Last Farewell 3

Last Farewell

Seminggu kemudian

      Hansol menjamu selera di restoran yang agak mewah dengan bergayanya. Seorang gadis duduk di sebelahnya. Air yang dihirup tak sampai tekak keluar semula. Gadis itu menghulurkan sapu tangan tapi ditolak Hansol dengan jelingan.

      "Kita jumpa lagi," gadis itu tersenyum kepadanya. "Awak kim Hansol bukan? Kenal saya lagi. Jodoh kita jumpa kat sini," Gadis itu tertunduk malu.

"Saya tak kenal awak," sekali lagi Hansol menjeling kepada gadis itu. Sebenarnya dia masih ingat dengan gadis itu. Doktor yang merawat lukanya tempoh hari. Dia hanya malas nak melayan.

"Tangan awak dah okey. Saya tak nampak awak datang hospital lagi," gadis itu petah berkata. Hansol yang mendiamkan diri. "Sebelum tu nama saya Jung Yoomi. Kita belum kenal lagi bukan. Saya tinggal dalam hotel ini juga. Saya rasa awak pun." Hansol bermain sudu. Makin gilakalau dia ada di situ.

"Jung Yoomi, apa awak buat dengan mamat pendek ni?" Daehyun menyergah meja Hansol dan Yoomi. Kali ini mata Hansol dua kali besar dari sebelum ini.

"Oppa kenal Hansol?" Mahu jatuh muka Hansol mendengar Yoomi menggelarkan 'oppa' kepada Daehyun yang dipanggil si bangku itu.

Daehyun menarik lengan adiknya menjauh dari Hansol. "Oppa tak mahu kamu dekat dengan si pendek ni!" tegas Daehyun melirikkan mata pada Hansol.

"Tapi kenapa? Dia kawan adik," Yoomi menjerit dan melepaskan diri dari cengkaman abangnya. Pelanggan lain ynag berada di situ memerhatikan drama mereka. Hansol ketawa kecil. Barangkali mengejek.

"Hoi kaki bangku! Yang kau ni naik hantu tak tentu? Adik kau nak kawan dengan aku apa salahnya!," Hansol berdiri dan sengaja meletakkan tangan kirinya pada bahu Yoomi. Seolah-olah mengancam amarah Daehyun.

Pipi merah yoomi merah kerana malu tetapi tidak bagi Daehyun yang merah menahan geram. "Kau lepaskan tangan kau tu pendek!!" Daehyun menunding jari.

"Daripada aku melayan kau, baik aku balik bilik. Merosakkan mood makan aku je. Kalau kau bayar nak buat drama kat sini takpe jugak." Hansol segera memanggil pelayan membayar makanan yang dipesannya. 

"Kim Hansol!! Kalau awak masih sakit datang hospital!!!" jerit Yoomi. Langkah Hansol berhenti dan menoleh ke arah Yoomi. Dia membuat 'flying kiss' sambil mengeyitkan mata. Yoomi sudah pun terbuai asmara pada Hansol. Daehyun mengetap bibir.

"Tak guna kau pendek," keluh Daehyun kecil.

daehyun mencubit lengan adik miangnya. "Oppa sakitlah! Kenapa cubit Yoomi?" marah Yoomi.

"Datang sini bukan nak menggatal dengan musuh oppa. Tolonglah buka mata sikit. Jangan sampai si pendek tu buat Yoomi buta. He's my enemy!" Daehyun membisik pada telinga adik kesayangannya.

"Dia musuh oppa, suka hati oppalah. Tak de kena mengena dengan Yoomi," pipi dikembungkan.

 

 

 

---------------------------------------------------------------- IWI-------------------------------------------------------------IWI----------------------------------------------------------------------

 

 

Hansol menekan-nekan keyboard laptopnya. Satu- satu artikel mengenai keluarga Ahn Jaehyun di baca dengan tekun. Entah mengapa idea jahatnya keluar.

"Kalau aku goda adik si Daehyun pasti aku dapat sikit info mengenai sepupunya, Ahn Jaehyun. Maaf kaki bangku... Hanya adik kau je yang boleh bantu aku. Kau jangan jadi penyibuk," Hansol berkata sendirian . Dia memegang skrin laptopnya yang ada gambar keluarga Ahn Jaehyun.

Balutan tangan kirinya dibuka. Hansol menjerit kesakitan tatkala dia mencuba menggerakkan tangannya. Sudah 2 minggu tangannya masih tidak sembuh. Misi membunuh ahli perniagaan yang muda itu tidak lagi terlaksana. 

Telefon bimbitnya berbunyi. Segera Hansol mengangkat panggilan tersebut. "Pendek, jumpa aku kat lobi sekarang," suara Daehyun bergema di cuping telinganya. 

"Mana kau dapat nombor telefon aku, kaki bangku," Hansol mengeluh panjang. Dahinya berkerut.

"Aku tak ada masa nak terangkan. Jumpa aku kat lobi sekarang! Aku ada benda aku nak cakap," suara daehyun sangat serius dan bersungguh-sungguh. 

"Fine aku datang." Hansol mematikan panggilan dan membalut semula lukanya. Pistol ditangan disembunyikan pada jaket hitamnya.

 

 

 

Hansol ke arah Daehyun yang sedang duduk dia atas sofa. "Kau ada apa nak jumpa aku?" Hansol melabuhkan dirinya atas sofa sebelah daehyun.

"Aku nak kau jauhkan diri kau dari Yoomi," Hansol tertawa mengejek.

"Kalau aku tak nak kau nak buat apa? Aku baru nak plan main-mainkan hati adik kesayangan kau tu,"kening Hansol dinaikkan. 

"Jangan kau berani," kolar baju Hansol ditarik kuat. Mata Daehyun penuh dengan dendam.

"Aku nak kau rasa macam mana kau buat awek aku gila bayang pada kau dan dia bunuh diri kerana kau main-mainkan dia. AKU NAK KAU RASA!!"

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
SeHuNYeHeT94
#1
Chapter 3: suke giler...ohsem keep update
inspirit_lover97
#2
Chapter 3: Hansol dan Daehyun gado!!
SeHuNYeHeT94
#3
Chapter 2: okey dh faham mesti daehyun pon dendam ngan jaehyun...wow cite nie ohsem giler....
FatPanda_98
#4
Chapter 1: Wahhh...gilalah, aku suka gila kalau baca action movie, lagi2 kalau da imagine aku yang watak tu haha...
SeHuNYeHeT94
#5
Chapter 1: Pfhh...gempak giler keep update
Daevil_1004
#6
Ayat yang gempak G~
SeHuNYeHeT94
#7
So...excited....fuhh x sabo nk bace... pada sape dendam dehyun....paliii update