Kembali

Bukti Cintaku Kepadamu

 Kembali

flower_22997_md.gif

Jam dinding menunjukkan pada pukul 8 suku pagi. Kesunyian melanda di dalam bilik tersebut sejak pagi tadi kecuali penghawa dingin yang masih dibuka. Tiada apa-apa yang istimewa semasa liburan musim panas sedang berlalu kini. Kawasan bilik itu sungguh luas dan kemas penuh dengan pelbagai barangan yang berharga. Demikian pula, terdapat satu gambar portrait sungguh besar perempuan berumur 14 tahun yang terpampang di dinding.

Seorang jejaka duduk secara bersila berseorangan di atas katil yang empuk, bersaiz queen sambil merenung gambar gadis yang sama di dalam tangannya. Ia menunjukkan perempuan yang sedang makan mufin berperisa coklat sambil tersenyum comel. Air mula membanjiri matanya sekali lagi akhirnya menitis ke dua belah pipinya. Terasa kemasinan air matanya sendiri dari lidahnya. Kepiluan di hati seakan-akan merasai seperti sebilah pisau mencucuk hatinya.

Nama sebenarnya ialah Kim Jongin dan kini dia sudah meningkat 18 tahun sejak sebulan yang sudah berlalu. Manakala perempuan di dalam portrait itu pula ialah Park Shinhye, kawan yang paling rapat yang dia pernah dapat sejak umur mereka masih mentah lagi. Bukan itu sahaja, malahan, dia juga satu-satunya gadis yang telah menambat hati Jongin.Tetapi, Jongin masih tertanya-tanya. Si gadis ini juga ada hati padanya atau bukan?

Perjanjian terakhirnya ialah dia akan pulang kembila ke Korea secepat yang mungkin untuk berjumpa dengan kawan karibnya. Shinhye masih berada di London bersama keluarganya sejak 4 tahun berlalu dan masih kini belum kesampaian. Jongin merinduinya yang teramat sehigga sekarang dan dia juga heran seperti ada sesuatu yang aneh berlaku pada Shinhye. Dia sering cuba untuk menelefon Shinhye tetapi tiada sesiapa yang menjawab taliannya. Katanya, nombor telefon tersebut sudah dipadam oleh pemiliknya.

Keinginan Jongin ialah untuk mencari Shinhye tetapi dia tidak sanggup nak cari seluruh London. London itu bukan kecil malah besar dan penduduk di situ sungguh ramai. Orang gila je yang sanggup buat macam sebegitu. Ibu bapanya pula sudah seperti orang asing kerana mereka jarang– bukan jarang tetapi langsung tidak pernah jejak dalam rumah walau sekali pun. Bagi mereka, kerja itu lebih penting dan mereka tidak boleh hidup tanpanya kerana itu satu-satunya untuk mendapat duit.

Tiba-tiba, bunyian dari telefon bimbit kepunyaannya berbunyi dari poket seluarnya tetapi Jongin tidak membaca nama siapa yang menelefonnya malah terus menekan butang hijau sebelum menjawab hello. Rupa-rupanya ia adalah Luhan, kawan rapatnya selepas Shinhye.

"Yo, dah lama tak jumpa kau weyh." dengan lagak cool Luhan bercakap. "Yo, asal call aku awal-awal pagi ni?"

"Emmm, aku nak kau pergi breakfast dengan aku sekarang jom. Dekat McD yang dekat dengan rumah aku tu, aku tunggu kau kat sini. Aku ada sesuatu nak bagitahu kau," "Hmm, yelah, aku pergi dulu. Bye," ujar Jongin dan menekan butang End call.

Apa yang Luhan nak bagitahu pada Jongin?

 

¤

 

Lambat daun, si Jongin pun telah mencapai ke tempat McD yang mempunyai ramai pelanggan yang datang semata-mata untuk bersarapan. Kereta Mercedes-nya berbunyi setelah dia menekan butang untuk mengunci kereta tersebut dan masukkan kunci kereta ke dalam poketnya. Jongin menjejak masuk dan sesetengah orang memandangnya, terpikat dengan mukanya yang sangat begitu kacak.

Disebabkan terlalu ramai, dia terpaksa mencari sambil meronda sekeliling tempat dan masih tidak jumpa Luhan. 'Hish, mana perginya Luhan ni, tadi cakap ada dekat sini tapi dah seluruh tempat aku cari tapi masih tak jumpa,' bisik hati Jongin dengan penuh geram. Tak tersangka sama sekali, sepasang tangan menepuk bahu kirinya dan dia memusing belakang melihat siapa orangnya. Kelihatan Luhan sedang tersenyum polos.

