final

Encik Haibee

Kalau dibuka, nanti Encik Haibee akan...

(Baekhyun's pov)

Aku tengah syok-syok buat kerja... Tiba-tiba...

"Baekhyun!"Kyungsoo memanggil.

"Yup"Aku mendongak ke arah Kyungsoo.

"Tengokla tu Si Sehun dengan geng dia... menunjuk la tu beli baju baru"Kyungsoo mencebik.

"A'ah. Menyampah aku tengok"sambung Minseok.

"Korang ni kalau nak menyampah-menyampah pergilah balik rumah Cik Timah oiii!"Jongdae ketawa.

Aku pun ketawa. Lupa nak kenalkan diri. Aku Baekhyun. Yang ni member aku, Kyungsoo,Minseok dan Jongdae. Diorang la kawan rapat aku. Dah tak de kawan lain dah. Maklumla, kitaorang ni jenis yang tak berape nak sosial, jangan harapla budak kelas nak layan. diorang cuma layan budak-budak yang hebat je.

Tapi aku tak kisah. Asalkan member aku layan aku and... Chanyeol layan aku. Dia tu jiran aku. Kalau ada peluang aku akan jalan kaki balik rumah dengan dia. Masa tu aku nak dia anggap aku tak membosankan dan nak dia sedar yang aku suka dia.

~~~

Keesokkannya...

(Baekhyun's pov)

"Korang tau tak pasal Encik Haibee?"Jongdae tanya. Dia ni memang banyak cerita. Tak tau la dapat dari mana.

"Tau!"Kyungsoo dan Minseok menyahut serentak.

Aku tau pasal Encik Haibee ni. Tajuk kepada sebuah lagu. Lagu dia macam ni...

Encik Haibee sukakan kegelapan dan...

Dia akan datang ketuk pintu

Encik Haibee yang pandai tiru suara

Akan memanggil dan tunggu sampai pintu dibuka

Kalau pintu dibuka...

Kita akan diculik oleh Encik Haibee.

Macam tu la lagu dia. Aku pun tak faham kenapa lagu ni wujud.

"Korang tau tak?"Jongdae menyambung. "Dengar cerita,kononnya dia ada dalam lurang kat kuil hujung taman ni. Apa kata kita seru dia"Jongdae tersenyum.

"Kau gile ke ape nak seru benda-benda macam tu!"Aku menyahut.

"Alah, kita cuba je."Jongdae buat puppyface.

Kyungsoo yang dari tadi aku tengok duk menjeling Si Jongdae dengan mata besar dia tu pun tanya"Apa motif kau nak buat macam ni?'"

Jongdae mencebik. "Korang tak terasa ke nak ade ramai kawan... aku teringin sekali. Kita boleh buktikan keberanian kita bila kita seru Encik Haibee and BOOM!!! Kita akan famous sekelip mata. Kalau korang nak tau tak de seorang pun dalam kelas ni pernah seru dia

"Betul?"Minseok membulatkan matanya.Jongdae menangguk.

Siapa yang tak nak ramai kawan. Aku pun nak. Aku tengok Minseok dengan Kyungsoo mengangguk setuju dengan cadangan Jongdae, maka aku pun terpaksa mengangguk.

"Bagus. Kita akan keliling lurang tu dan seru dia keluar. Kita boleh panggil dia datang rumah kita. Tapi,jangan tengok muka dia tau. Disebabkan korang dah setuju kita terus buat la petang ni,OK?"Jongdae bertanya.

Kitaorang pun mengangguk tanda setuju.

~~~

Petangnya...

(Baekhyun's pov)

Kitaorang tiba di lurang tu.

"Jom kita mula"Jongdae ajak.

Maka, kitaorang pun mengelilingi lurang tersebut dan menyebut 'Encik HAibee,Encik Haibee keluarla' sebanyak 7 kali.

