015

Pertempuran Takdir (KC Sequel)

 

  1. Bab 15

Soojung rasa mengantuk dan sedikit pening. Apa yang berlaku? Soojung ingat yang Sehun buatkan air minuman untuknya kemudian… Soojung membuka mata.

“Dah sedar?”

Siapa? Sehun? Satu cahaya silau menerpa muka Soojung. Tangannya diikat pada kerusi, Soojung tidak dapat bergerak. Di mana dia sekarang? Soojung mendengar keluhan nafas seseorang. Keadaan samar gelap dan Soojung tidak dapat meneka di mana dia berada. Berdasarkan gema suaranya, Soojung mengagak yang tempat itu kecil dan sempit, mungkin sebuah bilik kecil.

“Saya risau kalau awak tak sedar tadi”

Suara tu. Soojung cam suara itu.

“Sehun? Awak ke tu?”, Soojung cuba melonggarkan ikatan tali yang mengikat ketat kedua tangannya pada kerusi tapi tidak berjaya. Baju sut hitam yang dipakai di majlis pengebumian Gu Hye Sun masih tersarung di badan. Soojung dapat menangkap bunyi air. Seperti air yang berombak. Laut? Dia berdekatan laut!

“Apa perasaan awak? Bila awak buka mata, dapat tahu yang diri awak diikat depan orang yang awak sayang?”, Sehun menyuluh muka Soojung dengan lampu suluh di tangan.

“Apa awak buat ni?”, Soojung memejam mata, pedih silau matanya dek cahaya lampu tersebut.

“Awak tak ingat?”, Sehun berjalan mengelilingi Soojung. Lepas gadis itu pengsan, Sehun membawanya ke pelabuhan, tempat di mana Kumpulan Kucing Hitam selalu menjalankan mesyuarat sulit. Sehun membawa gadis itu ke dalam salah sebuah kontena yang tidak lagi akan digunakan untuk perdagangan. Kontena SA534 berwarna merah.

“Awak tak ingat situasi ni? Situasi yang sama tapi posisi kita yang berubah. Kalau dulu, saya diikat, tapi sekarang, awak pula yang diikat. Bagaimana rasanya? Terkejut kan?”, suara Sehun tinggi bergema. Lampu suluh dimatikan. Keadaan agak gelap tapi mereka berdua masih boleh nampak antara satu sama lain.

Situasi ini? Soojung teringat dua tahun lepas, di mana Sehun diikat dalam bilik kawalan di Korea Utara selepas pengsan kemudian ditembak oleh Soojung.

“Sehun? Awak dah….”, Soojung tergamam. Oh Sehun dah kembali. Sehun dah ingat semula. Dalam keadaan gelap samar-samar itu, Soojung dapat melihat setitis air mengalir di pipi lelaki itu.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Donghae berselisih dengan Eunhyuk semasa masuk ke dalam rumah. Ejen 044 itu menghidupkan enjin kereta dan memecut laju.

“Dia nak ke mana?”,soal Donghae kepada Sulli yang tercegat berdiri di ruang tamu.

“Entah, muka dia berubah selepas baca mesej yang diterima. Pelik”

Donghae meletakkan beberapa bungkus makanan di atas meja. Melihat keadaan meja yang kosong, Donghae mengagak yang Eunhyuk lupa untuk memaklumkan kepada Sulli supaya sediakan meja makan.

“Mesej apa? Berubah macam mana?”, tiba-tiba Donghae ingin tahu.

“Hmm, berubah masam. Macam dapat mesej amaran pula”

Wajah Donghae turut berubah. Amaran?

“Apa patut aku buat Lee Donghae. Pihak atasan ancam aku. Kau, Sehun dan Sulli dalam bahaya”

Segera Donghae menyarung kasutnya semula.

“Oppa nak ke mana?”, sempat Sulli menahan lelaki yang kelihatan tergesa-gesa itu.

“Ekori Eunhyuk. Aku rasa tak sedap hati”

“Saya nak ikut”

>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Sehun membuka mata perlahan-lahan, berasa cerak dek cahaya yang menyuluh tepat ke arahnya. Kepalanya terasa berat dan pinar berdenyut-denyut. Sehun dapat rasakan tangan dan kakinya diikat pada kerusi yang dia duduk. Dia melihat keadaan sekeliling. Sehun dikelilingi dinding besi yang ditampal bendera Korea Utara dan satu lampu di atas kepala Sehun.

