Dulu Aku Benci

Dulu Aku Benci
Please Subscribe to read the full chapter

  MATA terasa berat sungguh nak bukak . Ahh, silaunya ! 

 

  Eunjung mencapai telefon bimbitnya . Dah pukul berapa ? 9:pagi ? Oh, awal lagi . Kalau tidur balik pun best ni .

 

  Kejap .. Kejap ..

 

  Pukul berapa tadi ? 9:00 pagi ?!!!! Alamak, Dah lambat !!! 

 

  Baru dia teringat, semalam dia tidur kat sofa ruang tamu rasanya . Yelah, tunggu suami tak berapa nak cinta balik . Tapi, tak balik - balik ..

 

  Dah tu ? macam mana dia boleh ada kat sini ?!! Jangan kata Tao angkat dia lagi sudah !

 

  Eunjung melompat dari katil dan terus mencari Tao .

~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~

 

  Eunjung melihat seperti Tao bercakap dengan seseorang . Perempuan . Cantik . y . Tapi, dia mengandung . Rakan sekerja Tao agaknya ..

 

  Kenapa wajah Tao masam je bercakap dengan wanita tersebut ? Kenapa wanita tu meraung-raung menangis bercakap dengan Tao ?

 

  Dengan keadaan kusut masai, Eunjung mendekati Tao . Masa itu wanita itu dah pun beredar . Tao melangkah ke ruang tamu .

 

  "Siapa tu ?" Soal Eunjung . 

 

  Tao diam ..

 

 

  "Tao.. Saya tanya ni . Siapa perempuan mengandung tadi tu ? officemate ke ?" Soal Eunjung lagi . Dia tanya Tao buat taktau je . Sakit pulak hati .

 

  Tao masih tidak memberikan respons . Dia hanya termenung ke arah televisyen . Tapi bukannya dia tengok pun .

 

  "Awak.. saya ta..." 

 

  "Weh, kau boleh senyap tak ?!!!!!! Serabut tau tak ! Serabut otak aku !" Tengking Tao tiba-tiba .

 

  Eunjung tersentak . Kenapa dengan Tao ni ?

 

  Eunjung segera berlari naik menuju ke biliknya .

 

~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~

 

  Tao tersedar apa yang dibuatnya tadi . Ah, Tao .. Apa kau buat kali ni ? 

 

  Tao memandang Eunjung yang beredar itu .

 

  Kenapa kau tengking dia ? 

 

  Tao meraup mukanya beberapa kali . Tak tahu nak bagitahu Eunjung macam mana . 

 

  Dia boleh percaya ke kat Tao ? Tapi Tao tak yakin yang Eunjung percayakannya .

 

 Rasa bersalah menyelubungi diri .

 

~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~

 

  Kenapa ? Kenapa dia tengking Eunjung ? Padahal Eunjung hanya tanya siapa perempuan tu . Eunjung cuma nak berterima kasih kerana menemankannya seharian semalam . Itu je .

 

  Kenapa ? Kenapa muka Tao pagi-pagi dah masam ? Muram ? Marah ? Dan segala-galanya terpamer pada riak wajah Tao tu .

 

  Tao.. Dah tak suka Eunjung ke ? 

 

  Eh, apa dia merepek ni ?! Tao memang tak suka Eunjung . Dari dulu .

 

  Macam semalam . Tao kata dia tak sayangkan Eunjung . Walaupun dia tahu itu hanyalah gurauan, tapi tetap berbekas di hatinya .

~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~

 

  Pintu dikuak perlahan . Tidak berkunci . Banyak kali juga Tao mengetuk pintu tu . Tapi, tiada sebarang respons yang diberi oleh Eunjung .

 

  Langkah diambil perlahan-lahan . Tao merebahkan punggungnya disebelah Eunjung dan menghadap ke jendela .

 

  Tao memandang sayu ke arah Eunjung . Air jernih membasahi pipi Eunjung .

 

  "Awak.... Nangis ... ke ?" Soal Tao, serba salah . 

 

  Eunjung hanya diam . Dilapnya air mata dengan hujung jari . Ingatkan Tao tak nampak . Hm, kantoi juga akhirnya .

