Dulu Aku Benci

Dulu Aku Benci
Please Subscribe to read the full chapter

  ALAMAK !!!!! Tao sudah mula hilang arah tuju . Macam mana ni ? Tao mula hilang arah. Kejap ke kiri . Sekejap lagi ke kanan pula . Begitu lah seterusnya .

 

  Kerusi roda sudah tidak diperlukan ! Kakinya sudah pulih sedikit. Kini Tao hanya memerlukan bantuan tongkat. Hehe . Belum lagi pulih sepenuhnya tapi sudah angkuh je bunyinya .

 

  Ni mesti Eunjung yang bagitau omma ! Kalau tak, omma tak ajak dinner sekali tidur di sana !

 

  Tao terus menelefon Eunjung untuk memaklumkan apa yang bakal terjadi . Ishh, Eunjung ni pun.. Hal kecil diperbesarkan . Macam tak tahu omma Tao mana boleh dengar Tao sakit . Anak tunggal merangkap anak manja lah katakan..

 

  "Yoboseyo" Panggilan Tao bersambut .

 

  "Eunjung - Ah ! Awak bagitau omma pasal saya injured ke ?" Soal Tao. Mahu ditengkingnya tapi ditahan . Risau  Ada yang tak balik rumah pulak nanti .

 

  "Nae.." Jawab Eunjung selamba . oh, selamba ya kau ? Tengok je lah apa yang bakal berlaku . Gabra tak gabra kau . Hahaha . Tao mula ketawa jahat didalam hati .

 

  "Patut lah. Omma ajak kita dinner malam nanti di sana" Maklum Tao . Saja dia tidak memaklumkan tentang tidur disana . Suprise .

 

  "oh . tu je ? Balik nanti pun boleh bagitahu lah. Awak mengacau saya yang sedang mengajar.."

 

  "Balik sekarang . Kita kemas baju dulu" Tao memotong percakapan Eunjung . Kalau dia bagitahu awal-awal, mahu pecut tak terbrek minah tu nanti .

 

  "For what ?" Soal Eunjung . Eh, lebih ni . Dinner je kot . Sampai kemas baju macam orang pindah rumah pula gayanya . Balik ? Gila ! Awal lagi kot nak dinner . Baru pukul 10:15am. Eunjung yang sibuk mengajar anak-anak tadika terpaksa berhenti mengajar sebentar hanya kerana panggilan merapu ni ? Ah .

 

  "Ikut jelah. Balik sekarang ! Kata emergency" Tegas Tao mengarah .

 

  Eunjung dengan malas-malasnya menurut . Dikatakan jugalah 'emergency' nya itu .

 

~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~

 

  Kedengaran bunyi kereta Eunjung memasuki perkarangan rumah mereka yang dihadiahkan oleh Kris .

 

  "Kenapa suruh saya balik ni ?" Soal Eunjung dengan nada agak marah sebaik saja nampak kelibat Tao sedang membaca buku di atas katilnya . Mana tak nya, dia sedang mengajar dipaksa balik !

 

  "Tak baik tinggi suara pada suami . Dah . Meh duduk sini" Tao menepuk ruang katil miliknya . Berani sungguh ya mamat ni ceroboh bilik orang ! Hidung Eunjung mula berasap .

 

  "Yang awak masuk bilik saya sesuka hati ni kenapa ?" Marah Eunjung . Kata-kata Tao tadi diabaikan . 

 

  "Saya tau awak takkan jejak kaki dalam bilik saya . Jadi saya tunggulah awak kat sini . Dah, saya malas lah nak gaduh . Penat . Awak pergi kemas baju awak, kita dinner rumah omma malam ni" Arah Tao, selamba . Eh, patutnya Eunjung yang penat mengajar . Dia tu duduk rumah relaks je !

 

  "Nak buat apa kemas baju ? Kita dinner je kan ? Lagipun aeal lagi . Kita pergi malam . Sekarang ni pagi lagi" Kemarahan Eunjung mereda apabila Tao bersabar dengannya .

 

  "Ya tak ya juga, kan ?" Tawa Tao pecah . Kenapa lah dia menggelupur sangat ? 

 

  Mungkin kerana malam nanti dia terpaksa berkongsi bilik dengan Eunjung ? Eh, terpaksa ke ? Hahaha .

 

  Tawa Tao bertambah kuat .

 

  Eunjung menjeling geram . Ada lah tu benda yang disorokkan . Malas lah nak ambik tahu .

 

  "Alah, sayang . Jangan lah marah . Nanti cepat tua . Siapa nak ? Entah-entah Kris pun tak nak " Seloroh Tao . Dia tak sedar yang dia sudah menyebut nama Kris . Alamak ! Eunjung memang tak boleh dengar nama Kris ! Habis lah dia !

 

  Muka Eunjung memerah apabila Tao menyebut nama Kris yang telah pergi . Sungguh, dia masih tak boleh melupakan Kris . Dia lemah .

 

  Eunjung segera menolak Tao ke luar biliknya dengan ganas . Dia terasa nak nangis . Mustahil lah kalau dia nak nangis depan Tao walaupun dah banyak kali dia buat kan ?

 

  Tao serba salah .

 

  "Eunjung, sorry " Tao menahan tolakan Eunjung . Tapi dia kalah . Tapi cara Eunjung menolaknya tu, seperti Eunjung masih lagi sayangkan Kris . Tao mula lemah . Manakala Eunjung pula makin rancak menolaknya .

