016

Pertempuran Takdir (KC Sequel)
  1. Bab 16

Ejen 044 berlari menyembunyikan diri dan mendengar beberapa tembakan mengejarnya. Dengusan marah Mun Taeshil bergema dalam jeritan. Marah benar dia dengan kata-kata Eunhyuk tadi. Ejen 052 itu rasa tercabar.

Eunhyuk bersembunyi di antara rak-rak penyimpanan barang, di sebalik kotak-kotak yang disusun. Kelonsong peluru diperiksa penuh.

“Yah!”, satu serangan hendap anak buah Mun Taeshil dari atas rak, melompat terjun ke arah Eunhyuk sambil melepaskan tembakan. Ejen 044 itu laju mengelak. Pistol bertemu pistol. Tembakan berlaga. Mujur baju kalis peluru Eunhyuk pakai mampu menghalang peluru menembusi badannya. Beberapa nyawa tumpas di tangan mahir Eunhyuk.

“Keluar Lee Eunhyuk”

Ejen 044 sibuk mengisi peluru semula. Dia memerhatikan keadaan sekeling di sebalik kotak-kotak yang melindunginya. Pistol di tangan sentiasa berwaspada.

“Orang yang kau lindungi ada di tangan aku!”

“Oppa!”,

Sulli? Eunhyuk terkejut mendengar suara gadis itu menjerit. Apa Sulli buat di sini?

“Oppa!”, Sulli berlari ke arah Eunhyuk dalam ketakutan. Semasa masuk dalam tadi, dia dan Donghae ditangkap oleh anak buah Mun Taeshil. Mujur Sulli sempat menggigit tangan salah seorang dari lelaki itu dan memboloskan diri, berlari mendapatkan Eunhyuk yang bersembunyi di rak barang.

“Apa kau buat di sini? Kau dengan siapa?”, perlahan suara Eunhyuk bercakap supaya tidak didengari oleh Mun Taeshil.

Ejen 052 menekapkan hujung pistolnya pada kepala Donghae, mendengar jelas Donghae mencarut marah.

“Tikus dah masuk perangkap”, suara Mun Taeshil ketawa bergema dalam gudang besar itu.

“Dia tangkap Donghae”, anak mata Sulli ketar.

Tik-Tik-Tik-Tik-Tik-Tik

“Selamatkan diri kau dan Sulli!”, Donghae menjerit. Dia tertunduk melutut sambil Mun Taeshil mengacu pistol pada kepalanya.

“Diam!”, ancam Mun Taeshil marah.

“Tak guna”, Eunhyuk merungut dalam nafasnya. Dari celah-celah kotak barang, Eunhyuk mengintai lihat Donghae dijadikan tebusan. Ejen 044 itu mengetap bibir. Kenapa Sulli dan Donghae harus masuk campur? Dia harus lakukan sesuatu. Eunhyuk lalu membuka tanggal bajunya, membuka baju kalis peluru yang dipakai di sebalik baju tee dan diserahkan pada Sulli.

“Pakai ni”, kemudian Eunhyuk menyarung semula bajunya.

“Kenapa? Apa ni? Kenapa saya perlu pakai pula?”, Sulli memegang baju kalis peluru yang sedikit berat itu.

“Jangan banyak tanya. Pakai”, Eunhyuk membantu Sulli menyarungkan baju itu. “Ingat, bila tiba masa yang sesuai, lari dari sini. Selamatkan diri kau”

“Tapi… Oppa…”, Sulli berasa berat hati. Kalau ini peperangan, Sulli ingin jadi tenteranya. Kalau ini pemberontakan, Sulli ingin jadi pahlawannya.

“Kau mengandung Sulli. Kau kena lindungi nyawa tak bersalah ni”, tegas Eunhyuk.

