tak payah”

“Ada orang tu jealous tak dapat tengok secara langsung, tak dapat tahu perkembangan sukan kegemaran dia”

“Saya? Jealous? Sikit pun tak. Eleh, saya boleh tengok siaran ulangan kat internet. Lagipun saya dapat keluar jalan-jalan dengan Miyoung selama dua hari”

“Patutlah Miyoung merengek bosan dua hari tu. Keluar dengan papa dia memang bosan”

“Bosan?! Miyoung cakap mama dia kuat bebel. Nak buat tu tak boleh, nak buat ni tak boleh”

“Yah!”, suara Minho menhentikan perkelahian pasangan suami isteri itu. “Dah berkahwin pun gaduh macam budak-budak lagi”

“Dia mula dulu”, Sulli menjeling Kai lalu meniup hujung rambut depannya.

Sehun ketawa kecil melihat gelagat Kai dan Sulli. Sesetengah perkara seperti tidak berubah walau bertahun berlalu. Dua orang kawannya itu masih bergaduh seperti pasangan budak sekolah walaupun sudah mempunyai seorang anak. Sehun memandang sekelilingnya. Lima tahun sudah berlalu dan semuanya semakin meningkat usia. Kai sudah menjadi seorang ayah, begitu juga beberapa orang kawan lama Sehun. Sulli dan Seohyun sudah mempunyai keluarga sendiri. Sehun gembira kerana Seohyun telah memberi cahaya baru dalam kehidupan mamanya. Semua orang seperti bahagia dengan pasangan masing-masing. Sehun pula?

Anak muda itu diam memikirkan mengenai dirinya. Lima tahun sudah dibazirkan dalam penjara dan kini Sehun masih bersendirian.

“Saya takkan tinggalkan orang yang saya sayang. Saya cintakan awak Oh Sehun. Setiap pelukan dan ciuman awak sangat bermakna bagi saya. Saya tak sanggup berpisah dengan awak”

Sehun mula rindukan cinta hatinya. Perempuan yang tiada galang gantinya dalam hati Oh Sehun.

>>>>>>>>>>>>>>>> 

Zip beg ditarik dan ditutup kemas. Barangnya disimpan rapi. Rambut diikat longgar dan secalit pelembap bibir cair berwarna merah jambu dikenakan.

“Terima kasih untuk segalanya. Saya terhutang budi”, jururawat dan pegawai yang bertugas dipeluk erat. Mata cuba menahan kesedihan dan air mata berkaca dalam benak pandangan.

“Di luar sana, carilah kehidupan yang bermakna dan jadilah rakyat yang baik”, nasihat terakhir diberikan sebelum perempuan itu melangkah keluar. Lambaian selamat tinggal diangkat dengan hati yang separut berat dan teruja. Diam-diam perempuan itu membisikkan kata doa dan harapan dalam memulakan hidup baru.

‘Dah bersedia?’

Perempuan itu membaca detikan mesej yang baru diterima pada telefon bimbit. Perlahan jarinya menaip balas.

‘sudah’

>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Sehun mencapai beberapa potong kuih ke dalam pinggan. Perutnya berbunyi minta diisi lepas nafsunya tewas melihat berbagai juadah makanan disediakan. Walaupun parti hari lahir Jung Minhwa itu dibuat secara sederhana, tetap ramai kenalan kakak dan abang iparnya yang datang. Mamanya memang sangat teruja menyambut ulang tahun cucu tunggalnya itu.

“Sehun, dah fikir mengenai apa nak buat lepas ni?”

Sekeping kimbap lalu dimasukkan dalam mulut. Sehun bersandar pada dinding, berfikir sambil mengunyah makanan. Dr.Jung Yong Hwa, suami kepada Oh Seohyun menunggu jawapan Oh Sehun.

“Saya cadang nak sambung belajar dalam bidang marketing. Saya nak cuba bidang perniagaan dan pemasaran”

“Kamu dah ada ijazah dalam undang-undang, kenapa tak sambung jadi peguam? Macam kawan kamu, peguam Kim”

“Saya tak nak jadi macam Kai”, Sehun ketawa kecil lalu mencapai segelas air jus oren. Dihirupnya sedikit. “Saya nak cuba sesuatu yang baru. Lagipun saya bekas banduan. Cabaran saya dalam ruang pekerjaan besar. Mungkin bidang perniagaan sesuai dengan keadaan saya. Cita-cita baru saya ialah usahawan berjaya. Usahawan, bukan ahli perniagaan, berbeza kan?”

