Sebuah Perkahwinan Yang Telah Dirancang

[MALAY] Lelaki Itu, Suamiku?

 

"Kamu akan mengahwininya pada bulan hadapan. Tiada sebarang alasan!" ujar ayahku dengan nada yang agak keras, langsung tidak mempedulikan bantahan dan rintihan hatiku. Dengan hati yang pilu, aku berlari ke bilik dan menangis sekuat-kuat hatiku. Hatiku berasa begitu pilu sekali.

 

 

"Yixing, kamu bakal berkahwin dengan seorang gadis yang baik. Sebaik-baiknya anda melayannya dengan baik kerana sekiranya tidak, nahaslah kau nanti." Satu suara yang cukup kuat dan keras bergema di perkarangan rumah keluarga Zhang.

"Saya seorang lelaki yang dewasa. Kenapa soal perkahwinan saya pun terpaksa dicampur tangan oleh abah?" bantah Yixing, kecewa dan marah dengan aksi dan rancangan abahnya itu.

* pak *

Sebuah penampar mengenai muka Yixing.

"Kamu hanya perlu lakukan seperti yang saya telah arahkan. Ayahnya kawan karib abah dan kamu bakal menjadi menantunya. Baik kamu mula tunjuk sedikit rasa hormat kamu itu." ujar abahnya dengan keras. Sebaik sahaja Yixing memasuki biliknya, dia mengeluh panjang dan menendang kerusi biliknya dengan hati yang kecewa.

 

 

Sebulan kemudian.

"Adakah anda Zhang Yixing rela mengambil ______________ sebagai isterimu yang sah? Adakah anda berjanji akan sentiasa menyayanginya dan mengharungi segala kesenangan dan kepahitan hidup bersama-samanya? Imam memandang Yixing, mengharapkan jawapannya. Suasana di dewan perkahwinan sunyi seketika. Yixing menutup matanya sambil menarik nafas sedalam-dalamnya.

"Ye, saya rela." jawab Yixing pendek dengan nada yang tegang.

" Dan _______________, adakah anda rela mengambil Zhang Yixing sebagai suamimu yang sah? Adakah anda berjanji akan sentiasa menyayanginya dan mengharungi segala kesenangan dan kepahitan hidup bersama-samanya? Imam menoleh ke arah saya pula dengan senyuman yang lembut.

"S-Saya.. Saya.. rela.." ujar saya dengan lembut. Hatiku teramatlah pilu.

"Dengan ini saya mengisytiharkan anda berdua suami dan isteri. Tahniah kepada anda berdua. Semoga bahagia sentiasa." ujar imam dengan suara yang ceria. Yixing bertindak membuka hijab yang menutupi mukaku dan pada ketika itulah aku menatap wajahnya untuk pertama kalinya. Yixing mengucup bibirku dengan lembut. Perasaan asing yang dirasaiku semasa dia mengucup bibirku merupakan sesuatu perasaan yang aneh, baru di dalam hidupku. Yixing menghulurkan tangannya, sedia untuk berarak keluar dewan perkahwinan bersamaku.

 

 

Semasa kami sampai ke destinasi rumah baru kami, hari telah pun beransur lewat petang. Inilah rumah yang bakal menjadi tempat bermulanya hidup kami berdua sebagai pasangan suami dan isteri. Suasana ketika kami mula-mula menjejakkan kaki ke dalam rumah itu teramatlah janggal. Rumah tersebut dilengkapi dengan segala persediaan untuk kami mengharungi malam pertama kami bersama. Satu laluan kelopak ros membawa kami menuju ke kamar tidur kami yang terletak di tingkat dua rumah banglo tersebut. Di atas katil, kelihatan sepasang pakaian malam yang agak seksi. Malu dengan apa yang dilihatnya, Yixing bergerak menuju ke tingkap yang berdekatan. 

"Awak tak perlu memakainya jikalau awak rasa tidak selesa dengan pakaian itu. Saya akan dapatkan pakaian yang lain untuk anda." ujar Yixing, masih menumpukan perhatiannya pada permandangan di luar tingkap bilik. Yixing menoleh ke arah katil dan pandangan kita bertemu, membuatkanku tunduk malu di depannya.