Tik-Tik-Tik-Tik-Tik

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Sehun cuba membuka pintu kontena itu tapi gagal. Air sudah naik dan Sehun pasti ada orang sabotajnya. Ada orang sengaja kunci dari luar dan menolak kontena itu ke dalam laut. Buih-buih air keluar berketul-ketul dari mulut lelaki itu apabila dia mencarut marah sambil menendang pintu. Kalau keadaan begini berterusan, dia dan Soojung akan mati lemas.

Soojung berenang ke bawah, tangannya meraba-raba dalam gelap, cuba mencari pistol Sehun yang terjatuh tadi. Keadaan gelap langsung tidak membantu ditambah pula air laut yang dingin.

Tiba-tiba.

“Arrkk!”,

Soojung rasa kakinya tidak dapat bergerak. Kejang! Otot kakinya kejang!

Sehun sedaya upaya cuba menolak pintu. Dia tidak yakin dapat menahan nafas dalam air dengan lama. Malah keadaan gelap dalam kontena itu membuatkannya rasa sesak. Kemudian kelihatan satu cahaya kecil. Pintu kontena terbuka dan kelihatan seorang perempuan berenang masuk dari luar.

Namjoo!

Namjoo berenang ke arah Sehun, menarik lelaki itu. Sehun menoleh belakang, mencari Soojung. Dalam keadaan samar-samar Sehun dan Namjoo nampak Soojung seperti terkapai-kapai. Laju Sehun berenang ke arah teman wanitanya. Gadis itu sudah tidak sedarkan diri. Sehun mengoncang badan Soojung beberapa kali tapi tiada reaksi balas. Namjoo membantu Sehun membawa Soojung naik ke permukaan.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Tik-Tik-Tik-Tik-Tik

Donghae dapat mendengar bunyi detikan sesuatu dekat dengannya. Apa? Jam?

“Lepaskan dia”, Eunhyuk akhirnya keluar bersemuka dengan Mun Taeshil. Tidak tahan melihat kepala Donghae ditekan-tekan oleh hujung pistol Mun Taeshil.

“Letakkan pistol kau. Kita ada deal, ejen 044. Mereka tetap perlu dihapuskan”, pekat dialek Mun Taeshil menggunakan bahasa Korea Utara. Donghae dan Sulli kurang dapat tangkap apa yang Mun Taeshil katakan.

“Aku akan uruskan mereka. Kau jangan risau”, Eunhyuk memandang Donghae yang sudah menggeleng-geleng tanda tidak setuju. Kedua-dua sahabat itu masing-masing enggan salah seorang dari mereka terkorban. Pistol diletakkan di bawah dan disepak sedikit jauh.

“Maaf, tapi aku tak percaya pada kau”

BANG!

“Eunhyuk ah!!”, Donghae menjerit. Kawannya ditembak di depan mata sendiri.

Sulli menekup mulut sambil menggeleng-geleng terkejut tidak dapat percaya yang Eunhyuk ditembak. Kelihatan tompok merah di baju Eunhyuk membesar dan membesar.

“Woi budak perempuan! Keluar! Aku tahu kau ada!”

Sulli menggigil ketakutan.

BANG! Satu tembakan lagi dilepaskan mengenai Eunhyuk.

“Tidak!”, Donghae tidak tahan melihat Eunhyuk terseksa.

“Oppa!”, Sulli berlari ke arah Eunhyuk yang cedera teruk. Darah keluar mengalir tidak berhenti dari dadanya kesan tembakan dan dari mulutnya kerana organ dalamannya ditembusi peluru.

Kemudian, kedengaran siren polis semakin mendekati.

“Oppa”, Sulli memeluk Eunhyuk yang berlumuran darah.

“Tak guna”, Mun Taeshil mengacu pistol pada Sulli, menarik picu.

Donghae bangkit dan menghalang peluru tersebut dari mengenai Sulli dan Bang! Lelaki itu jatuh rebah ke lantai.

“Jangan bergerak!”, sekumpulan polis datang menyerbu, mengelilingi Mun TaeShil dalam bulatan. Senapang diangkat dan dihalakan serentak pada Ejen 052 itu.

