The Last Kiss

The Last Kiss
Please Subscribe to read the full chapter

WARNING : A really long update, please take a deep time to read my kindda boring story ni. So kalau suka, habiskan baca, Tak suka, bacalah separuh. Baca, hadam dan comment. Tambah karma point, saya pun suka nak reply :) read, comment, upvote.^^ beware of typo too. Saya taip dalam keadaan mengantuk.

Jumlah patah perkataan : 15293

 

 

Penerbangan yang mengambil masa selama satu jam 30 minit itu amat menyeksakan bagi Luhan. Dia tidak suka kepada ketinggian. Masalah acrophobia itu pula langsung tidak membantu Luhan untuk tenangkan diri di dalam kapal terbang. Tetapi takutnya tidak lama apabila dia tertidur di dalam pesawat. Dia betul-betul lega apabila penerbangan mereka berjalan dengan lancar dan mereka selamat tiba di Lapangan Terbang Incheon pada pukul 3 petang. Ketibaan mereka disambut oleh pihak Korea Universiti. Mereka dibawa ke dewan besar universiti tersebut untuk menerima taklimat tentang perjalanan hidup mereka sepanjang berada di sana. Seperti biasa, pada minggu pertama kehadiran mereka akan dipenuhi dengan minggu orientasi dan pengenalan terhadap universiti baharu mereka. Selepas sesi taklimat, Luhan mengheret begnya ke arah pakciknya yang sedang menunggu ditempat letak kereta. Dia segera memeluk pakciknya itu. Mujur pihak universiti membenarkan dia tinggal bersama-sama pakciknya. Maka dia tidaklah terikat dengan sebarang masalah waktu keluar yang agak ketat sekiranya dia tinggal di dalam kampus. " So hows China?" Pakciknya bertanya kepada Luhan ketika mereka dalam perjalanan ke rumah mereka. " Ermm going fine. People is going crazy everyday. I need to work hard." " Hahahaha. Of course you have to. So you can speak in Korean or we have converse in English everyday? Uncle doesn't know how to speak Chinese." " Its okay uncle. Just be pleasure to speak Korean with me. I've learn some Korean words. Sure I will know some words, right?" Perbualan mereka terus bertukar kepada bahasa Korea apabila Luhan memberi lampu hijau untuk bersembang dalam bahasa Korea.

*anggap jelah diorg tgh ckp Korea ya walaupun ni bhsa Melayu je.*

Setibanya di rumah pakciknya, dia terkejut melihat restoran yang bersambung dengan rumah dibahagian belakang. " Ermm pakcik renovate rumah ke? Makin besar dah restoran ni. Rumah kat belakang tu pun?" Soal Luhan kehairanan. " Ha ah. Pakcik tambah. Mana boleh hidup kalau rumah kecik macam tu. Hyesun tu pulak asyik complaint je kerja dia." " Haha. Hyesun. Dia memang dari dulu kuat complaint je." " Kan. Dah jom masuk. Pakcik tunjukkan bilik kamu." Mereka berdua melangkah masuk ke dalam rumah lalu menuju ke arah bilik Luhan.

 

" Arghhhhhh ! Ni siapa pulak ni?" Jerit Hyesun apabila dia melihat Luhan keluar daripada biliknya sambil mengeringkan rambut. ' Hot pulak mamat ni.' " Lee Hyesun ?" " Arghhhh. Macam mana kau tahu nama aku ? " " Hahahaha. Kau kan bakal bini aku nanti?" " Eiiiiii gila! " 'Tapi not bad jugak. Muka hensem dah. Calon suami terbaik ni' " Aku yang hensem ni kau kata gila? Kurang ajar betul mulut kau ni ya." " Eh kesah pulak aku? Hensem tak hensem. Kalau dah masuk rumah orang buat macam rumah sendiri tak ke gila namanya tu? Ntah ntah kau ni pencuri tak? Ibuuuuu! Ayahhhhhhhh!" Luhan segera menutup mulut Hyesun yang bising seperti bertih jagung itu. " Eh diamlah. Kau ni bising betul." Jerit Hyesun dengar tak dengar kerana mulutnya ditekup dengan tangan Luhan. Hyesun segera menggigit ruang antara jari telunjuk dan ibu jari Luhan dengan kuat. " Kau ni pegang pegang nak culik aku ke hape? Eiii." Hyesun segera berlari menuruni tangga untuk mendapatkan ibunya. " Ibuuuuuuu !" 

 

Hyesun ni kalau dapat buat bising, satu rumah dengar. Bingit sungguh suara dia. " Dah kenapa Hyesun ? Macam orang kurang siuman pulak ibu tengok. Dari tadi menjerit dekat atas tu kenapa?" "Ibu, ibu tak perasan ke rumah kita ada orang masuk? Siap buat macam rumah sendiri lagi tu." Hyesun mengadu tentang lelaki yang dijumpainya ditingkat atas tadi. " Mana mana ? Mana orang masuk? Mana ?" ' Eh ibu aku ni tetiba je kalut dah kenapa?' " Kat atas tu hah! Siap mandi bagai. Eh ingat ni rumah bapak dia ke hapa?" Hyesun menunjukkan jari telunjuknya ke arah tangga. Luhan pula sedang menuruni tangga ketika itu. " HAH HAH! Tu bu tu ! Dia tengah turun tangga. " Hyesun yang tiba-tiba menjerit itu telah mengejutkan ibunya. Terpaksa mengurut dada Puan Song Hye Kyo. Mata mak saudara Luhan itu melilau mencari kelibat orang yang tidak dikenalinya. " Yang tu ke?" Soal ibu Hyesun. " Ha ah." Lengan Hyesun segera ditampar. " Auch ! Ibuuu !" Hyesun mengaduh manja kerana ibunya tiba-tiba menampar lengannya. " Tu bukan pencuri. Tu abang saudara kamu dari China lah." Ternganga luas mulut Hyesun apabila dia mendapati lelaki yang digigitnya sebentar tadi itu ialah abang saudaranya yang tinggal di China, Luhan. Crush dia semasa kecil. " I guess someone should explain about this?" Luhan menunjukkan tangannya yang digigit sambil bersandar sedikit ke pintu dapur. 'Ahhhh makin cair' ujar Hyesun dalam hati.

