CHAPTER 8

THE GANGSTER ME!

 

DI RUMAH SPEED

 

      Ketujuh-tujuh ahli SPEED masuk ke rumah mereka yang di sewa sejak setahun lalu dengan rupa yang letih sekali. Mereka baru sahaja balik dari sekolah kerana terpaksa membersih dan menghias café seperti yang dimahukan oleh Pengetua Han. Oleh sebab itu juga lah mereka tidak dapat melangsaikan ketidak puas hatian mereka terhadap OWN RULE. Entah apalah yang akan dikatakan oleh perempuan-perempuan gangster itu kepada mereka esok.

“Kurang ajar punya gorilla, kita yang lelaki keras ni di suruh hias café pulak, dah tu pondan yang bersepah kat sekolah tu tak juga dia suruh!” bebel Saejoon sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke rumah lalu menghempaskan beg sekolahnya di sebelah Taeha yang baru duduk atas sofa. Terperanjat Taeha di buatnya.

“AIGHT! Sampai macam tu sekali kau tak suka dengan aku!”

Saejoon memandang hairan kepada Taeha yang tiba-tiba terlebih emosi baginya,
“Kau kenapa? Nak sangat?”

Taeha tertawa kecil,

“Gurau jer,”

“Dah,  dah! Aku taknak runsing pasal benda tu dah, yang aku fikir sekarang ni, pasal budak OWN RULE tu,” ucap Taewoon dengan lagaknya seperti mempunyai masalah yang lebih besar daripada menjawab soalan ujian Matematik.

“Ye lah! Aiguu~ aku pasti dan yakin yang budak-budak yang baru upgrade tu akan perli kita esok,”

“Alah, apa yang kau nak takut Sungmin, abang kau yang berwibawa nikan ada, sekali aku guna teknik hapkido ku ni, seumur hidup mereka bisu tau, Percayalah cakap aku,” Yoohwan dengan nada berlagaknya cuba meyakinkan Sungmin yang dia akan lindungi maknae kumpulan itu dari di usik ahli OWN RULE.

“Ye lah kau, sekali budak Bad Asz tu lempang, jatuh tergolek kau, macam hari tu,” usikan Jungwoo di sambut gelak ketawa oleh mereka berenam kecuali Yoohwan yang membuat ekspresi tidak puas hatinya kepada Jungwoo. Yang paling kuat ketawa ketika itu adalah Jongkook dimana ketawanya itu membuatkan Yoohwan sakit hati lalu berkata,

“Kau diamlah Jongkook! Sudahlah kembar Gorila!”

“Kau jangan main-main, abang kesayangan aku tu!” respons Jongkook menyebabkan ketawa mereka semakin gamat termasuk Yoohwan. Hilang sikit stress mereka hari ni.

 

∞       ∞       ∞

            “I know, ma… esok orang tidur rumah,.. tak, kami ada kerja berkumpulan minggu ni! Ok, ok,.. love both of you two too! Pye!” butang merah ditekan! Lega! Terpaksalah aku bohong sekali lagi dengan orang tua aku di sebabkan lebam kat muka aku ni belum surut. Bukan sekali, tapi dah berkali-kali aku bohong! Oh, ibu, ayah maafkan dosa anakmu ini! Aku menoleh kat belakang apabila mendengar suara halus yang mengilai seperti mengejek.

“Ketawalah korang! Lucu sangatkan,” tak guna punya kawan, boleh pulak ketawa time aku tengah rasa bersalah ni. Nim, Hani dan Misz juga turut mengikut aku menumpang tidur di apartment Ah In dan Asz ni.

“Gila tak lucu! Budak pailang kena marah mak,” ejek Misz dengan nada yang menyakitkan hati. “Diam lah kau. Sekali lagi kau buka mulut, aku sumbat kau dengan rice cake ni nak?!” Misz segera terdiam apabila aku mengugut. Tahu takut!

 

",  baik kau bagi kat aku, aku masih lapar ni!” malas melayan kerenah Ah In, terus aku menyumbat rice cake itu ke dalam mulut dan menyebabkan aku tercekik! Aku minta air tapi yang mereka bagi adalah hilaian ketawa yang menyakitkan hati.

“Nah! Kau ni, clumsy sangat!” akhirnya Asz yang mengasingkan diri daripada kami dari tadi yang menghulurkan segelas air kepada aku. Habis sahaja aku meneguk air, aku menghampiri keempat-empat langsuir tadi dan membelasah mereka secukup-cukupnya. Tapi mereka takkan mengalah punya, sebaliknya aku pula yang di geletek dan habis badan aku merah akibat daripada beberapa tamparan mereka. Ruang tamu itu penuh dengan ketawa sehingga Asz menjerit,

“COULD YOU PLEASE SHUT UP!” masih dengan ketawa yang tersisa, kami cuba untuk membuat keadaan kembali tenang seperti tadi. Terkejut kami mendengar jeritan Asz kerana tidak pernah kami melihat sikapnya itu sejak kami kenal satu sama lain 5 tahun lalu.