“Mun Taeshil, anda ditahan atas kesalahan mengedar dadah dan disyaki terlibat dalam konspirasi sulit perisikan Korea Utara”, Eunji lantang bersuara.

“Sulli”, tutur Donghae lemah sambil menahan sakit apabila peluru tadi menembusi belakang badannya. Darah juga keluar mengalir mengotorkan bajunya.

“Tak guna!”, Mun Taeshil bengang dan menhalakan tembakan ke arah Sulli tapi sekali lagi Donghae melindungi Sulli. Gadis itu ditarik dalam dakapan. Darah Donghae memercik mengenai muka Sulli.

“Oppa!!!”, Sulli mengigil memegang lengan lelaki itu.

“Mun Taeshil! Letakkan senjata anda!”

“Terima kasih… sebab.. bagi.. aku..pe..luang.. jadi…a..abang..kau”, darah membuak-buak keluar dari mulut Donghae.

“Hidup lama Korea Utara”, Ejen 052 menembak kepalanya sendiri dan mati.

“Sulli!”, Kai meluru keluar dari perut kereta, berlari masuk ke dalam gudang.

“Oppa!”, laju air mata Sulli mengalir tatkala memangku Donghae yang nazak.

“Sulli”, Kai menghampiri gadis yang berlumuran dengan darah Donghae. Dia terkejut melihat Eunhyuk yang terbaring dengan darah di badannya.

“Ke..luar dari…sini.. cepat…. Sini.. ada ..bom..”

“Apa dia?”, Kai terkejut mendengar kata-kata Donghae.

Sempat Donghae membelai pipi Sulli dengan tangannya yang berlumuran darah sebelum Kai menarik gadis itu.

“Eunji, tempat ni ada bom!”, Kai menjerit memberitahu.

“Donghae Oppa macam mana? Oppa!”, Sulli menggeleng-geleng enggan melepaskan tangan Donghae.

“Sulli, kita mesti keluar dari sini”, sedaya upaya Kai menarik Sulli.

“Tidak! Tidak!”, Sulli berdegil enggan melepaskan tangan Donghae.

“Per..gi..cepat.. selamatkan Sul..li”, Donghae menharapkan Kai untuk membawa Sulli dari tempat itu dengan segera. Bunyi detikan yang didengari tadi rupanya ialah detikan bom masa yang dipakai di tali pinggang Mun Taeshil.

“Tidak! Saya takkan tinggalkan Donghae di sini”, gadis itu berkeras enggan keluar dari gudang itu. Mukanya basah dengan air mata dan darah.

“Sulli! Dengar sini! Saya tak nak kehilangan awak dan anak kita!”, Kai memegang bahu Sulli dan memandang tepat mata Sulli.

“Tapi Donghae”

“Anggota polis! Cepat keluar dari sini!, Eunji mengarahkan 30 orang anggota polis yang datang bersamanya tadi.

Tik-Tik-Tik-Tik-Tik

“Kelu…ar.. cepat”, Donghae menahan sakit.

“Oppa!!”, Sulli menjerit sambil meronta-ronta dari genggaman Kai.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Namjoo dan Sehun berenang naik ke atas sebuah bot. Mereka menarik Soojung bersama. Laju nafas mereka berdua, penat.

“Namjoo, macam mana kau tahu aku ada di sini”, sempat Sehun bertanya sambil menarik Soojung naik ke atas bot yang Namjoo bawa.

“Saya ekori Tuan Muda sejak beberapa hari lepas. Saya tahu Tuan Muda dalam bahaya lepas serangan pada satu malam tu”, jawab Namjoo dalam bernafas laju. Mujur dia berjaya merampas kunci dari lelaki tadi. Dia melarikan sebuah bot dan terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan Sehun. Dia tahu tindakannya bahaya tapi tetap, dia rasa bertanggungjawab ingin selamatkan tuan mudanya.