 

" Sorry!" " Nope!" " I'm sorry?" " No." " Alah !" Hyesun mengeluh. " Okay okay. I am sorry ?" " Ahha. No no no. " ' Ish mentang mentang hensem banyak songeh pulak /facepalm/' " Habis nak cakap macam mana lagi ?" Tiba-tiba Hyesun terlihat fail universitinya. " Woahhhhhh daebak ! Korea Universiti ? Serius ?" Luhan sekadar mengganggukkan kepala. " Kau memang saja cari pasal dengan aku ke ? Saja je kan masuk Korea Universiti ?" " Eh ? Asal pulak? Bukan aku pilih universiti tu. " " Ahhh. Kau budak transfer ke?" Sekali lagi Luhan menggangguk. " Kau budak situ ke?" Hyesun pula menggangguk. " Ha ah. Sains aktuari. Tahun 1." Luhan mula mendapat idea. " Hah !" Luhan memetik jari. "Aku tahu kau nak buat apa dengan "sorry" kau tu! " Luhan tersengih. Hyesun menggaru kepalanya. 

 

Mulut Hyesun ternganga besar. " Kau gila? Department aku pun tak abis jalan lagi nak suruh bawak kau jalan satu kampus?" Hyesun memandang Luhan yang sangat teruja itu. "Alah. Tunjuk jelah. Sesat kita tanyalah students yang ada kat sini." Lingkaran hitam mula memenuhi mata Hyesun. Mujur dia tiada kelas pada hari itu tetapi masa tidurnya telah terganggu. Selalunya pada  hari Rabu dia tidak akan bangun awal. Tak semena-mena dia terpaksa tinggalkan katil empuknya itu. Ini semua angkara Luhan yang mengetuk biliknya berkali-kali tanpa henti. Hari ni diheretnya pula Hyesun untuk pergi ke kampus. " Hyung, asal tak join yang orientasi punya program je? Diorang bawak gi jenjalan jugak nanti." " Taknak. Tak best. Diorang mesti tunjuk tempat yang penting je. Bosanlah." " Hyungggggg! " " Wuuuui hyung. Oppa lah!" " Euw. Ingat ni drama korea nak oppa oppa? Oopang karang baru tahu." Hyesun buat-buat mahu menampar Luhan. " I dare you!" Hyesun menjeling ke arah Luhan lalu lidahnya dikeluarkan /merong/.

~

Mereka berjalan-jalan mengelilingi universiti itu. Hyesun turut menunjukkan kelab kelab yang terdapat di universiti berkenaan. " Bola keranjang ?" " Iyup." " Hyesun masuk kelab apa ?" " Ini." " Cheerleaders?" " Heyyyy. No way. Yang hyung cakap tadilah." " Bola keranjang ? Seriously bola keranjang ? Sampai ke ?" Hyesun mencubit lengan Luhan. " Auch. Sakittt." Hyesun memuncungkan bibirnya. Hyesun sebenarnya dikategorikan sebagai pelajar perempuan yang agak tinggi dengan ketinggian 173 cm. " Ingat orang pendek sangat ke? " "Manalah tahu kot kot tak sampai ke. Hihihi. " Luhan bergurau. " Eh jangan pandang rendah kat Hyesun okay. Hyung pun bukan tinggi sangat . " /facepalm/ " Eiii budak ni. Aku luku jugak karang. " Luhan menunjukkan tangannya yang digenggam ke arah Hyesun. " Trylahhhh." " Eiiii ! " Luhan cuba menahan. ' Nasib baik kau perempuan kalau tak lama dah aku luku.' Setelah Luhan berfikir sejenak, Luhan mengambil keputusan untuk menyertai salah satu kelab yang ada. " Aku nak join team ni lah." Jari Luhan tepat menunjuk ke arah senarai nama pasukan bola keranjang. 'Mampus aku.' Getus hati Hyesun.

" Wei! Siapa mamat hensem yang datang dengan kau tadi tu ?" Soal Hyemi, rakan sepasukan Hyesun dalam kelab bola keranjang. " Sepupu aku. Kenapa?" " Wow. Tak tahu pulak kau ada sepupu hensem macam tu. Hihihi." Hyemi mula gembira. ' Senanglah aku nak kenal dengan mamat tu nanti. " Tayah berangan. Aku takkan kasi kau kenal dia punya. " ' Ish minah ni. Macam boleh baca pemikiran aku pulak.' ' No way aku akan bagi Luhan aku dekat kau.' Masing-masing masih dalam dunia pemikiran masing-masing. " Alahhhhhh. Asal kedekut sangat ni?" Cebik Hyemi di sisi Hyesun. " Manada kedekut. Kau tu yang tak boleh harap sangat. Nanti tak pasal pasal aku kena marah sebab kau mainkan dia." Hyesun tidak mempedulikan muncung bibir rakannya yang makin hodoh dilihat itu. " Ish takkan lah aku nak mainkan dia pulak. Aku bukannya playgirl pun." " Bukan? Bukan playgirl kau cakap? Habis yang kau break dengan Jong Suk minggu lepas tu apa? Dah sekarang ni nak Luhan pulak. Semalam konon nak Sehunlah. Lusa nak Chanyeol lah. Ei. Tak guna betul." " Eh kau ni. Sesuka hati kata aku tak guna. Kalau tak sebab aku, siapa nak kawan dengan kau ?" " Aku boleh survive je kalau kau takde pun. Luhan kan dah ada sekarang. " " Hah camnilah kawan. Dah dapat baru tinggal yang lama. Habis madu sepah dibuang. Camni lah kau." Belum sempat Hyesun membalas ayat Hyemi, Cikgu Choi meniupkan wisel agar semua ahli berkumpul dihadapannya. Hyesun dan Hyemi memang suka bergaduh sejak sekolah menengah rendah lagi. Tak pernah satu hari pun hari mereka tenang tanpa sebarang perbalahan. Ada sahaja yang ingin dibahaskan. Namun sedikit pun mereka terasa hati malah perbalahan itulah yang merapatkan hubungan mereka. 

" Memandangkan hari ini kita akan menerima dua ahli baru, saya nak awak semua beri tepukan kepada kedua-dua ahli baru kita. Zhang Yixing dan Luhan. Mereka merupakan pelajar pertukaran daripada China ke universiti kita selama satu tahun setengah. Dalam tempoh tersebut, mereka akan jadi ahli pasukan kita dan saya harapkan mereka berdua dapat memberikan persembahan terbaik sepanjang mereka berada di sini. Dan jangan risau. Kedua-dua ahli baru ni boleh cakap Korea dan faham apa yang saya sedang sampaikan. Of course I need students who can understand my coach well , am I right ? So, let's begin the test. Okay Yixing, Luhan. Awak akan dibahagikan kepada dua team. Satu Luhan ketua. Satu lagi awak ketua. And here the name list for each group." Masing-masing berdebar menunggu giliran untuk dipanggil menjadi ahli kumpulan bagi pelajar baru itu. Sesiapa namanya yang akan dipanggil untuk menjadi ahli pasukan sementara itu selalunya dipilih berdasarkan skill yang mereka ada dan kemungkinan besar akan menjadi barisan utama untuk sebarang pertandingan. Ahli kelab bola keranjang yang terdiri daripada 25 orang pelajar lelaki dan 20 pelajar perempuan itu selalu bersaing sesama sendiri untuk menjadi pemain utama universiti.

