CHAPTER 9

THE GANGSTER ME!

          Sebaik sahaja kami sampai  ke sekolah, Hani meminta aku untuk menemaninya  ke perpustakaan. Manakala, Ah In, Nim dan Misz terus menuju ke kelas untuk melihat keadaan Asz,

“Hani, cepatlah,. Kau  tau tak aku rasa kekok sangat kat sini,” dalam 3 tahun aku belajar kat sini, aku rasa inilah kali ke 4 aku melawat perpustakaan sekolah. Itu pun kalau cikgu dah memaksa sangat kami semua untuk masuk tempat mesyuarat semua budak skema di sekolah ni. Sejak dari mula aku dan Hani masuk ke sini, hampir semua mata melihat kami berdua. Apabila kami menjeling balik, mereka cepat-cepat menundukkan kepala. Apa, ingat kami nak cari gaduh kat sini ke? Kami pun ada tamadun okay?

“Sekejaplah, aku tengah cari bahan untuk siapkan tugasan yang Mr. Panda berikan tu. Kalau aku tak carikan, mahu mati kita berenam di kerjakan. Kau ingat, ni last warning dia supaya kita siapkan tugasan ni, kalau tak, turun padanglah parents kita nanti,” balas Hani panjang lebar sambil tangannya membelek-belek buku di rak. Mr. Panda yang Hani maksudkan ialah, Cikgu Sejarah kami, Jung Hyung Don. Dengan perutnya yang ke depan tu, hampir semua pelajar di sini panggil dia Mr. Panda.

“Dia panggil mak bapak kita sekali ke? Kau tak cakap pun,” kalau orang tua aku tahu pasal ni, habislah prestasi aku sebagai anak mithali.

“Apa pulak, kan dia dah cakap depan-depan kita hari tu. Kumpulan kita jer belum hantar assignment ni tau,”

“Ala, kau buatlah macam biasa kau buat, internetkan ada,”

“Aku sudah cari, tapi aku nak tambah sikit maklumat,” eh, degil betul budak ni!

“Kau ni, ada jer benda yang kau nak jawab. Aku tak selesalah di perhati budak-budak skema ni,”

“Biasakan diri,” hesh, mahu jer aku hempuk kepala dia dengan kamus kat depan aku ni.

Tiba-tiba suatu suara menegur kami, pengawas perpustakaan yang juga pelajar sekelas aku. Aku tak cakap dia kawan sekelas aku sebab memang bukan kawan aku.

“Orang kalau tak tahu undang-undang dalam perpustakaan, baik keluar jer!” auch, sakit! Amboi, mulut puaka ni! Sepantas kilat aku dan Hani menjeling ke arah Im Yoona. Muka cantik, otak pun cerdik tapi mulut mengalahkan mulut Gorila. Disebabkan itu juga, semua pelajar yang di dalam perpustakaan memandang kami sambil tersenyum sinis.

          Aku dan Hani tidak teragak-agak untuk menyerang budak skema ni kalau bukan di dalam perpustakaan. Kami berdua terus menghampiri kaunter di mana si Yoona ni duduk. Aku menghentak meja kaunter dengan tapak tanganku dan menyebabkan mereka semua terkejut termasuk Yoona.

“Kau nak apa,huh?!” soal Yoona lalu bangkit dari duduknya.

“Kau tanya aku, nak apa? Oi, minah, muka dah cantik, otak dah pandai tapi mulut kau jangan sampai aku tolong koyakkan!” aku memberinya amaran dengan suara yang sengaja aku perlahankan.

“…atau kau nak sangat mulut kau macam badut dalam cerita batman tu?” sambung Hani pulak. Yoona mengundurkan sikit mukannya apabila kami berdua mengugut dengan berbisik di telinganya.

“Kau ingat aku takut ke? Lebih baik korang keluar sebelum aku panggil cikgu!” giliran Yoona pula memberikan amarannya kepada kami tapi jelas dimukanya terpancar perasaan cuaknya. Aku dan Hani hanya tersenyum sinis memandang budak skema sorang ni.

, Hani, Yoona, kenapa ni?” tiba-tiba suara yang aku taknak dengar hari ni kedengaran dari belakang aku dan Hani. Serentak kami berdua menoleh ke belakang. Aku kembali memandang Yoona setelah melihat Yixing yang kelihatan risau di belakang kami.

“Oppa~,” what? Oppa ke? “tengok ni mereka berdua buat bising dalam library. Budak lain pun tak dapat focus di sebabkan minah gangster 2 orang ni,” ughhh!!! Gedik! Yoona, kalau bukan dalam perpustakaan, dari tadi dah kau masuk wad oleh aku!

“Oh,” hanya itu yang keluar dari mulut Yixing. Yoona membeliakkan matanya seperti tidak percaya apa yang telah keluar dari mulut  Yixing. “That’s all? Oh?”

“Hani, aku rasa panas pula dalam tempat perhimpunan budak-budak skema sekolah ni. Kau cari bahan tempat lain jer ekk? Kita keluar, jom?” aku mencelah sambil tanganku memaut lengan Hani. “Aku pun sama, jom!!” dengan itu kami berdua keluar dari perpustakaan dengan lagak gedik  yang sengaja dibuat-buat.

“Oppa~..tengok ni mereka berdua buat bising dalam library. Budak lain pun tak dapat fokus di sebabkan minah gangster 2 orang ni…  uwekkss!!!” sambil berjalan menuju ke kelas, aku dan Hani mengejek ayat Yoona tadi. Huh, menyampah!

