Answer is Near

Give Me : The Answer is Inside of You
Dua orang pelajar lelaki bergelut dan bertumbukan sesama sendiri di kawasan yang agak tersorok itu. Wajah masing-masing sudah berlebam dan bengkak namun mereka masih lagi bertumbukan sehinggalah salah seorang dari mereka tumbang setelah kepalanya disiku oleh pihak lawan.
 
"Kau ni memang suka cari pasal dengan orang lain kan? Tak boleh ke kalau kau uruskan hidup kau sendiri?!" Daehyun, iaitu kingka di Empire King High Schoole membentak. Kolar uniform Gikwang yang terbaring di lantai ditarik kasar.
 
Senyuman sinis diberikan oleh Gikwang walaupun pinggir bibirnya yang ditumbuk oleh Daehyun tadi berdarah teruk. "Apehal? Dia tu kau 'punya' ke?" Sindir Gikwang.
 
BUK!
 
Satu tumbukan padu dilepaskan oleh Daehyun ke perut Gikwang. "Uhuk!" Gikwang terdorong ke belakang dan terbatuk sambil memegang perutnya. Tanpa sepatah kata, Daehyun terus berlalu pergi dari situ dengan perasaan tidak tentu arah.
 
Walaupun wajahnya tampak tenang dan serius, entah kenapa soalan Gikwang tadi membuatkan dia tersentap sedikit.
 

 
 
(KAWASAN BELAKANG SEKOLAH : BANGUNAN BLOK B)
 
Daehyun termenung sambil duduk di lantai bersandarkan dinding bangunan. Soalan terakhir Gikwang tadi terngiang-ngiang di telinganya sehinggalah...
 
"Ahhh!!! Serabut siak aku ni! Apehal aku boleh fikir macam ni huh?! Dah gila ke apa?! Ah... aduh..." Daehyun mengaduh dan menjerit kesakitan. Itulah, siapa suruh menjerit tadi... padahal dia sendiri tahu yang wajahnya sedang lebam-lebam dan sakit sekarang. Tangan kanannya mengusap lembut luka di pinggir bibirnya.
 
"Mesti muka aku dah buruk gila. Tak guna punya Gikwang." Tangannya menyeluk poket seluar uniformnya namun apa yang dicarinya masih tidak dijumpai. Wajahnya pula sudah hampir nak berubah macam orang sembelit. Dia mencari-cari lagi di dalam poketnya.
 
"What the... mana aku punya..." belum sempat dia mahu menghabiskan kata-katanya, ada seseorang yang menayangkan sebuah cermin poket di hadapan wajahnya. Daehyun boleh nampak refleksi dirinya di dalam cermin kecil berwarna coklat itu.
 
"Bapak gila buruk muka aku... nanti macam mana kalau dia tengok nanti?! Ah... aduh... sakitnya muka aku..." Daehyun mengaduh lagi dan langsung terlupa tentang orang yang mencangkung dihadapannya dengan wajah selamba. Pelajar dihadapannya itu berdecit-decit mengejek.
 
Daehyun mengerling ke arah pelajar itu dan riaknya terus berubah terkejut. Daehyun menegakkan tubuhnya yang tersandar di dinding tadi.
 
"Kau... kau pehal menyibuk dekat sini huh, Youngjae?" Jantung Daehyun berdegup kencang saat itu sampaikan wajahnya memerah menahan malu. Youngjae terus melabuhkan punggung di sebelah Daehyun, ikut tersandar di dinding bangunan itu.
 
"Kau cari ni kan tadi? Nah, aku nak pulangkan benda ni dekat kau." Youngjae menghulurkan cermin poket kecil berwarna coklat kepada Daehyun. Wajah Youngjae dipandang sebentar oleh Daehyun.
 
"Terima kasih..." Huluran bersambut.
 
Tangan Youngjae menyentuh wajah Daehyun dan membuatkan lelaki itu tersentak. "Muka kau..." Mata Daehyun dipandang seketika sebelum dia kembali memandang wajah lebam milik Daehyun. "... luka teruk." Sambung Youngjae lagi.
 
Daehyun tergamam. Dia tertunduk dan bibirnya diketap menahan rasa. Tangan Youngjae ditepis kasar olehnya membuatkan Youngjae terkejut. "None of your business." Tanpa memandang wajah Youngjae, Daehyun terus bangun dan berlalu pergi dari situ.
 