" Luhan team. Park Chanyeol, Shim Changmin, Yook Sungjae, Choi Minho. Zhang Yixing team. Kim Jong In, Lee Taemin, Lee Howon dan Oh Sehun." Tepukan gemuruh diberikan selepas nama-nama pemain disebut. Namun ada bisikan-bisikan yang tak sedap didengar. " Sehun dah boleh main ke? Bukan ankle dia tak sihat lagi ke ?" Bisik salah seorang pelajar perempuan kepada kawannya. " Tulah. Kalau dia main lagi nanti makin teruk pulak kan?" Kawannya hanya bersetuju dengan kenyataan tersebut. " Okay. Semua boleh warm up. Lee Hyesun. Shim Changmin. You may lead your team now. Lepas tu baru kita buat penilaian ya." " Erghh tak main pun kena warm up ke?" "Tulah," bebel sebahagian pelajar perempuan. Hyesun tegas menegur mereka. " Buat jelah jangan banyak songeh." Semua pakat menundukkan kepala. Akur dengan kata-kata ketua mereka. " Yah - Lee Hyesun. " Luhan memanggil lalu membuat isyarat mata dan tangan kepada Hyesun sebagai tanda berjaga-jaga. ' Habislah aku. Kena bahan lagi.' Hyesun pula menunjukkan penumbuk kepada Luhan. " No flirting !" Laung coach Yoon, coach untuk pasukan perempuan.

Selepas warm up, penilaian untuk Luhan dan Yixing dimulakan. Kumpulan Yixing bertindak agak agresif kerana mereka memang terkenal dengan trick trick yang pantas dalam pasukan bola keranjang universiti mereka. Jong In atau lebih popular dengan panggilan Kai itu mula men 'dribble' bola yang terlepas daripada tangan Changmin sebentar tadi. Selepas berjaya dribble ke kawasan pasukan lawan, dia melakukan hantar daripada sisi kirinya kepada Taemin. Selepas dua kali bum, Taemin berjaya menjaringkan 3 mata dari luar garisan 3 mata. Chanyeol yang lebih tinggi daripada Taemin itu tidak berjaya menghalang pergerakan Taemin. Kai dan Taemin bersorak ditengah-tengah gelanggang. Permainan diteruskan lagi dengan mata 15-10. Kumpulan Luhan ketinggalan 5 mata dibelakang kumpulan Yixing. Selepas rehat selama 3 minit, mereka meneruskan permainan. Kali ini Luhan mula mengawal perlawanan.Luhan berjaya melepasi halangan yang dilakukan oleh pasukan lawan. Dia menghantar bola ke arah Chanyeol kemudian bopa itu bergerak ke arah Minho. Dia cuba menjaringkan gol tetapi tidak berjaya maka Luhan berjaya mendapatkan rebound daripada bawah jaring. Luhan dengan gaya double clutch ala-ala Michael Jordan menjaringkan 2 mata untuk pasukannya.

" Perghhh. Double clutch and dunk. Heol. Budak transfer tu power wei!" Bilang salag seorang ahli pasukan perempuan yang berdiri dihadapan Hye Sun. Dia sendiri terpesona dengan pergerakan Luhan yang hampir sama dengan pemain famous dalam bola keranjang itu. Senang cerita cara permainan Luhan sangat professional tahap NBA. Semasa pusingan ketiga, ahli kumpulan bermain dengan lebih ganas. Mereka tidak kisah melakukan foul asalkan mereka dapat menghalang pergerakan ahli kumpulan Luhan dan mereka boleh jaringkan mata. Perlawanan semakin sengit walhal permainan itu hanya untuk menguji skill Luhan dan Yixing dalam bermain bola keranjang sahaja.Oh Sehun yang sedari tadi tidak banyak melakukan sumbangan mula menjaringkan 3 mata setiap kali dia mendapat bola. Nampaknya keadaan Sehun semakin pulih. Selepas suku keempat berakhir, kumpulan Yixing menang dengan mata 89-87. " Argh lagi sikit. " Keluh Sungjae. " Tulah. " Keluhan Sugjae ditambah lagi dengan kesalan daripada Changmin. " Dahlah. Jangan menyesal. Kita dah cuba sehabis baik dah." Chanyeol si penyebar virus bahagia terus menenangkan rakan sepasukannya. Luhan segera menunduk hormat ke arah ahli kumpulannya, memohon maaf kerana tidak dapat membantu kumpulannya untuk menang. " I'm so sorry. I didn't mean to lose this game." "Hehehe. Its fine. Kami pun dah lama tak main. Skill dah kurang." Chanyeol tawa hambar sambil menggosok lehernya. Luhan sekali lagi memohon maaf. 

 

Pritttt. 

Semua berkumpul dihadapan jurulatih. "Okay. Latihan tamat untuk hari ini. Masing-masing dah tahu kebolehan ahli baru kita kan?" " Tahu~~" serentak ahli kelab bola keranjang menjawab soalan Jurulatih Choi. " Esok macam biasa. Kita akan mulakan latihan intensif." "Alahhhhhhh~" semua pelajar mengeluh. "Okay, tambah lagi sejam untuk esok." Sampuk Coach Yoon daripada belakang pelajar-pelajar. "Hah???" Kali ini masing-masing mengeluh dalam hati. Tidak mahu dikenakan masa tambahan lagi. " Lee Hyesun, Shim Changmin. Pastikan semua orang datang tepat pada masanya kalau tidak, keliling court 20 kali. If you doesn't love your teammates, you will be watching them to run around the court tomorrow."

~

Setibanya di rumah, Hyesun segera bergerak ke biliknya tanpa mempedulikan Luhan. Dia tahu Luhan pasti ingin mengejeknya. " Hai Luhan. Hyesun mana?" Sapa mak saudaranya itu. Luhan sekadar menggangkat bahu. " Entah, naik bilik dah kot." " Ish budak bertuah tu. Suka balik tak tegur makcik dulu. Dah, kamu naik mandi, lepas tu ajak Hyesun turun makan sekali. Berpeluh sampai macam mandi je kamu ni." "Bau ke badan Luhan ni makcik?" Luhan cuba mengusik mak saudaranya dengan mendekatkan dirinya ke tubuh Makcik Hye Kyo. "Ish kamu ni!" Lengah Luhan ditampar oleh ibu Hyesun. " Dah. Dah. Naik mandi sana." Luhan ketawa besar melihat gelagat mak saudaranya itu. 

