011

Pertempuran Takdir (KC Sequel)

 

  1. Bab 11

Sunyi. Gelap. Malam.

Sehun berpusing memandang persekitaran di sekelilingnya. Di mana tempat dia berada sekarang? Bagaimana dia boleh berada di situ? Sehun menggaru kepala. Sehun berdiri seorang diri di tengah-tengah kawasan gelap.

“Sehun”, lelaki itu merasakan satu kucupan lembut singgah di pipinya.

Soojung datang entah dari mana lalu mencium pipi lelaki itu. Senyuman manis terukir di wajah gadis itu.

“Sehun, jom ikut saya”, tangan Sehun dicapai lembut dan perlahan Sehun ditarik ajak.

“Kita kat mana ni? Awak nak bawa saya pergi mana?”, perlahan-lahan Sehun menapak dalam gelap. Tangan Soojung tidak dilepaskan. Bulu roma Sehun tegak berdiri rasa seram sejuk.

Kegelapan yang gelita tadi kemudian mulai pudar dan Sehun dapat melihat sebuah terowong besar di hadapannya.

“Mari”, gadis yang merupakan teman wanitanya itu mengajak. Sehun mula melajukan langkah.

Tiba-tiba.

“Jangan pergi”, seseorang memegang hujung baju Sehun lantas langkah lelaki itu terhenti. Sehun menoleh mendapati Sulli menahannya.

“Sulli, apa kau buat di sini?”, Sehun aneh entah dari mana pula Sulli muncul. Sulli berwajah serius.

“Sehun ah~”, Soojung di depan masih menggenggam erat tangan Sehun, menariknya masuk bersama. Baju Sehun menjadi tegang apabila Sulli enggan melepaskan bucu baju Sehun.

“Sulli, aku nak ikut Soojung”, Sehun mengalihkan tangan Sulli daripada bajunya. Sulli beberapa kali menggeleng kepala, berkeras mendesak agar Sehun tidak mengikuti Soojung masuk ke dalam terowong tersebut.

“Jangan masuk dalam tu”, Sehun terperanjat apabila tiba-tiba satu tangan memegang lengannya kuat, juga menahan. Sehun memandang tuan empunya tangan itu. Dalam samar-samar Sehun mendengar Kai bersuara, “Jangan ikut Soojung masuk dalam terowong tu”

“Sehun ah~”, tangan Sehun sebelah lagi digoncang oleh Soojung, menggesa lelaki itu.

“Aku tahu apa aku buat. Kau tak perlu masuk campur”, ujar Sehun kepada Kai. Teman lelaki Sulli itu lalu menurunkan tangannya, melepaskan lengan Sehun.

“Nanti kau akan menyesal”, perlahan tutur kata Kai.

Sehun kemudian terus berjalan masuk ke dalam terowong. Keadaan bertambah gelap sehinggakan bayangan Soojung yang berada di hadapannya dimakan kegelapan.

“Soojung ah, kita nak pergi mana?”, Sehun bertanya sambil mengatur langkahnya berhati-hati. Tangannya masih memegang erat tangan Soojung.

“Kenapa kau masuk sini? Baik kau keluar”, sekali lagi Sehun terkejut apabila melihat Eunhyuk bersandar di dinding terowong. Apa Eunhyuk buat di situ? Bagaimana dia boleh berada di situ? Sehun ingin bertanya tapi Soojung tidak berhenti menariknya, membawa Sehun ke destinasi yang lelaki itu sendiri tidak tahu. Sehun tertanya-tanya, apakah yang berada di hujung terowong. Di mana penghujungnya?

“Soojung?”, tiba-tiba sentuhan tangan Soojung yang memegang tangannya tadi tidak dapat dirasakan. Hilang. Tangan Sehun kosong.

“Soojung? Mana awak?”, lelaki itu meraba-raba dalam gelap. Mana gadis itu? Mana Soojung?

“Soojung? Mana awak? Awak pergi mana? Soojung?!”, lelaki itu tercari-cari, dia berlari ke hadapan namun hanya kekosongan dan kegelapan yang menyapanya kembali. Aneh tiba-tiba Soojung menghilang.

“Soojung, jangan main-main macam ni. Saya tak nampak awak kat mana. Jangan sembunyi dari saya”, Sehun mula panik. Tiada balasan atau suara Soojung didengari. Sehun mula risau.

