Pengakhiran bagi Kris tetapi permulaan bagi Wu Yi Fan

Galaxy
Please log in to read the full chapter

 


Aku memerhatikan pantulan wajahku pada permukaan cermin meja solek yang licin itu. Wajahku kelihatan agak pucat, itu mengundang sebuah senyuman tawar daripadaku. Senyuman yang dipaksa, senyuman yang melambangkan perasaan aku ketika itu. Tawar. Hidupku juga ibarat senyuman itu, tawar tanpa sebarang perisa. 

 

Aku melepaskan satu keluhan dengan dada yang berat. Rambutku yang masih lembap aku keringkan dengan sehelai tuala kecil berwarna hijau. Hari ini aku akan menghadiri sesi pembicaraan di mahkamah berikutan tuntutan saman aku terhadap mereka. Aku agak berdebar kerana aku tidak mengetahui perkara yang bakal menanti aku. Aku telah membuat perbincangan terperinci bersama peguamku. Menurut beliau, aku berkemungkinan akan memenangi kes saman tersebut.  

 

Hangeng juga pernah datang bertemuku ketika aku berada di firma tempat peguamku bekerja. Kata Hangeng, "Yifan, bersabarlah. Aku tahu perasaan kau. Aku pernah mengalami semua itu. Kau tidak perlu risau. Kenyataan pasti akan terbongkar,"

 

Benarkah begitu? Benarkah kenyataan pasti akan terbongkar? Hati dan mindaku keliru. Aku keliru dengan permainan dunia. Aku keliru dengan permainan manusia yang tamak haloba. 

 

 

Kalaulah mereka tidak mengambil kesempatan terhadap aku..

Kalaulah mereka tidak menghalang aku daripada bertemu dengan ibuku..

Kalaulah mereka menjaga kebajikanku sebagai seorang manusia, aku pasti tidak akan tergamak mengkhianati  sahabat-sahabatku. Aku tidak akan tergamak untuk mengkhianati 11 orang sahabat perjuanganku. 

 

 

Minseok. Sebagai seorang yang paling tua dalam kumpulan, Minseok bertindak seiring dengan umurnya. Dia mempunyai fikiran yang matang. Aku menghormatinya sebagai seorang abang, walaupun rasa hormat itu pernah hilang ketika dia mencuri makanan yang aku telah simpan di dalam bilikku. Minseok perlu mula mengubah tabiat makannya jika dia mahu memiliki tubuh yang menarik seperti aku.

 


Luhan. Aku tidak pernah menganggapnya sebagai seorang yang lebih tua kerana mukanya kelihatan seperti kanak-kanak. Walaubagaimanapun, aku agak tercabar dengan kemahirannya dalam pelbagai jenis sukan. Aku pernah kalah teruk ketika bermain bola keranjang dengannya. Dan itu merupakan satu penghinaan yang besar memandang bola keranjang adalah kemahiran aku. Luhan perlu kekal dengan sukan bola sepaknya dan meninggalkan sukan bola keranjang itu untuk aku. Dia perlu memberikan aku sedikit ruang untuk bersinar.

 


Junmyeon. Aku telah berkali-kali menasihatinya supaya meninggalkan gaya wanita berumur yang ada padanya tetapi malangnya, nasihatku seperti air yang dicurahkan pada daun keladi. Bukan sahaja gayanya seperti wanita berumur, mulutnya juga begitu. Dia gemar berleter, semestinya, kerana dia adalah seorang ketua. Aku berbangga kerana telah dapat menjadi ketua bersama-samanya. Walaupun dia seorang yang selalu dibuli oleh ahli kumpulan kami dalam kehidupan seharian, tiada seorang pun yang berani mengingkari arahannya ketika kami sedang bekerja. Junmyeon ibarat sebatang pembaris yang lurus ketika menjalankan tugas, itu adalah antara sifatnya yang aku kagumi. Tidak perlulah aku menyebut tentang kekayaanya kerana duitku di bank juga tidak kurang hebatnya.

