Chapter 8

Mr. Virus Don't Go
Please Subscribe to read the full chapter

                                   

 

“Chanyeol…….”Baekhyun meluru tiba-tiba dan mencekik kolar baju Chanyeol. Chanyeol yang terkejut dengan tindakan drastik itu tidak sempat melarikan di

“Apa kau buat….. kenapa kau tak cakap yang kau nak pergi tinggalkan kami semua…”Marah Suho yang berdiri disebelah Baekhyun. Ahli yang lain turut berada disitu. Mereka memandang tajam kearah Chanyeol.
 

Gluppp...Chanyeol menelan air liurnya. Perit rasanya. Hah tau pun takut!!

“Okey… okey korang dengar penjelasan aku dulu...”Chanyeol meleraikan genggaman Baekhyun dari kolar bajunya.Habis kedut baju Chanyeol. Dah la bertungkus lumus dia menyerika bajunya pagi tadi kerana Ommanya yang selalu mengambil tugas menyerika  MC hari ini.Nampak!!! Permainan Omma-omma zaman sekarang... MC ada tau...

“Apa penjelasan kau… Kami nak dengar….” 

Chanyeol tersengih saja. Kata nak cerita tapi duduk tersengih macam kerang wangi ni kenapa?

“Aku tumbuk kau kang… Citer lah wey…”Marah Baekhyun.

 

Chanyeol tahu pasti mereka sudah tidak sabar-sabar mengetahui kenapa dia mahu ke Paris, jadi Chanyeol pun menceritakan semua kepada EXO kenapa dia mahu pergi ke Paris sebenarnya. Ahli lain mulanya terkejut tetapi selepas itu mereka semua bersorak… Sungguh mereka tidak sangka….
Apa yang mereka tidak sangka??? Jeng jeng jeng….

 

“Oooo… jadi sebab tu lah… Asal kau tak bagi tahu kita orang sebelum ni…?”Tanya D.O dia memegang tengkuk Chanyeol. Chanyeol tersengih…

“Malulah kalau aku ceritakan dekat korang… Aku harap korang support aku okey…”

“Mestilah…. We Are One kan!!! Yehet…”Kata Sehun sambil tangannya sebelah diangkat tinggi.

“Kau Chanyeol memang sempoi arrr… Kita orang memang tak tahu langsung… Pandai kau simpan rahsia… Sabar lah Chanyeol, kita orang semua terima keputusan kau…”Kata Baekhyun sambil dikuti anggukan dari semua ahli.

 

Xiumin hanya tersenyum melihat saeng-saengnya itu. Malas mahu kata apa-apa sebab kalau diaorang bahagia,dia sebagai yang abang pun turut rasa bahagia...So sweet!
Xiumin berjalan kearah tingkap, dia memandang permandangan yang terpampam dari kelas Chanyeol. Memang cantik, sungguh cantik kerana dari situ dia dapat melihat padang sekolah dan tasik yang berada disebelah padang. Wah, bestnya kelas ni!!!
Sedang dia menikmati permadangan sambil berangan-angan menjadi puteri... Choihh! pandangannya melihat sesuatu yang membuatkan matanya terbeliak luas. Kalah D.O tau...

 

“Oh ya, korang ada nampak Bora tak sebab dari tadi aku tengok dia tak masuk kelas.”Tanya Chanyeol kepada ahli EXO yang lain kerana dari waktu rehat tadi sampailah sekarang Bora langsung tidak masuk ke kelas. Ingat sekolah ni dengan dia ada share kot... Ikut suka hati saja...

“Entah….”Semua berkata serentak.

 

“Chanyeol…. Chanyeol….”Panggil Xiumin tiba-tiba...Kelihatannya Xiumin sedang cemas...

“Kenapa Umin Hyung?”Soal Chanyeol

“Bora…. Bora…. Bora tuuu!! dia nak bunuh diri….”Kata Xiumin sambil jarinya ditunding kearah Bora yang berdiri di atas titi tepi tasik. Wah, berani mati betul...

 

Chanyeol berlari melihat tingkap. Dia turut cemas bila Xiumin berkata begitu. Apa nak mampus ke Bora tu?? Terbeliak matanya apabila melihat Bora berdiri diatas titi. Tanpa membuang masa dia terus meluru keluar dari kelas dan menuruni tangga bagi mendapatkan Bora. Gila gila…. gila betul Bora ni!!