“Seronok nampak, boleh join?” lagi! Dari mana pula datang budak Yixing ni. Kami berdua berhenti dan menoleh belakang. Sejak dari kejadian di gudang lama hari tu, aku cuba menghindari Yixing. Tapi, ladies man ni selalu muncul tiba-tiba depan aku.

“Yixing, why not?” balas Hani sambil tergelak kecil. Kerana geram, aku menyiku pinggangnya.

“Hani, aku lupa pula nak sampaikan pesanan Baekhyun hari tu, dia nak minta nombor telefon kau. Kau tau, habis aku di baling dia dengan bantal sebab tak minta nombor telefon kau. So, hari ni boleh tak kau kasi?”  aku hanya memerhati budak berdua ni bercakap. Sesekali Hani ketawa kecil serta  nampak merah mukanya apabila Yixing menyampaikan pesanan Baekhyun. Telefon Yixing berpindah tangan. Hani menekan beberapa digit dan memberinya kembali kepada pemiliknya.

“Baik pula hati kau nak bagi nombor telefon dengan orang,” aku menyindir.

“Gila tak! Peluang sekali seumur hidup tu,” nampak sangat Hani teruja hingga bahu aku di tamparnya beberapa kali.

“Aggh! HANI!!! Sakit la, control sikit hormone kau tu boleh tak??!! Eii, ada jugak orang yang makan buku nanti!” serentak Hani dan Yixing ketawa walaupun melihat muka aku merah menahan marah  bercampur sakit!

, awak taknak ke beri nombor telefon awak dengan saya?” Tanya Yixing sebaik sahaja ketawanya reda.

Sebelum aku menjawab, Hani terlebih dahulu mencelah,

“Ooppss, aku chow dulu eh? Aku nak buat Misz jealous! Bye, , enjoy your moment! Yixing, thanks,” Hani terlebih dahulu lari sebelum aku sempat menahannya. Kau taula nasib kau nanti. Aku mengambil beberapa langkah menuju ke kelas sambil di ekori Yixing. Tanpa berlengah aku menjawab pertanyaannya tadi,

“Awak tak perlu simpan nombor telefon saya sebab selepas ni, anggap jer yang kita ni tak pernah kenal dan kami OWN RULE tak pernah tolong awak dari SPEED! Got it?” ucapku sambil memandang sekilas ke arahnya yang ketika itu berjalan di sebelahku.

“Wait, are you trying to punish me right now?” Yixing berhenti tepat di depanku dan menyebabkan aku terus memberhentikan langkah.

“Rather than punishing you, I’m trying to ignore you. Faham tak, saya taknak hubungan kami berenam terjejas di sebabkan apa yang telah awak buat setahun lalu!”

“So, awak masih tak percaya dengan penjelasan saya?” soalnya sambil meraup mukanya beberapa kali.

“Not me, but Asz do,” aku memandang tepat  matanya lalu menyambung langkah yang terhenti tadi.

, awak suka sayakan?” ketika ini, aku rasa jantung aku dah jatuh terjelepok dekat lantai. Segera aku menoleh kembali ke arahnya.

“Uh???” aku hilang kata-kata untuk seketika. Yixing mengambil beberapa langkah ke tempat aku berdiri. ‘GOD, MY WHOLE FACE IS RED RIGHT NOW!!’aku berteriak dalam hati. Beberapa orang pelajar berhenti dan melihat gelagat kami berdua.

“Yes, you like me right? I can told just by looking at your action and that red face,” ekk? Aku suka dia ke? Someone, please tell me something I don’t know. Aku cuba berlagak biasa. Walaupun hanya Tuhan yang tahu apa perasaan aku ketika ni.

“Oh, HELL NO!! Perempuan macam saya ni takkan ada masa dengan benda jiwang macam ni tau tak? Atau, awak yang suka kat saya sebenarnya kan?” aku menolak apa yang keluar dari mulut Yixing tadi walaupun aku tak tau apa yang aku rasakan sekarang sambil itu, aku menduganya kembali.

“Saya suka awak???” dia soal kembali dengan nada mengejek. “Memanglah!” mendengar perkataan terakhir keluar dari mulutnya menyebabkan aku sesak nafas!

“Ok fine. Now, let’s stop it. Awak tak perlu tanya, sebut atau lafaz apa-apa yang sedang muncul kat otak awak sekarang ni. Saya nak masuk kelas,”

“Ok, memang itu je pun soalan saya kat awak. By the way, call me whenever your heart says yes to me. Got it?” sambil tangannya mengusap rambutku, terus dia berlalu menuju ke kelasnya meninggalkan aku yang masih tercengang dengan perbuatannya.

“Ya!! Zhang Yixing, you shouldn’t have done it to me!” Yixing hanya memekakkan telinganya dan terus masuk ke dalam kelasnya. Tanpa aku sedar, ahli SPEED berada tidak jauh dari tempat aku berdiri. Mereka memandangku dengan pandangan yang mengejek.