Aku buat macam ni sebab nak buat Chanyeol bangga dengan aku.

~~~

Kesokkannya...

(Baekhyun's pov)

"Wah!Hebatnya korang" ayat macam ni la yang aku dengar dari rakan sekelas aku yang lain. Apa lagi,membangga diri la kitaorang. Cuma yang aku pelik kenapa Minseok tak datang sekolah? Aku harap dia ok...

Hari ni aku nak balik dengan Chanyeol and nak tengok reaction dia pasal aku.

Balik sekolah aku terus pergi ke arah Chanyeol dan berjalan sebelah dia.

Suasana nyaman menemani kitaorang yang berjalan.

Tiba-tiba Chanyeol mencelah "Teruk la kau ni. Kalau jadi betul-betul macam mana...".

"Apa?? So sekarang ni kau nak cakap aku lembap?"muka aku nak menangis. Ceh! Poyo aku terserlah di situ ye...

"Mana ada aku cakap kau lembap,teruk je"Chanyeol menahan dirinya."And aku tak suka cakap lembap".

Secara automatik mulut aku membuat bentuk '0'.

Tiba-tiba,telefon aku berdering menandakan seseorang call aku.

"Ya? Kenapa Kyungsoo?"

"Hari ni Minseok tak datang sekolah kan? Tadi aku tanya mak dia...and mak dia cakap dia hilang"

"What??? Biar betul?"

"Betul la. Aku tak main-main."

"Errr..."

"Kau tak rasa ke yang Encik Haibee culik dia?"

"Tak mungkin la..."

"Ding Dong. Biar saya buka,mama. Sorry Baekhyun... Nanti aku call kau lagi."

"OK. Bye"

"Kenapa Baek?"Chanyeol pandang aku.

"Tak de papela. Bye"aku terus berlari meninggalkan Chanyeol yang kehairanan di situ.

Tak mungkin Encik Haibee culik dia. Encik Haibee kan... tak wujud.

Tak pe la. Besok aku jumpa Kyungsoo.

~~~

Kesokkannya...

(Baekhyun's pov)

Aku berjalan ke rumah Kyungsoo. Dari jauh aku nampak ramai orang dan polis di depan rumah Kyungsoo. Ada apa-apa yang terjadi ke?

Aku terdengar jiran-jiran berbisik.

"Tau tak pasal rumah Do tu, satu keluarga hilang. Makan malam atas meja masih terhidang tetapi mereka semua dah hilang"

Terdetik kat hati aku... Encik Haibee yang culik diorang ke...

Jadi yang ketuk pintu tu... dia ke?

Aku terus berlari untuk jumpa Jongdae.

~~~

"Jongdae! Kau cakap Encik Haibee tu tak wujud"aku menjerit.

"Memangla..."

Kitaorang berjalan terus ke lurang tersebut. Dan kitaorang tak mampu nak cakap apa-apa bila sampai situ sebab...

penutup lurang dah dibuka... Means that Encik Haibee dah keluar.

"Macam mana ni? Tinggal kita berdua je..."aku bertanya pada Jongdae.

Aku tengok Jongdae menggigil ketakutan.

~~~

(Baekhyun's pov)

Aku terus berlari balikke rumah,masuk ke dalam bilik dan kunci pintu. Aku tak tau nak buat ape.

Malam tu aku call Jongdae.

"Biar apa pun kalau loceng bunyi,jangan buka pintu tau"

"Baek,kau sorang je ke kat rumah?"

"Ha'ah. Parent aku balik lambat"

"Tap.Tap. Jongdae,mama ni. Bukalah pintu" 

"Mak kau dah balik ke?"

"Ye kot...kreek" 

"Jongdae,kenapa ni?"

"..."

"Helo?Jongdae?"

"..."

"Jongdae!!!Jawabla!!!"

Aku terus berlari ke rumah Jongdae. Setibanya di sana aku ternampak ibu Jongdae di depan rumah.

"Baekhyun... Kenapa datang malam-malam ni?"tanya Puan Kim.

"Tadi mak cik ada ketuk pintu bilik Jongdae tak?"Aku kepenatan kerana berlari.

"Takde. Makcik baru je sampai ni"

"APE?? Cepat buka pintu"