Apa yang berlaku? Sehun cuba mengimbas semula. Dia teringat akan seseorang  memukul belakang kepalanya. Dia teringat nampak Soojung di bilik bacaan ayahnya. Soojung? Mana Soojung? Mana dia berada sekarang?

Kedengaran bunyi pintu besi dibuka dan dua pasang kaki kelihatan menghampiri. Sehun mendongak namun cahaya yang cerak, menghalang Sehun melihat wajah dua orang itu.

“Saya boleh uruskan dia seorang diri. Saya akan hapuskan dia”, satu suara membangkitkan Sehun sepenuhnya. Sehun kenal suara itu. Suara milik gadis yang Sehun cintai.

Eunhyuk meninggalkan Soojung dan Sehun. Soojung terus menghampiri Sehun.

“Soojung ah~”, Sehun bersuara sambil tangannya masih mencuba lerai dari ikatan yang menyakitinya.

“Jung Soojung! Apa semua ni! Lepaskan saya!”, Sehun melepaskan geram.

“Awak tak faham lagi? Oh Sehun? Saya perisik dari Korea Utara dan target saya sekarang ni ialah awak!”, Soojung membalas sambil mengacu pistol tepat ke arah Sehun. Disimpan dan sorok ketakutan dalam dirinya.

“Saya patut percaya cakap Sulli yang dia jumpa pistol dalam bilik awak dan maklumat saya. Saya patut agak dari awal lagi yang awak seorang perisik.”, tutur kata Sehun seperti mengalah, menyerah nasib. Dia langsung tidak gentar akan pistol yang berada di depan mata.

“”Jadi selama ni, awak pergunakan saya, perbodohkan saya, permainkan perasaan saya kan? Adakah selama ni, layanan awak terhadap saya ikhlas? Adakah awak cintakan saya? Saya dapat rasakan dari pandangan awak. Setiap pelukan dan ciuman kita. Semua itu bermakna bukan?”, Mengalir air mata dari mata Sehun yang mula kelihatan merah.

“Maaf Oh Sehun. Saya tak pernah fikirkan semua tu. Saya berlakon demi misi saya. Misi untuk dapatkan maklumat yang ayah awak simpan. Saya tak pernah cintakan awak. Semuanya hanya…..”, Soojung memandang tepat ke dalam anak mata Sehun, “……. lakonan”.

“Tipu!”, Sehun menengking marah. Tidak dapat mempercayai apa yang Soojung katakan. Perasaannya membuak marah. “Awak boleh tipu saya tapi awak tak boleh tipu diri sendiri. Jung Soojung!”

“Saya tak tipu! Saya tak pernah cintakan awak”

Bang! Satu tembakan dilepaskan oleh Jung Soojung. Darah mengalir apabila peluru masuk tepat ke dalam daging Sehun. Soojung jatuh tertunduk di depan Sehun yang tidak sedarkan diri.

“Saya dah ingat semuanya. Bagaimana awak sanggup tembak saya dengan pistol di tangan awak sendiri! Awak perisik dari Korea Utara! Awak pergunakan saya! Saya sepatutnya percaya amaran yang Kai bagi malam tu”

“Saya dah jelaskan Sehun. Saya terpaksa. Saya tembak awak masa tu untuk mengaburi mata pihak atasan. Saya tetap sayangkan awak. Saya rancang lepas rawat awak, saya nak bawa awak lari ke Australia. Kita boleh hidup sembunyi di sana. Saya tak sanggup kehilangan awak. Saya tak sampai hati nak bunuh awak”

“Soojung, awak menyebabkan saya terseksa! Saya nak awak rasa apa yang saya rasa. Apa perasaan awak kalau sekarang ni saya tembak awak”

Anak mata Soojung ketar melihat sepucuk pistol di tangan Sehun. Hujung pistol diacu tepat ke dahi Soojung. Gadis itu tahu Sehun tidak main-main.

“Sehun, kenapa awak nak buat macam ni?”

Peluh menitik di anak rambut Sehun. Keadaan dalam kontena itu tidak mempunyai lubang angin.