 

Yixing. Aku tidak pernah bertemu dengan lelaki sebaiknya sebelum ini. Dia seorang yang sangat jujur dan bersopan-santun. Dia jarang menyakitkan hati orang lain, lebih mudah jika aku katakan dia jarang bergaul dengan orang. Dia lebih selesa berdiam diri dan ketawa melihat gelagat orang lain. Dia hanya akan bersuara apabila perkara itu berkaitan dengan dirinya atau dia mahu mengatakan sesuatu tentang perkara tersebut. Dia mempunyai tempat khas di dalam hatinya untuk nenek, kerana itulah dia selalu menggesa Baekhyun untuk membawanya balik ke kampung. Dia ingin bertemu dengan nenek Baekhyun dan melepaskan rindu terhadap neneknya.

 

Baekhyun. Dia tidak pernah membawa Yixing ke rumahnya kerana menurutnya, "Untuk apa? Dia pasti akan lupa. Kemungkinan besar dia akan bertanya siapa nenek aku pada keesokan harinya,". Baekhyun tidak suka apabila aku berdiri di sebelahku kerana ketinggianku menyebabkan dia kelihatan seperti orang kerdil. Aku juga tidak suka apabila aku berdiri di sebelah Baekhyun kerana aku khuatir dia akan meraba punggungku seperti yang dia selalu lakukan pada Sehun dan Kyungsoo.

 

Chanyeol. Dia merupakan antara ahli yang paling rapat denganku dalam EXO-K. Kami berdua mudah bergaul, mungkin kerana ketinggian kami yang seakan-akan sama membuatkan kami berasa selesa. Selain itu, aku juga suka meluangkan masa bersamanya kerana dia selalu melakukan perkara-perkara yang memperlihatkan kedunguannya. Aku dapat mengekalkan imej lelaki dinginku apabila aku bersama dengannya.

 

Jongdae. Bising. Itu yang mampu akan katakan mengenai dirinya. Dia dan Baekhyun selalu bergaduh di dalam dorm tentang perkara-perkara yang tidak masuk akal. Mereka pernah bergaduh mengenai punggung siapakah yang kelihatan menggoda antara mereka berdua ketika di dorm. Kyungsoo telah menenangkan mereka dengan berkata, "Punggung Jongin lebih menggoda,"

 

Kyungsoo. Dia mempunyai perangai yang sama seperti Junmyeon: kuat berleter. Jika hendak dibandingkan dengan Junmyeon, ciri-ciri seorang ibu lebih nyata pada Kyungsoo. Dia seorang tukang masak yang baik(walaupun pernah kalah dengan Chanyeol ketika mereka bertanding memasak pada hari jadi Chanyeol), seorang yang pembersih dan seorang yang prihatin. Aku agak tersentuh apabila dia berjaya menasihati Jongin supaya berhenti merokok, memandangkan tiada seorang pun pernah menegur tabiat buruk Jongin itu. 

 

Jongin. Aku bencikan Jongin kerana dia sangat handal menari. Aku teringin untuk menjadi licik dan tangkas di atas pentas seperti yang dia selalu lakukan. Bulu romaku pernah meremang ketika kami sedang membuat persembahan di China. Jongin menari dengan sangat bersungguh-sungguh sehinggakan aku fikir dia sedang dirasuk syaitan. Apabila di atas pentas, Jongin akan terkubur dalam di dalam dirinya. Apabila di atas pentas, dia adalah Kai.

 

Sehun. Dia adalah seorang maknae yang comel dan suka mengenakan orang lain. Namun begitu, aura lelaki dingin yang ada padanya membuatkan orang agak takut untuk mendekatinya. Aku juga tidak mahu mendekatinya, kerana berimej lelaki dingin adalah identiti aku, dia tidak perlu merampas takhtaku yang satu itu.

 

Aku menghampiri ampaian kecil di sudut bilikku lalu menjemurkan tuala yang aku gunakan untuk mengeringkan rambut di situ. Aku mengelipkan kelopak mataku beberapa kali, tidak mahu air mata yang bertakung di kolam mataku jatuh menitis ke pipi.

 

Zitao..

 

Dia adalah ahli yang paling rapat denganku, aku telah menganggapnya seperti adik kandungku sendiri. Aku mengaku yang aku selalu kedekut untuk membelanjanya kerana dia turut memperlakukan sebegitu kepada orang lain. Dia pernah membeli tiga biji hamburger dan langsung tidak menawarkannya kepada orang lain. Untuk mengajarnya, aku turut berbuat sedemikian padanya. 