 

Chanyeol meluru kearahBora yang berdiri di atas titi. Bora siap membuat gaya seperti ingin terjun. Wah, dia ingat dia tu Pandalela Rinong ke apa?
Belum sempat Bora ingin terjun tangannya pantas sahaja ditarik oleh Chanyeol.

“Bora… Jangan…..”Jerit Chanyeol kuat...

Bora yang tidak bersedia dengan tindakan drastik Chanyeol tidak dapat mengimbangi tubuhnya. Mmm apa lagi bukkk.... Macam nangka jatuh...Tapi nasib baik lah Chanyeol sempat sambut. Memang cantiklah Bora landing  atas tubuh Chanyeol.

“Ish!Apa ni…”Marah Bora dan dia bingkas bangun. Dia mengibas-ngibas skirtnya yang kotor. Chanyeol turut bangun dia memandang Bora tajam.

“Heyh Pabo! Kau gila ka??”Marah Chanyeol. Merah mukanya menahan marah.

“Kau jangan kacau aku boleh tak? Kau lah pabo… Pabo!!…”

“Bora benda ni boleh bawa berbincangkan… Tak kan sebab aku nak pergi Paris pun kau nak bunuh diri”

“Tak de apa yang nak dibincangkan lagi..Kau dah buat keputusan! Dan aku terima keputusan tu.”Jawab Bora selamba.Dia memandang tasik dihadapannya.Tidak mahu dia melihat wajah orang yang dihadapannya itu.Drama betul dia orang dua ni...

“Bora pandang aku.Kalau kau terima keputusan aku.Kenapa kau nak bunuh diri?”Tanya Chanyeol .Dia mengalih tubuh Bora agar menghadapnya. Kalau terima kenapa nak bunuh diri....??? Sayu sahaja mata Chanyeol memandang Bora.

 

“Ha??? Bunuh diri???” Terkejut Bora dengan kenyataan yang keluar dari mulut Chanyeol .Gila apa nak bunuh diri!! Belum terfikir lagi dia sampai tahap tu..

“Gila apa aku nak bunuh diri..”

“Habis tu Umin Hyung kata kau nak bunuh diri.. Lagi pun aku Nampak sendiri kotttt”

Bora tidak kata apa-apa, Ketawanya meletus.Sah orang dihadapannya ini kena kencing dengan Oppanya. Oppa..Oppa.. Agak-agaklah kalau nak menipu pun..

“Ishhhh tak dak lahhh”Sangkal Bora lagi.

“Habis tu tadi yang kau macam nak terjun dalam tasik tu apa cerita pulak?”Tanya Chanyeol lagi.Dahinya dikerutkan tanda tidak faham.Apakah semua ini? Penipuan apakah ini?

“Aku nak ambil handphone aku. Aku terbaling tadi… Aku letak sebelah aku masa aku main baling-baling batu dalam tasik.Masa aku cari batu aku terpegang handphone aku. Aku ingat tu batu sebab aku tak tengok dulu and lepas tu aku terus baling… Apa lagi selamatlah dia buat kuak lentang dalam tasik ni...” Jelas Bora dengan gaya-gaya sekali dia buat. Risau juga  Chanyeol dengan keselamatan dia. Kalau risau tandannya sayang. Sayang apa nak lari sampai Paris Hahaha.. Wake up Bora, Wake Up..

“Kau baling handphone dalam tasik ni…..”Tanya Chanyeol kuat.Burung-burung yang hinggap dipokok sekeliling tasik itu, semuanya terkejut dan terbang bertempiaran.

“Ha arr..”Balas Bora bagaikan tiada perasaan.Chanyeol membuat tanda bagus pada ibu jarinya dan dia mula ketawa.Bora turut ketawa. Entah apa-apalah Mr. Virus ni… Eh, kejap Virus… V… Mr Stalker V…
Mmmm… tak mungkin sebab Chanyeol macam biasa je… Mmmm… Apa-apa je lahhhhh….

 

. . . .

