chapter 13

HAIR

''Mia ,aku nak tanya kau sesuatu ni .''Soo Hae memulakan bicara sebaik sahaja Mia sedar .

''Apa dia ?.''

Soo Hae mengeluarkan sapu tangan tadi .Mia terkejut .

''M..mana kau jumpa benda ni ?.''soal Mia ketakutan .

''Aku jumpa dekat tempat kau .Aku nak tanya ,benda ni ke yang menyebabkan kau pengsan tadi ?.''

Mia terdiam .Soo Hae mengeluh .

''Mia ,aku tanya kau ni .Betul ke ?.''

Mia mengangguk lemah .

''Aku dah agak dah .Sejak bila ?.Apsal kau tak cerita dekat aku ?.''Soo Hae meradang .

''Aku bukan tak nak cerita .Tapi aku takut la .''

''Okey ,sekarang kau tak payah takut .Aku nak kau ceritakan dekat aku .''

Mia mengeluh kecil .Lantas dia menceritakan kejadian tersebut kepada temannya itu .

''Masuk kali ni dah 4 kali dah aku kena .Aku tak nak cerita kat kau sebab nanti kau mesti tak percaya .Mian ..''

Soo Hae yakin ,kali ini dia mesti beritahu Mia perkara sebenar .

''Mia ,aku ada benda nak bagitahu dekat kau ni .Tapi aku harap kau boleh terima la benda yang aku nak cakap ni .''

''Apa dia ?.''

''Sebenarnya ,sekolah kita ni ada mitos sendiri .Mungkin kau tak percaya tapi ini yang berlaku sebenarnya .Sebenarnya ,dulu sekolah ni sekolah untuk budak-budak tadika .Masa tu ada sorang budak perempuan comel nama di Na Rin .Dia ni ada rambut yang panjang dan cantik .Semua orang puji dia .Satu hari ,dia dapat tawaran jadi puteri dalam teater sekolah .Kira macam heroin la .Then ,masa tu nak dekat dah show tu .Lepas tu dia tiba-tiba mati .''

''Hah ?.''Mia terkejut .

''Tak habis lagi .Kau tau tak dekat mana diorang jumpa mayat budak tu ?.Dekat mesin filem .Rambut dia tersekat dekat situ then dia mati .Sejak hari tu ,sesiapa yang rambut panjang ,tak boleh duduk dekat belakang sekali .Nanti budak tu datang dan minta rambut dekat orang tu .''

''Kau ni biar betul .Ishh ,mengarut la semua ni .''

''Mia ,ni benda betul .Bukan sekadar mitos biasa .Aku rasa budak yang kau selalu nampak tu ,mungkin budak perempuan tu .''

Mia menelan air liur .Dia terasa seram sejuk .

''Aku rasa kau dalam bahaya la Mia .Tak ada pilihan lain ,aku rasa kau kena potong rambut kau .''

''HAH ?!!.Kau gila ke ?.Penat-penat aku simpan rambut ni sebab aku nak pikat Jr ,senang-senang kau suruh aku potong. Sorry babe ,tapi memang aku tak boleh buat .Ini tak mungkin .''

''Habis tu macam mana Mia ?.Aku risaukan kau je .Tak pun macam ni je la .Kau tukar tempat dengan aku .Biar aku je duduk belakang .''

''Wow ..tu pun tak boleh .Kau ingat senang ke aku nak duduk sebelah Jr .Yang kau beria-ia sangat ni kenapa hah ?..Entah-entah kau pun suka Jr .Sebab tu kau ambil kesempatan ni supaya dapat duduk dengan dia .Jangan-jangan mitos tu pun kau saja nak reka supaya boleh takutkan aku ?.Macam tu kan ?.''Mia mula marah .Dia tidak menyangka Soo Hae sanggup menikam belakangnya .

''Weyh ,kau ni agak-agak la .Ingat aku ni apa .Aku buat semua ni sebab aku fikir kau .Tak ada kena-mengena dengan Jr pun .''

''AHH ..Kau diam .Baik kau balik sekarang .Aku tak sangka kau macam ni .Jahat .Kau keluar .Aku cakap keluar !.''

Soo Hae terkesima .Dia tidak menyangka bahawa Mia beranggapan sebegitu .Sungguh dia terkejut .Mia terus baring dan menutup badannya dengan selimut .Soo Hae mengeluh .Perlahan-lahan dia keluar meninggalkan Mia di situ .

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
taeha98
anyeong ..sorry sebab tunggu sy update cerita ni .i hope you guys can comment about it .thanks .

Comments

You must be logged in to comment
shh_silence
#1
Chapter 18: Hantu tu adik Jr..... X sangka plak.... BTW cerita ni best .
SyiqaYeollie
#2
Chapter 18: Kenapa cerita ni tergantung????wea???T_T
KairaLavender
#3
Chapter 9: Please update soon!!! Btw, cite dia best...
pinkprincesskookie
#4
Chapter 7: Update soon~… best cite ni..
chanyeorin
#5
Chapter 4: update soon :>