“HOT NEWS! BUDAK SAMSENG DAH LAYAN JIWANG!!! BOOO!!!” kurang ajar Taewoon! Aku mempercepatkan langkah untuk masuk segera ke dalam kelas. Sebelum itu sempat aku menuding jari kepada mereka sambil berkata,

“KAU PENGECUT, JUST MIND YOUR BUSINESS! OUR FIGHT DOES NOT REACH IT’S END YET!!” SPEED membuat ekspresi takut untuk menambahkan lagi kemarahan aku. Aku perasan, budak-budak di sekeliling aku terutamanya pelajar perempuan, semua berbisik-bisik  antara mereka. Eleh, cemburulah tu, Yixing suka kat aku.

 

∞        ∞        ∞

 

Sudah  hampir seminggu sejak Hani memberikan nombor telefonnya kepada Baekhyun, sejak hari itu jugalah mereka saling berhubung. Baekhyun juga sudah tidak melancarkan perang dingin terhadap Yixing kerana tidak menyampaikan peasanannya kepada Hani.

SATU MINGGU YANG LEPAS, DI APARTMENT BAEKHYUN, CHEN DAN CHANYEOL

 

Lay hyung! Kau dah dapatkan nombor telefon budak perempuan tu ke? Tanya Baekhyun dengan penuh keterujaan. Yixing yang sedang membaca buku tiba-tiba menutup bukunya dan melihat Baekhyun dengan pandangan serba salah.

Namanya Hani, balas Yixing dan belum bersedia untuk bagi jawapan yang di mahukan Baekhun kerana dia memang betul-betul lupa untuk menyampaikan amanah Baekhyun.

Hani? Honey~ so, dah dapat ke tak?desaknya lagi.

Er, aku lupalah. Sorry,Baekhyun membeliakkan matanya apabila mendengar jawapan Yixing. Dengan tidak teragak-agak, dia membaling bantal kecil di sofa tempatnya duduk ke arah Yixing.

YA!! Akukan dah pesan, macam  mana boleh lupa! tengking Baekhyun.

Aku lupalah! Kau ni pun satu, kalau nak, mintalah sendiri, balas Yixing. Baekhyun hanya memeluk tubuh dan membuat ekspresi merajuknya.

Yelah kau ni Baekhyun, jadilah gentleman sikit, macam aku! Haa! Lay, kau ada tak tunjukkan gambar aku tu kat Lee Na Mi? jangan cakap kau tak tunjuk pulak! giliran Chanyeol pula untuk bertanyakan pesanannya kepada Yixing.

Yixing memandang Chanyeol sekilas, lalu menggeleng.

Kau tak tunjuk? Kau tak tunjuk Lay? Sampai hati kau buat aku macam ni. Setelah penat aku ajar kau break dance and popping?!! Chanyeol menengking dengan penuh perasaan sambil berdiri di hadapan Yixing. Ahli EXO yang ada di situ hanya ketawa melihat gelagat mereka  bertiga kecuali Suho.

Eh, Chanyeol  hyung, sedar diri sikit, macamlah pandai sangat menari, nak tendang orang pun, kaki tak sampai!sindir Sehun. Betul tak Suho hyung? Sehun cuba untuk mendapatkan sokongan daripada ketua mereka, Suho. Apabila Suho tidak memberikan apa-apa reaksi, kecuali memberikan muka seriusnya, Baekhyun, Chanyeol, dan Yixing mula bergerak masuk ke dalam bilik kerana mereka tahu yang Suho tidak mahu EXO menjalinkan hubungan dengan OWN RULE sejak kejadian di gudang lama tadi. Manakala Sehun dan yang lain hanya melopongkan mulut dan segera berpura-pura menonton TV. Selepas itu, keadaan di ruang tamu mula panas hingga mood Suho mula stabil.

 

            Walaupun begitu, Baekhyun tetap meneruskan niatnya untuk lebih mengenali Hani tanpa pengetahuan ahli EXO yang lain kecuali Yixing. Hari  ini, Baekhyun dan Hani berjanji untuk berjumpa di sebuah pusat membeli-belah yang terletak di tengah bandaraya Seoul.

“Hye!” ucap Baekhyun tersipu-sipu sambil mendekati Hani yang baru masuk ke dalam bangunan pusat membeli belah L. Dia terpegun apabila melihat Hani yang berada di depan matanya kini. Dari segi pemakaian Hani hari ni, tidak nampak langsung yang dia adalah salah satu ahli kumpulan samseng perempuan yang terkenal di beberapa buah sekolah di  Seoul. Dia nampak sangat comel dengan mengenakan

 

 

“Hye~ lama tunggu?”  Tanya Hani balik lalu mereka berdua jalan beriringan.

“Tak! You look different, tak nampak macam gangster,” Baekhyun jujur memuji Hani.

“Itu satu pujian ke?” Hani tergelak kecil. Bangga hati kecilnya apabila di puji Baekhyun. Baekhyun tersenyum sambil mengangguk. “Kalau macam tu, thanks. So, nak pergi mana ni?” Tanya Hani lagi.

“Since kita dekat mall ni, awak nak shopping? Saya belanja,” Baekhyun sendiri terkejut dengan kelantangan mulutnya yang mahu membelanja Hani membeli belah. ‘kau ni Baekhyun, ada duit ke?’ getusnya dalam hati.

“Eh, tak payah. Saya tak pandai sangat nak shopping kalau mak atau kawan OWN RULE saya tak ada sama dengan saya,” dalam hati, Baekhyun menghelakan nafas lega apabila mendengar jawapan Hani.

“Kalau macam tu, saya jadi mak awak nak?” usiknya lagi.

“Ok,” Hani melayan usikan Baekhyun dengan berlagak comel. “Mama,  saya nak makan aiskrim?”