“Sehun”, telinga Sehun dapat menangkap suara seseorang memanggilnya. Sayu-sayu kedengaran dalam gemaan terowong itu.

“Nuna? Seohyun nuna?”, Sehun meneka pemilik suara itu. Kakinya ingin melangkah ke arah suara tersebut tapi dia tidak dapat menggerakkan kaki. Sesuatu seperti menggam kakinya kuat pada lantai terowong.

“Nuna, tolong Sehun!”, lelaki itu menjerit sambil cuba mengalihkan kakinya. Kemudian kakinya terasa basah dan tidak semena-mena air yang muncul dari mana, naik ke paras buku lali Sehun. Air dilihat berada di sekitar, laju naik. Sehun menyumpah geram apabila air laju naik sehingga ke paras pehanya. Seluarnya basah. Apa semua ni?!

“Sehun anak mama”, satu cahaya kelihatan di hujung lorong dan Sehun mendengar suara mamanya.

“Ma, tolong Sehun”, pinta Sehun ketika air sudah mencecah paras dadanya. Air bertukar menjadi hitam keruh dan menakutkan Sehun. Kakinya masih tidak boleh bergerak.

“Soojung! Jung Soojung! Tolong!”, air hitam mula membasahi wajahnya.

“Soojung!”, Sehun terkapai-kapai dalam air hitam yang bergelora.

“Soojung!!!”

>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

“Soojung!!!”

Membulat mata Sehun terkejut. Nafasnya laju dan badannya terasa seperti terkena kejutan elektrik. Peluh menitik di sekitar dahi dan lehernya.

Sehun perlahan-lahan menstabilkan nafasnya apabila sedar yang dia hanya bermimpi buruk. Sehun bangkit duduk dan mengelap peluh menggunakan belakang tangan. Selimut dicampak ketepi kerana Sehun  berasa panas. Dia cuba mengingat semula tapi hanya air hitam yang cuba melemaskan yang dia berjaya ingat. Apakah tanda semua ni? Sehun yakin pernah mengalami mimpi yang sama, tapi dah lama, dua tahun lepas mungkin. Kenapa mimpi itu datang kembali?

“Itu cuma mimpi buruk. Cuma mimpi buruk”, Sehun memujuk dirinya. Lutut ditarik rapat ke dada dan dipeluk erat. Jantungnya brdegup kencang dan Sehun lantas teringat perisitiwa diserang semalam. Kepalanya mula berdenyut. Adakah mimpi itu adalah petunjuk yang Sehun dalam bahaya? Air hitam?

Kipas di dalam bilik berpusing perlahan. Tingkap ditutup rapat tapi Sehun masih dapat melihat kegelapan malam di luar sana. Telefon bimbit di bawah bantal dicapai dan Sehun memeriksa masa yang terpapar di skrin alat itu. Jam 3.05 pagi.

Menyedari masa masih awal, Sehun menyandar ke dinding dan memejam mata rapat. Dia tidak tahu kenapa dia rasa penat sesudah menghabiskan larian marathon. Dalam sunyi malam itu, Sehun dapat mendengar suara seseorang di bilik air. Kebetulan biliknya bersebelahan dengan bilik air. Sehun dapat mendengar bunyi seseorang muntah dan Sehun meneka itu Sulli.

“Sulli? Kenapa ni? Sakit perut?”, Sehun meluru keluar, melihat Sulli menundukkan badan, memuntahkan isi perutnya ke dalam mangkuk tandas.

Setelah lega, Sulli dengan lemah longlai, berjalan keluar dari tandas. “Aku tak apa-apa. Cuma muntah angin”, jawab Sulli lemah. Dia hampir terjatuh ke lantai namun mujur sempat dipegang oleh Sehun. Gadis itu dipapah bawa ke ruang tamu. Sehun membantu Sulli merehatkan diri di atas sofa sebelum bergegas ke dapur untuk mengambil segelas air.

“Macam teruk je aku tengok. Nak aku beritahu Donghae? Supaya bawa kau ke klinik”

Sehun menghulurkan segelas air untuk Sulli. Wajah gadis itu kelihatan pucat tidak sihat.