“Asz, kau kenapa. Relaks lah!” Ah In cuba menenangkan Asz yang masih duduk di depan TV dengan muka seriusnya. “Aku tengah stress sekarang, boleh korang duk bergurau macam tu. At least, jaga sikitlah hati aku! Dah lah, baik aku masuk tidur!” Asz lantas berlalu ke bilik tidurnya meninggalkan kami berlima yang tengah termanggu-manggu. Aku tak tahulah, setiap ayat Asz tadi meninggalkan kesan di hati aku. Takkanlah aku kecil hati dengan dia pulak. Bukan style aku lah nak ambik hati dengan kata-kata member aku. Kami berlima saling melihat satu sama lain.

“Korang jangan risaulah, nanti aku slow talk dengan dia,” kata-kata Ah In menenangkan sikit perasaan kami semua.

“Aku kecik hati betullah dengan kata-kata Asz tadi,” sadu Hani perlahan. “Kau nak kecik hati kenapa, dia tu kan kawan kita juga. Tak payahlah nak kecik hati. Nanti aku dan Ah In slow talk dengan dia. Korang bertiga, duduk diam dan kalau nak main, main kat luar tu.,” Nim menepuk perlahan bahu Hani dan berlagak seperti seorang ibu yang memujuk anaknya.

Aku membalas kata-kata Nim yang sedikit menyakitkan hati itu. Adakah patut suruh kami bertiga main dekat luar malam-malam buta ni,

“Nim, kau gila nak suruh kami main kat luar. Cukuplah aku kena bebel mak aku tadi sebab tak tidur kat rumah,” aku melihat Nim. Dia masih dengan muka selambanya menonton drama TV seolah-olah tidak dengar apa yang aku katakan.

“Nim! Kau dengar tak?” no respons. Ah In, Hani dan Misz melihat aku dan tersenyum sambil menggelengkan kepala mereka.

“YA!! SONG AH-NIM!!!” kali ni memang dah sampai ke langit agaknya suara aku. Nim kelihatan terperanjat dan segera menoleh ke  arah aku.

“APA! TAK BOLEH KE PANGGIL SOPAN SIKIT!” aku menarik nafas, menahan geram. Nim, kau memang cabar kesabaran aku.

“Apa pulak tak sopan, dari tadi aku panggil kau. Kau yang focus sangat tengok TV. Penyakit tuli kau ni memang tak sembuh-sembuh ek?” aku jawab dengan nada yang halus di campur sedikit sindiran. Rasa kau!

“Kau cakap apa?” walaupun dia focus tengok aku bercakap tadi tapi boleh pulak dia Tanya apa yang aku cakap?

“Kau tengok tu!” serentak itu mereka berempat ketawa termasuk Nim. Dengan ketawa yang masih tersisa, dia membalas,

“Aku gurau jer, tapi kau cakap apa mula-mula tadi?”

“Dahlah, malas aku nak ulang lagi,”

“Kau Tanya apa tadi?!”

“Aku cakap aku taknak ulang taknaklah! Peninglah dengan budak ni,”

“Yelah kau ni Nim. Dia dari tadi panggil kau, kau jer yang tak dengar,” Ah In bersuara untuk membela aku. Nim hanya membalas dengan membeliakkan matanya lalu berpaling menonton kembali dramanya.

“Dahlah, aku nak tidur, Hani, Misz korang taknak tidur?” aku bangun dari tempat dudukku dan bercadang untuk masuk tidur memandangkan kami perlu turun sekolah pada keesokkan harinya.

“Jom!” jawab mereka berdua serentak. Ah In juga turut masuk ke dalam biliknya. Hanya tinggal Nim yang masih melayan drama koreanya, aku yang masih berdendam dengannya lantas mengambil bantal kecil dan menekankannya tepat di muka Nim. Rasa kau! Tidak mahu menerima azab segera dari Nim, aku cepat-cepat lari dan masuk bilik diikuti oleh Hani dan Misz yang masih tertawa melihat gelagat aku dengan Nim. Yang aku mampu dengar ketika itu adalah,

"!!!!"

 

∞        ∞        ∞

 

“KORANG!! Nampak Asz tak? Dia tak ada dalam bilik lah!” hampir aku tercekik roti yang aku makan di sebabkan terperanjat mendengar suara Ah In. kami ketika itu sudah duduk di meja makan sambil menikmati sarapan pagi sebelum bertolak ke sekolah.

“Tak ada?  Kau biar betul. Dalam bilik air?” Nim bertanya dengan tenang.

“Aku dah cari. Tapi tetap tak  ada. Cepatlah, kita pergi sekolah mana tahu dia ada kat sana,”mendengar arahan dari Ah In, bergegas kami bersiap.

“Kau tak sarapan Ah In?” Hani bertanya.

“Tak, tak. Aku risau dengan minah ni. Mana pula dia menghilang,” sambil tangannya sibuk memasang kasut di kakinya, mulutnya pun  sibuk menjawab pertanyaan Hani.