“Ok, let’s go!!!” dengan teruja Baekhyun menarik tangan Hani lalu membawanya ke kiosk yang menjual aiskrim.

“Eh, ada ke mak yang macam ni?”

“Adalah!”

“Ye ke?”

“Ada lah, sayang?” Baekhyun segera menutup mulutnya apabila sedar yang dia sudah terlepas kata. Hani segera memandang kearah Baekhyun,

“Awak cakap apa?”

“Saya cakap apa?  Saya cakap adalah,” Baekhyun memalingkan mukanya kearah lain. Tidak mahu melihat Hani. Malu!

“Tak yang last tu,” desak Hani lagi.

“Saya cakap adalah, Hani,”  Hani tersenyum apabila Baekhyun menyebut lembut namanya.

“Oh itu ke, saya ingat awak sebut sayang yang last sekali tu,”

“Awak salah dengar ni, atau awak nak saya panggil awak tu???” Hani tidak menjawab.

“Sayang?” usik Baekhyun lagi. Ketika itu mereka sudah di depan kiosk menjual aiskrim tersebut.

“SYUTT!!!” pantas Hani menutup mulut Baekhyun dengan tapak tangannya.

“Ok! Ok! You look so nervous,” lafaz Baekhyun sambil ketawa apabila Hani sudah mengalihkan tangannya.

“Awaklah ni! Dah cepat awak nak yang mana satu?”

            Petang itu, mereka berdua menghabiskan masa dengan berjalan dari satu kedai ke satu kedai. Janji temu mereka itu tidak pernah sunyi kerana Baekhyun sangat suka mengusik Hani dan banyak cakap. Hani pula seronok melayan kerenah lelaki yang diminatnya dalam diam itu.

Petang sudah semakin gelap, mereka berdua bercadang untuk pulang dengan hanya berjalan kaki kerana masih mahu  mengenali diri masing-masing dengan lebih rapat. Namun malang tidak berbau apabila sekumpulan pelajar lelaki yang masih berpakaian sekolah menyerang mereka berdua dari arah belakang. Kejadian itu berlaku di sebatang jalan yang sunyi, di HanGang Park dan hanya 1-2 kereta sahaja yang lalu lalang.

            Hani di serang dengan mulutnya ditutup dan di tarik ke tepi jalan. Manakala Baekhyun, kedua-dua tangannya di tarik ke belakang dan di tolak ke tepi jalan seperti Hani. Kaki kirinya di tendang dan menyebabkan dia jatuh melutut di depan samseng-samseng tersebut.

“Hoi! Korang nak apa?” Baekhyun cuba untuk melawan tetapi salah seorang daripada mereka terus menumbuk tepat di pipi kiri Baekhyun. Melihat keadaan itu, Hani terus bangun tetapi bahunya terlebih dahulu di tendang oleh salah seorang daripada kumpulan tersebut dan menyebabkan dia terus terduduk kesakitan.

“!!” Baekhyun menyumpah lalu bangun dan menyerang lelaki yang menendang Hani tadi.

Pantas dia menarik kolar baju lelaki itu dan menumbuk bertubi-tubi mukanya lalu bahagian perut lelaki itu menjadi sasaran tendangannya. Jatuh tersungkur tidak berdaya lelaki itu namun, Baekhyun terus ditarik oleh 2-3 orang ahli kumpulan tersebut dan gilirannya untuk di belasah kumpulan tersebut. Hani melindungi Baekhyun daripada terus di tendang mereka dengan menindih badan Baekhyun. Akibatnya, dia pula yang menjadi mangsa tendangan kumpulan samseng tersebut. “Ha..ni..,” sebut Baekhyun apabila merasa tubuh Hani tidak lagi bergerak dan perlahan-lahan pula pandangan matanya menjadi kabur dan gelap.

“P-Goon, macam mana ni,” tanya salah seorang daripada mereka, kepada lelaki yang seperti ketua mereka, P-Goon.

“Bawa mereka ke sana,” tunjuk P-Goon ke arah padang bola keranjang yang tidak berjauhan dari lokasi mereka ketika itu. Semua ahlinya mengikut arahan dan tidak lama kemudian mereka sampai di sana dan mengikat kedua-dua Baekhyun dan Hani dengan tali yang sudah sedia mereka bawa.

“Bagus, jaga mereka, aku nak call 2 kumpulan berlagak ni,” arah P-Goon lalu mengambil telefon dari poket seluarnya dan cuba menghubungi ketua EXO, Suho.

Setelah lama menunggu, akhirnya panggilan di jawab oleh Suho,

“HELLO~”ucap P-Goon sinis.

“Siapa ni,” jawab Suho dingin. Dia dapat merasakan  ada sesuatu yang  buruk berlaku di sebalik panggilan ini.

“Takkan dah lupa dengan suara junior tercinta kau ni,”

“P-Goon?” agak Suho. “Kau nak apa?”

“Pandai~ tak, aku tak nak apa-apa. Tapi aku nak jemput korang semua main bola keranjang dengan geng aku,”

“Jangan haraplah  kau, aku tak ada masa dengan kumpulan hingusan macam korang ni!,” balas Suho dan dia hampir meletakkan panggilan namun pantas di haling P-Goon.

“Tak apa. kau tak nak tak apa, tapi jangan menyesal kalau tengok mayat salah seorang dari kumpulan kau ada depan pintu pagi esok,” ugut P-Goon dengan harapan yang Suho akan menerima tawarannya.