“Tak payah”, Sulli mengelap sisa air di hujung bibirnya setelah segelas air tadi diteguk habis. “Kan aku dah cakap, aku tak apa- apa. Esok lepas makan sarapan, aku akan okey”

Sulli menyandar rehat pada sofa. Membiarkan sahaja Sehun terus merenungnya tidak puas hati. Sejujurnya Sulli juga penat dengan alahan awal mengandung ni. Sekarang mungkin boleh lagi dia memberi alasan sakit perut, tapi sampai bila? Apa jawapannya kalau Sehun bertanya apabila perutnya membesar nanti?

“Kalau ada apa hal nanti kau panggil aku. Aku masuk tidur dulu”, nada Sehun seolah merajuk. Ambil hati kerana Sulli kerap kali merahsiakan perkara darinya. Sehun sedar yang dia bukan abang kandung Sulli dan jauh dalam sudut hati Sehun, ingin dihargai Sulli sebagai abang.

“Kalau aku beritahu kau, boleh kau tolong rahsia kan?”

Sehun berhenti dan menoleh pandang Sulli yang masih duduk di atas sofa.

“Aku mengandung”

>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Baju digantung mengikut saiz. Baju koleksi musim panas ditukarganti dengan koleksi musim luruh. Baju pelbagai fesyen dan gaya boleh didapati di butik tersebut.

Soojung melakukan kerjanya dengan sambil lewa. Dia tidak boleh berhenti memikirkan mengenai serangan malam kelmarin. Dia dan Sehun diserang sehingga menyebabkan Sehun pengsan. Soojung terpaksa membawa Sehun pulang ke rumahnya semula sebelum Sehun pulang ke Daegu pada petang berikutnya. Siapa yang menyerangnya? Adakah musuh Sehun? Atau musuh Soojung? Soojung ada musuh? Siapa?

“Yah, pakailah baju ni masa kau keluar date dengan teman lelaki kau. Mesti dia suka”

Yura mengeluh dan menepis baju yang dicadangkan oleh Sojin itu. “Kau tak tahu ke yang aku dengan teman lelaki aku dah putus. Its over”

“Dah putus? Kenapa? Bukankah dia sayang sangat dekat kau dan kau berdua dah rancang nak kahwin bersama”, Sojin meletakkan semula baju yang ditolak oleh Yura tadi. Dia lebih berminat untuk mendengar cerita kawan baiknya itu. “Ceritalah”

“Kakak dia datang serang aku masa aku tengah kerja. Kakak dia bagi amaran supaya aku jauhi adiknya”

Soojung diam mencuri dengar cerita pelanggan.

“Kakak dia serang kau?”, Sojin bertanya.

“Ya. Kakak dia serang aku sebagai amaran. Aku tiada pilihan lain selain putuskan hubungan kami. Aku tak nak teman lelaki aku terseksa. Kakak dia sangkakan yang aku ni perempuan yang nak kikis duit adiknya”

Serang? Amaran?

Soojung mula berfikir dan mengaitkan kejadian serangan kelmarin. Adakah serangan itu juga sebagai amaran? Dari siapa? Soojung cuba memikirkan kebarangkalian orang yang tidak menyukai hubungannya dengan Sehun. Ejen 044.

>>>>>>>>>>>>>> 

Merenung kosong, Sehun memeluk lututnya sendiri. Jaket tebal dijadikan selimut sebagai peneman. Hari ini, Sehun enggan keluar dari bilik. Kepalanya rasa seperti mahu meletup. Terlalu banyak dalam kepala yang Sehun fikirkan. Seribu persoalan menemui jalan buntu.

Peristiwa tembak menembak malam kelmarin, perasaan yang sering menyeksanya dan pagi tadi Sehun mendapat tahu yang Sulli mengandung. Semuanya bagaikan satu pukulan ribut menyerang Sehun.

“Kenapa kau tak keluar?”, Eunhyuk yang dari tadi memerhati, akhirnya bersuara. Eunhyuk bergerak mendekati Sehun yang sedang duduk atas katil sambil memeluk lutut. Keadaan dalam bilik itu sedikit dingin kerana ketiadaan pemanas udara.

“Tak perlu pedulikan aku”, Sehun cuba mengendahkan Eunhyuk.

“Kau dah ingat semula?”, Eunhyuk langsung melabuhkan punggung, bersandar di dinding bersebelahan Sehun.

“Jangan nak tunjuk yang kau ambil berat pasal aku”

“Macam tu ke cara kau berterima kasih pada orang yang selamatkan kau dulu?’