“Betul. Usahawan dan ahli perniagaan adalah berbeza. Apapun rancangan kamu, aku harap kau berjaya. Kalau kau perlukan sesuatu sebagai ‘backup’, kau boleh cari aku atau Seohyun. Lagipun aku ingat kau boleh sambung perniagaan Seohyun. Semenjak dia ada anak, dia kurang beri kotmitmen pada syarikat. Katanya, dia nak bagi seluruh tumpuan pada Minhwa”

“Tentulah. Minhwa bukan saja kesayangan Seohyun nuna  tapi juga mama”

Yonghwa lalu menepuk bahu Sehun. Anak muda itu lega kerana lelaki seperti Jung Yonghwa menjadi suami kepada kakaknya. Biarpun dia tidak sempat menghadiri perkahwinan mereka, Sehun terharu kerana pasangan itu datang melawat Sehun pada hari perkahwinan mereka, lengkap memakai pakaian pengantin. Sehun sebak ketika itu apabila melihat kakaknya kelihatan cantik dengan gaun pengantin datang melawat dan meminta restu Sehun.

“Sehun, boleh kau ikut aku sekejap?”, Kai menhampiri Sehun dan Yonghwa yang masih lagi rancak berbual mengenai Seohyun dan Minhwa.

Sehun memandang Yonghwa sebelum doktor itu bersuara, “pergilah”

“Pergi ambil jaket kau. Aku tunggu dalam kereta”

“Kita nak pergi mana?”

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Kai membuka pintu kereta dan mendapati Sulli sudah berada di dalam.

“Awak pergi masuk. Biar saya seorang yang pergi hantar Sehun”, peguam itu laju mengikat tali pinggang keselamatan. “Awak dah hantar mesej pada dia? Dia dah ready?”

Sulli lalu mengangguk. “Dia balas yang dia dah ready. Tapi..”, Sulli menunduk. “Apa kita buat ni, betulke? Ini untuk Sehun kan?”,

“Choi Sulli”, Kai memegang angkat dagu isterinya. “Percaya dengan saya. Apa kita buat ni adalah untuk Sehun. Dia layak mendapat semua ni setelah apa yang dia alami. Mungkin ini adalah yang terbaik untuk dirinya”

“Saya tak nak Sehun menderita lagi disebabkan perempuan tu.”

“Awak beritahu saya yang awak dah maafkan perempuan tu kan? Percayalah. Mungkin mereka sudah ditakdirkan untuk bersama. Kita tak boleh nak halang atau lawan takdir”, Kai meniup menhangatkan tangannnya lalu didekapkan pada pipi mulus Sulli.

“Yah, apa korang buat ni”, Sehun mengetuk tingkap kereta dari luar.

Sulli membuka pintu dan keluar dari perut kereta. Sempat dia memeluk Sehun sebelum lelaki itu masuk dalam kereta.

“Kenapa? Sulli tak ikut?”, soal Sehun lalu menutup pintu kereta. Aneh dia melihat reaksi pada wajah Sulli.

“Tak. Dia tak ikut. Aku akan hantar kau dan kemudian balik semula ke sini. Takut Miyong menangis pula nanti”, Kai lalu menghidupkan pemanas udara dan menekan pedal laju.

>>>>>>>>>>>>>>> 

Asap nipis keluar dari setiap hujung nafas lelaki itu. Tanganya disimpan kemas dalam poket kot baju panas yang tebal di badan. Kakinya duduk tidak diam, menguis salji di atas tanah. Sudah lebih 30 minit berlalu dan Sehun masih menunggu.

“Haish”, anak muda itu tidak tahan lalu mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia mendail nombor lelaki yang menhantarnya ke tempat itu 30  minit yang lepas.

“Nombor yang anda..”

“Haish!”, telefon itu lalu disimpan semula ke dalam poket setelah Sehun mencarut atas nama Kai.

“Kau tunggu sini sampai ada orang datang”

“Siapa?”

“Takdir”

Takdir? Sehun melompat kecil menahan sejuk. Siapa takdir? Otak Sehun terlalu sejuk untuk berfikir. Taman rehat Dosan itu kelihatan lengang tiada pengunjung. Salji memutih menutup rumput yang selalunya kelihaan cantik pada musim panas dan musim bunga. Tasik yang berada berdekatakan juga diam seperti beku.

Semasa Sehun merungut, sebuah kenderaan empat roda berwarna hitam meluncur dan berhenti tidak jauh dari tempat Sehun berdiri. Pintu belakang terbuka dan seseorang melangkah keluar. Perempuan itu tersenyum sebelum menutup semula pintu kereta. Beg pakaian dipegang kemas di tangan dan sempat perempuan itu menunduk serta melambai sebelum kereta tersebut beredar.

“Saya rindu awak”

Sehun tergaman. Tidak tahu apa reaksi yang patut dikeluarkan. Melihat perempuan itu berada depan mata terasa seperti keajaiban. Lima tahun mereka berpisah. Lima tahun Sehun menunggu di sebalik tembok besi. Lima tahun Sehun menderita rindukan perempuan itu. Lima tahun yang penuh kesalan.

“Saya rindu awak!”, kali ini suara perempuan itu ditinggikan sedikit, menyangka yang Sehun tidak mendengarnya tadi.

Sehun masih diam tidak membalas. Ini bukan mimpi kan? Sehun beberapa kali termimpikan mengenai perempuan itu yang datang berjumpanya. Kali ini Sehun rasa seperti mimpi yang sangat real dan dia tidak mahu bangun sekiranya ini semua mimpi. Perlahan-lahan Sehun mendepakan tangannya.

