Last Farewell 1

Last Farewell

Kediaman Hansol

      Hansol baring di atas sofa di hadapantv sambil makan 'snack' dengan bersepah. Kalah tikus. pintunya diketuk kuat mengejutnya yang menikmati indahnya dunia.

      "siapa ganggu aku malam-malam buta ni!" bentak hatinya. Rambut diramas sehingga kust masai.

      Pintu dibuka. "Hah kau! ada apa lagi? Masuk," Hansol menjemput lelaki di hadapannya masuk ke dalam rumah. Lelaki itu macam dah biasa dengan kediaman rumah Hansol.   

       "Ada tugasan baru untuk kau," Lelaki itu membaling satu bungkusan berwarna coklat kepada Hansol.

        "Tugasan apa? Siapa pulak mangsa aku kali ni. Orang atasan?"Hansol memberikan senyuman jahatnya sambil menyanyi.

         Bungkusan tersebut dibuka. Ada beberapa keping gambar, cd, profil dan pita rakaman suara si mangsa dlam bungkusan tersebut. Hansol mula membelek-belek barang tersebut.

          "Ahn Jaehyun?" Hansol menyebut nama dalam profil tersebut. "Hensem gila tapi sayang nyawa tak panjang. Kenapa dia?" Hansol menggeleng-geleng dan bertanya kepada lelaki tersebut.

         "Jangan tanya. Ini arahan dari bos. Selesaikan dia dalam bulan ni dan kau akan dapat pampasan dua kali ganda dari sekarang," lelaki itu mengeluarkan sebungkus lagi bungkusan dan diberikan kepada Hansol. Tapi bungkusan itu berharga dan membuatkan Hansol tersenyum gembira.

         "Macam kau tak kenal aku," Hansol mengira wang permulaannya yang baru dia dapat. "50 000? Wow, lelaki sehensem ni pun menguntungkan aku ke?" Hansol berjenaka sambil ketawa menepuk lantai.

         "Aku balik dulu. Kalau kau nak tahu pasal dia hubungi aku. Berhati-hati  dengan dia. Nampak hensem tapi berbisa," Lelaki itu terus berlalu pergi dari rumah Hansol.

         "Hati-hati? Bisa? Ingat kala jengking apa. Tapi tak apa. Aku boleh jadi penawar untuk dia ke neraka," Kali ini senyuman Hansol semakin melebar dan menyeramkan. Dia ke bilik tidurnya dan mengambal kotak besi yang dijaga dengan rapi.

         Pistol yang tersimpan lama diambil dan dimasukkan peluru. "Long time no see, sayang. Kita akan beroperasi lagimalam ni sayangku. Suka tak?," Dicium pistolnya itu dan memeriksa setiap inci pistolnya itu.

 

-------------------------     --------------------------------      ------------------------------     ---------------------------------     --------------------------  -----------------------------   -----------

 

Target pertama : AHN  JAEHYUN (ahli perniagaan muda)

 

       "Giler Hensem mamat ni. Mesti kaki pompuan," Hansol membetulkan 'tie' pada lehernya. Dia berlakon menjadi penginap hotel. Taktik untuk mengenali mangsa dari arah dekat.

        "Apa kau cakap? Gagal? Macam mana boleh gagal. Aku bayar kau banyak tapi kau buat kerja macam sial!! Aku bagi kau tempoh lagi. Kalau tak mampus jugak budak tu. Kau tahu nasibnya."

        Hansol yang sejak dari tadi berada dalam tandas hanya mendengar kemarahan Ahn Jaehyun semasa berbual dalam telefon bimbit. Selepas Jaehyun keluar dari tandas, Hansol keluar dari tempat persembunyiannya.

       "Ganas gila mamat ni. Harap muka jambu tapi boleh tahan hantu. Don't worry Ahn Jaehyun sebelum kau bunuh orang, biar aku tarik nyawa kau dulu," Hansol mengibas rambutnya sambil menayangkan gigi putih di hadapan cermin. "Aku lagi hensem.." selepas itu dia keluar dari tandas.

        

 

 

       Malam keesokan hariannya, Hansol mengenakan pakaian hitam dan menutup matanya ala-ala ninja. Dia memasang senapang lasernya ke arah bilik tempat Ahn Jaehyun berada. "Okey siap. Tinggal tembak dan kerja aku selesai. Sepatutnya diorang bagi aku tiga hari je nak matikan budak jambu ni," Hansol mengomel sendirian dan dia berbaring meniarap untuk melihat sasaran.

       "Ada kata-kata terakhir, Ahn JAehyun?" Hansol tersenyum girang. Ahn Jaehyun sudah lena dibuat mimpi. Senapang lasernya boleh menembusi bilik tersebut. Bilik itu bukanlah selamat sangat. Dia tiada memasang kalis peluru di dalamnya.

         "Goodbye," Hansol menekan picu senapangnya.

          PANG! PANG! PANG!

          Bunyi tembakan menggemakan Hotel Star A. Hansol menhan kesakitan. Seseorang menembaknya dari arah tepi dan mengenainya bahu kirinya. Dia melarikan diri walaupun tangannya sakit dan berdarah.

        "Sial!! Siapa pulak yang tembak aku ni!"

 

 

 

______________________________________________________________________________________________

 

Maaf kerana penggunaan ayat saya agak keterlaluan. Bagi nampak real sikit. Huhu :3 Saya masih dalam pembelajaran. Enjoy =D

  

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
SeHuNYeHeT94
#1
Chapter 3: suke giler...ohsem keep update
inspirit_lover97
#2
Chapter 3: Hansol dan Daehyun gado!!
SeHuNYeHeT94
#3
Chapter 2: okey dh faham mesti daehyun pon dendam ngan jaehyun...wow cite nie ohsem giler....
FatPanda_98
#4
Chapter 1: Wahhh...gilalah, aku suka gila kalau baca action movie, lagi2 kalau da imagine aku yang watak tu haha...
SeHuNYeHeT94
#5
Chapter 1: Pfhh...gempak giler keep update
Daevil_1004
#6
Ayat yang gempak G~
SeHuNYeHeT94
#7
So...excited....fuhh x sabo nk bace... pada sape dendam dehyun....paliii update