“Terima kasih! Terima kasih! Terima kasih!!”, Sehun bangkit berdiri dengan perasaan marah. Sakit hati kerana setiap kali Eunhyuk akan mengungkit perkara yang sama. Hakikat yang dia masih hidup hari ini atas jasa Eunhyuk menyelamatkannya.

Setelah menenangkan diri, Sehun kembali duduk di tempat asalnya. Eunhyuk pula masih tidak berganjak.

“Yah”, Sehun bersuara setelah beberapa minit mereka berdua kekal senyap. “Kenapa dulu kau selamatkan aku?”

“Sebab aku rasa kau tidak sepatutnya mati pada hari tu”. Eunhyuk membalas sambil mendongak pandang siling di atas. Kelihatan seperti siling kuning itu akan runtuh pada bila-bila masa.

“Aku bukannya kemalangan hari tu kan? Aku ditembak kan?”

“Kau dah ingat?”, Eunhyuk bertanya serius.

Sehun menggeleng dan berkata, “Aku masih tak ingat dengan jelas tapi aku dapat rasakan yang aku pernah kena tembak oleh seseorang. Aku ingat bunyi tembakan tu. Aku pasti yang aku pernah kena tembak. Malam kelmarin masa aku diserang, bunyi tembakan tu aku rasa macam pernah aku dengar dekat. Sejak serangan tu aku sering sakit kepala”

“Serang? Tembakan? Apa kau cakap? Kau diserang?!”, nada Eunhyuk terkejut.

Satu keluhan panjang kedengaran dari Sehun. Semahunya dia enggan sesiapa tahu mengenai serangan itu, cukuplah hanya dia dan Soojung. Sehun fikir untuk menyiasat dalang di sebalik serangan itu sendiri nanti.

“Cakap! Siapa serang kau?!”, Eunhyuk secara tiba-tiba naik marah, menggoncang badan Sehun.

“Pihak atasan dah mula merancang untuk hapuskan kau. Ejen 044, kau dalam bahaya, kes kau dicurigai”

“Yah!”,Sehun menepis tangan Eunhyuk. “Kenapa kau naik angin pula? Aku yang sepatutnya marah. Aku nak kau cerita siapa yang tembak aku, macam mana kau selamatkan aku dan siapa diri aku yang sebenarnya! Siapa aku sebelum aku hilang ingatan dan jadi Lee Sehun?!”, suara Sehun tinggi seperti menengking.

Eunhyuk mula bimbang. Adakah pihak atasan sudah tahu yang Sehun masih hidup? Adakah pihak atasan tahu yang Sehun berada di Daegu?

“Cakap! Siapa serang kau?!!”, Eunhyuk menarik kasar leher jaket Sehun. Dua lelaki itu saling membalas pandangan dengan penuh geram.

“Aku tak tahu. Aku tak nampak muka dia. Keadaan masa tu malam”, Sehun mengalah dan menceritakan jujur.

“Kau seorang diri? Macam mana kau boleh selamatkan diri?”, Eunhyuk tidak puas hati dan terus bertanya.

“Aku dengan Soojung. Masa tu aku terdengar bunyi tembakan, lampu pecah dan kemudian kereta penyerang tu berlalu pergi”

Perlahan-lahan Eunhyuk melepaskan jaket Sehun sebaik mendengar nama Soojung. “Soojung? Kau jumpa Soojung? Jung Soojung?”

“Kau kenal Jung Soojung?”, Sehun aneh melihat riak wajah Eunhyuk.

“Kau ingat yang kau kena tembak kan?”, Eunhyuk menekan tunjuk pada bahu kanan Sehun. “Ini. Kalau aku cakap orang yang tembak kau dua tahun lepas ialah Jung Soojung, kau percaya tak?”

Sehun terpukul oleh kata-kata Eunyuk itu. Ditembak oleh Soojung? Bayangan suci gadis itu muncul di kotak ingatan Sehun.

“Soojung? Tak mungkin”

“Saya minta maaf atas segala yang berlaku. Saya tak tahu yang awak masih hidup. Saya sangkakan mereka dah hapuskan awak. Sehun shi, maafkan saya. Saya masih mencintai awak”,

“Dia…”, Eunhyuk memandang tepat anak mata lelaki yang keliru itu. “Dia tembak kau kemudian aku selamatkan kau. Dia tak tahu pun yang kau masih hidup”

Sehun terdiam. Eunhyuk berbohong atau tidak pun dia tak pasti. Tangan kirinya menyentuh kesan parut di bahu kanannya.