Makan malam yang disediakan oleh Puan Song amat menyelerakan. Luhan bersyukur kerana dia mempunyai saudara di Korea. Sekurang-kurangnya tak perlulah dia makan mi segera setiap hari kerana perbelanjaan makanan di Korea agak mahal. Hari-hari makan dekat kedai pun bosan jugak. Disamping dapat rasa masakan mak saudaranya, Luhan turut menikmati hidangan makan malam secara beramai-ramai seperti satu keluarga. Sudah lama dia tidak dapat merasai waktu makan bersama-sama keluarga kerana ibu dan ayahnya sentiasa sibuk dengan kerja-kerja yang menimbun. 

"Macam mana latihan siang tadi? Banyak improvement?" Hyesun dan Luhan sekadar menggangguk. " Luhan hyung terer yah, dia boleh buat double clutch macam Michael Jordan tu. Hebatkan?" Hyesun mengangkat kening kanannya tanda perli. "Wahhh. Hebat jugak kamu Luhan. Dari mana kamu belajar?" " Luhan tersimpul malu lalu dengan rendah diri berkata, " Takdelah hebat mana. Cuma Luhan dulu memang main basket dekat China. I'm one of the university players." " Ohh. I see. I guess basketball is our family game." "Huh?" Luhan tidak faham. "Well your dad never tell you that he was a good basketball player too? Just the same level with me. Hahaha." "Ohhhh. Really? Pa never tell me. No wonder he come and watch my games secretly. Sometimes. Hehe." Hyesun yang hanya memerhati Luhan daripada tadi tergerak hatinya untuk berkata 'Luhan ni handsome jugak kan?' *well agreed*

~

" Maaaaa! How are you ? I miss ya so much much much much as long as Great Wall China." Luhan tersengih sendirian. " Hek eleh. Jangan tipulah Luhan. Im not gonna be trick by your lovely voice." Luhan memuncungkan bibirnya. Walaupun ibunya tidak dapat melihat Luhan, tetapi dia tahu anaknya sedang merajuk. "Maaaa. Sampai hati buat Luhan macam ni ." " Hahahaha" kedengaran tawa ibunya dari gelombang telefon. " Of course I miss my boy too. My deer. " "Ma, d-e-e-r ke d-e-a-r ?" Soal Luhan sambil mengeja perkataan. " Both ! Hihihi " " Ma, sejak bila jadi nakal ni?" " Sejak my boy tinggalkan ma sorang-sorang lagi." " Ma janganlah buat Luhan rasa bersalah. " " Alolololo. Anak mama yang sorang ni. Dah tak boleh gurau-gurau ye? Hihi. Macam mana kat sana? Best tak?" "Okay je ma. Kat sini best. By the way ma, I got selected in the basketball team. And Uncle Byung Hyun said basketball is our family game. Is that true?" "Hmmm. I am not so sure tapi memang ma dulu suka dekat papa Luhan sebab skill basketball dia." "Maaaaa. Again dah lama-lama ma baru nak bagitau secret ni kan? Luhan dah umur 24 baru tahu sebab apa ma suka kat papa. Tapi kenapa Luhan suka bola sepak lagi?" " Manalah mama tahu sayangku. Different people have different interest honey." "Hmmm okay. But ma, bila nak datang tengok Luhan kat sini?" " Aik, baru seminggu dah nak mama datang Korea dah?" " Hehe. Ma you know that I miss you so much?" " My boy dah umur 24 pun still rindu kat mama ke? Tak malu ke nanti Hyesun kata Luhan anak manja?" "I dont care about that. I just miss you." " I know I miss you too and beyond your knowledge. Nantilah. When pa got some time, we will pay a visit to you and Uncle Byung Hyun too. I miss them too." "Ma! Mana boleh rindu orang lain selain Luhan!" " Ishh kongsilah sikit kasih sayang tu. Nanti anak ma pun nak jumpa isteri dia jugak. At that time should I say the same thing too?" "Maaaa." "Hah, kan dah muncung mulut tu. Dahlah. I got customer here. I call you again later, alright?" "Alright ma. Love ya, muah." "Muah muah muah. Okay darl. Take care. " "You too. Bye bye ma." "Bye boy." Akhirnya terubat juga rindu Luhan terhadap ibunya.

~

" So I guess my sorry is clear right?" Soal Hyesun ketika mereka bergerak ke dalam kampus. " Hermmm. I dont think so. " " Now what again? Dah bawak jalan kan? Dah masuk kelab pun kan? Maafkan jelah. " " Taknak." Luhan menyilangkan tangannya didada." " Apa lagi kali ni?" Hyesun menjeling ke arah Luhan. "Be my girlfriend." " What?!" " What what?" " Be my what?" " Your boyfriend." "Huh ?!" " Okay. Now let me make it clear. I want you to be my girlfriend and that is it. Yes or no?" " No way !" " Okayyyy. Fine then." Luhan memasamkan mukanya, kecewa. "But wait. What a nonsense are you talking about?" Luhan memegang kedua-dua bahu Hyesun. " Okay. Macam ni. Untuk selesaikan sorry kau tu, kau kena jadi girlfriend aku. I know it is too sudden but I love you. " Hyesun ternganga. ' Crush aku ada hati kat aku? OH MY GODDNESS. HOORAYYYY!' " So nak ke taknak?" " I need time to think Luhan hyung. " " Okay. I will give you time. Tapi lagi lambat Hyesun bagi jawapan, lagi panjang sorry Hyesun tertangguh. Even if you die,I will never forgive you." " Hey. Tak baik. " Luhan menjelirkan lidahnya. " Bluwek! I got to go ! Bye! " Luhan meninggalkan Hyesun berdiri kaku disitu. Hyesun mula tersedar dan cuba mengejar Luhan yang hampir menghilangkan diri itu.