“Apa maksud kau!!!”

“Aku rasa kau tak terlalu bodoh untuk fikirkan apa yang aku cakap tadi. By the way, hope to see you very soon at HanGang Park, sunbae,” P-Goon terus mematikan panggilan lalu menelefon ketua OWN RULE, Ah In.

“Hello, sayang~,” P-Goon tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menghubungi Ah In.

“Eww! Siapa ni? Bila masa pula aku jadi sayang kau!” marah Ah In.

“Ala, susah sangat ke orang nak ingat suara seksi aku ni? P-Goon, remember? Crush lama kau,”

“P-Goon!!” jerit Ah In. Ketua kumpulan samseng yang sudah menjadi salah kumpulan yang di musuhinya. “Bila masa pula kau jadi crush kau? Tak guna! Kau nak apa?!”

“Malu pula nak mengaku. Tapi, it’s okay, aku nak jemput korang semua berparti kat padang bola keranjang nak?”

“Gila! Aku tak ada masa. Eh, budak hingusan, sedar-sedar dirilah sakit,  jangan buang masa muda kau dengan perkara tak guna,” teguran Ah In di sambut dengan ketawa sinis P-Goon.

“ Cermin diri kaulah. Tapi, tak apa kalau kau taknak, at least dapat juga aku lepaskan nafsu aku dengan maknae kesayangan kau dekat HanGang Park ni. Bye!” segera P-Goon mematikan panggilan lalu menghampiri ahli kumpulannya. “Kita tunggu je kat sini. Aku yakin, tak lama lagi sampailah mereka tu and the game, begin,”

 

EXO

            Di rumah, Suho kelam kabut menghubungi ahlinya yang lain. Dia tidak takut dengan ugutan P-Goon tetapi dia risaukan keselamatan kawan-kawannya.

“Kau kenapa ni Suho?” tegur Kris yang resah melihat Suho yang seperti cacing kepanasan setelah menyambut panggilan telefon tadi. Kris dan Suho adalah teman serumah.

“TOPP DOGG, buat hal dengan kita,” balasnya sambil matanya focus ke arah telefonnya. Mendengar jawapan Suho, Kris membeliakkan matanya. “Kau call Chen, Luhan dan Kai, aku call D.O, Lay dan Xiumin,” arahnya. Segera Kris menghubungi Chen.

“Yes? Wassup Duizhang?” jawab Chen.

“Tak ada maknanya wassup-wassup, ni aku nak tanya, kau kat mana?”

“Kat rumahlah, budak-budak pun ada kat sini, korang 3 jer tak ada,” jawab Chen ringkas.

“Suho, kejap. Dia orang semua ada kat rumah ChenBaekYeol,” sempat Kris menggantungkan perbualan dia dengan Chen untuk memaklumkan kepada Suho keadaan membernya. Suho membatalkan hasratnya untuk menghubungi D.O lalu mengisyaratkan Kris untuk meneruskan perbualan dia dengan Chen.

“Selain aku dengan Suho, siapa yang tak ada kat sana?” Kris menyambung perbualan dia dengan Chen.

“Err.. Sogogi (Baekhyun), Kejap, apahal ni, terus terang kat aku, cepat,” Chen sudah menghidu sesuatu yang buruk telah berlaku.

“Aku pun tak tau tapi-” Suho merampas telefon Kris.

“Aku nak korang bersiap sekarang dan pergi ke padang bola keranjang dekat Hangang Park. Aku dan Kris on the way,” sebelum Chen bertanya lebih lanjut, Suho segera mematikan panggilan. Kris dan Suho segera bersiap dan terus bergerak ke HanGang Park. Begitu juga dengan ahli EXO yang lain setelah di maklumkan oleh Chen.

Sementara itu di Apartment Ah In

“Korang, siap sekarang, kita pergi ke HanGang Park,” arah Ah In kepada Nim dan Misz yang sedang berbual setelah terfikir akan ugutan P-Goon tadi.

“Nak main apa tengah-tengah malam ni, Ah In?” soal Misz, pelik.

“Siap jelah. Aku nak call DC,” arahnya tegas.

Asz awal-awal tadi sudah pulang ke rumah orang tuanya, Alasannya Ricky sangat merinduinya. Selepas itu, Ah In terus menghubungi yang tengah makan malam bersama ibu bapanya di sebuah restoran.

, kau dah habis makan dengan parents kau ke?” soalny setelah menjawab panggilannya. Terpaksa meminta izin orang tuanya untuk menjawab panggilan Ah In.

“Belum, tengah makanlah ni? Kenapa?”

“TOPP DOGG, buat hal,”

“Maksud kau?”

“Dia orang culik Hani. Sekarang, aku harap sangat kau dapat pergi ke HanGang Park sebab Asz memang tak dapat, dia dah balik ke kampung” Ah In separuh merayu.

“Nak main apa kat HanGang Park tu. Macam mana… Hani, aku dah cakap kat dia kalau nak balik call Nim atau Misz,”

“Korang ada rahsia apa-apa dekat aku ke? Hani pergi mana tadi?” menampar mulutnya sendiri apabila terlepas cakap yang Hani keluar. Tapi nasib baik dia tak cakap yang Hani ada temu janji dengan Baekhyun, kalau tak meletuplah telefon dia sekarang. Ini di sebabkan Ah In mengharamkan hubungan antara OWN RULE dengan EXO.

