Annyeong

Tinggal. (Stay, Leave)

Hujan turun dengan lebat harini. 

 

' aku sukakan hujan. '

' kenapa? '

' hujan berikan aku ketenangan, pokok bermandikan hujan, lantai bumi yang basah . Aku cuma rasa yang aku sukakan pemandangan ni. '  dia melihat ke arah gadis berambut hitam paras bahu itu dengan senyuman 

'  kau akan sukakannya nanti '

 

Lagu Almost paradise yang dimainkan dari cd yang kau beli pada tahun lepas ; sebab kau tahu betapa aku suka drama tu terus berputar tanpa henti pada hari ini.

 

' aku bencikan drama. Mana ada happy ending dalam real life. Diorang cuma putar belitkan realiti kepada fantasi untuk rating yang tinggi '

' Kau ni terlalu berfikirlah. Cubalah tengok cerita dengan senyap ', Heeyoon memarahi yifan yang kelihatan jengkel dengan leteran gadis tu. Dengan menjegilkan mata kanannya, yifan menutup televisyen yang terpasang

' Yifan!! '

' Apa? Aku cuma nak kau berikan tumpuan pada aku, sebab aku sukakan kau untuk 3 tahun, Heeyoon-ah '

 

' Heeyoon-ah ', perkataan yang terngiang ngiang di telinga dia. Petir dan guruh kedengaran kuat dari luar tingkap

 

' Heeyoon, tolong aku '

' Tolong apa? '

' Kau.. ada di rumah? ' , Yifan berkata melalui telefon awam. Heeyoon terdiam seketika sebelum akhirnya berkata ya. Yifan cuma mendiamkan diri. 

' Boleh kau datang ke rumah aku? Aku rindukan kau '

' Maaflah, aku sibuk. Lagipun, kat luar hujan. Kau tahu kan aku tak ada payung dan bencikan hujan '

' Oh.  Okay.  Maaf sebab ganggu kau.  Have fun '

dan panggilan diputuskan.

Badan Yifan sakit. Baju dia yang basah kerana air hujan bercampur dengan darah yang mengalir dari epidermisnya yang terkoyak. Cincin yang digenggam dalam tangannya dijatuhkan pada tar jalan. Matanya tertumpu pada depan rumah Heeyoon. 

' Dia dengan lelaki lain. Dia dengan lelaki lain '

 

Pengutip hutang yang memburu dia disebabkan hutang ayahnya yang melambung tinggi mula mencarinya. Dia berjaya melepaskan diri. Tetapi dia tahu dia takkan kekal selamat lama kerana pengutip hutang akan terus buru dia hingga ke lubang cacing sekalipun. Dia datang untuk berjumpa Heeyoon tetapi sebaliknya yang dia dapat. Belum sempat dia berbuat apa apa, pengutip hutang yang terdiri dari satu gang 9 orang menariknya dari belakang dan memukulnya tanpa henti. Dia kemudiannya diseret menaiki kereta dan hilang dari pandangan semua orang selepas itu. 

 

Heeyoon menutup matanya dan mengalirkan air matanya yang mengalir menuruni pipinya dan berhenti di dagunya sebelum jatuh ke lantai. 

 

' ada tahi bintang jatuh. Buatlah hajat cepat wu yi fan '

' hajat aku bergantung pada kau . Aku harap kau tak akan tinggalkan aku. '

 

'  aku tak bermaksud nak kongkong kau tetapi kenapa lelaki tu pegang tangan kau tadi? Aku tak tahu cuma aku rasa ... terpinggir. Kau tak pernah sekalipun benarkan aku buat macamtu '

' dia bukan sesiapa '

' kenapa kau terima aku, heeyoon? '

' sebab kau anak yatim dan aku tak nak sedihkan kau. Tinggalkan aku. Aku sukakan orang lain '

 

Aku mengambil beg dan membetulkan pakaian. Omma memanggil dari luar bilik untuk menyuruh aku cepat bersiap. Harini aku akan berjumpa yifan selepas setahun. Tetapi di mahkamah. 

Dia dipaksa masuk ke dalam kongsi gelap dan gangster. Dia didakwa membunuh anak presiden negara tetapi aku tahu yang tu bukan kehendak dia. Dia dipaksa. Dia akan dibicarakan harini dan aku datang , sebab ini mungkin kali terakhir aku melihat dia. Kesalahan dia berat dan boleh dihukum gantung. 

Aku melihat wajahnya yang sugul. Dia sempat menoleh ke arah aku. Aku tak dapat tahan tetapi menangis, sedangkan dia masih lagi kelihatan tenang. 

 

" Jangan risaukan aku. Aku okay. Jaga diri kau elok elok "

Yifan berkata sebelum dibawa pergi polis polis yang bertugas. Tetapi aku tahu. Dia tak okay.  Hanya dia seorang yang ditangkap sedangkan ahli yang lain, bebas berkeliaran mencari mangsa seterusnya dengan lebih rakus dan tamak akan harta dunia.

 

Keesokan harinya yifan dibebaskan. Polis jumpa bukti yang mengatakan dia tak  bersalah. Ahlinya yang lain ditangkap. Yifan memandang aku dengan senyuman selepas dibebaskan. Aku tak pernah sangka yang aku akan melihat dia bebas dan kembali seperti biasa semula. Aku berjanji pada dia, pinky promise,

' Happy ending wujud. Aku akan pastikan '

Yifan ketawa kecil. ' Aku pegang pada janji kau '

 

Tetapi kelakar kan. Sebab hari yang dikatakan hari esok, jatuh pada 30 Februari. Dan 30 Februari tak pernah wujud.

 

- watak perempuan dalam ni mewakili sm, kris percayakan sm untuk bantu dia capai impian dia untuk jadi penyanyi tetapi sm break kepercayaan dia dan jadikan dia seolah olah puppet. Watak pengutip hutang dalam ni mewakili sasaeng. Sasaeng akan terus buru dia hingga ke lubang tandas sekalipun untuk kesenangan dia sendiri. Watak kris sebagai anak yatim mewakili kris yang tinggal di Korea sendirian sedangkan keluarga dia di negara lain. tahi bintang digunakan sebab kita tahu yang kris sukakan galaxy. We believe in you, Kris 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
harryniel
#1
Chapter 1: it's sooooooo deep.
LeeYeonRin
#2
Chapter 1: Walaupun ringkas dan pendek, saya tetap menangis. Good job babe!
Rainbow_fairy #3
Chapter 1: This is very well written! Good job ^^
Ada maksud mendalam di sebalik setiap ayat yang awak tulis.
Mungkin cerita ni pendek dan ringkas, tapi pada masa yang sama membawa beribu makna :)
Kris atau sekarang saya gelar Wu Yifan adalah salah seorang bias saya.
And saya faham mesej yang cuba awak sampaikan.
Congrats sebab story awak mmg daebak!

p.s. Teruskan menulis di masa hadapan. Awak ada potential :)
U-KissMe_Inspirit
#4
Chapter 1: Harap sgt Kris dpt bersama2 dgn Exo semula.... sedihnya fic nie >_<
Batrisyia_AA
#5
Chapter 1: Happy ending wujud :) Kris takkan pernah tinggalkan EXO . #WeBelieveInYouKris
dae_yeol
#6
Chapter 1: wow!! sedihnya..mendalamnya mksud cerita ni..
ainsyahk_melody #7
Chapter 1: Mendalam :) I love it! :D