" Opps, sorry." Hyesun terlanggar seseorang. Dia segera meminta maaf dan menggangkat mukanya memandang wajah tubuh tersebut." Ah. Takpe takpe. Saya okay. Eh Hyesun. Rushing nak gi mana ni?" ' Omaigad. Sehun! Fairynyaaaaaaa! Kyaaa.' " Erm-Ermmm ke-kelas ." Hyesun cuba menutup malunya. " Hahaha. Kalutnya sampai langgar orang." Tiba-tiba Kai disebelahnya menyampuk. "Kau dah lambat ke? Bukan takde kelas ke harini?" " Huh. Ha ah. Dah lambat. Eh? Bukan ada ke?" " Calculus kan?" Soal Kai lagi. Hyesun sekadar mengganguk. " Madam kata batal. Baru je lepas jumpa dia tadi. " Ahh yeke? Kat group tak kata apa-apa pun," " Dahlah. Aku dah post tadi. Japgi kau baca balik ya." "Oh okay. Thank you." " Welcome." " Erm. Harini jangan lupa tau. Latihan. Tolonglah jangan lambat. Tak larat lari ni." Sempat lagi Hyesun berpesan kepada ahli kumpulan bola keranjangnya. Sehun yang terdiam sedari tadi menjawab. " Okay cik adik. See you in court." Hyesun membuat tanda okay dengan jarinya lalu meminta diri. Masing-masing melambai dan bergerak ke arah yang berlainan. ' Ish Luhan ni. Sabar jelah.Nasib baik terlepas kalau tidak aku kerjakan cukup-cukup. Tapi betul ke apa dia cakap tadi tu? Pelik ah dia ni -_-' '  ujar Hyesun dalam hati sambil bergerak ke kafe.

 

" Peliklah Hyesun tu. Dia memang jenis kelam kabut macam tu ke? Sepanjang aku tengok dia jadi ketua pasukan tu rilek je." Soal Sehun yang pelik dengan perangai Hyesun sebentar tadi. Kelihatan gopoh dan kalut semacam je. " Takdelah. Dia okay je. Dalam kelas pun dia jenis yang tenang je. Kenapanya?" Jelas Kai yang satu kelas Calculus dengan Hyesun. " Takdelah. Aku saja tanya." " Amboi. Selalunya jarang je kau tanya pasal perempuan. Ni Hyesun sesaja pulak kau tanya ya, kenapa? Suka ke?" "Ish, kau ni. Teammate sendiri pun tak boleh tanya ke?" " Ceh. Yelah tu. Kalau aku suruh list semua 20 orang members dalam basketball team tu kau boleh jawab ke?" " Aku bukan playboy macam kau nak kena ingat semua nama budak perempuan." "Hoi. Aku pulak playboy kau kata?" " Hahaha. Betul apa. Kau playboy kan?" " No! Habis cik adik sayang aku si Hyuri tu nak campak mana?" " Bak bagi kat Chanyeol. Dia kan suka kat Hyuri tu." " No way. She is mine." Sedang Kai dan Sehun rancak berbual, tiba-tiba Hyuri berdiri disebelah Kai. "Saya dengar ada orang sebut nama saya. Ada apa-apa ke?" Terkejut Sehun dan Kai apabila perbualan mereka tiba-tiba disampuk oleh Hyuri. " Hey budak kecik. Nasib baik kami ni takde heart attack. Mau meninggal kat sini jugak tau." "Takpe. Kai meninggal, Chanyeol ada. Hahaha." Segera telinga Hyuri ditarik oleh Kai. " Eh eh jangan mengada. " " Ah ah ah arghhh! Sakitlah," lengan Kai dicubit oleh Hyuri dengan kuat. Kini Kai pula menjerit lalu melepaskan pegangannya ditelinga Hyuri. Kai mengusap kesan cubitan Hyuri . "Sakit," Kai mengadu. " Hitam!" "Pendek!" "Arang kayu," "Minion," "Hey!" Lengan Kai ditampar pula. "Eh eh dah dah. Geli aku aku tengok. Korang tak abis-abis nak gaduh je kerja." "Jeles," Kai segera merangkul bahu Hyuri. Hyuri sekadar tersengih. Hubungan mesra Kai dan Hyuri amat dicemburui oleh pasangan yang lain kerana mereka sangat rapat seperti adik-beradik tapi dalam masa yang sama mereka amat romantik sesama sendiri. "Sehun sekadar membuat muka blur tanda malas nak layan. "Kau pun, dah patut start curi hati Hyesun tu hah." Ujar Kai cuba menyakinkan Sehun. "Ntah. Sampai bila nak tengok kami berdua je? Nak jugak ada geng perempuan." tambah Hyuri pula cuba menyakinkan Sehun untuk mengorakkan langkah mendekati Hyesun. " Lama-lama aku layan korang ni boleh jadi gila aku. Dahlah. Aku nak blah. Anyyeong!" Sehun melarikan diri dengan meninggalkan pasangan tersebut. " Tengok tu. Orang nasihat taknak dengar. Nanti kena kebas baru tahu," bebel Kai sambil melihat Sehun berlalu meninggalkan mereke berdua. "Kai, Hyesun tu cantik ke?" Soal Hyuri sambil menyelitkan satu jarinya ke jari tengah tangan kanan Kai. " Pernah tengok ketua kumpulan baketball perempuan tak?" Hyuri sekadar menggangguk untuk menjawab soalan Kai. "Hah yang tulah." " Ohhh. Macam comel." 

 

~

 

Nafas Luhan turun naik dengan laju. Dia membongokkan badan, tangannya memegang lutut. " Go go Luhan. Ada 5 pusingan lagi. Fighting!" Chanyeol memberi semangat lalu meninggalkan Luhan. " Huh? 5 round lagi?" Luhan mengeluh tetapi tetap menyambung lariannya keliling padang sekolah. Setelah selesai mengelilingi padang sekolah sebanyak 30 kali mereka semua menahan lelah. "Tak laratnyaaaaa." Keluh salah seorang pelajar perempuan selepas menamatkan larian. "Okay okay. Take five and dribble 100 times." Laung Coach Choi. Semua menunjukkan reaksi tidak puas hati dan kecewa. Latihan intensif yang selalunya diadakan sebulan sebelum perlawanan utama amat meletihkan dan tiada sesiapa pun yang dapat mengecualikan diri kerana waktu inilah prestasi setiap pemain akan dinilai. Sesiapa yang melepasi penilaian pemain utama akan menerima latihan khas dua minggu sebelum pertandingan. Semua perlu menunjukkan bakat dan kebolehan masing-masing bagi melayakkan diri menjadi barisan utama.