"Kenapa ya?" Youngjae bangun dari duduk.
 
Suara lantang Youngjae menghentikan langkah Daehyun. Daehyun terkaku disitu. 
 
"Kenapa sejak dua menjak ni kau asyik mengelak dari aku? Lepas tu aku selalu nampak kau bergaduh... kenapa ni? Aku selalu dengar kau cakap dengan diorang, 'jangan ganggu dia lagi'... dia tu siapa? Sunhwa ke?"
 
Daehyun tertunduk mendengar soalan bodoh Youngjae.
 
Youngjae fikir, Daehyun mungkin marahkan dirinya yang rapat dengan Sunhwa. Dia fikir Daehyun sukakan Sunhwa dan cemburu jika dirinya rapat dengan Sunhwa. 
 
Namun dia silap.
 
Daehyun menggigit bibir bawahnya. 'Tak Youngjae... aku macam ni bukan sebab Sunhwa atau sebab perempuan lain ataupun orang lain... semuanya sebab kau Youngjae! Sebab kau!' Hati Daehyun menjerit dan dia melangkah pergi dari situ tanpa menoleh ke belakang.
 
Kerana enggan menghalang, Youngjae hanya diam dan membiarkan. Fikirannya melayang ke arah Sunhwa yang merupakan rakan baiknya semenjak kecil. Mungkin Daehyun marah dengannya kerana Sunhwa sering mengambil berat tentangnya.
 
Sunhwa lebih rapat dan mengambil berat tentang Youngjae juga oleh sebab dirinya berasa terhutang budi dengan keluarga Yoo yang sudah menjaga dirinya semenjak ibu bapanya meninggal dan ya. Sunhwa tinggal dengan keluarga Yoo semenjak dari umurnya 3 tahun lagi.
 
Youngjae menghela nafas panjang...
 

>>YOO YOUNGJAE POV<<
 
Aku menghela nafas panjang. Entah kenapa, hati aku sakit melihat Daehyun buat tidak peduli terhadap aku semenjak dua menjak ini. Apa salah aku, aku pun tak tahu lah...
 
"Youngjae-ah..."
 
Aku menoleh ke arah suara halus itu. Ah, Sunhwa rupanya. Aku fikir siapa lah agaknya tadi. Sunhwa menghampiri aku dengan bekas bekalan di tangan kecil miliknya.
 
"Kau pergi mana? Aku cari merata tempat tadi... kat sini rupanya kau... itu pun lepas aku terserempak dengan Daehyun tadi. Muka dia lebam teruk masa aku jumpa dia tadi. Bila aku tanya yang dia ada nampak kau ke tak, muka dia terus berubah masam semacam. Kau gaduh dengan dia ke?" Sunhwa bercerita panjang lebar.
 
Aku hanya menunjukkan riak tenang dan tersenyum nipis. Aku menggeleng kecil.
 
Seperi biasa, Sunhwa tak akan banyak soal dengan jawapan yang aku berikan. Senyuman ceria menghiasi wajahnya yang halus. "Jom rehat! Omma ada buat bekal lebih tadi. Dia tau, kau bukannya suka bawak bekal pun kan? Sebab tu dia isi bekal aku banyak-banyak supaya kau dapat makan sekali..." Ajaknya sambil menunjukkan aku bekas bekalan berwarna oren itu.
 
Aku melihat jam tangan ku. 10:15 A.M. Oh, sudah rehat rupa-rupanya... patutlah perut aku lapar semacam. Aku tersentak apabila tanganku ditarik oleh Sunhwa dan kami sama-sama menuju ke kantin sekolah. 
 
Sesampai sahaja di kantin, kami terus mengambil tempat duduk di sebuah meja yang kosong. Nasib kami agak baik kerana masih ada tempat yang kosong walaupun sudah agak ramai pelajar yang tiba di kantin sekolah.
 
... dan dalam kesibukan serta keriuhan pelajar di kantin, mataku bertentang dengan sepasang mata redup miliknya. Riak cemburu jelas terpamer di wajah kacak miliknya walaupun riak itu 'dilitupi' dengan riak serius dan tenang.
 