Setelah pintu dibuka aku terus masuk ke arah bilik Jongdae yang pintunya terbuka luas dan aku melihat... Jongdae tiada di dalam. Aku ketakutan.

~~~

(Baekhyun's pov)

Selepas beberapa hari aku tidak ke sekolah atau lebih tepat lagi aku langsung tidak keluar dari bilik. Tiba-tiba...

GANG!GANG!GANG

Pintu bilik aku diketuk dengan kuat banyak kali.Aku ketakutan.

BANG! Muncul Chanyeol."Baekhyun"

"Chanyeol"

Chanyeol duduk di sebelah aku.

"Jadi Encik Haibee dah culik diorang?"Chanyeol bertanya.

"Ya"

"Saya risau sebab kau tak datang sekolah. Mujur kau tak pape"

"Lepas ni...giliran aku pula..."

"Encik Haibee sukakan kegelapan dan...Dia akan datang ketuk pintu Encik Haibee yang pandai tiru suara Akan memanggil dan tunggu sampai pintu dibuka Kalau pintu dibuka... Kita akan diculik oleh Encik Haibee. Kau pernah terfikir tak kenapa ada lagu teliti macam ni sekali"

Aku memandang Chanyeol.

"Mungkin ada orang terselamat,jadi dia buat lagu bagi semua orang tahu"

Kenapa aku tak pernah terfikir semua ni.

"Encik Haibee sukakan kegelapan...kalau tak silap mereka bertiga hilang pada waktu malam kan?"Chanyeol meminta kepastian.

Aku mengangguk lemah.

"Mungkin...kalau kau tak bagi dia masuk sampai matahari terbit...kau akan selamat?"

"Chanyeol...boleh tak aku nak duduk dalam bilik kau... I mean stor ke... kat rumah kau?"

Chanyeol mengganguk. Maka aku ikut Chanyeol ke rumahnya dan dia tempatkan aku kat dalam bilik stor di dalam biliknya.

"Kau yakin nak duduk sini?"Chanyeol bertanya.

Aku menggangguk.

"Kalau macam tu aku nak duduk dengan kau..."

"Tak payahla... Kau tunggu aku je"

"OK... Nanti bila matahari dah terbit aku panggil"

Maka tinggallah aku seorang dalam bilik tu.

Aku tak nak Chanyeol terlibat. Aku tak nak susahkan Chanyeol sebab... Aku sukakan dia...

Tiba-tiba... koo koo! Aku terkejut. Rupanya bunyi jam ayam. Baru sekali bunyi menandakan pukul satu. Sabar Baek kau ada lagi lima jam.

"Baek"

Siapa panggil aku? Macam Chanyeol.

"Keluarla...Encik Haibee dah pergi?"

Semuanya dah selamat ke?...

"Betulke dah pergi?..."Aku bertanya.

"Ye la...Apa awak merepek ni... LEMBAP...

Tak ni bukan Chanyeol. Ni Encik Haibee... Chanyeol tak suka cakap lembap.

GANG!GANG!GANG!

Pintu diketuk kasar. Aku menutup telinga dan berharap semuanya berakhir.

koo koo! koo koo! 

2 kali... Dah pukul dua.

..........

koo koo! koo koo! koo koo! Dah pukul tiga.

...............

koo koo! koo koo! koo koo! koo koo! Pukul empat.

.....................

koo koo!koo koo!koo koo!koo koo!koo kooo! Pukul lima. Sabar lagi satu jam dan semuanya berakhir.

...........................

koo koo!koo koo!koo koo!koo koo!koo koo!koo koo! Pukul enam... Akhirnya...

GANG!GANG!

"Baek, keluarla. Encik Haibee dah pergi"

Aku terus keluar dan memeluk Chanyeol.

"Terima kasih Yeol... Aku nak cakap yang aku suka...k...kau"

Chanyeol tersenyum. Aku melihat ke arah cermin.

Matahari masih tak terbit lagi... dan dalam bilik Chanyeol tak de jam ayam.

"Kau ni siapa?" Aku bertanya.

'Chanyeol menggenggam tangan aku."Tak faham lagi ke...LEMBAP!!!"

 

Encik Haibee sukakan kegelapan dan...

Dia akan datang ketuk pintu

Encik Haibee yang pandai tiru suara

Akan memanggil dan tunggu sampai pintu dibuka

Kalau pintu dibuka...

Keesokkan pagi...

(Chanyeol's pov)

"Baek, buka pintu ni... dah selamat..."

Pelik... Kenapa takde respons. Aku risau.

Aku terus buka pintu dan...kosong...

Baekhyun dah hilang.

Kita akan diculik Encik Haibee

 


Hai guys...

Best tak citer ni...

Saje je letak Baekyeol because my feel on baekyeol is too much...

SORRY kalau korang rasa penggunaan watak tak berape nak sesuai*bow 90 darjah

BTW...PLEASE COMMENT,SUSCRIBE AND UPVOTE...

Love all the readers,

TeeyaNeox

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nanadjiyongie_01
#1
Chapter 1: eii seramnya...kata tk seram..Huhuhuhu creepy gila encik haibee ni boleh tiru suara org bagai..takut!!
moonLite88 #2
Chapter 1: so , diorang smua kat mna ? seram la . apapun , good job pal .
lolexotics #3
Chapter 1: kenapa cerita ini tergantung , patutnya author cerita kan lah yang chanyeol cari baekhyun dan yang lain2 baru best ok , sorry sebab saya cakap macam nie
mis_hun #4
Chapter 1: mak ai ini author nim cakap tak seramm..
saya baca sampai berpeluh beb .. kenapa end ? TT at least cari org2 yg hilang tu :3
apepun nice ~