“Tak, eh, aku cuba minta izin dengan parents aku sekarang. Korang gerak dulu. Bye!” segera dia mematikan panggilan Ah In.

“Erhh.. Ma, Pa…,” teragak-agak dia untuk meminta izin dengan ibu bapanya. En. Kang yang sudah tahu yang anaknya akan meminta izin untuk meninggalkan makan malam mereka, segera memintas, “Tak boleh. Kita sudah lama tak makan bersama. Kamu tak boleh tinggalkan kerusi kamu sebelum makan malam kita berakhir!” tegasnya. Pn. Kang mengangguk tanda setuju dengan suaminya.

“Please, this is the last one. I will be quick and back home early,” rayunya kepada kedua ibu bapanya.

“Hmm, kamu ni. Apa yang kamu buat di belakang kami sebenarnya? Jangan cakap yang kamu buat benda tak baik, sudah!” tekaan ibunya membuatkan terkedu.

“Apa yang ma cakap ni. Tak adalah. Tapi yang ni penting sangat-sangat. Kalau tak pergi sekarang, akan menyesal seumur hidup. Please!” desaknya lagi. Tidak sanggup untuknya membayangkan apa yang akan terjadi kepada Hani jika dia tidak turut serta malam ini.

“Apa yang penting sangat daripada orang tua kamu ni?” soal En. Kang sambil meletakkan sudu dan garfunya ke pinggan. Tajam matanya melihat anak tunggalnya.

“Sekarang , tak dapat cakap apa-apa. I know, you guys the most important than anything. Tapi, hal ni sangat-sangat penting. takkan buat hal yang merisaukan-” belum habis dia meluahkan kata-katanya, En, Kang mengangguk dan membenarkan dia untuk meninggalkan makan malam mereka dahulu.

“Thank you so much! I love you both!” ucap lalu mencium kedua-dua belah pipi ibu bapanya. Tanpa melengahkan masa, dia terus bergerak ke HanGang Park dengan menggunakan bas. Nasib baik pakaian dia malam itu sangat simple dengan hanya berbaju blouse hitam dan seluar jean serta sneakers hitam senanglah untuk dia membuka langkah jika ada apa-apa terjadi.

 

∞        ∞        ∞

BERBALIK KE HANGANG PARK

            P-Goon mundar-mandir sementara menunggu ketibaan EXO dan OWN RULE. Ahli-ahlinya saling berbual sesama sendiri dan ada yang sedang bermain bola keranjang. Mereka menggelar diri mereka TOPP DOGG dan mempunyai sebanyak 13 orang ahli di sebabkan itulah Hani dan Baekhyun sukar untuk melawan mereka tadi.

“EISH!! LAMBAT BETUL!” marah P-Goon lalu menyepak batu yang berada betul-betul di kakinya ketika itu. Secara tidak sengaja, batu itu terkena dahi Baekhyun dan menyebabkannya tersedar dari pengsan. Nasib baiklah batu itu kecil, kalau tak menderita amnesialah dia.

“HOI!! KAU LEPAS KAMI SEKARANG!” teriakan Baekhyun turut membangunkan Hani.

“OH! BANGUN JUGA SUNBAE CUTE AKU NI!” sindir P-Goon, tajam.

“P-GOON! LEBIH BAIK KAU LEPASKAN KAMI KALAU KAU MASIH SAYANG DENGAN NYAWA KAU!” ugut Hani pula. P-Goon ketawa menyindir. Ugutan Hani tidak memberikan apa-apa kesan kepadanya.

Baekhyun memandang Hani kehairanan,

“Macam mana awak kenal dengan kumpulan bawah umur ni?” soalnya.

“Why not? Kumpulan junior yang paling kurang ajar kami pernah jumpa. Mereka ni musuh kedua kami selepas SPEED. SPEED tu, mentor dia oranglah!” balas Hani dengan detail sekali. Baekhyun mengangguk tanda faham. Nampaknya mereka mempunyai musuh yang sama.

“KORANG INGAT AKU BODOH KE NAK LEPASKAN KORANG?”

“KAU TAK SEDAR KE YANG KAU MEMANG BODOH DARI DULU LAGI!” suara kuat Suho menarik perhatian mereka semua.

“YA!! DOGGIE!!” pada masa yang sama, Ah In menjerit ke arah TOPP DOGG. Ketika itu, EXO dan OWN RULE datang dari arah yang bertentangan. TOPP DOGG berkumpul, dan 2 orang daripada ahli  kumpulan tersebut mengheret Hani dan Baekhyun ke tengah padang.

“FINALLY! PERTEMUAN YANG AKU NANTI-NANTIKAN! I’M IMPRESS!” sorak P-Goon dengan niat menyakitkan hati kedua-dua kumpulan itu. Sementara itu, Ah In dan Suho hairan akan kehadiran kumpulan masing-masing. Kemudian mereka faham dengan situasi yang berlaku apabila melihat Hani dan Baekhyun di ikat bersama. Dalam hati kedua-dua mereka, saling menyimpan dendam dengan ahli kumpulan masing-masing kerana sengaja merahsiakan hubungan antara Baekhyun dan Hani.

“LET’S END THIS QUICKLY!” Kris mula bersuara.