Setelah selesai latihan dribble, mereka meneruskan latihan untuk layup. Kemudian mereka melakukan latihan passing pula. Latihan selama 2 jam 30 minit itu ditamatkan dengan bunyi wisel yang ditiup oleh Cikgu Choi. " Okay. Session end. Cool down everybody !" Semua ahli melakukan aktiviti cool down dengan diketuai oleh Chain dan Hyesun. Selesai latihan, Hyesun dan Luhan mengatur langkah ke tempat menunggu bas. " Arghhhhhh letihnya. Asal kau tak bagitahu latihan dia memenatkan macam ni?" Keluh Luhan. "Dah tak tanya takkan tetiba nak bagitahu," bicara Hyesun, malas. 'Ish mamat ni. Tadi punya lari taknak cakap dengan aku -_- ' "Perlu tanya baru nak bagitahu ke?" Luhan mengerutkan dahinya. "You are suppose to be responsible as the team captain right?" Nadanya agak tinggi. "I am in charge with girl team. So that is not my job to tell me how the routine will be. You should ask Changmin oppa if you wants to know more." Nada suara Hyesun juga tinggi. Sebenarnya dia agak terkejut apabila Luhan meninggikan kepadanya sebentar tadi. Beberapa orang pelajar yang turut menunggu bas disitu memandang pelik ke arah Luhan dan Hyesun. " Hyesun-ah. Hyung minta maaf okay?" Bisik Luhan lalu menarik rapat Hyesun ke sisinya. Hyesun memandang ke bawah. "Hyung macam nak marah Hyesun je." Hyesun berkata seperti mahu nangis. "Sorry sorry. Hyung ternaikkan suara sikit tadi. Hyung penatlah." Luhan meminta maaf sambil menggosok-gosok lengan Hyesun. Mereka sudah terbiasa bersentuhan seperti adik-beradik kerana mereka sangat rapat sejak kecil. Luhan selalu membantu dan menjaga Hyesun sekiranya mereka bermain bersama-sama. Disebabkan Hyesun suka berambut pendek dan berkelakuan seperti budak lelaki semasa kecil, Luhan tidak membenarkan Hyesun memanggilnya oppa. Dulu Luhan mengganggap Hyesun sebagai sepupu lelakinya. Oleh sebab itu, Hyesun sudah terbiasa memanggil Luhan sebagai hyung. Disebalik sentuhan mesra oleh Luhan terhadap Hyesun, ada mata yang giat memerhatikan pasangan itu. Mata itu menunjukkan rasa cemburu,kecewa dan keliru dengan status hubungan Hyesun dan Luhan.

 

~

 

*bunyi batuk* Hyesun mengurut dadanya banyak kali. Selepas mandi tadi, batuknya tidak berhenti. Dia sendiri tidak pasti kenaapa. Dia memeriksa suhu badannya dengan belakang tapak tangan. 'Takdelah panas mana.' Batuknya masih tidak berhenti. Knock knock. "Hyesun, auntie panggil makan." Suara Luhan kedengaran daripada luar bilik. "Ahh ah. Okay." Hyesun mengatur langkah menuruni tangga. Batuknya kedengaran sehingga ke dapur. Luhan sekadar memandang ke arah Hyesun ketika dia mengambil tempat duduk disebelah ibunya. " Anak ayah sakit ke? Batuk macam teruk je." Soal Encik Byung Hyun kepada anak tunggalnya. Hyesun menggelengkan kepala. "Takdelah teruk mana. Just batuk sikit je. Maybe sebab minum air sejuk time training tadi kot." Jelas Hyesun mengenai punca batuknya. "Ouhh okay. Makan dulu pastu nanti makan ubat. Ambil dekat dalam laci tu. Ada kot ubat batuk." Encik Lee menunjukkan laci di sudut kiri dapurnya. Dalam laci itu memang diletakkan stok ubat-ubatan yang hampir lengkap untuk seisi keluarga. "Okay yah."

Batuk Hyesun masih belum berhenti-henti. Dia sudah mengambil ubat batuk tetapi batuknya masih tidak berkurang. Luhan mengetuk pintu bilik Hyesun. Hyesun yang berada dibilik air,cemas. Tiba-tiba mulutnya mengeluarkan cecair merah. Dia sedang membasuh cecair itu ketika Luhan mengetuk pintu biliknya. "Hyesun? Hyesun?" Panggil Luhan. "Kejap kejap!" Laung Hyesun. Pintu bilik dibuka. Luhan tersenyum lebar. 'Ish dia kalau hari-hari macam ni mahu hilang hati aku. Cair.' " Nak apa?" Soal Hyesun dingin. " Alohh orang nak datang jenguk puk tak boleh. Asal lambat sangat buka tadi?" Soal Luhan. " Aku kencinglah. Tu lambat sikit." " Eii. Mesti bilik air kau busuk." Luhan menutup hidungnya dan membuat reaksi muka seperti geli. "Eleh habis kencing kau tak hancing ke? Ingat kau tu apa? Kencing nak wangi-wangi?" "Aku kan angel," Luhan meletakkan tangan-tangannya dibawah dagunya sambil menggerakkan kepalanya ke kiri dan ke kanan. Hyesun menunjukkan penumbuk seperti ingin menumbuk Luhan. "Ei. Aku tumbuk betul-betul karang mau lebam sebelah mata." "Ei ganas." " Mehlah masuk. Semak je depan pintu ni." "Yay." Sorak Luhan. "Wah bilik kau. Girlish. Hihihi." "Hoi. Cakap baik sikit. Takkan aku nak letak gambar superman pulak dalam bilik ni?" "Kau bukan minat superman ke? Power rangers? Power Rangersss !" Luhan membuat gaya power ranger dengan tangan dan badannya. "Eii. Tu dululah. Sekarang aku dah berubah." "Sekarang kau minat Barbie ke? Im a barbie girl in the barbie world," Luhan menari-nari dalam bilik Hyesun. Laju sahaja Hyesun mencubit lengan Luhan tanpa belas kasihan. "Arghhhhhhhh! Hey. Sakitlah!" "Padan muka. Mulut tu jahat sangat!" "Hahaha. Yelah yelah yelah. Sorrylah. Gurau pun tak boleh."

Hyesun mencebikkan bibirnya. Batuknya makin parah. Luhan memegang bahu Hyesun. "Kau ni okay ke tak? Makan ubat ke belum? Pucat je muka." Muka Luhan berubah menjadi lebih risau. "Aku okay. Dah makan ubat dah tadi." "Serius ni?" "Yup. Dah. Sekarang kau nak apa sebenarnya?" "Saja. Nak tengok bilik kau. Hahaha." "Eh lawaknyaa -,-" " Tak, aku nak  pinjam gunting. Ada tak ?" "Ceh. Beriya. Gi amik atas meja tu." Luhan bangun daripada atas katil Hyesun lalu mengambil gunting dalam bekas alat tulis. " Eh, kau suka Shinee ke?" Luhan bertanya kepada Hyesun sambil melihat gambar Shinee diletakkan di atas meja belajar Hyesun. "Haah. Suka gila. Tu amik masa fansign aritu. Heeee." Hyesun tersenyum lebar mengenangkan peristiwa dia berjumpa dengan Shinee dihujung tahun sekolah menengahnya tahun lepas. "Ohh okay. Erm aku pinjam eh gunting ni ya? And please don't be sick. Bibir kau nampak pucat ni. Rehat awal okay?" Luhan senyum lalu meninggalkan bilik Hyesun. "Eh gunting pulangkan balik. Jangan buat harta pulak." Pesan Hyesun. "Yelah yelah --" 

 

Selepas Luhan beredar daripada biliknya, Hyesun menghantar pesanan ringkas kepada Hyemi melalui Kakaotalk. 