>>JUNG DAEHYUN POV<<
 
Mata aku bertentang dengan Youngjae sekarang. "Haish..."
 
Aku mengeluh dan segera mengalihkan pandanganku dari memandang mata nya. Aku kalah. Kalah dengan renungan matanya. Aku tahu, kalau ada sesiapa yang tahu tentang perasaan aku ni mungkin diorang fikir aku gila. Hei! Aku masih waras tau.
 
Tapi.
 
Aku tetap tak boleh nak elak dari memikirkan tentang perasaan aku ni. Aneh. Aneh sekali rasanya...
 
Memanglah muka aku ni nampak jek macam orang tak ada perasaan dan sentiasa nampak tenang, tapi aku ni pun manusia biasa jugak. Cuma budak-budak sekolah ni jek fikir aku ni HULK. Semuanya sebab aku suka gaduh dengan orang dan cepat jek naik angin. Mohon jangan gelak.
 
Tengok jeklah macam sekarang ni, tak ada orang berani dekat dengan aku kecuali Youngjae dengan Sunhwa yang sudi kawan dengan makhluk macam aku ni. Termasuk hari ni dah 15 orang budak aku belasah. Tu tak termasuk kes yang dulu-dulu tu... 
 
Cikgu?
 
Cikgu sendiri dah malas nak ambil tahu pasal aku lagi. Bak kata diorang, 'Pi mati lah dia.' So aku pun terus diabaikan walaupun aku ni kingka. Kingka konon. Ingat aku nak sangat ke TITLE KINGKA tu?! Sebenarnya aku sendiri tak paham maksud KINGKA tu. KINGKONG aku tau lah.
 
Sesekali mata aku melirik ke arah Sunhwa dengan Youngjae. Minuman tin justea purple aku sedut sampai naik kering tin tu tapi aku masih lagi terus menyedut. Ah! Nonsense ni semua! Apesal aku boleh suka dekat dia?! Apesal aku boleh rasa jeles pulak tengok diorang? Eh... Eh... tengoklah tu, main suap-suap pulak! Menyampah aku.
 
Aku merebahkan kepalaku di meja kantin dengan rambut berserabut. Nasib kaulah rambut. Makan donut lagi best. Dengan penuh nikmat sambil kepala di atas meja, aku mengunyah donut itu perlahan. Tiba-tiba jek aku dapat rasakan yang kulit kepala aku sejuk dan basah semacam...
 

Dongwoon dengan sengaja menumpahkan air jus oren milik Daehyun yang terletak di atas meja tadi ke atas kepala Daehyun. Daehyun tersentak dan terus bangun.
 
"STRIKE!!!"
 
Dongwoon menjerit dan membuat high-5 ke arah dua orang lagi rakan-rakannya iaitu Gikwang dan Hyunseung. Kepala otak dia strike. Nak mati kena belasah dengan Daehyun agaknya.
 
"Woi sial! Kau buat apa ni?!" Daehyun menengking dan meraup wajahnya yang basah. "Kau tau tak air ni manis? Lekit lah siak!" Jerit Daehyun dan bersedia menggenggam penumbuknya. Jangan main-main dengan Daehyun ni. Nampak jek pendek(?) dan kuat makan, tapi penumbuk dia tu, sekali dia bagi, setahun korang tak boleh bercakap.
 
Dongwoon buat muka gangster. Sangat.
 
"Apesal kau belasah Gikwang sampai macam ni ar?" Dongwon menunjuk ke arah Gikwang di belakangnya yang mukanya sudah berlebam-lebam dan berplaster sana sini. Macam jalan kena tar baru pun ada.
 
" 'Sampai macam ni' apanya? Kenapa? Dia dah tak boleh bercakap dah ke?" Sindir Daehyun. Eceh Daehyun ni. Bab menganjing orang nombor satu jugak eak? Gikwang yang berdiri dekat belakang Dongwoon dijeling sekilas. Buat apa nak pandang lama-lama muka orang perasan macam tu...
 
Dongwoon panas hati. Maklumlah, orang macam Dongwoon ni kuat sangat protect kawan. Padahal dia tak tahu, belakang dia, si Gikwang tu pedajal dia cukup-cukup. Maksudnya, Gikwang banyak buat cerita pasal Dongwoon kat orang lain. Nampak sangat orang macam Gikwang ni tak boleh buat kawan.
 