“Soojung? Bangun Soojung!”, pipi Soojung ditampar lembut beberapa kali. Air menitik dari hujung rambut Sehun yang basah.

BOOOM!

Sehun dan Namjoo dikejutkan dengan bunyi letupan dari gudang berdekatan.

“Apa dah berlaku?”, Namjoo tertanya-tanya apabila dapat melihat api marak dan asap hitam naik ke udara.

“Soojung! Bangun!”, Sehun tidak peduli akan letupan tadi dan mengoncang-goncang badan Soojung.

>>>>>>>>>>>>>>> 

“Kai, Donghae masih ada di dalam!”, Sulli meronta-ronta sambil meraung. Kai menahannya kuat

“Oppa!!”

“Sulli!”, Kai sedaya upaya menarik Sulli jauh dari gudang itu.

BOOOM!!!

Sulli dan Kai terdiam.

Beberapa buah kereta polis berbunyi. Api kelihatan marak naik di hadapan berpuluh anggota polis, Eunji, Kai dan Sulli. Gudang itu meletup.

“Donghae Oppa!! Eunhyuk Oppa!!”, air mata Sulli berjurai laju.

>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Sebuah mangkuk nasi diletakkan di hadapan Sehun.

“Makanlah. Awak tentu lapar lepas dua hari tak sedarkan diri”

Sehun hanya memandang kosong nasi dalam mangkuk itu. Teragak untuk ambil makan. Bahu kanannya terasa pedih.

“Sulli, suap dia. Aku rasa tangan dia masih sakit untuk makan”,

Sehun memandang pula seorang lelaki di hadapannya.

“Awak Sulli?”, perlahan Sehun bertanya.

“Ya, saya Sulli, adik awak dan ini Donghae, abang awak”, Sulli cuba mengukirkan senyuman. Dia berasa sedih melihat keadaan Sehun sedemikian, tidak berdaya dan hilang ingatan.

“Saya tak ingat”, Sehun menunduk.

“Jangan risau. Tiada apa-apa yang perlu kau ingat. Aku abang kau dan aku berjanji akan jaga serta lindungi kau. Kau dan juga Sulli. Nama aku, Lee Donghae. Itu je kau perlu ingat”

>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Dua bulan kemudian.

Sehun menarik nafas dalam sebelum menhela dengan perlahan. Sebaik kakinya melangkah keluar, berpuluh wartawan mengerumuninya. Cahaya kamera dari pelbagai sudut, perakam suara, lensa kamera, para wartawan menerpa Sehun membuatkan anak muda itu rasa sesak.

“Apa keputusan mahkamah selepas perbicaraan terakhir ini?”

“Saya Peguam Kim yang mewakili Encik Oh. Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Encik Oh kerana sabit kesalahan terlibat dalam pengedaran dadah”

Semua kamera dan perakan suara dituju tumpu pula kepada Kai yang berada di sebelah Sehun.

“Bagaimana dengan tuduhan yang mengatakan Encik Oh terlibat dalam konspirasi Korea Utara?”

“Bagaimana Encik Oh boleh terlibat dalam kancah dadah?”

“Betulkah pengedaran dadah ini merupakan konspirasi dengan Korea Utara?”

“Encik Oh menjadi mangsa konspirasi sulit perisikan Korea Utara. Betulkah? Boleh Encik beritahu dengan lebih lanjut?”

“Selama dua tahun Encik Oh sudah dianggap mati, adakah Encik Oh dijadikan tebusan?”

“Betulkah Encik Oh hilang ingatan?”

Sehun hanya menunduk. Membiarkan seribu soalan dari wartawan menerpanya. Kai ada menasihatinya supaya jangan membuat sebarang reaksi muka di depan wartawan dan jangan jawab sebarang soalan mereka. Sehun percayakan Kai.