“Awak rasa apa yang saya rasa? Dua tahun lepas, saya hilang ingatan. Saya rasa bagai nak gila! Saya terputus hubungan dengan keluarga saya, dengan kawan saya, saya kehilangan cita-cita saya! Semuanya disebabkan awak!”, Sehun menengking. Tangannya menggenggam kuat pistol di tangan.

“Maafkan saya”, Soojung tertunduk. Anak rambutnya juga dibasahi peluh. Air matanya mengalir. “Saya akui semua salah saya sebab libatkan perasaan awak tapi saya betul-betul sayangkan awak. Andai saya dapat undur masa, saya akan pilih awak berbanding misi saya”

“Saya takkan tinggalkan orang yang saya sayang. Saya cintakan awak Oh Sehun. Setiap pelukan dan ciuman awak sangat bermakna bagi saya. Saya tak sanggup berpisah dengan awak. Semalam saya terpaksa menipu sebab Ejen 044 yang berada di luar mendengar. Saya terpaksa tembak awak. Maafkan saya”

Sehun jatuh melutut di depan Soojung. Air mata mengalir laju dari ego lelaki itu dan Sehun menhentak pukul dadanya sendiri. Terasa bagai ada satu ketulan batu yang menyekat saluran pernafasannya. Dada Sehun terasa sesak. Pistol jatuh ke lantai.

“Kenapa?!!!”, lelaki itu menjerit kemudian menunduk. Soojung dapat rasakan air mata Sehun menitik di atas ribanya.

“Kenapa dalam ramai-ramai perempuan dalam dunia ni, saya mesti sukakan awak? Kenapa rakyat Korea Utara macam awak? Kenapa takdir kita harus bertembung?!! Kenapa?!!!!”

Suara Sehun menghantar seribu penyesalan pada gadis Korea Utara itu. Soojung menyalahkan diri sendiri. “Maafkan saya”, ujar gadis itu dalam wajahnya dibasahi air mata.

Sehun mendongak, memandang wajah gadis itu, tangannya membelai pipi Soojung. Dia tidak sanggup untuk membalas dendam pada orang yang dicintai. Sehun kalah pada perasaan sayangnya terhadap Soojung.

Tiba-tiba kontena bergerak. Sehun dan Soojung bergolek ke tepi akibat ketidakstabilan.

“Apa yang berlaku?”, Sehun mengelap wajahnya dengan belakang tangan. Anak muda itu meraba cuba membuka pintu kontena. Kunci! Dikunci dari luar. Sehun cuak.

“Sehun, kenapa ni?”, soal Soojung dalam keadaan dirinya masih terikat di kerusi.

“Kita dikunci”, Sehun menghampiri gadis itu dan membuka ikatan tali yang mengikat tangan Soojung. “Maafkan saya”, Sehun sempat mencium dahi Soojung.

Sesaat kemudian, air kelihatan naik dari bawah. Soojung kemudian menyedari yang tempat itu bukan bilik kecil tapi dalam kontena! Air naik dengan laju.

“Sehun, air dari mana ni?”, soal Soojung berpaut pada lengan Sehun.

“Saya tak tahu. Kita sepatutnya berada di pelabuhan, takkan kontena ni jatuh dalam laut pula”, balas Sehun panik sambil menendang-nendang pintu.

 Tak sampai seminit, air laju naik ke paras dada.

“Sehun!!”

>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

“Kau dah datang, Ejen 044”

Eunhyuk memerhatikan keadaan sekeliling. Gudang besar di pelabuhan itu menjadi tempat Mun Taeshil ajaknya berunding. Eunhyuk rasa tidak sedap hati, tahu yang hari ini sesuatu buruk akan berlaku. Di luar, terdapat beberapa kapal dan berpuluh-puluh kontena dagangan. Eunhyuk tekad, apa pun terjadi, dia tetap akan melindungi Donghae, Sehun dan Sulli.

“Rasanya tak perlu aku nak berkias lagi. Kau pun mesti dah tahu mengenai rancangan pihak atasan”, kedengaran Ejen 052 itu menggunakan loghat Korea Utara dalam percakapannya.