“Jangan paksa diri kau untuk ingat. Aku yakin kau tetap akan ingat semula nanti.”, ujar Eunhyuk lalu beredar meninggalkan Sehun. Dia ingin menyiasat mengenai serangan ke atas Sehun itu.

“Aku..”, Sehun menahan tangan Eunhyuk sebaik sebelum Ejen 044 itu ingin beredar.

“Diri aku yang sebenar ialah Oh Sehun… kan?”

Eunhyuk tidak menoleh pandang Sehun. Diam seketika sebelum berkata, “Kan aku dah cakap, jangan paksa diri”

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

“Aku mengandung”

“Mengandung? Anak siapa? Lelaki mana yang berani buat macam tu terhadap kau?!”

“Semua yang berlaku bukan salah dia. Aku yang rela”

“Lelaki yang berlagak ahli politik tu ke? Dia ke yang buat kau mengandung?”

“Yup. Aku mengandung anak teman lelaki aku, Kai”

“Tengok tu, termenung lagi”, Jieun menegur.

“Maaf, aku terleka sekejap”, Sulli menyambung kerjanya.

“Terleka konon. Hari ni teman lelaki kau tak datang ke?”

Sulli menggelang sambil senyum. Rambutnya diikat kecil di hujung.

“Haish”, Jieun mengeluh kecil. “Selama ni aku tak pernah rasa cemburu dengan kau sehinggalah kau perkenalkan teman lelaki kau. Eh, kau tak cerita lagi macam mana kau boleh berkenalan dengan dia”

“Satu hari nanti, aku akan ceritakan. Semuanya!”

“Semuanya?”, Jieun kurang fahami apa maksud Sulli dengan ‘semuanya’. Adakah Sulli berahsia?

“Sulli!”

Kedua-dua Sulli dan Jieun menoleh ke arah suara yang memanggil dari luar gerai.

“Abang kau datang”, hujung baju Sulli ditarik cuit.

Sulli memandang lelaki itu aneh. Tidak pernah lagi Eunhyuk datang mencarinya di gerai.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Kelongsong peluru diisi penuh dengan lapan butir peluru. Topi dicapai dan pistol disematkan dalam kasut but sebelum bergerak keluar.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Seekor kucing berwarna kelabu datang menyendenag ke kaki. Mengesel badannya manja.

“Aigoo, mana kau menhilang dua tiga hari ni. Aku rindukan kau”, kucing itu diangkat dan didakap. Bulunya yang lembut diurut perlahan.

“Ketua, Nam Taehyun datang nak jumpa”, seorang anak buah Mun Taeshil masuk memaklumkan. Namun belum sempat Mun Taeshil menjawab, Nam Taehyun masuk menyergah.

“Yah Mun TaeShil!”

“Duduk dulu, kenapa nak marah-marah ni?, kata Mun Taeshil, kemudian menyuruh anak buahnya beredar.

“Kau cakap yang Sehun tu tak berbahaya. Budak tu tak tahu apa-apa tapi sekarang, disebabkan dia, seorang anak buah aku yang penting dah mati”, tutur Nam Taehyun dalam keadaan marah bila teringatkan peristiwa malam kelmarin.

“Kenapa? Apa yang berlaku? Sehun bunuh anak buah kau?, soal Mun TaeShil bingung. Setahunya Sehun tidak memiliki senjata.

“Kau suruh aku permainkan budak tu, takutkan dia. Aku buat apa yang kau suruh tapi malam tu, teman wanita dia keluarkan pistol dan tembak mati anak buah aku. Mujur aku tak kena, kalau tidak, pasti aku pun dah mati”

Mun Taeshil diam menghadam apa yang dikatakan rakan niaganya itu. Wanita? Pistol? Siapa teman wanita Sehun yang dimaksudkan? Kucing kelabu yang berada di tangan melompat turun. Mun Taeshil bergerak ke satu sudut di ruang pejabatnya itu.

“Kau ingat wajah perempuan tu? Dia bersama Sehun?”, Mun Taeshil bertanya sambil membuka laci, mengeluarkan satu fail.