Beg pakaian dijatuhkan dan kakinya berlari ke arah Sehun. Perempuan itu melemparkan dirinya dalam depaan tangan Sehun dan memeluk lelaki itu erat.

“Saya rindu awak”, buat kali ketiga Soojung mengatakan perasaannya.

“Saya rasa nak mati sebab terlalu rindukan awak”, Sehun membalas pelukan perempuan itu.

Setelah beberapa saat, Soojung melonggarkan pelukannya lalu mengamati wajah Sehun. Lima tahun sudah berlalu dan kini lelaki di hadapannya itu kelihatan matang, lelaki sebenar.

“Ini bukan mimpi kan?”, Sehun membelai rambut Soojung. Perempuan itu langsung tidak berubah dalam pandangan Sehun. Tetap seperti gadis Jung Soojung yang cantik.

Air mata mula bergenang dan Soojung merasa sebak. Setelah lima tahun menunggu, akhirnya hari yang dinantikan tiba jua. Hari di mana dia kembali ke sisi Oh Sehun. Laju Soojung menggeleng balas. “Ini bukan mimpi. Kan awak cakap yang saya ditakdirkan untuk berada di sisi awak. Saya tetap akan kembali pada awak”

Air mata Soojung mengalir perlahan. Sehun lalu menyeka air mata itu. Kemudian dahi Soojung dikucup, turun ke hidungnya dan bibirnya. Rindunya diolah dalam ciuman beberapa minit.

“Sepanjang lima tahun ni, tiada satu hari pun di mana saya berhenti memikirkan mengenai awak, merindui awak dan menyebut nama awak”, Soojung ditarik peluk sekali lagi lepas bibir mereka berpisah.

“Setiap hari, setiap musim saya merindui awak”, Sehun meluahkan. Tubuh Soojung yang didakap sedikit sebanyak memberikan kehangatan dari dingin musim salju.

“Dua tahun saya menjadi pelarian di Jepun sebelum Kai dan Sulli datang cari saya. Mereka kemudian bawa saya ke kem pemulihan di Incheon”

Soojung kemudian meraba poket jaketnya dan mengeluarkan sesuatu.

“Saya dah jadi warganegara Korea Selatan”, ujar Soojung teruja sambil menunjukkan kad pengenalannya yang baru diperolehi beberapa bulan. Terima kasih kepada Kai dan Sulli yang banyak membantu Soojung dalam prosedur-prosedur untuk Soojung mendapatkan kewarganegaraan yang sah di sisi undang-undang.

“Baguslah kalau macam tu. Samada awak rakyat Korea Utara atau Korea Selatan, saya tetap mencintai awak. Takdir tetap akan menemukan kita berdua”

“Terima kasih”, ucap Soojung dalam nada sebak dan sekali lagi air mata berjujuran mengalir. “Saya rasa bersalah sebab libatkan awak dalam banyak perkara. Disebabkan saya, hidup awak merana”

“Tak. Bagi saya, awak adalah hadiah paling berharga dalam hidup saya. Awak jadikan hidup saya seronok dan yang paling penting ialah perasaan saya apabila awak membalas cinta saya. Saya rasa saya lelaki paling bertuah sebab miliki hati awak”

Soojung merehatkan kepalanya pada dada Sehun sambil menangis. Sehun membiarkan perempuan itu menangis, meluahkan segala beban dalam jiwa.

Sehun mendongak memandang langit yang cerah. Esakan Soojung terasa di dadanya sambil tangan mengusap lembut belakang perempuan itu.

“Soojung ah~”

“Hmmm”

“Bila kita nak adakan perkahwinan kita?”

Perempuan itu menegakkan badan, mengangkat muka memandang Sehun.

“Mama saya nak cucu yang ramai”, sepet mata Sehun tersenyum.


sekian terima kasih.. _Aina 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
wey.. dh habis... :D

Comments

You must be logged in to comment
atikahbp #1
Chapter 17: woah! bestnyaa ending dia T^T akhirnya diaorang together pun huhu T^T
freakandheart #2
Chapter 17: Kau ingat dia mesin buat anak ka? Haha
Finally dah tamat!!! *lap air mata
Emmy_Kpopers
#3
Chapter 17: pergghhhh.. ayat last tu xleh blah.. xD wkwk
ParkMyeonSeok #4
Chapter 16: I can't believe it..what happen to donghae and eunhyuk...so sad :'(...and to sehun too...what happen to soojung..???wow daebak!!
ParkMyeonSeok #5
Chapter 15: Ksiannya mereka semua tambah2 si sehun dengan kai...palli2 update...so excited
Nj_Angel #6
Chapter 15: Woah..makin best.
Jihyun-Sehun #7
Chapter 13: Alaa.. update la. Tengah best baca to be continued pulak.
hanah2212
#8
Chapter 12: Omaigaddddd. So tenseeeeeeeeeeee.