"Mana kau pergi? Aku carik kau merata tempat tak jumpa pon,"

"Aku pergi tandas tadi. Sakit perut tiba-tiba," Luhan memberi alasan sambil menggaru belakang kepalanya yang tidak berasa gatal. Luhan tiba-tiba berubah muka dan memerhatikan muka sahabatnya betul-betul.

"Kenapa kau pandang aku macam tu?" Jongin bertanya. "Betul ke kau ni Jongin yang aku kenal?" Luhan mengeluarkan soalan bodoh padanya membuatkan Jongin berkerut dahi.

"Mestilah! Asal kau tanya soalan bodoh ni kat aku, rusa?" "Heck Jongin! Asal kau kurus kerempeng sangat?!" rahang Jongin jatuh. Betul ke dia kurus sangat? Biasa je. Kemudian Luhan menarik tangannya ke kaunter untuk membeli makanan.

"Awak kena duduk kat sini dan makan banyak-banyak. Takpe, aku belanja. Kau cuma pilihlah apa yang kau nak," "T-Tapi—" "Opopop. Takpe, kau tak perlu ganti balik. Aku cuma nak kau gemuk balik. Cepat pilih." Jongin melihat segala menu sehingga matanya menangkap gambar ayam. Hanya ada spicy chicken kerana yang biasa hanya untuk tengah hari dan petang sahaja. 'Spicy chicken jelah.' bisik hatinya.

"Spicy chicken dengan milo jelah." Luhan tersenyum girang. "Kak, nak 4 spicy chicken dengan satu cawan milo besar." Luhan memesan kepada satu pekerja sambil pipinya merah menyala. Siapa tak nervous bila ada dua mamat yang tampan dan hot berada di depan mata? 'Eh, 4 spicy chicken dengan satu cawan milo besar? Mungkin, Luhan nak makan ayam sekali kot. Ayam tu kan pedas, mungkin Luhan tahu yang aku ni tak tahan pedas. Sebab tu dia beli cawan milo besar,' fikir Jongin.

Mereka berdua menunggu dan tak sampai seminit, makanan yang mereka pesan sudah pun siap. Mereka mengucap terima kasih sambil menunduk sedikit sebelum pergi pada wanita itu manakala dia hanya tersenyum biasa tetapi di dalam, hatinya bagaikan ingin meletup. Setelah mereka menemui tempat untuk makan, Luhan memberi dulang yang berisi makanan juga minuman itu pada sahabatnya. Jongin mula keliru.

"Kau tak makan sekali ke?" "Aku dah makanlah tadi semasa tunggu kau. Sekarang kau makanlah puas-puas," Jongin merenung muka Luhan, tidak percaya pada kata-katanya. "Tapi—" "Dah, takde tapi-tapi. Makan cepat. Aku ada sesuatu nak cakap dengan kau lepas ni," katanya sambil tangannya sedang bermesej dengan perempuan-perempuan yang dia sedang dipermainkan. Maklumlah, muka aja yang innocent tapi isi hati belum tahu lagi.

Jongin mengelapkan mukanya yang comot dengan tisu dan menghirup air milo buat kali terakhir. Dia bersendawa. "Ha, habis pon makanan tu." Luhan menepuk tangannya. "So, apa yang kau nak cakap?" tanya Jongin yang ingin tahu. "Esok. Hari lahir Sehun." kedua-dua pipi Luhan bermerah jambu. Ha'ah, kawannya adalah gay. Player tapi gay, pelik bukan?

"Yang ni je kau nak bagitahu?!"

"Sabar dulu, ada lagi selain ni. Sekarang, aku nak tanya kau. Sehun suka benda yang macam mana? Kau kan rapat jugak dengan dia" "Dia sangat-sangat suka. . .bubble tea," "Really? Takpe esok aku beli yang besar punya! hanya untuk Sehun~" Jongin geleng kepalanya kepada kawannya yang mula mengelamun.

"Hoi," dia melambaikan tangannya di depan muka rakannya dan Luhan tersentak berhenti mengelamun. “Apa lagi kau nak bagitahu?" "Kalau aku bagitahu ni, jangan marah kat aku tau." Jongin angguk kepalanya beberapa kali. Muka Luhan terus berubah menjadi serius. "Dia kembali ke sini weyh. Kat Seoul, Korea," Jongin tidak dapat petunjuk lagi malah, masih keliru. "Sape?"

"Shinhye."

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
AhnChanByul #1
Chapter 1: Kenapa padam chapter yg dah buat? Tak sempat nak baca..