"Yang kau sibuk hal aku dengan mamat tu kenapa? Apesal? Dah penakut sangat ke sampai nak kena panggil member pulak untuk sound aku?" Ayat terakhir sudah semestinya ditujukan oleh Daehyun kepada Gikwang. Saja je Daehyun nak menyindir. Masih belum sampai masa lagi si Gikwang tu nak kena belasah lagi dengan Daehyun tu.
 
"Daehyun..."
 
Suara yang tiba-tiba mencelah tu... korang rasa tu suara siapa?
 

>>YOO YOUNGJAE POV<<
 
"Daehyun..."
 
Aku dah tak tahan lagi, selama ni aku hanya duduk dekat tepi dan hanya tengok jek dia bergaduh dengan orang lain. Tapi kali ni... aku betul-betul dah tak tahan. Aku kena hentikan ni semua.
 
Gikwang yang tadi berada dekat belakang terus berdiri di depan Dongwoon. Muka tak payah ceritalah, bengang semacam jek.
 
"Sebab dia ni lah mamat Daehyun tu belasah aku teruk korang tau tak? Eiii! Ikutkan hati nak jek aku tumbuk muka Youngjae ni! Takkan lah pasal aku mintak Youngjae duit pun mamat gila ni belasah aku teruk sampai macam ni?!" Gikwang membentak macam orang hilang akal.
 
Pleaselah. Orang macam Gikwang ni memang patut dibelasah pun. Lagipun kalau betul Daehyun belasah dia sebab mintak aku duit, memang patut pun. Sebab dah banyak kali sangat dia pedajal aku sampai aku rasa aku sendiri tak tahan.
 
Aku memandang mata Daehyun yang terdiam.
 
Wait.
 
Apesal dia pandang muka aku macam tu? Eh?! Dia tunduk pulak? Hai lah Daehyun... susah betul aku nak faham isi hati kau sekarang ni.
 
"Daehyun!" Aku menjerit. Biar dia sedar dari mimpi. Dia ingat dia cik mimpi ke apa?
 
Daehyun mendongak memandang aku... dan aku... rasa agak tertarik dengan cara pandangan dia dekat aku kali ni. Terasa lain gila! Maaflah kalau aku mencarut tapi memang tu lah apa yang kata hati aku cakap sekarang ni. Daehyun tak pernah pandang aku dengan pandangan macam tu sebelum ni.
 
"Bodoh. Tak payah nak berdrama boleh?"
 
Suara alien tu betul-betul merosakkan suasana romantik antara aku dengan Daehyun. Kacau betul. Aku menoleh ke arah Hyunseung. Oh, boleh bercakap rupanya mamat ni. Ingatkan bisu tadi.
 
"Aku nak settle benda ni dekat sini sekarang jugak. Aku tak kira. Aku nak kau pun sakit macam aku sakit sekarang."
 
Kata-kata Gikwang yang ditujukan ke arah aku membuatkan Dongwoon dan Hyunseung terus mara ke arah aku. Mampos. Tu lah kau, Youngjae... siapa suruh kau mencelah perbualan diorang tadi... kan dah kena...
 

>>JUNG DAEHYUN POV<<
 
"WOI!" Alamak aih si Youngjae ni... apesal lah dia sibuk kat sini...
 
Aku terus membuka langkah dan membelasah Dongwoon and the gang. Aku takde pilihan lain lagi dah. Nak taknak aku kena jugak belasah diorang. Takkan aku nak biarkan princess aku tu kena belasah pulak!
 
Teruk juga mereka bertiga dibelasah oleh aku nak-nak si Gikwang dengan Hyunseung tu. Tapi Dongwoon agak susah aku nak lawan sebab badan dia tu tough berbanding aku yang langsung takde six pack ni. Apa yang aku ada hanyalah one pack yang terhasil dari donut yang aku makan selalu.
 
Apa-apa jeklah. "WOI!" Masuk kali ni dah dua kali aku menjerit ayat yang sama. Baik aku tukar, baru nampak gentleman kan. Oh yeah, siapa kisah dengan apa yang aku nak cakap kan? "HEY!" Jeritku apabila melihat Dongwoon ingin bangun dan membelasah Youngjae yang dah terbaring sebab kena tendang dengan Hyunseung tadi.
 