“Maaf, maaf, Tolong beri laluan, tolong beri laluan”, beberapa anggota polis mengiringi pesalah 7643 bersama peguamnya ke kenderaan polis yang tersedia di hadapan mahkamah. Wartawan mengerumuni ramai kawasan tempat itu. Sehun menjadi tumpuan lensa kamera. Kisah Oh Sehun mati hidup semula menjadi tumpuan masyarakat.

>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Air mata mengalir tatkala Sulli menuang abu mayat Donghae dan Eunhyuk ke dalam laut. Angin pantai bertiup lembut. Kaki Sulli dibasahi air yang naik ke pantai. Langit sudah keperangan senja.

“Terima kasih untuk segalanya. Selama dua tahun ni, saya takkan lupakan jasa baik awak berdua”, dua-dua bekas abu dituang habis. Ombak menhempas pantai dengan perlahan. Mendayu-dayu air di laut seperti tumpang sedih bersama Sulli.

Siwon memeluk bahu adik perempuannya. “Sudahlah, jangan menangis. Mereka pun tak suka kalau Sulli terus bersedih macam ni. Sulli kan mengandung, tak boleh bersedih-sedih”

“Saya cuma terkilan. Saya tak sempat nak ucapkan terima kasih yang sebenar pada mereka. Saya tak sempat buat apa-apa nak balas jasa mereka”, Sulli menyeka air matanya.

“Jadi, dua tahun ni, dia jadi pelindung Sulli?”, Siwon bertanya sambil memandang ke arah laut yang terbentang luas di depan.

Sulli mengangguk.

“Dia jaga makan minum Sulli?”

Sulli mengangguk.

“Dia lindungi Sulli dari orang jahat?”

Sulli mengangguk.

“Dia jaga perasaan Sulli sebagai seorang perempuan?’

Sulli mengangguk.

“Kalau macam tu, dia diakui”

Sulli mengangkat muka, memandang wajah Siwon, abang sulungnya.

“Dia diakui sebagai abang kamu.”

Sulli merehatkan kepala di dada Siwon. Dia berdoa agar roh Eunhyuk dan Donghae tenang.

Minho dan Sooyoung datang mendekati dua beradik itu di tepi pantai.

“Sehun dah dibicarakan”, ujar Minho berdiri di sebelah Siwon. Tangannya dimasukkan dalam poket seluar.

Sooyoung menanggalkan jaketnya dan menyarungkan pada Sulli. Sulli beralih memeluk Choi Sooyoung pula.

“Apa keputusan mahkamah?’, Siwon bertanya.

“Dia kena hukuman penjara lima tahun. Atas kesalahan terlibat dengan pengedaran dadah”

“Soojung?”, Sulli bersuara. “Macam mana dengan perempuan tu?”

“Tiada khabar berita mengenai dia”


ah T_T .. cant believe what happen to eunhyuk and donghae in this chapter.. i terpakse ..T___________T 

just one more chapter baby.. one more.. 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
wey.. dh habis... :D

Comments

You must be logged in to comment
atikahbp #1
Chapter 17: woah! bestnyaa ending dia T^T akhirnya diaorang together pun huhu T^T
freakandheart #2
Chapter 17: Kau ingat dia mesin buat anak ka? Haha
Finally dah tamat!!! *lap air mata
Emmy_Kpopers
#3
Chapter 17: pergghhhh.. ayat last tu xleh blah.. xD wkwk
ParkMyeonSeok #4
Chapter 16: I can't believe it..what happen to donghae and eunhyuk...so sad :'(...and to sehun too...what happen to soojung..???wow daebak!!
ParkMyeonSeok #5
Chapter 15: Ksiannya mereka semua tambah2 si sehun dengan kai...palli2 update...so excited
Nj_Angel #6
Chapter 15: Woah..makin best.
Jihyun-Sehun #7
Chapter 13: Alaa.. update la. Tengah best baca to be continued pulak.
hanah2212
#8
Chapter 12: Omaigaddddd. So tenseeeeeeeeeeee.