 

“Kau punya flight ke Paris hari apa?”Tanya Bora kepada Chanyeol.Mereka berdua berhenti di tepi Han River sambil menikmati ais krim. Panas-panas petang macam ni sedap kalau dapat pekena ais krim.

“Haha…Saturday ni…”Jawab Chanyeol.

“Sabtu ni?? Alaaaa kau lupa ka sabtu ni Birthday aku…”Kata Bora. Ada nada rajuk disitu, mukanya sudah ditarik masam. Macam buah kedondong dah..

“Haha… Aku tahu, tapi aku kalau boleh nak cepat-cepat pergi Paris… sebab lepas aku kembali ke Korea nanti, mungkin aku akan mulakan hidup yang baru bersama orang yang aku betul-betul sayang.”Kata Chanyeol lagi.

Kenyataannya Chanyeol membuat Bora tersentap dan terguris.Tinggalkan semua ini cepat-cepat.Tidak sukakah Chanyeol berkawan dengannya. Kalau tidak dapat terima Jiyeon bersama dengan orang lain pun tak kan lah sampai nak tinggalkan semua kawan-kawan. Bersama dengan orang yang betul-betul Chanyeol sayang. Siapa????… Fikir Bora sendiri.

“Haha.. Asal kau diam...”Tanya Chanyeol mengejutkan Bora dari lamunan.Chanyeol telah menghabiskan ais krimnya.Sekejap je dah habis. Ish, ish, ish

Bora memandang wajah Chanyeol.Tertawa dia apabila melihat mulut Chanyeol comot. Aigoo! Macam budak-budak betul laki ni. Bora mengeluarkan tisu dari begnya dan mengelap mulut Chanyeol yang comot itu.Chanyeol memuncungkan mulutnya bagi memudahkan Bora mengelap mulutnya. Alahai manjanya…. Suka dia bila Bora melayannya seperti kanak-kanak.

“Macam budak-budak tau kau ni…”

“Haha… Bora nantikan kalau aku pergi sana rindu aku tau…”Kata Chanyeol sambil mengenggam tangan Bora dan dihayunkan manja… Wah, cair cair….

“Asal pulak aku nak rindu kau… Tak kuasa aku…”Sakat Bora.Sesungguhnya setiap hari dia merindui lelaki ini.Tidak perlu lelaki ini suruh.

“Alaaaa! Kau kena lah rindu aku, sebab aku kawan kau kan…”

“Mmm… Ye lah…”

Mereka berdua diam sambil menikmati angin petang di tepi Han River. Nanti bila lagi mereka akan begini kerana Chanyeol akan pergi meninggalkan Bora. Tidak mengapalah, mungkin akan datang yang lebih baik dari Chanyeol selepas ini. Benarkah??

“Bora Mr Stalker V kau tu tak bagi hadiah apa-apa lagi ke?”Tanya Chanyeol setelah beberapa minit mereka berdua diam. Aik, tak pernah-pernah Chanyeol tanya...?

“Mmm… Tak pun…”

“Nanti balik kau try lah tengok peti surat kau tu…”Kata Chanyeol sambil membuang pandang kearah Han River. Sebuah kapal melalui dihadapan mereka, menarik perhatian Chanyeol.

“Ye lah…. Eh, kejap mana kau tahu yang Mr Stalker V tu letak hadiah dalam peti surat?”Tanya Bora aneh.

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
pikahbajet #1
Chapter 8: hahaha .......nak tergelak mcm mana bora x perasan yg xiumin dok kat belakang dia.......DAEBAK !!!!!!!!!
sistarandinfinite #2
I can't understand T.T
_unfaunf #3
i want to read this but i cant huhuhu TT TT
baekielover #4
Chapter 8: Omo.....nak pngsan..sweet sngat.
chanhuxoxo #5
Chapter 8: Bestnyee!sweet lgi tuh!kn bgus klau bora tu kite hihi overdose~
Snooww
#6
Chapter 8: Haha so sweet!! Pandai eh ko chanyeol.. Haha yg pelik nya camne bora x perasan xiumin dok belakang dye??
Haha so daebak authornim.. Congrat^~<
nurulizzahramanlee
#7
Chapter 8: Daebak... so sweet !!!!
airisvanilla #8
Chapter 8: hua bestnye..good job authornim..love this ff very much