Aku terus mara dan terus menyiku kepala Dongwoon macam apa yang aku buat dekat Gikwang tadi. Ambik kau. Sekali aku buat gaya Ong Bak, boleh terus mati gamaknya budak-budak tu. Dongwoon tumbang menggelitik memegang atas kepalanya.
 
Padan muka.
 

>>YOO YOUNGJAE POV<<
 
"Aduh..." Aku mengerang sambil mengusap-usap perutku. Sakit kot. Bayangkanlah kalau korang kena tendang dari tepi. Kuat pulak tu. Apalah nasib aku...
 
"Ikut aku." Aku tersentak bila Daehyun menarik tanganku. Tanpa banyak soal, aku terus mengikuti langkahnya yang agak pantas dan kini, kami tiba di kawasan belakang BLOK B. Tempat yang selalu Daehyun lepak bila ponteng sekolah.
 
BUK!
 
Daehyun menumbuk muka aku. "AH! Daehyun! Apesal kau tumbuk aku!" Aku menjerit kesakitan. Gila agaknya Daehyun ni. Sampai kawan baik dia sendiri pun dia nak belasah.
 
Daehyun mengetap bibirnya dan matanya mula berkaca. Ah... dia menangis ke? Sudah, sejak bila pulak kawan aku ni pandai menangis? Aku memegang bahunya namun dia dengan pantas menepis tanganku. Aku tersentak lagi.
 
"Hati aku sakit tengok kau macam ni tau tak?! Setiap masa aku tengok kau kena buli jek dengan budak-budak Dongwoon tu. Kau tak boleh ke dalam sekali jek, gunakanlah penumbuk kau tu! Tolonglah lawan diorang!"
 
Daehyun... apa yang kau cuba nak sampaikan sebenarnya ni? Aku keliru. "Tak boleh ke kalau kau terus terang dengan aku, Daehyun. Cukup-cukup lah dengan teka-teki kau ni... aku tak faham." Soalku hairan.
 
Daehyun diam dan ingin beredar dari situ namun dengan pantas aku menarik tangannya dan dia berhenti seketika. Tubuhnya dipusingkan menghadap aku semula. Aku melepaskan pegangan tanganku di tangannya.
 
"Kau tau tak... hati aku sakit selama ni dengan layanan kau dekat aku... senyuman kau tu... mana senyuman kau yang ceria tu menghilang? Mana senyuman yang Jung Daehyun selalu beri dekat aku masa aku pagi-pagi sampai sekolah?" Aku menyampaikan ketidak puasan hatiku.
 
Kali ni aku tak nak main-main lagi... aku betul-betul nak dengar jawapan dari mulut dia sendiri. Dari mulut insan bernama Jung Daehyun yang tiba-tiba menangis depan aku.
 
"Kau nak aku terus terang dengan kau? Ok! AKU SUKA KAU! DAN AKU LANGSUNG TAK BOLEH LUPAKAN KAU SEJAK DUA MENJAK NI. EVEN AKU TENGAH MANDI ATAU TIDUR SEKALIPUN! Puas hati?"
 
Aku boleh nampak wajah Daehyun memerah sekarang ni... dan aku pulak... aku tak tahu nak beri reaksi apa. Aku langsung tak ada niat nak gembira atau marah lepas dengar pengakuan dari mulut dia. Tapi tak dapat dinafikan, jantung aku berdegup pantas seketika.
 

>>JUNG DAEHYUN POV<<
 
Aku terkedu sendiri dengan apa yang aku dah katakan. Apa aku cakap ni?! Oh tidak, Jung Daehyun. Habislah aku. Youngjae mesti akan benci aku nanti dan lepas ni, tak ada orang lagi nak kawan dengan aku... dan aku... akan keseorangan. Aku taknak!
 
Aku taknak kehilangan Yoo Youngjae!
 
"Daehyun..." Youngjae membuka mulut.
 
AH! Tak boleh. Aku tak sanggup nak dengar jawapan dia. Tanpa sempat aku berfikir panjang, aku terus menarik kepalanya dan aku mencium bibirnya. Aku dah tak peduli lagi. Dah tak ada jalan lain lagi untuk aku melainkan dengan cara aku mengunci mulut dia tu dengan ciuman aku.
 