“OH, NOT THAT FAST, SUNBAE. HOW ABOUT WE PLAY SOME GAME FIRST? ANYONE AGREE?” cadang P-Goon dengan suara sinisnya. Sememangnya perkara inilah yang dia tunggu-tunggu. ‘Kills two birds with one stone’.

“STOP THAT , DOGGIE! TAK PAYAH NAK MAIN GAME SEGALA, KALAU TAHU YANG KORANG AKAN KALAH!” sindir Nim sambil tersenyum sinis.

“ENTAH APA-APA DENGAN BUDAK-BUDAK ZAMAN SEKARANG NI. KALAU NAK GADUH PUN, AGAK-AGAKLAH. BUDAK KECIK, NAK LAWAN DENGAN ORANG BESAR? STOP KIDDING ME!” giliran pula menyakitkan hati ahli-ahli TOPP DOGG.

“AKU FAHAM DENGAN KEADAAN KORANG. KORANG SUDAH MUAK HIDUPKAN?”  selamba Yixing menambah minyak di dalam api yang marak.

“KALAU MUAK PUN, TERJUN JELAH DARI BANGUNA SEKOLAH ATAU LEBIH SENANG, BERDIRI TENGAH JALAN, TUNGGU KERETA DATANG LANGGAR. TAKLAH BUANG MASA KAMI KAT SINI,” Chanyeol yang mulut becok turut tidak ketinggalan.

“OI! JANGAN CAKAP BANYAK, CEPATLAH LEPASKAN AKU!” Baekhyun yang diikat dari tadi sudah panas punggung dan tak tahan untuk membelasah sorang-sorang ahli TOPP DOGG itu.

“DIAM!! AKU BUKAN NAK BERDEBAT DENGAN KORANG KAT SINI! KALAU KAU NAK AKU HABISKAN BUDAK DUA ORANG NI, SEKARANG AKU BOLEH BUAT!” marah P-Goon lalu mengeluarkan pisau lipat dari poket seluarnya. Dah jauh tersasar akidah budak ni. Keluh Suho dalam hati.

“CHILLLAH BRO, OKAY, KAU NAK MAIN APA? MAIN POLIS DAN PENCURI?” Suho akhirnya setuju  dengan permintaan P-Goon tapi sempat menyakitkan hati mereka.

“OI! SUHO, KAU INGAT BENDA NI MAIN-MAIN KE?” Ah In mencelah. Dalam hatinya, menyumpah dengan gurau bodoh Suho. Suho hanya menjeling ke arah Ah In.

“AKU NAK KITA LAWAN MAIN NI!” putus P-Goon sambil mengambil bola keranjang dari tangan salah seorang ahlinya dan berlagak membalingnya ke jaring. SHOOTTT!! Nasib baik jer tu. “EXO-OWN RULE vs TOPP DOGG,” sambungnya lalu melihat ke arah kedua-dua kumpulan itu.

“ADA JUGA EH, BENDA YANG KAU PANDAI SELAIN DARIPADA MENYAKITKAN HATI ORANG? I’M IMPRESS!” tiba-tiba Misz menyampuk. Sempat Chanyeol mengerling ke arah Misz dan mengenyitkan mata ke arahnya. Namun, cepat-cepat dia membuat muka serius apabila Suho melihat ke arahnya. Begitu juga Misz, yang tersenyum dengan gelagat Chanyeol, cepat-cepat menunduk muka apabila Ah In menjelingnya.

“KAU DIAM! KORANG SETUJU TAK!” kedua-dua kumpulan mengangguk tanda setuju. “BAIK, KALAU MACAM ITU AKU NAK 6 ORANG DARI EXO-OWN RULE UNTUK MELAWAN 6 ORANG GENG AKU,”

“KEJAP, KALAU KAMI KALAH, KAU NAK BUAT APA?” soal .

“TAMATLAH RIWAYAT 2 ORANG KAWAN KAU NI DAN SEBAGAI PAKEJ, KORANG PERLU MEMBUBARKAN KUMPULAN KORANG AND KALAU KORANG MENANG, KAMI JANJI TAKKAN GANGGU KORANG LAGI DAN TAKKAN PERNAH MUNCUL DEPAN KORANG LAGI. KORANG BOLEH BUAT APA-APA JER DENGAN KAMI KALAU KAMI MUNGKIR JANJI. ADA FAHAM?” panjang lebar P-Goon memberi jawapan.

“FINE! AGREE!” Suho setuju walaupun dia tahu perjanjian itu tidak terlalu memenangkan kumpulan mereka. Dia boleh mencari helah lain kalau terpaksa.

“AKU TAK SETUJU! SUHO, KAU SANGGUP GADAI NYAWA KAWAN KAU?” Ah In membantah sama sekali. menepuk bahu Ah In, “Kita terpaksa, kita akan cari helah lain kalau terpaksa,” bisiknya perlahan. Ah In mengangguk tanda faham.

“KAU SABARLAH! TAK KE MANA BUDAK-BUDAK MENTAH NI,” balas Suho tegas.

            Setelah mencapai kata sepakat, TOPP DOGG memilih ahli-ahli mereka yang jaguh bermain bola keranjang iaitu, Gohn, Kidoh, Sangdo, Seogoong, Xero dan Nakta. Untuk EXO, mereka memilih Kris, Yixing dan Luhan. Luhan mungkin pendek tetapi pakar dalam bola keranjang. Manakala OWN RULE pula memilih , Misz dan Nim. Mereka tidak ada pilihan kerana Ah In sedikit kurang dari segi ketinggiannya. Walaupun bola keranjang tidak sesuai dengan mereka, mereka tetap berjuang untuk Hani.