“Tentulah aku ingat. Cahaya kereta aku suluh tepat pada muka mereka berdua masa tu. Perempuan tu yang hantar Sehun balik dengan kereta”

“Ini perempuan yang kau maksudkan tu?”

“Hah! Dia! Dia keluarkan pistol entah dari mana dan terus tembak.”, Nam Taehyun laju mengiyakan gambar yang ditunjuk oleh Mun Taeshil. Gambar seorang perempuan memakai pakaian seragam seperti anggota tentera.

“Dia anak buah kau ke?”, Nam Taehyun bertanya kerana kelihatan seperti Mun Taeshil mempunyai maklumat penuh perempuan berkenaan yang disimpan dalam fail.

Mun Taeshil memandang gambar Jung Soojung dan ketawa besar. “Tak sangka yang kau dah berjumpa dengan Oh Sehun selepas dua tahun kau ditipu oleh Eunhyuk. Mungkin korang dah ditakdirkan untuk bersama”,

Wajah Ejen 052 kemudian berubah serius. Ketawanya berhenti. Gambar Soojung direnyuk kasar.“Bagus Jung Soojung. Kau dah memudahkan kerja aku. Aku tak perlu nak bersusah payah hapuskan kau dan Sehun satu persatu. Aku boleh hapuskan kalian sekaligus”

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

“Kenapa perlu berjumpa di sini? Kat rumah tak boleh jumpa?”, Sulli mula bersuara seraya menutup rapat pintu kereta.

“Aku nak segera maklumkan. Aku nak kau berhati-hati. Jangan bergerak seorang diri dan sentiasa berada dalam kumpulan yang ramai atau tempat awam”

“Kenapa? Ada perkara berlaku? Pihak atasan dah tahu yang saya masih hidup? Mereka buru saya?”, Sulli mula risau sebaik mendengar kata-kata Eunhyuk.

“Sehun diserang. Tapi aku masih tak pasti samada ia kerja pihak atasan atau bukan. Buat masa ni…”

“Sehun diserang?! Bila?! Dia di mana sekarang ni?! Dia tak apa-apa?!, Sulli tak dapat duduk diam.

“Tenang Sulli”, Eunhyuk memegang bahu gadis itu. Rambut Sulli dilepas paras bahu.

“Sehun tak cerita apa-apa pada kau?”

Sulli menggeleng dan Eunhyuk mengangkat lepas tanganya dari bahu Sulli.

“Dia cerita pada aku yang dia dan Soojung diserang. Dia kata lepas dengar bunyi tembakan, kepala dia sakit, tapi mujur dia tak apa-apa. Dia dan Soojung berjaya melepaskan diri. Jadi aku nak kau berhati-hati. Kalau Sehun boleh diserang, aku bimbang kau berada dalam senarai next target”

“Soojung? Sehun dan Soojung? Soojung mana ni? Ejen 411?”

Eunhyuk mengangguk perlahan. “Aku tak tahu macam mana mereka berdua boleh bertemu semula. Mungkin dah takdir mereka, kita tak boleh nak halang”

Sulli memasamkan muka. “Soojung tahu Sehun adalah Oh Sehun? Macam mana kalau Sehun ingat semula? Apa patut kita buat?”

“Aku tak pasti Soojung tahu identiti sebenar Sehun atau tak. Lagipun sekarang Sehun dah mula ingat. Dia tahu yang dia ditembak di bahu. Kita tak boleh halang dia. Biar dia buat keputusan sendiri”

“Habis tu, macam mana dengan kita? Sampai bila saya dan Donghae harus terus sembunyi? Pihak atasan akan tahu juga lambat laun”, Sulli meluakan beban hati.

“Kau nak kembali ke pangkuan teman lelaki kau?”

Sulli menjeling pandang lelaki di sebelahnya itu. Ejen Korea Utara yang menyelamatkan dirinya.

“Aku tahu Kai ada datang rumah kita beberapa kali. Dia tahu pasal Sehun kan?, Eunhyuk menjawab soalan yang tidak berani Sulli tanyakan. Gadis itu tertunduk , kemudian memegang perutnya.

“Saya mengandungkan anaknya”, perlahan tutur kata Sulli, tidak berani mengangkat muka.

“Kau tak patut libatkan dia! Kan aku dah maklumkan awal-awal”, tegas Eunhyuk seperti seorang abang memarahi adiknya.