“Ah In, kau tau tak yang kita ada teknologi canggih bernama telefon sekarang ni?” giliran aku pula bertanya sambil menunjukkan telefon aku kepadanya. Aku terfikir kenapa pula dia tak telefon Asz. Dia memamdang aku dengan serius.

“Bagi aku, kau ingat aku bodoh ke?” huh, nak cover malu lah tu. Suka hati dia jer nak rampas telefon orang. Ah In mencari nombor telefon Asz dan terus tekan ‘dail’. Seketika kemudian, kedengaran dia menghela nafas lega.

“Asz, kau kat mana. Kami risau tau tak,…. Itulah kau, ….okay jumpa kat sekolah, Bye,” Ah In menyerahkan kembali telefon itu kepada aku  dan terus keluar dari apartment diikuti kami semua.

“Macam mana dengan Asz?” aku memecahkan kesunyian dalam lif.

“Dia jumpa seseorang  tadi dan terus pergi ke sekolah,” jawab Ah In ringkas.

“Asz ni, memanglah! Buat kita risau jer,” bebel Misz sambil menyilangkan lengannya di dada.

“Aku takut Asz buat yang bukan-bukanlah,” sampuk Nim pula.

“Maksud kau?” Hani bertanya. Serentak kami memandang Nim.

“Pasal kejadian semalam, takkan korang lupa,”

“Aku kenal Asz lah. Dia takkan buat punya. Kalau di buat juga, tau lah nasib dia nanti,” Ah In sebagai yang paling tua cuba menenangkan Nim.

“Masalahnya sekarang, Asz tak dapat terima hakikat yang bukan Yixing, Luhan dan Xiumin yang akibatkan si Ricky tu lumpuh. Kalau Asz buat sesuatu tanpa pengetahuan kita dan membuatkan persahabatan kita ni retak, aku belasah dia cukup-cukup,” sampuk aku sambil mengepal-ngepalkan penumbuk. Tanpa aku sedar, Hani menumbuk aku dari belakang.

“Kau jangan fikir macam-macam eh, lebam mata kau nanti,”

“Sakitlah, Hani!”

“Tahu sakit, hati aku sakit lagi tau dengar kau cakap macam tu,” aku mencebik dan suasana kembali sepi.

 

∞        ∞        ∞

“Asz! Kau kenapa pergi tak beritahu?!” sebaik sahaja Ah In, Misz dan Nim masuk ke dalam kelas, mereka melihat Asz yang sedang duduk sambil merenung diluar tingkap. Ah In terus menyerang Asz dengan pertanyaannya sambil meletakkan begnya di atas meja.

“Malaslah aku nak kacau korang tidur. Aku ada hal sikit tadi,” jawabnya bersahaja.

“Asz, lain kali cakap tau. Kami semua risau tau tak,” Misz mula menyuarakan kebimbangannya.

“Korang risau ke?” jawabnya dingin sambil matanya tak putus-putus merenung di luar tingkap.

Kedengaran Nim mengeluh,

“Kau jangan macam ni, Asz. Kitakan kawan. Pasal malam tadi tu, kami minta maaf. Kami tau sangat kau sedih, sebab tu kami taknak tambahkan lagi kesedihan kau,”

“Nim betul, Asz. Budak-budak kecik hati tau dengan kau malam tadi,” giliran Ah In pula menasihati Asz.

“Yelah, aku tak buat lagi. Aku stress sangat malam tadi, aku minta maaf ok?” Asz melihat tepat ke arah ketiga-tiga kawannya itu.

“Macam tulah, and one more thing. Kau lupa ke rule OWN  RULE?” mendengar pertanyaan Ah In, Asz seperti cuba mengingati sesuatu sehingga berkerut dahinya.

“Yang mana satu?”

Nim, Misz dan Ah In serentak mengeluh, dan menyebut peraturan kumpulan mereka yang Asz lupa,

“SORRY IS NOT ALLOWED IN OWN RULE!”

“Ya, sorry,… maksud aku, aku lupa. By the way, where the hell is Hanerd and DC?”

“Oh ya, dia orang pergi library,” Misz menjawab, ringkas.

 

 


 
A/N: sorry, maybe it's a short chapter.
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
aIyu-ssi
Keep on subscribing, keep on reading and please keep on commenting!!! sayang u!!!

Comments

You must be logged in to comment
TashaMeez
#1
EE dia boleh tukar2 nama laH?? hahaha baru perasan sengall lah aku nie
TashaMeez
#2
TashaMeez ?? LOL kebetulan kah???
YongHasub
#3
Chapter 14: Lay watak utama ?? Daebakk... knpe d.o x de pon.. hahahanshs..update soon :)
aIyu-ssi
#4
Ekk??haha, ok,ok.. I will..tapi tnggu update eh, tngah ktandusan idea ^^
cholahola #5
Chapter 11: daebak, teruskan teruskan update, best gilaaaaa ;)