 

  "Sayang, sorry. Saya tak sengaja" Eunjung masih menolaknya ke luar .

 

  "Sorry" Makin kuat tolakan Eunjung .

 

  Akhirnya Tao mengalah . Dia menghembuskan keluhan yang panjang . Haish, salah dia kali ni..

~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~

 

  "Eunjung, buka lah pintu ni, sayang" Tao masih belum mengalah . Beberapa jam sudah berlalu . Eunjung masih belum membuka pintu . Pintunya dikunci dari dalam .

 

  Buka pintu pun tidak, apa lagi keluar ke dapur untuk mengalas perutnya . Makin risau Tao dibuatnya .

 

  "Eunjung, nak makan tak ? Saya boleh bawak kan" Sambil tangannya mengetuk pintu bilik Eunjung beberapa kali .

 

  "Eunjung.." Panggil Tao lagi .

 

  'ISH, dia ni tak tahu penat ke?!!!' Marah Eunjung di dalam hati .

 

  Bagus, dulu beria pujuk tenangkan fikiran lah apa lah . Jangan risaukan Kris lah ! Tapi sekarang ? Tao sendiri yang menyebut nama Kris ! Bukannya dia ! Salah dia kah ?! 

 

  Eunjung lemah. Sangat lemah . Beberapa jam sudah dia asyik menangis . Matanya pula membengkak . Habis lah . Apa yang dia nak jawab pada omma Tao nanti ?

 

  "ARGHHHH! Sakitnya kaki aku !!!!!!!!!!!!!!!!"

 

  Tiba-tiba Eunjung terdengar satu jeritan dari luar biliknya . Siapa lagi kalau bukan Tao ? Tangisan Eunjung serta merta terhenti .

 

  Eunjung berlari ke arah pintu biliknya tanpa membasuh mukanya yang selekeh kerana menangis terlalu lama itu . Lalu dibukanya pintu itu perlahan-lahan.

 

  Kenapa pulak dengan Tao ni ? Risau pula orang dibuatnya .

 

  "Awak kenapa ?" Eunjung terus mendapatkan Tao yang mengerang kesakitan .

 

  'Hahaha . sayang jugak kau dekat aku ya ? Tu lah, tadi nak nangis sangat . Bila aku sakit datang balik . Hahaha . Macam ni rupanya cara nak pujuk kau . Taklah susah ya ?' Desis hati Tao . Sekiranya dia berkata melalui mulut, mahu dibelasah oleh Eunjung kerana menipunya .

 

  Mata Tao terhenti apabila melihat mata Eunjung membekak . Lahai, nangis lagi ke isterinya itu ?

 

  "Awak... Nangis.... ke ?" Soal Tao . Merenung ke arah Eunjung . Muka mereka amat rapat . Terlalu rapat . Lagi sikit hidung mereka berlaga .

 

  Masing-masing diam.

 

  Bila tengok dekat-dekat baru perasan . Tao ni handsome juga . Macam mana lah Eunjung boleh tak perasan ? 

 

  Pandangan Eunjung jatuh pada bibir Tao . Seksinya. Mengalahkan bibir aku pula . Ahh ! 

 

  Jatuh lagi pada dagu Tao. Dagunya terbelah. Saat itu, Eunjung tak tahu nak buat apa . Muka mereka semakin rapat . Sehingga dia boleh merasai nafas lelaki itu .

 

  WAH .. Cantik juga minah ni.. Kenapa lah dia tak perasan selama ni ? 

 

  Matanya, hidungnya, bibirnya, dagunya..

 

  Ke selama ini dia saja yang buta ? Tidak lansung perasan Eunjung yang sentiasa ada bersama dengannya . Eunjung yang selalu dia sakat . Sayang ke dia pada Eunjung ? Sayang sudah pasti . Tapi perasaan kali ini, lain . Amat lain . Adakah itu ... Cinta ?

 

  Tanpa sedar, Eunjung sudah bertahta didalam hati Tao . Begitu juga Eunjung . Tapi Eunjung menafikan keras. Egonya tinggi melangit.

 

  Hidung mereka mula berlaga. 

 

  Tiba-tiba..

 

  "So baby dont cry.." 

 

  Telefon bimbit milik Eunjung berdering pinta diangkat. 

 

  Serta merta kedua-duanya menjarakkan muka masing-masing .

 

  Muka Eunjung memerah . Ah, malunyaaaaa ! Rasa nak sumbat je muka ni dalam baldi ! Atau pun simpan dalam laci ! Ah, apa apa jelah . Asalkan mukanya tidak muncul dihadapan Tao ! Malunya amat melampau ka

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
vixx1004 #1
Chapter 13: anak enjung mesti cute
KoJhinhun #2
Ini memang patut untuk di-upvote *tekan butang upvote
miesya
#3
Chapter 13: wahwahwahwahwahwah happy ending >< dapat baby boy ...
Thanks sbb msukkan watak ak dlm crita ni .
miesya
#4
Chapter 10: ._________________________.
miesya
#5
Chapter 9: "suami awak disini . Bukan disana" ayat ni , aku gelak sakan xxD
miesya
#6
Chapter 6: ni ko kata pendek ~ panjang la ! btw update soon ><
azamin #7
Chapter 6: update pliz
miesya
#8
Chapter 5: apa yang soonya ?!
miesya
#9
Chapter 3: nape ko buat kris mati ? T^T .. sedih sedih ..