 

  "Sorry.." Tao memandang tepat ke arah mata Eunjung .

 

  Eunjung tidak memandang Tao . Sebaliknya hanya merenung keluar jendela . Tao bagaikan tidak wujud .

 

  Tao merangkul bahu Eunjung . Alah, dah kenapa pulak minah ni ? Aduhhhh . Merajuk pulak ke ?

 

  Eunjung menepis perlahan tangan Tao . Eh, panda ni . Berani sentuh aku lepas tengking aku pulak .

 

  "Kenapa tak kejutkan saya pagi tadi ? Saya dah lambat" Eunjung mengubah topik . Baik dialihnya topik sebelum lain yang jadi nanti .

 

  "Harini hari Sabtu lah, sayang " Tao menyengih . Tahu Eunjung mana suka kalau dia panggil Eunjung dengan panggilan yang sweet .

 

  "ohh la..Yeke .. Tak perasanlah pulak" Eunjung menyengih . Wah malunya malunya !

 

  "Tu lah, semangat nak jadi cikgu tadika sangat" Tao mencubit pipi Eunjung . Dia sudah boleh mengawal marahnya .

 

  "Eungjung-ah .." Perlahan Tao memanggil .

 

  "Nae" Sahut Eunjung .

 

  "Sorry pasal tadi" Tao masih tidak melupakan hal tadi . Dia tahu, Eunjung sengaja nak tukar topik . Ish minah kemetot ni, ada ada je .

 

  Suasana hening . Masing-masing lebih selesa melayan perasaan masing-masing .

 

  "Siapa perempuan tadi tu ?" Soal Eunjung, pelik . Yelah, nampak macam mereka sedang bertengkar .

 

  "Eunjung, awak ni busuklah . Dah, pergi mandi" Tao cuba berdalih . Malas nak cakap pasal tadi .

 

  "Tao-ahhhh !!!!!!" Marah Eunjung . Dahlah soalannya diabaikan . Siap kena kutuk lagi !

 

  "Mesti Eunjung lapar kan ? Mandi. Lepastu kita breakfast sama-sama . Cepat ya . Saya tunggu kat bawah" Arah Tao .

 

  Eunjung hanya menurut perintah .

~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~

 

  Arghh . Hari Sabtu yang membosankan ! Biasanya mereka sibuk dengan aktiviti masing-masing . Tapi kenapa harini hanya berkurung dalam rumah je ? 

 

  Eunjung menekup mukanya . Tak tahu nak buat apa . Bosan sangat sangat sangat ! 

~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~

 

  Tak best !

 

  Laju je tangan Eunjung menukar siaran lain . Ah, sungguh ! Lansung tak tahu nak buat apa sekarang .

 

  Tiba-tiba Tao merebahkan punggungnya disebelah Eunjung . Sibuk dengan telefon bimbitnya . Isteri disebelah pun diabaikannya .

 

  "Tao-ah" Seru Eunjung, perlahan .

 

  "Nae" Tao memandang Eunjung .

 

  "Awak ada rancangan apa - apa tak harini ?" Soal Eunjung . Fikirnya nak ajak Tao ronda-ronda . Melayankan bosannya, boleh terjun bangunan !

 

  "Tak . Kenapa ?" Giliran Tao menyoal .

 

  "Saya ingat nak ajak awak jalan jalan" Ajak Eunjung tanpa segan silu . Buat apa nak segan, suami kan ..

 

  "Malas lah" Selamba Tao membalas . Benarnya, semalam penat dia kerja . Dia ingat nak rehatkan diri .

 

  "oh. okay" Ahhhh . Kenapa lah panda ni ! Rasa nak sepak muka dia ! Eunjung melepaskan keluhan . Mukanya berubah kecewa . Dia bosan terperap dalam rumah ni .

 

  "Awak nak pergi mana ?" Soal Tao . Yelah, tengok muncung isterinya tu dah boleh sidai baju . Kesian pulak rasanya .

 

  "Tasik ?" Eunjung mula sengih .

 

  "em yalah . Pergi siap cepat" Tao mengarah . Dilayan juga permintaan Eunjung .

 

~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~

 

  "Yes sir, what do you wanna to eat ?" Soal pelayan restoran itu . Segak sungguh .