“Ya. Aku tahu”, Eunhyuk memandang Mun Taeshil yang berada dalam 20 langkah di hadapannya. Dalam gudang itu, penuh dengan kotak-kotak barang dagangan yang disimpan sebelum dibawa masuk ke dalam kontena dan didagangkan ke luar negara. “Pihak atasan dah tahu yang aku tak bunuh saksi dalam misi sebelum ni. Aku lindungi dan sembunyikan mereka di Daegu selama dua tahun.”

“Betul tu. Selama dua tahun ni juga, aku perhatikan kau melalui Oh Sehun. Aku menyamar sebagai ketua kongsi gelap Kumpulan Kucing Hitam dan pergunakan Oh Sehun dalam pengedaran dadah tapi sekarang, yang penting ialah kau diberi dua pilihan oleh pihak atasan.”

Eunhyuk mendengus dalam nafasnya. Dia tahu yang Sehun terlibat dan bergaul dengan samseng jalanan, tapi tidak menyangka yang Sehun melibatkan diri dengan dadah dan Mun Taeshil. Eunhyuk silap besar kerana tidak mengawal Sehun.

“Pilihan pertama”, Mun Taeshil menambah. “Kau serahkan saksi-saksi tu pada aku untuk dihapuskan dan kau akan tetap dengan status kau sebagai Ejen 044”. Pistol di tangan dipusing-pusingkan, bermain di tangan Ejen 052 itu. “Pilihan kedua pula..”, pistol di tangan berhenti pusing dan dimasukkan kelonsong peluru dengan laju. “Kau dengan saksi akan dihapuskan jika kau enggan berkerjasama”

“Mun Taeshil~”, Eunhyuk ketawa. “Kita membesar di unit kawalan bersama-sama. Aku kenal perangai kau dan kau pun tentu kenal perangai aku”

“Ya. Aku kenal kau dari kecil. Lee Eunhyuk, budak lembik yang takut pegang pistol, menangis beberapa malam mengenangkan burung yang mati kau tembak. Dahulu, pernah aku sangkakan yang kau tak boleh menjadi seorang perisik. Kau lemah semangat, cepat kasihan”

“Tapi sangkaan kau salah. Hari ini aku berdiri depan kau dengan kod nama Ejen 044. Aku dah sumpah taat setia demi negara tercinta. Aku akan melindungi dan patuh kepada Kerajaan Korea Utara”

Mun Taeshil tersenyum mendengar kata-kata Eunhyuk. Separuh hatinya sudah lega apabila Eunhyuk masih ingat akan ikrar taat setia yang ditanam dalam jiwa setiap rakyat Korea Utara.

“Tapi aku bukan anjing bodoh”, sambung Eunhyuk dalam nada serius.

Senyuman Mun Taeshil pudar.

“Anjing yang bodoh ialah anjing yang mendengar cakap tuannya membuta tuli. Aku bukan anjing bodoh yang mengikut segala arahan yang bodoh. Kau faham? Maksudnya, aku bukan perisik bodoh yang akan mengikut arahan tak munasabah dari pihak atasan supaya membunuh orang yang tak bersalah”

“Kau!!”, Mun Taeshil rasa terpukul dengan kata-kata Eunhyuk. “Beranikan kau samakan perisik dengan anjing bodoh!”

“Aku nak jadi rakyat Korea Utara yang sejati dengan cara aku sendiri!”

>>>>>>>>>>>>>>>> 

Tolak kontena SA 534 warna merah ke dalam laut”,

Namjoo memerhatikan seorang lelaki mengunci pintu kontena. Tidak! Sehun masih berada di dalam. Gadis itu mula khuatir. Tentu lelaki itu mahu membunuh Sehun.

Namjoo menggigit bibir, memandang kunci yang tergantung di seluar lelaki itu. Namjoo tekad mesti dapatkan kunci itu dan selamatkan Tuan Muda Oh Sehun.

>>>>>>>>>>>>>> 

Beberapa fail ditulis dengan kod tersendiri mewakili kes yang Kai selesaikan disusun kemas di atas rak. Di sebelah kanannya pula, fail-fail maklumat. Pejabatnya kemas teratur tapi keadaan atas mejanya agak bersepah. Sama seperti otaknya yang bercelaru. Peguam Kim itu leka menaip sesuatu di komputer.

Telefon bimbitnya bergetar menandakan ada pesanan ringkas baru masuk. Laju tangan Kai mencapai gadjet itu dan membaca mesej yang diterima.