"Pergilah mandi. Hari ini amatlah meletihkan. Nanti saya kembali dengan pakaian baru kamu." Yixing ujar dengan nada yang menggalakkan sambil melangkah menuju ke pintu.

"Tak mengapa, saya b-boleh pakaian yang ini sahaja." ujarku dengan lembut. Tanganku memegang tangannya, menghalangnya daripada pelannya yang asal. Yixing mengeluh sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sememangnya, dia seksi ketika melakukan aksi itu.

"Baiklah, pergilah mandi, kalau tidak sejuklah air itu nanti. Abang akan mandi di bilk sebelah." ujarnya dengan sopan sebelum dia menghilangkan diri ke bilik sebelah.

 

 

Setengah jam kemudian, Yixing keluar dari bilik mandi dan menuju kamar tidur dengan hanya memakai jubah mandi dan seluar tidurnya. Yixing berjalan menuju ke arahku sambil mengeringkan rambutnya. Matanya tetap ke arah aku membuatkanku rasa gelisah dan segan memandang aku hanya memakai pakaian tidur seksi yang telah disediakan untukku dari awal lagi.

Yixing, tanpa berkata apa-apa, melaburkan punggungnya disisiku, tangannya diletakkan diatas tanganku. Kejanggalan yang dirasai tadi kembali menganggu kami berdua.

* ring ring ring *

"Sekejap ye, ________" Yixing mencapai telefon bimbitnya dan mengeluh apabila melihat nombor yang tertera di kaca kecil telefon bimbitnya.

"Helo.." jawab Yixing, suaranya tenang.

"Adakah kamu berdua telah bersetubuh?" Abahnya tanya. Merah muka Yixing menahan malu.

"Abah.. Apa? Soalan apalah macam itu?" Yixing hilang kata-kata selepas mendengar ayat abahnya. Yixing berharap sangat yang perbualan telefonnya tidak didengariku.

Yixing menekan punat telefonnya selepas perbualan dengan abahnya tamat. Yixing kembali duduk disisiku dengan senyap. Matanya tertutup, jelas sedang memikirkan sesuatu. Pelbagai perasaan terlintas di dalam hati dan mindanya ketika itu. Perasaan marah, kecewa, gembira, nafsu dan perasaan ingin tahunya membuak-buak di dalam badannya.

"Abang, abang okey?" Aku duduk di sisi Yixing sambil menepuk bahunya dengan lembut. Terkejut yang aku memanggilnya abang, Yixing memandang tepat pada mataku. Aku tertunduk malu, gelisah dengan pandangannya padaku.

"Tiada apa-apa. Hanya hal-hal kerja." ujar Yixing sambil tersenyum, namun aku tahu dia sedang menipuku.

"Abah tanya tentang malam kita yang pertamakah?" tanyaku dengan lembut. Yixing menoleh ke arahku.

"Bagaimana kamu b-boleh tahu? K-Kamu terdengarkah? Saya m-m-minta maaf." ujar Yixing tergagap-gagap. Pipi Yixing merah menahan malu.

"Tak mengapa oppa. Kita cubalah dulu. Saya tahu semua ini memanglah janggal bagi kita berdua namun saya rasa kita mampu mengatasinya. Perlahan-lahan kita mengharunginya bersama, okay?" ujarku perlahan sambil mungusap rambutnya. Buat pertama kalinya, saya merasai kelembutan rambutnya yang berwarna hitam itu. Yixing mengeluh, terasa beban yang perlu diambilnya.

"Betulkah kamu nak melakukannya?" Yixing menanyaku, wajahnya penuh dengan kasih sayang.

 

 

 

"Sayang, sakitkah? Abang minta maaf." Yixing mengusap pipiku dengan lembut.

"Saya okay. Tak ada apa-apa. Terima kasih sebab sentiasa menjaga hati saya." senyumku membalas pertanyaannya.

Yixing memeluk badanku dengan erat. Terasa bahagia sungguh berada disisi Yixing pada ketika itu. Masa berlalu dan terbuailah kita berdua, dihanyut mimpi.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
missadel #1
Chapter 1: I've read the english version and i got one conclusion... Authornim ur english is better _*_ heheheeee *lol*
angelily95
#2
sis, i just found this! fighting!
SeHuNYeHeT94
#3
Update soon....