“Bukan saya cari dia. Dia datang sendiri! Dia paksa saya ceritakan. Kalau oppa berada di tempat saya, pasti akan buat perkara yang sama”

“Kalau aku jadi kau, aku takkan buat perkara yang sama. Aku takkan sesekali libatkan orang yang aku sayang dalam masalah besar mcam ni”

BANG!

Sulli dan Eunhyuk dikejutkan dengan bunyi tembakan yang mengenai cermin sisi kereta. Perbualan mereka berdua mati.

“Kenapa?”, spontan Sulli menjerit terkejut

“Kita diserang!”, Eunhyuk menundukkan kepala dan bergerak keluar melalui pintu belakang tempat duduk pemandu. Sulli menurut sama tindakan Eunhyuk.

“AHH!”, Sulli menjerit apabila tembakan dilepaskan bertalu-talu. Eunhyuk ditarik rapat sebagai perlindungan. Sulli berasa sangat takut.

“Oppa”, Sulli rasa mahu menangis kerana terlalu takut. Eunhyuk memeluk melindunginya sambil mencari jalan untuk melarikan diri.

“Ikut aku”, Eunhyuk menarik tangan Sulli.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Fokusnya tertetap pada Eunhyuk yang berada dalam kereta. Matanya dipenuhi api marah dan dendam. Seorang perempuan berambut pendek kelihatan berada sebelah Eunhyuk tapi wajahnya terlindung. Siapa dia? Soojung tidak dapat melihat jelas wajah perempuan itu.

“Lee Eunhyuk, get ready for my revenge”, Soojung menetapkan fokus hujung pistolnya dan bang! Picu ditarik mengenai tepat pada cermin sisi kereta Eunhyuk. Sengaja Soojung berbuat demikian, perkara yang sama berlaku malam dia dan Sehun diserang di mana cermin sisi kereta diserang terlebih dahulu.

Dari jauh, tersembunyi di sebalik tingkap bangunan lama, Soojung dapat melihat Eunhyuk dan perempuan itu keluar dari perut kereta.

Soojung lalu melepaskan tembakan, menghabiskan satu kelongsong peluru. Picu ditarik dengan perasaan geram. Geram dan marah terhadap Ejen 044 itu. Kemudian kelihatan Eunhyuk menarik tangan perempuan berambut pendek itu, melarikan diri.

Laju Soojung melompat terjun dan mengejar.

>>>>>>>>>>>> 

“Saya tak boleh berlari!”, Sulli memberhentikan Eunhyuk lalu memegang perutnya.

“Kita sembunyi di sini”,

>>>>>>>>>>>>>>> 

Soojung menahan sakit di kaki. Laju dia berlari mengejar Eunhyuk dan perempuan tadi. Tapi ternyata mereka berjaya memboloskan diri.

“Yah Lee Eunhyuk! Keluar!”, Soojung memanggil jerit. Di kawasan belakang kedai yang sunyi itu, Soojung yakin Eunhyuk ada berdekatan. Dia tidak mungkin boleh lari jauh.

“Keluar sekarang! Pengecut!!”, jerit Soojung sambil memandang sekeliling. Pistol di tangan sentiasa berwaspada, takut diserang hendap.

“Aku tahu Sehun masih hidup dan berada dalam tangan kau. Apa kau nak buat? Pergunakan dia?”

Suara jeritan Soojung tidak disambut. Eunhyuk dan Sulli mendiamkan diri.

“Aku tak akan sesekali benarkan kau sakiti Sehun dengan rancangan jahat kau. Aku dah jumpa Sehun dan aku akan buat apa saja untuk selamatkan dia”

“Supaya kejadian dua tahun lepas berulang semula? Jangan jadi bodoh, Ejen 411”, Eunhyuk melangkah keluar dari tempat sembunyinya, menayangkan muka, mengadap Ejen 411.

“Apa kau nak buat dengan Sehun? Kali ni aku tetap akan selamatkan Sehun dengan cara aku dan aku akan pastikan supaya kau tak ganggu lagi seperti dua tahun lepas”, Soojung mengangkat pistol, acu tepat di depan Eunhyuk.

Sikit pun Eunhyuk tidak gentar. Dia tahu Soojung tidak akan berani menembaknya.