Hyesun :

Wei teman aku esok pergi klinik. Nak tak?

Hyemi : 

Klinik? Asal? Kau sakit ke? 

Hyesun :

Agaklah. Aku batuk-batuk sejak balik training tadi.

Kau nak ikut ke tak?

Hyemi :

Okay je. 

Esok takde training kan?

Hyesun :

Tak.

Takde.

Okay. Teman ya.

Thank youuuu.

Hyemi :

Alright.

No hal lah

Welcome.

Tapi asal kai tak suruh sepupu kau je teman?

Hyesun :

Hehehe

Ni sayang kau ni.

Ajak siapa?

Luhan?

Hyemi :

Dan dan lah sayang kau ni.

Ha ah Luhan

Asal tak ajak dia?

Hyesun :

Taknak aku.

Karang dia perli aku pulak

Takat batuk biasa je pun nak gi cek doktor.

Hyemi : 

Ntah kau. 

Demam sikit je pun takkan nak pergi klinik kot?

Hyesun :

Ish kau ni.

Nak teman ke tak nak ni?

Hyemi : 

Eh eh nak lah.

Aku gurau jelah.

Kau ni touching pulak.

Hyesun : 

Yelah yelah.

Dahlah, aku mengantuk ni.

Esoklah kita jumpa

Tadi aku makan ubat batuk

Kuat pulak effectnya.

Hyemi :

Okay okay

See ya

Tidolah nanti tak larat pula.

Night night.

Hyesun :

Night~

Sweet dream~

 

Hyesun meletakkan telefon bimbitnya disebelah tempat dia berbaring. Dia terus terlelap selepas menghantar pesanan kepada Hyemi. 

Selepas keluar daripada bilik Hyesun, Luhan segera mengatur langkah ke biliknya. Luhan sebenarnya tidak memerlukan pun gunting itu. Sahaja dia jadikan alasan agar tidak nampak sangat niat dia pergi ke bilik itu kerana dia risau akan keadaan Hyesun. Ketika dia mengambil masa yang lama untuk membuka pintu, Luhan bagai cacing kepanasan menunggu pintu bilik di buka. Apabila dia melihat wajah Hyesun semakin pucat ketika pintu bilik dibuka, dia rasa ingin bawa Hyesun ke hospital waktu itu juga. Mujur sudah lewat malam dan dia tidak mempunyai kenderaan untuk menghantar Hyesun ke hospital. Kalau tidak, Hyesun  tidak akan dibiarkan olehnya berpucat dan batuk dengan kuat sehingga dapat didengari daripada biliknya. Bilik mereka hanya pisahkan dengan bilik bacaan ditengah-tengah. ' Ish Hyesun ni. Kata tak teruk tapi muka pucat sangat. Tadi buka pintu pun lambat. Tangan dia pun macam merah merah je.' Fikir Luhan, bimbang.

~

Di klinik, selepas setengah jam menunggu giliran, akhirnya nama Hyesun oleh jururawat yang bertugas, " Lee Hyesun !" Hyesun mengatur langkah masuk ke dalam bilik yang dilabel nombor 2 itu. " Jemput duduk." Suruh doktor yang bertugas mesra. " Jadi, apa masalah cik ya?" Doktor tu memulakan tugasnya. " Semalam saya asyik batuk-batuk je. Saya ingat perkara biasalah. Tapi masa lepas makan ubat tu, batuk saya keluar darahlah doktor." " Keluar darah? Takpe biar saya periksa suhu badan awak. " doktor itu memulakan pekerjaannya dengan memeriksa mata dan mulut Hyesun. Selepas itu suhu badan Hyesun diperiksa. Selepas beberapa langkah, doktor mula menerangkan apakah masalah yang dihadapi oleh Hyesun.

" Selepas apa yang saya periksa, mungkin awak dapat batuk ni sebab awak minum ais petang semalam. Sebab keadaan tekak awak yang agak luka, jadi batuk ada hasilkan kahak dan agak berdarah. Saya akan bagi ubat yang sepatutnya. Tolong jangan tingal waktu makan ubat walaupun awak tak suka telan ubat ya?" Pesan doktor itu. Hyesum sekadar menggangguk. " Untuk kurangan rasa sakit, jangan minum minuman yang bergas. Lepas tu elakkan makanan yang terlampau berminyak untuk elakkan arteri awak tersumbat. Don't worry, for the time being, you're still fine. If anything bad happen, please come and see the doctor as soon as possible." Sekali lagi Hyesun mengganggukkan kepala sebelum mengucapkan terima kasih lalu beredar meninggalkan bilik rawatan itu. " Eh Hyesun, macam mana? Okay?" Hyesun mengganguk sebelum menjawab. " Okay je. Doktor kata tekak aku macam luka sikit. Pastu jangan minum air sejuk dan bergas." " Pfttt. Nasib baiklah. Ingat ada apa-apa yang kronik tadi. Risau aku dibuatnya." Mereka bergerak pulang ke rumah masing-masing.

~

" Hoi! Asal tak nampak pun dekat court tadi?" Tegur Luhan selepas pulang daripada latihan bola keranjang. Mujur Hyesun mengajarnya cara untuk pulang ke rumah dengan bas. Kalau tidak mahu dia tinggal di universiti itu sampai esok pagi kerana tidak tahu nak naik bas nombor berapa. " Aku minta cuti tadi." "Kawan kau pun?" " Siapa? Hyemi?" Angguk Luhan laju apabila dia mendengar soalan Hyesun itu. " Dia teman aku. Kami mana boleh pisah tahu. Bagai isi dengan kuku. Kalau tercabut sakit tau." Hyesun menunjukkan kuku jarinya. Dia buat-buat ingin cabut kukunya untuk menerangkan dengan lebih lanjut tentang peribahasa itu. Takut-takut Luhan tidak faham. Almaklumlah mereka datang daripada negara yang berbeza. " Mengada. Baru sehari training dah nak cuti." " Tapi kami memang takde latihan pun hari ni." " Ehhhhhhhhh?" " Apa eh eh? Pergi naik mandi sana. Tukar baju. Dah bau dah ketiak tu. Mesti bulu lebat kan? Macam hutan-hutan tu?" Luhan mengacah-acah mahu memeluk Hyesun. "Nah amik bau ni!" Ujar Luhan. " Eiii. Pergilah naik sana," Hyesun menolak Luhan. Luhan sekadar tersenyum lebar. Usikan dia menjadi. ' Ish janganlah senyum macam tu! Makin cairlah hati niiiiiii.'