Biarlah dia nak panggil aku bodoh atau tak guna sekalipun. Kalau dia nak putuskan hubungan persahabatan dengan aku sekalipun, aku harap sangat yang dia akan ingat perkara ni sampai dia mati. Cukuplah kalau aku sekadar menumpang sipi-sipi jek dalam ingatan dia nanti.
 
Youngjae meronta-ronta minta dilepaskan dan akhirnya ciuman kami terlepas.
 
Tiba-tiba Youngjae menumbuk muka aku. Aku tersenyum. Akhirnya dia gunakan jugak penumbuk dia tu dekat orang lain dan aku orang yang amat bertuah sebab aku merupakan orang pertama. Wajah comel Youngjae aku pandang.
 
"Bodoh punya Jung Daehyun... apesal kau nangis huh? Kau nak aku gunakan penumbuk aku kan? Kau orang pertama yang dapat rasa!" Youngjae memarahi aku.
 
Aku memang layak untuk dimarahi pun. Memang patut Youngjae tumbuk muka aku. Siapa suruh suka-suka rampas first kiss dia?
 
"Youngjae..." Aku terkejut apabila Youngjae tiba-tiba menarik kepala aku dan kali ini... dia pula yang mencium bibirku. Ya Tuhan. Adakah...
 
"Wahai si bodoh yang bernama Jung Daehyun. Terima kasih sebab kau sukakan aku. Dan aku amat hargai sangat perasaan ni. Dan kau... berjaya jadikan aku milik kau. Jadi mulai hari ni kau kena jaga aku baik-baik. Faham?"
 
WHAT?!
 
Aku tersneyum lebar. Youngjae... dia terima perasaan aku? Takdir apakah ini. Ceh, daehyun takpayah nak berdrama sangat. Sekarang ni kau dah dapat apa yang kau nak kan? Aku bahagia sangat,ya Tuhan... terima kasih.
 
Terima kasih sebab kau cipta insan yang bernama Yoo Youngjae. Terima kasih sebab kau beri aku perasaan ni walaupun aku tau ianya salah. Tapi hidup cuma sekali, aku rasa tak salah kalau aku ikut kata hati sendiri kan?
 
"Aku akan pegang kata-kata kau tu..." Aku tersenyum kepadanya.
 

>>YOO YOUNGJAE POV<<
 
Malunya aku! Tapi lepas aku tengok senyuman lebar Daehyun, aku rasa aku patut melompat kegembiraan sekarang ni. Senyuman tu dah kembali kepada aku akhirnya!
 
Terima kasih Tuhan, terima kasih sebab kau cipta insan yang bernama Jung Daehyun yang sentiasa melindungi aku. Aku tak kisah apa yang orang lain nak kata. Yang penting kebahagiaan milik aku.
 
Jung Daehyun.
 
Yoo Youngjae.
 
Aku akan pastikan nama kita berdua sentiasa diingati dan disebut-sebut.Terima kasih sekali lagi Tuhan.
 


 

                                                              THE END

 

AUTHOR NOTE : finally~~~ aku berjaya copy paste setelah macam-macam dugaan aku dapat semalam masa nak publish dekat sini... T^T . Oneshot jek. Haha. Aku tak berani nak buat banyak-banyak chapter sebab takut tak ter update. Kalau aku rasa nak sambung, aku akan buat chapter baru tapi tetap oneshot dan kisah hidup DaeJae cp ni. XD Buat masa ni aku akan completed kan . 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Wu_Family_EXO
#1
Chapter 1: so sweet.. cute la dorang ni..
TashaMeez
#2
kemaruk citer gay sampai ke fanfics nmpk lol
bysyyui
#3
Chapter 1: Ala sweernyeee main kiss kiss siap dgn drama hisdustan lagiii.. btw sejak bile Daehyun suka minum justice perisa grape? setahu aku dae paling benci dgn air anggur...
SeHuNYeHeT94
#4
Chapter 1: Serius klau adik aku bace mesti dia geli geleman sebb dia x suke klau aku layan jer sweet giler....
SeHuNYeHeT94
#5
Okey2 nampak best..... nextttt
mpreggoland
#6
tak sabar nak baca yang selanjutnya...