“Kau kena faham yang tak semua cara kau akan berkesan. Dua tahun lepas, kau tembak Sehun, kau tipu pada pihak atasan dengan cara kau tapi ternyata kau gagal.”

“Itu sebab kau yang gagalkan!! Kau muncul dan halang aku! Dan kau tipu aku hidup-hidup mengatakan yang Sehun dah mati! Kau memang kejam!”

“Aku terpaksa buat cara aku sebab kelalaian kau. Malah bukan Sehun jadi mangsa disebabkan kelalaian kau. Sulli pun sama”

“Sulli tak bersalah! Kenapa kau bunuh dia?!”, merah mata Soojung menahan marah. Pistolnya digenggam kuat.

“Sebab dia tahu rahsia kau. Salah kau sebab kau tak pandai jaga rahsia dan identiti kau”

“Menyesal aku kenal kau Ejen 411”

Mata Soojung membulat apabila seorang perempuan berambut pendek muncul dengan pistol di tangan. Choi Sulli.

“Sul… Sulli?”, Soojung seperti tidak dapat percaya matanya sendiri. Perempuan yang lari bersama Eunhyuk tadi ialah Sulli? Choi Sulli masih hidup!

“Sulli! Jauhkan diri kau daripada lelaki ini, dia berbahaya!”,Soojung memberi amaran.

Tangan Sulli ketar memegang senjata besi yang nampak kecil tapi mampu membunuh. Sulli mengangkat pistol di tangan, mengacu tepat pada Soojung.

“Sulli”, Soojung terkejut apabila hujung mata pistol Sulli dihalakan padanya.

“Kau yang berbahaya. Selepas kenal kau, hidup aku berubah. Disebabkan kau, aku terpisah dengan keluarga aku dan terpaksa menyamar sebagai orang lain”

“Sulli”, mengalir air mata Soojung. Sulli nampak berbeza dari Sulli pekerja kafe yang dikenali dulu namun Soojung tetap gembira dapat tahu yang Sulli masih hidup. “Aku tak tahu yang kau masih hidup. Eunhyuk cakap yang kau dah mati’

Lantas Soojung menjeling Eunhyuk, “Apa kau dah buat terhadap Sulli?! Apa kau dah buat?!”

“Dia selamatkan aku!”, jerit Sulli dan matanya mula berkaca dengan air mata. “Dia yang selamatkan aku daripada menjadi mangsa pihak atasan Korea Utara. Kalau tak kerana dia, tentu aku dah mati dicampak ke dalam laut. Eunhyuk adalah penyelamat aku”

“Tak Sulli. Dia orang yang jahat. Dia pergunakan kau”, bersungguh Soojung memberitahu. Dia cuba untuk mendekati Sulli dan ingin memeluk gadis itu.

“Jangan dekati aku!”, Sulli memberi amaran dengan pistol masih di tangan. “Dan jangan dekati Sehun. Kau hanya akan mendatangkan masalah”

“Jangan buat perkara bodoh”, tutur Eunhyuk lalu menurunkan tangan Sulli. Pistol di tangan Sulli diambil simpan dan Eunhyuk menarik tangan gadis itu, beredar meninggalkan Soojung.

“Sulli!!”, Soojung jatuh terduduk sebaik sahaja Eunhyuk dan Sulli meninggalkannya. Air mata mengalir laju dan Soojung terus menangis.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
wey.. dh habis... :D

Comments

You must be logged in to comment
atikahbp #1
Chapter 17: woah! bestnyaa ending dia T^T akhirnya diaorang together pun huhu T^T
freakandheart #2
Chapter 17: Kau ingat dia mesin buat anak ka? Haha
Finally dah tamat!!! *lap air mata
Emmy_Kpopers
#3
Chapter 17: pergghhhh.. ayat last tu xleh blah.. xD wkwk
ParkMyeonSeok #4
Chapter 16: I can't believe it..what happen to donghae and eunhyuk...so sad :'(...and to sehun too...what happen to soojung..???wow daebak!!
ParkMyeonSeok #5
Chapter 15: Ksiannya mereka semua tambah2 si sehun dengan kai...palli2 update...so excited
Nj_Angel #6
Chapter 15: Woah..makin best.
Jihyun-Sehun #7
Chapter 13: Alaa.. update la. Tengah best baca to be continued pulak.
hanah2212
#8
Chapter 12: Omaigaddddd. So tenseeeeeeeeeeee.