Perkahwinan

Bukti Cintaku Kepadamu

Perkahwinan

flower_22997_md.gif

Jongin hanya mendiamkan diri diatas katilnya sambil matanya memandang ke arah siling putih yang kosong. Pipinya penuh dengan air mata berisi kegembiraan yang sudah kering manakala senyumannya tidak pernah dilepaskan. Jam dinding sudah menunjukkan empat pagi tetapi dia masih tidak dapat tidur. Selepas mendengari daripada Luhan bahawa Shinhye akan memasuki sekolah mereka dan mempunyai kelas yang sama, ia lebih membuatkan Jongin amat begitu seronok untuk menghadiri sekolah esok sampaikan dirinya sukar untuk tidur.

Kerja sekolah yang telah cikgu berikan sudah disiapkan, buku-buku sekolah sudah diletakkan didalam beg sekolah mengikuti jadual dan uniform sekolah telah digosok licin (tiada kesan kedut walau satu pun). Tangannya menggapai-gapai gambar Shinhye disebelahnya itu lagi dan merenung ia dalam. Dia memeluk ia dengan dua-dua tangannya atas dadanya sebelum tidur nyenyak sambil selimut meliputi hampir seluruh badannya.

Hanya dalam tiga jam kemudian, bunyian lagu dari kumpulan Apink iaitu yang bertajuk 'Mr.Chu' dari telefon bimbitnya bergema di seluruh kawasan bilik,  membangunkan tuannya dari tidur sambil tangannya mencapainya untuk memberhentikan ia. Dengan itu, dia bingkas bangun dari katil dan memakai selipar menuju ke bilik air sambil tangannya memegang tuala dari gantungan tuala. Selepas mangambil masa untuk mandi selama dua puluh minit, dia mengelap pada setiap bahagian tubuhnya.

Akhirnya, dia selesai memakai uniform sekolah yang kelihatan segak dengan tanda nama dan juga lencana sekolah. Rambutnya diletakkan gel rambut dan disikat kemas dengan gaya macho depan cermin yang besar. Begnya yang berjenama MCM (berwarna putih) dipakai dan hanya buku teks matematik yang sungguh begitu tebal dipegang oleh tangan kanannya.

Si Jongin memakan sarapan yang telah disiapkan oleh pembantu-pembantu rumah sehingga habis licin. Dia mengelap mulutnya yang comot itu dengan tisu. Semua orang yang berada dirumah amat terkejut selepas melihat anak tuan mereka bersiap sungguh awal dari biasa. Selalunya, Jongin bersiap lambat tetapi lain pulak hari ini. Dia masuk ke dalam perut kereta dan pemandu tersebut memandu ke arah sekolah secepat yang mungkin oleh kerana permintaan anak tuannya.

Sekolah Menengah Kebangsaan Kirin ialah sekolah yang paling terkenal di Seoul dan hanya orang kaya mahupun yang bijak pandai sahaja yang boleh memasuki sekolah itu. Jongin memasuki sekolah itu kerana dia seorang yang cerdas, berbakat dan juga anak dari orang yang berada. Sebab itulah ramai gadis jatuh hati padanya tetapi dia tidak seperti kawannya yang lain, malahan, dia langsung tidak pernah bercakap walau sepatah perkataan kepada mereka kerana dia tahu bahawa mereka hanya ingin mengikis duit poketnya.

Jongin mempunyai ramai kawan karib sejak dia berumur lapan tahun yang lalu. Luhan paling dia rapat disebabkan ibubapa mereka saling mengenali antara satu sama lain. Mereka (EXO) pun anak orang kaya sepertinya tetapi ibu bapa mereka sangat mengambil berat fasal mereka, tidak seperti dia. Kadang-kadang dia berasa iri hati terhadap mereka tetapi sebagai sahabat, mereka cuba memberi kasih sayang sedaya mampu mereka terhadapnya.

Suasana waktu awal pagi agak sunyi sepi dan hanya beberapa murid yang hadir termasuk dirinya sendiri. Di dalam kelasnya masih tiada sesiapa yang masuk sebelum Jongin. Dia tidak usah menekan suis lampu disebabkan matahari sudah menegak diatas memancarkan cahaya yang mengelilingi bumi. Dia duduk seorang di tempatnya iaitu ditengah baris dan sebelahnya sama ada kiri atau kanan ialah tempat Luhan dan Sehun.

Semakin lama menunggu, semakin ramai murid yang memasuki kelas termasuk rakan-rakannya, EXO. Mereka mendapat nama itu dari Suho, bak katanya EXO adalah nama planet tetapi berada di galaksi yang lain. "Weyh, Jongin dah sampai? Awal gila siot!" Chen teriak sedikit sambil melihat jam tangan dan mereka menoleh kepala kearah Jongin yang duduk berseorangan merenung ke papan hitam. Luhan agak risau dengan Jongin. Dia dari tadi langsung tidak berkata apa-apa. Seperti ada sesuatu yang dia rahsiakan. 