 

Selain kedekut, Zitao juga seorang yang penakut. Ada satu kejadian di mana dia memaksa aku untuk menemaninya mandi, menurutnya, ada hantu yang datang menggangunya di dalam bilik air. Aku tidak percaya dengan kata-katanya tetapi aku tetap menemaninya mandi. Aku tahu yang dia sangat takut akan makhluk yang bernama hantu itu.

 

Zitao juga seorang yang over-confident. Dia sangat yakin yang dia berkebolehan dalam pelbagai perkara. Bagiku, itulah yang membuatkan dia handal dalam seni mempertahankan diri. Mentaliti mempunyai pengaruh yang sangat kuat dalam hidup seseorang. Apabila dia merasakan dia boleh, dia pasti akan berusaha sehabis mungkin untuk membuktikan yang dia 'boleh'. Itu nilai yang aku dapat daripadanya. Namun, tubuhku tetap tidak mampu mengikuti rutin seni mempertahan diri dengan kemas. Otakku berkata aku mampu, manakala badanku berkata 'Jangan harap'. Aku akhirnya membuat keputusan untuk setia dengan sukan bola keranjang sahaja. 

 

Zitao selalu menyuruh aku berkongsi masalahku dengannya, tetapi aku tidak mahu membebankan fikirannya dengan masalahku. Fikirannya terlalu mentah. Apabila aku mempunyai masalah, aku hanya akan berdiam diri. Apabila masalah itu tidak mampu aku tanggung seorang diri, aku akan menelefon ibuku. Dan, ibu selalu berjaya untuk membuatkan minda dan hatiku tenang.

 

Ibu. Dia adalah segala-galanya dalam hidupku. Bagiku, ibu adalah mak dan ayahku. Segala keperitan dan kesusahan yang dia alami untuk membesarkan aku, pasti akan aku balas suatu hari nanti. Ibu selalu menyokong tindakanku. Ibu selalu ada apabila aku terasa seperti aku ditindas oleh permainan dunia. Ibu selalu ada. Ibu takkan pernah meninggalkan aku terkapai-kapai  seorang diri di bawa arus kerakusan dunia.

 

"Pagi, ibu." sapaku kepada ibu yang sedang menyapu jem mentega kacang pada roti bakar. Ibu tersenyum ke arahku dan aku membalas senyuman itu dengan seikhlas hati. Aku melabuhkan punggung di atas kerusi l

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hjkyung #1
Sy baca cite nie again again again and again.
Whyyyyyyy≧﹏≦≧﹏≦≧﹏≦
Sedihnyaaaaa
Hoping badly soooo much exo ot12
V_Kook_Min2708 #2
Chapter 1: I miss u mr.galaxy...Alway stay strong!!!Fighting!!!Sad story..Hmpir mnangis saya...
hjkyung #3
Chapter 1: Miss him, mr galaxy. Sedihnya~~~
misz_dina #4
Chapter 1: Sobsobsob T.T cian Kris...tp takper,gud luck wu yifan!
GreenDecember #5
Chapter 1: Oh,,so sad,,,it's like kris' real emotions
MidnightWriter
#6
Chapter 1: The most awesome fanfic I've ever read. It just.... has a deep meaning, and of course it made me cried, for an hour. I miss Kris so much..... Thanks for this awesome fanfic!
misslee_88 #7
Chapter 1: Unnie....cite unnie buat saya rindu balik kat kris.mendalam maksud cite unnie..gumawo unnie sebab buat cite pasal kris ni...
mynameisNARA
#8
Chapter 1: Unnie ..
Krisss ...
thanks sbb buat ff yg best walaupn xckp tisu utk saya ...
unnie dh buat saya realize something ^^ thanks
lobak98
#9
Chapter 1: Chapter 1: rindu angat-angat zaman xoxo . rindu zaman dorang jadi wolf . zaman dorang jadi budak sekolah . zaman dorang femes tahap petala kelapan . zaman dorang showtime . zaman dorang pergi pantai . zaman dorang masuk rumah hantu . zaman dorang semua berkumpul sebagai 12 orang T^T

#NowPlaying Lucky - EXO