 

" Luhan, kamu ada lesen memandu?" Soal pakciknya ketika mereka sedang berehat menonton televisyen bersama-sama. " Hmm. Ada." Jawab Luhan ringkas. "Baguslah kalau macam tu. Lesen antarabangsa ke?" Luhan sekadar menggangguk. "Hah baguslah kalau macam tu. Nah amik ni." Pakcik Byung Hyun menghulurkan kunci kepada Luhan." Ermm. Apa ni pakcik?" "Kuncilah apa lagi." Jawab Byung Hyun selamba. "Untuk?" "Untuk kamu drive bawak kereta pergi universiti esok. Kereta ada dekat garaj bawah. Jangan risau. Enjin semua uncle dah service. Touch up mana yang patut. Kamu bawa je kereta tu. Okay?" Luhan yang masih ternganga mulutnya menggangguk tidak percaya. Baru sebupan lebih dia tinggal di Korea, pakciknya sudah beri kepercayaan kepadanya untuk membawa kereta. Bagus juga. Bolehlah dia bersiar-siar dibandar Seoul nanti. Date dengan Hyesun ke. Fikir Luhan sambil membelek kunci kereta itu. Mujur dia tiada kelas pada esok hari kerana cuti hujung minggu. Bolehlah kaw team dengan Hyesun untuk jalan-jalan. Or maybe confess terus? Hihihi.

 

"Yah! Lee Hyesun! Bangunlah cepattttttttt!" Tempik Luhan daripada luar bilik. Dia terus mengetuk pintu bilik Hyesun bertalu-talu namun tiada jawapan yang diberikan mahupun rengekkan menyuruh dia pergi meninggalkan bilik itu. "Yah. Lee Hyesun.." Nada Luhan semakin perlahan. "Bukala pintu ni. Hyesun-ah. Hyesun! Lee Hyesun! Hye-" Tiba-tiba pintu bilik itu dikuak. Kelihatan Hyesun dengan rambut serabai, baju sedikit terdedah, matanya merah. " Hey, okay ke ni?" Soal Luhan lalu membetulkan baju Hyesun. Rambutnya dikemaskan. "Luhan hyung..." Bicara Hyesun lemah. Suaranya agak serak. " Hey. Kenapa ni? Macam sakit teruk je." Hyesun menunjukkan tekaknya. "Sa- sakit." Luhan segera masuk ke dalam bilk lalu membawa Hyesun berehat ke atas katil. " Duduk dulu, I will bring you some warm water." Luhan perlahan-lahan menyuruh Hyesun duduk di atas katil lalu dia beredar ke dapur. Sempat dia megambil ubat di dalam laci sebelum naik semula ke atas. " Nah, minum ni. Eh? Mana dapat ubat ni?" Soal Luhan selepas dia melihat plastik ubat di sebelah katil Hyesun. "Semalam." Jawab Hyesun serak. "Ermm. Minum dulu air ni. I will bring you something to eat before you eat this." Bilang Luhan sambil menayangkan plastik ubat ditangannya. Hyesun yang tidak mampu mengeluarkan sebarang perkataan hanya menggangguk. Tidak lama selepas it, Luhan kembali ke dalam bilik Hyesun dengan roti dan Nutella dalam dulang. "Makan ni dulu. Aunty tengah buatkan bubur." Pada awalnya Hyesun menolak kerana dia tahu, tekaknya pasti tidak mampu menerima makanan yang dibawa oleh Luhan itu. "Lee Hyesunnnnnnn, makan. Tahu, sakitkan? But you need to take your medicine. So eat. Satu dua pun dah cukup bagus dah. Okay?" Arah Luhan lembut. Dia sendiri tidak tahu kenapa nada suaranya berubah menjadi lebih lembut daripada biasa. Dia mudah berasa bimbang jika sesiapa sahaja disekelilingnya jatuh sakit. Dia mahu mereka cepat sembuh. Oleh sebab itu, Luhan akan segera memberikan rawatan ataupun melayan mereka.

Usai makan roti yang diberi, Luhan menghulurkan ubat mengikut bilangan yang telah ditetapkan. Hyesun menelan ubat yang diberi walaupun tekaknya terasa perit. "Kau rehatlah dulu. Nanti bubur dah siap aku bawak untuk kau. Aku keluar eh?" Ketika Luhan cuba bangkit dan beredar, Hyesun segera memegang jari telunjuk Luhan. "Hyung, thank you." Sebut Hyesun tanpa suara. Luhan segera mengusap kepala Hyesun. Sebaik sahaja Luhan meninggalkan  biliknya, Hyesun segera menarik tisu daripada dalam kotak lalu melepaskan batuk yang tahannya sejak tadi. Sekali lagi cecair merah kelihatan. Hyesun memejamkan mata. 'Sampai bila nak berdarah macam ni??' Luhan yang terdengar Hyesun batuk dengan teruk rasa ingin serbu masuk dalam bilik tetapi dia tahu Hyesun perlukan ruang untuk bersendirian. Semasa dia berada dalam bilik Hyesun tadi, tidak sekali pun Hyesun batuk. Mungkin dia cuba menahan.

~

Luhan memerhatikan dar

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
hanah2212
63 subs? THANK YOUUU :'*

Comments

You must be logged in to comment
erasyazana_kookie
#1
um,sdih....
chacha_ieyra
#2
Chapter 4: sedih!!!....isk..xsnggup...huaa....xthu nk ckp ape....omo....this ff just daebak....
chacha_ieyra
#3
Chapter 2: bapak panjang...TT.TT..
xpe....fighting utk hbskn mmbaca ff daebak ni!!!xDD
yana11 #4
Chapter 4: fanfics awak mmmg daebak...awk ada pengetahuan yg luas...sedih la...nangis sya..hahaha...klu nk buat ff lgi tell me okay..annyeong!!!
Bee_Larry #5
Chapter 4: Chapter 4: Bessttt !! sye dh hbis bce dlm 2 jam je hoho . Looking foward for your next fanfic :D
Virus_Day #6
Chapter 4: Saya suka ff awak !! Tskk .. Tsk .. Sedih tau ? Huhuu *pelukLuHan* . Kalau nak buat ff bagitau saya okay ? Saya suka ff awak sgt2 !!
baekxchan
#7
I'll wait for the nextt
Eykaaa #8
Chapter 2: Chapter 2: Daebak
JeonAra #9
Chapter 4: Ff ni daebak!! Hope buat sequel! ^^
HeavenDelight
#10
Chapter 2: hohoho..
baru baca cket sebenarnye tp saje nak komen..lol
sweet la kai and hyuri tu..*gaduh2 sayang*
haha