¤

Luhan mempunyai seorang ayah dan ibunya yang sering mengambil berat tentangnya. Dia satu-satunya anak tunggal selepas abangnya meninggalkannya disebabkan kemalangan yang teruk. Ayahnya membangunkan dan mempunyai pelbagai restoran-restoran terkenal dan beliau juga adalah jutawan yang secara rahsia.

Kebanyakan orang fikir bahawa beliau hanyalah seorang manusia biasa seperti yang lain. Ibunya pula seorang pereka fesyen yang terkenal dan ramai yang amat berbangga dengan pakaian yang mudah menambat hati mereka dengan hanya pandang sekilas. Mereka berdua tidak bersifat angkuh dan juga suka tolong menolong.

Tanpa pengetahuan Jongin, keluarga Luhan amat rapat dengan keluarga Shinhye disebabkan ayah Luhan pernah menolong ayahnya ketika dalam kesusahan dahulu. Kemudian, tiada angin tiada ribut, beliau ingin mengahwinkan Luhan dengan anak perempuannya, Shinhye. Betapa pilu hatinya apabila mendengarinya. Luhan mendapat tahu semasa mereka sedang bermakan malam semalam dan meninggalkan tempat itu selepas mengingkari permintaan ibu bapanya.

Hatinya amat mencintai Sehun yang sering mengambil berat tentang dirinya dan mencerahkan harinya. Oh Sehun seorang lelaki yang bersikap ramah, cerdik, muda, kaya raya dan paling penting dia masih bujang (tiada sesiapa yang sudah dapatkannya lagi). Ramai wanita-wanita yang cuba memikat hatinya tetapi jejaka ini sangat pandai mengetahui apa sebenar isi hati perempuan.

Mereka sempat bermain pada ketika cikgu yang masih belum masih belum kesampaian. Hari ini hari keuntungan pada Sehun kerana hari lahirnya dan ramai peminat-peminat memberi hadiah, makanan, surat cinta mahupun bubbletea yang bermacam-macam perisa tetapi tiada seorang pun yang berikan apa sebenarnya Sehun mahukan.

Mereka tidak mengetahui bahawa bubbletea kegemaran Sehun ialah bubbletea berperisa oreo. Dia masih menantikan hadiah itu walaupun dia sangat mampu membelinya sendiri. Luhan tidak terkata malah pipinya tidak berhenti-henti menjadi merah menerang dari tadi lagi. Sehun pun memandang kearah Luhan dan mengeluh kekecewaan. Kenapa ye?

Luhan sebetulnya berasa gementar dan tidak sabar untuk memberi Sehun hadiah kerana dia yakin bahawa Sehun pasti akan menyukai hadiah istimewa yang diberi olehnya. Luhan juga bercadang untuk meluahkan perasaannya kepada Sehun walaupun dirinya tahu dia akan menjadi tunang orang lain kerana suatu hari nanti, Luhan bakal membatalkan perkahwinan antaranya dengan Park Shinhye. 

Puan Kim akhirnya menjejak masuk kedalam kelas dan semua murid bangun. Ketua kelas, iaitu Suho mengintip rakan-rakannya supaya memastikan semua murid berdiri dan menyapa gurunya dengan berkata "Selamat Sejahtera, cikgu." Beliau tidak pernah menanggalkan senyuman yang begitu indah sekali kepada sesiapa yang beliau ketemu. "Selamat Sejahtera, murid-murid! Sila duduk ye" beliau menyambut dengan riang.

"Baiklah, semua murid bersedia?" beliau bertanya dan semua angguk dalam beberapa kali. "Baiklah hari ini, kita akan belajar tajuk—" cikgu mereka berhenti seketika terdengar bunyian pintu yang terbuka. Kelihatan seorang gadis yang sungguh cantik dengan pakaiannya yang kemas tetapi bukan dengan lagaknya yang seperti gangster. Jongin melihatnya sambil berkerut dahi, seakan-akan kenal dengan gadis tersebut.

"I'm sorry for the late cos' I can't find the office—whoops, terlupa pulak yang saya ada kat Korea. Ugh, maafkan saya sebab lambat masuk kelas, sebab saya tak dapat jumpa pejabat sekolah kat mana tadi. Untungla ada jugak seorang mamat tolong saya. By the way, saya murid baru." perempuan itu menjelaskan dengan agak selamba tanpa menunduk hormat (agak biadap). "Oh, okay, takpe. Disebabkan awak murid baru, boleh kenalkan diri?" Puan Kim tersenyum dan tidak terasa selesa dengan kelakuannya.

"Hai, nama saya Park Shin Hye dan saya barusan sahaja balik dari London dalam dua hari yang lepas. So, selamat berkenalan?" Terus rahang Jongin menurun, tidak percaya.


Apa akan jadi seterusnya? Mari kita saksikan dalam bab seterusnya ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
AhnChanByul #1
Chapter 1: Kenapa padam chapter yg dah buat? Tak sempat nak baca..