‘Kim Jong In, lelaki yang saya sayang sepenuh hati. Terima kasih kerana mencintai dan menghargai saya. Sepanjang hubungan kita berdua berlangsung, saya sedar yang awak banyak beralah dan saya di pihak mementingkan diri sendiri. Awak adalah segala-galanya bagi saya. Saya tahu saya bersalah sebab lambat beritahu awak mengenai perkara ni tapi saya nak awak tahu yang saya rasa sangat gembira sebab mengandungkan anak awak. Andai ada apa-apa terjadi pada saya dan anak ni, maafkan saya sebab jadi ibu yang tak berguna. Saya sayangkan awak’

Mata Kai membulat baca mesej yang terpapar di skrin telefon bimbitnya. Satu perkataan membuatkan jantung Kai berdegup kencang. ‘mengandungkan’. Sulli mengandung?! Kai membaca mesej itu berulang kali memastikan matanya tidak silap.

Jari Kai kemudian menyentuh tekan butang hijau, menelefon gadis itu.

“Nombor yang anda…”

“Haish!”, segera Kai bangkit berdiri dan mencapai kunci keretanya. Dia mendail telefon sekali lagi.

“Hello, Eunji. Kau kat mana?”

“Aku kat balai. Kenapa?”, kedengaran bunyi Eunji mengunyah makanan.

“Maaf aku ganggu ‘lunch’ kau tapi aku nak kau jejak lokasi telefon bimbit Sulli. Guna nombor baru yang aku beri pada Sulli. Choi Sulli. Sekarang juga!”, Kai berlari keluar dari pejabatnya, meluru ke arah tempat letak kereta.

“Jejak? Kenapa? Sulli hilang lagi? Apa yang berlaku?”

“Aku dapat mesej pelik dari Sulli. Aku rasa tak sedap hati”, Kai berhenti di depan pintu keretanya. “Dan lagi satu, sediakan anggota polis yang ramai. Aku dapat rasakan sesuatu buruk akan berlaku”

“Baiklah”, Eunji memegang kata-kata peguam muda itu. Dia tahu Kai tidak main-main dalam hal sebegini.

>>>>>>>>>>>>> 

“Oppa, apa patut kita buat?”

Sulli dapat rasakan telefon bimbit dalam poket seluarnya bergetar. Dia pasti itu Kai yang menelefonnya selepas membaca mesej yang Sulli hantar tadi. Sulli berasa sedikit lega setelah memberitahu pada Kai mengenai anak dalam kandungannya. Sulli rasa bersalah sekiranya Kai tidak tahu mengenai hal itu. Kai juga mempunyai hak untuk tahu.

“Aku nak masuk dalam. Kau tunggu sini”, Donghae memberitahu pada Sulli setelah mereka berdua melihat Eunhyuk masuk dalam sebuah gudang besar. Angin laut meniup kuat. Donghae dan Sulli bersembunyi di sebalik salah satu kontena yang terdapat di pelabuhan itu.

“Pihak atasan ada dalam tu? Saya nak ikut. Saya tak mahu biarkan oppa selesaikan masalah ni sendirian. Saya nak tolong”

Donghae dan Sulli mengatur langkah mereka, masuk mengekori langkah Eunhyuk tadi.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
wey.. dh habis... :D

Comments

You must be logged in to comment
atikahbp #1
Chapter 17: woah! bestnyaa ending dia T^T akhirnya diaorang together pun huhu T^T
freakandheart #2
Chapter 17: Kau ingat dia mesin buat anak ka? Haha
Finally dah tamat!!! *lap air mata
Emmy_Kpopers
#3
Chapter 17: pergghhhh.. ayat last tu xleh blah.. xD wkwk
ParkMyeonSeok #4
Chapter 16: I can't believe it..what happen to donghae and eunhyuk...so sad :'(...and to sehun too...what happen to soojung..???wow daebak!!
ParkMyeonSeok #5
Chapter 15: Ksiannya mereka semua tambah2 si sehun dengan kai...palli2 update...so excited
Nj_Angel #6
Chapter 15: Woah..makin best.
Jihyun-Sehun #7
Chapter 13: Alaa.. update la. Tengah best baca to be continued pulak.
hanah2212
#8
Chapter 12: Omaigaddddd. So tenseeeeeeeeeeee.