 

  "em..." Tao memilih .

 

  Pelayan itu memandang Eunjung .

 

  Eunjung hanya senyum . Abaikan aje orang dihadapannya itu . Siapa lagi kalau bukan Tao !

 

  Sempat lagi pelayan itu membuat muka menggoda ke Eunjung . Alamak, boleh cair Eunjung dibuatnya !  

 

  Tao yang perasan dengan adegan itu, berdehem .

 

  "ehem . She is my wife" Kata Tao dengan berani .

 

  "oh" balas pelayan tersebut . isteri orang rupanya . Malaslah nak kacau .

 

  Eunjung bengang . Eiy, perlu ke bagitau ? Sepak jugak panda ni !!

~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~

 

  "Ish .. Geram betul" Tao memotong chicken chop itu dengan ganas sekali . Nasib baiklah tak terpelanting . 

 

  "Awak ni kenapa ? Dari tadi saya tengok semacam je" Eunjung hanya menikmati chicken chop dihadapannya itu.

 

  Perangai Tao makin hari makin pelik . Kejap sweet terlampau . Kejap marah . Kejap macam merajuk . Kejap macam jealous . Eh, jealous ke ? Dia takde perasaan lah Eunjung . Ingat tu .

 

  Boleh tanya kenapa ? Eh Eunjung, kau tu Tao punya ! Mestilah dia jealous . Dah jadi isteri orang pun nak menggatal lagi . Apa kurangnya Tao ? handsome. Tinggi . Kaya . Apa lagi ? segalanya cukup ! Senang cerita, perfect lah dia tu . Takkan lah setakat pelayan restoran, Tao diabaikan ?

 

  Kejap .. Yang Tao merungut semacam ni dah kenapa ? Adakah bibit bibit cinta sudah muncul ? Ahh, jauh sekali . cemburu ? Cemburu ke dia ? Eh, dia nak cemburu kat pelayan tu buat apa ? please~

 

  "Yaa . Tao ." Eunjung mula geram . ni lah suaminya . Tanya buat tak tau je .

 

  "Awak tu lah . Main senyum dengan pelayan tadi tu buat apa ? Saya kat depan mata ni masam mencuka je" rungut Tao .

 

  "Eh ? Awak ni dah kenapa ? Demam ke ? ke jealous ?" Eunjung tersenyum nakal . Hahaha . Si panda ni cemburu rupanya . Ish, tak sangka betul ! 

 

  "Dah lah . Cepat makan ." Tao menutup malu . Alamak, kantoi pulak .

 

~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~

 

  "Eunjung, saya pergi practice dance dulu ya " Sapa Tao tiba-tiba .

 

  "okay . Jangan balik lambat sangat ya" Eunjung mengizinkan . 

 

  "yelah sayang . Saya tak balik lambat " Tao mengusap kepala Eunjung .

 

  Kemudian kereta milik Tao mula hilang dari anak mata Eunjung .

 

  Pelik .. Biasanya keluar je . Tak mintak izin . Siap panggil sayang lagi . ish . Jijik benar .

 

~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~

 

  "Haa kau ni Tao . Bila nak ajak aku makan ke apa ke kat rumah kau ? Yelah, sepanjang perkahwinan kau ni.. Aku tak pernah tengok isteri kau . Nak jugak tengok siapa yang gila berani sangat

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
vixx1004 #1
Chapter 13: anak enjung mesti cute
KoJhinhun #2
Ini memang patut untuk di-upvote *tekan butang upvote
miesya
#3
Chapter 13: wahwahwahwahwahwah happy ending >< dapat baby boy ...
Thanks sbb msukkan watak ak dlm crita ni .
miesya
#4
Chapter 10: ._________________________.
miesya
#5
Chapter 9: "suami awak disini . Bukan disana" ayat ni , aku gelak sakan xxD
miesya
#6
Chapter 6: ni ko kata pendek ~ panjang la ! btw update soon ><
azamin #7
Chapter 6: update pliz
miesya
#8
Chapter 5: apa yang soonya ?!
miesya
#9
Chapter 3: nape ko buat kris mati ? T^T .. sedih sedih ..