“GOOD! EH, OWN RULE, AKU BARU PERASAN, MANA BAD ASZ? BUKAN KORANG SETIA ANTARA SATU SAMA LAIN KE?” P-Goon sengaja mengganggu emosi OWN RULE.

“PLEASE JUST SHUT THAT ! KAU NAK SANGATKAN, LET’S THE GAME BEGIN!” cabar lalu meramas kasar rambut depannya. Dengan itu, bermulalah perlawanan antara mereka.

            TOPP DOGG memulakan permainan dengan di dahului oleh Gohn. Gohn membalingkan bola kepada Xero. Dengan cekap dia menangkap. Luhan menghalang dengan beragak-agak untuk merampas bola dari mereka. TOPP DOGG tidak mengambil masa yang lama untuk menjaringkan bola kerana kelebihan mereka, semua ahli mereka tinggi-tinggi belaka.

            EXO, Ah In dan Hani tidak putus-putus memberi kata semangat kepada kumpulan mereka begitu juga TOPP DOGG!.Bola yang ketika itu berada di tangan Seogoong di rampas dengan mudah oleh Kris. Kris membalingkan bola kepada Nim, dari Nim kepada , dari kepada Luhan, dan dengan mudah Luhan menjaringkan bola dengan teknik lompatnya yang tinggi.

“COOL LUHAN!!!” kedengaran Xiumin menyokong dari belakang di sertai ahli EXO yang lain.

          Dalam masa 15 minit, EXO-OWN RULE telah menjaringkan bola sebanyak 5 kali manakala TOPP DOGG 4 kali. Dalam masa 15 minit lagi, TOPP DOGG perlu mencari 2 mata untuk mengatasi kedua-dua kumpulan tersebut dan menang dalam permainan itu.

“COME ON, TOPP DOGG! 15 minute more,” P-Goon sebagai ketua mengingatkan ahli-ahlinya.

            Malangnya, di saat akhir permainan, TOPP DOGG tidak dapat menyaingi mata EXO-OWN RULE. Kedua-dua kumpulan itu sangat cekap bermain walaupun lawan mereka lebih tinggi daripada mereka.

“Yixing! Here!” menjerit meminta Yixing membalingkan bola kepadanya. Ketika itu dia sudah berada dekat di tiang penjaring. Tidak jauh daripadanya, Kris yang juga sedang bersedia menangkap bola. Yixing tidak berfikir panjang lalu membalingkan bola ke arah , dari kepada Kris, tetapi sempat di rampas oleh Kidoh. Kidoh berura-ura untuk menjaringkan bola tapi sempat di tepis oleh Luhan. Dengan kemahiran Luhan, EXO-OWN RULE mendapat satu lagi mata.

            Tiba-tiba kedengaran Suho menepuk tangan, secara automatik, mereka semua memandang ke arah Suho. “GAME OVER! 3O MINUTES ALREADY PAST!” katanya kepada P-Goon. Kedua-dua kumpulan bersorak gembira, manakala TOPP DOGG pula menyumpah kerana kekalahan mereka.

“WELL, I DON’T THINK SO!” P-Goon mengeluarkan pisau lipatnya dan menarik Hani berdiri. Tangannya melingkari leher Hani dan hujung pisau itu di letaknya di leher Hani.

“! HANI!” jerit Baekhyun.

“HANI!!!” OWN RULE turut menggelabah. EXO turut terkejut dengan tindakan P-Goon.

“KALAU KORANG NAK BUDAK DUA ORANG NI SELAMAT, AKU NAK KUMPULAN KORANG BERTANDING SEKALI LAGI. KALI INI, HANYA KORANG YANG BERMAIN. OWN RULE VS EXO! MASA, 30 MINIT. HADIAH DIA, EXO, HANI MATI, OWN RULE, BAEKHYUN MATI! KORANG PILIHLAH ANTARA 2, KALAU KORANG SAYANGKAN KAWAN KORANG, LEBIH BAIK KORANG MAIN BETUL-BETUL. KALAU TAK, DUA-DUA BUDAK NI, AKU KELAR!” EXO dan OWN RULE terkedu dengan tindakan P-Goon. Mereka tidak menyangka yang perkara ini akan berlaku dengan lebih teruk. Ahli-ahli EXO dan OWN RULE saling memandang antara satu sama lain.

“KORANG NAK APA LAGI! MULALAH SEKARANG!” bentak P-Goon.


TOPP DOGG!

U7626P28T3D4083618F326DT20140117154214.j

 

A/N: panjangkan, hambek kaw!! hahaha

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
aIyu-ssi
Keep on subscribing, keep on reading and please keep on commenting!!! sayang u!!!

Comments

You must be logged in to comment
TashaMeez
#1
EE dia boleh tukar2 nama laH?? hahaha baru perasan sengall lah aku nie
TashaMeez
#2
TashaMeez ?? LOL kebetulan kah???
YongHasub
#3
Chapter 14: Lay watak utama ?? Daebakk... knpe d.o x de pon.. hahahanshs..update soon :)
aIyu-ssi
#4
Ekk??haha, ok,ok.. I will..tapi tnggu update eh, tngah ktandusan idea ^^
cholahola #5
Chapter 11: daebak, teruskan teruskan update, best gilaaaaa ;)