d u a

r a i n /discontinued

 ☁☁☁[ dua ]

27/3/13

5 tahun bersamaan 1826 hari.

Kejap salah. Campur 5 hari aku mencari dia, masih tidak jumpa:

Ialah 1831 hari.

Ha-ha.

Merata tempat di sekitar kampus ni aku cari. Semua bilik, dewan kuliah, bilik kelab sudah aku terjah hingga ke ceruk entah mana aku pergi (tersesat selama 4 jam, nasib jumpa Kris. Suhomama diserang panic attack dan hampir nak telefon polis).

Tapi masih tak jumpa.

"MANA DIA NIII?!?!?!?!?!" Aku jerit sambil menarik rambutku.

Luhan dan Kai memandang aku dengan simpati.

Selepas Ana menghilangkan diri pada hari bersejarah itu (bak kata Baekhyun hyung), aku umpama dirasuk untuk mencari dia. Aku siap merayu lagi kat Kyungsoo hyung suruh tanyakan  kat makwe dia. Dan makwe dia seorang gadis comel bernama Kim Taeheon berkata, "mianhae, tapi akak tak tau dia ada kat mana sekarang. Ana tu selalu macam tu, selalu MIA. Pernah sekali dia MIA selama sebulan. Ni kira biasa."

 

"Tak cuba call?" aku bertanya.

"Dia tinggalkan phone dia" jawab Taeheon dengan senyuman bersalah.

Harapan ku yang segoyah lalang, terus mati diracun. "Jangan risaulah nanti dia balik, akak cakap dengan dia, ok?" pujuk Kak Taeheon. Aku angguk lesu.

Aku menghempaskan diri ke atas katil.

Keluhan berat dilepaskan.

"Dude relaks ah. Bukan penghujung dunia pon. Kau masih ada masa lagi nak cari dia" pujuk Kai sambil menepuk lembut bahuku. Aku mendengus malas.

Luhan menggelengkan kepalanya, melangkah keluar ke ruang tamu di mana Lay sedang duduk bersimpuh, melipat baju sambil menonton tv.

"Masih...?" tanya Lay, Rakannya itu mengangguk. Luhan melabuhkan punggung di atas sofa, disebelah Lay, "Kesian aku tengok Sehun."

Lay mengeluh, "Yang aku tak sangka, dia boleh ingat lagi perempuan tu walaupun dah lebih 5 tahun." Luhan angguk. Lay buka mulut untuk meneruskan lagi bicaranya apabila aku lalu di depan mereka.

"Aku nak keluar" ujarku, tanpa menoleh.

Lay tergamam dan Luhan dengan selambe berkata, "ok. Jangan lambat sangat, dengar kata pukul 4 ni hujan lebat."

Aku angguk.

Di luar, aku merayau tanpa ada destinasi. Berjalan menunduk, mengira langkah.

Sekali lagi, aku mengeluh.

Selama 20 minit, aku berjalan. Ketika jarum jam hampir ke minit yang ke-21, hujan turun. Aku merenung langit dengan riak tidak puas hati sebelum berlari ke sebuah gazebo, di taman berdekatan dengan apartment kami.

Aku mengambil tempat duduk saat phone berbunyi. Iphone dikeluarkan, mesej dari Kai.

"Suho hyung suruh pergi grocery shopping. Turn kau kan, tkyah nak tipu gua."

Diikuti dengan list grocery yang perlu dibeli. Aku seluk poket jeans, memastikan dompet kulit pemberian Tao untuk hari jadi aku, tahun lepas, ada. Aku membalas mesej Kai dan kembali bersandar, menunggu hujan reda.

Oh how I hate rainy day.

"Alaaaa" Aeri tarik muncung tatkala titisan air jatuh ke cermin tingkap apartment miliknya. Chanyeol sengih.

"Suka lah tu." Jeling Aeri kepada sang jejaka pujaan hati.

Chanyeol tahan senyum, air muka sengaja diseriuskan, "Lahhh nak suka apa pulak?"

"Taulah awak tak suka teman saya pergi shopping."

Sengih lebar, "Oh tu... memang lah suka. Dah gaya awak bershopping macam  masuk marathon. Kehulu hilir. Penat ok?"

"Tch." Aeri melangkah ke set sofa beige di mana Chanyeol sedang enak berbaring, persis anjing laut terdampar di tepi pantai, "Dah tu nak buat apa sekarang?"

"Movie?"

"What kind?" Aeri bercekak pinggang meneliti koleksi dvd milik dia dan Sakura (sang roommate yang entah ke mana menghilang) yang tersusun elok di sebelah tv 42 inci. Chanyeol turut meniru aksi teman wanitanya itu, "How about this?"

"The conjuring?" Tanya Aeri dengan nada awak-ni-biar-betul-tau-kan-saya-tak-suka-horror-film.

"Kenapa takut?" Chanyeol senyum mengusik.

"Eh mana ada. Tak kuasa nak takut-takut ni," Aeri berjalan ke dapur dan kembali semula membawa semangkuk popcorn and dua tin air pepsi. Satu dihulurkan kepada Chanyeol dan satu lagi diletakkan di atas meja bersama popcorn. Mereka duduk di sofa beige dengan gaya spooning; Chanyeol memeluk Aeri dari belakang, dagunya di atas kepala Aeri.

"Wak?"

"Hmm." Mata Aeri terpaku di kaca tv.

"Kesian adik awak tu tau. Ni tengah meroyan kat gazebo taman. Eh nak popcorn!"

"Kenapa dengan Sehun? Baek paksa dia pakai eyeliner lagi ke? Ke dia buat Suho naik angin lagi?" Aeri hulurkan mangkuk kepada Chanyeol.

Kunyah beberapa saat, telan. "Takdelah, dia stres. Sebab cari 'Lady rain' dia. Aka Ana."

Laju Aeri menoleh, mata terbuntang luas "ANA? ANA MANA?"

Chanyeol tersedak, terkejut melihat reaksi Aeri. Segera Aeri menghulurkan air kepada pakwenyer.

Jadi janda muda lah aku nanti.

 "A-anastasia Kim. Yang dulu pernah kecoh satu Uni sebab dia buat paint bomb then letupkan kat cafeteria, bulan lepas. Ingat tak?"

"Bukan bulan lepas. 28 hari yang lepas." Jawab Aeri, nada suara mendatar.

Chanyeol angkat bahu.

"That girl. Suka betul cari masalah. Saja suka buat sepupu dia ni kena Cardiac arrest." Desis Aeri sambil mencapai phone di coffee table.

"Bwoh? Sepupu?"

Jari jemari Aeri laju menaip, "A'ah. Kan saya dah bagitahu awak. Dah lama dah kot."

"Ehehehehe lupa."

Aeri mengeluh, "Apalah nasib dapat pakwe selalu lupa ni."

"Tapi saya hensem ok!"

"Yeah, you may be good looking, But you're not a piece of art."

Chanyeol mencebik.

Aeri diam tangan kiri bercekak pinggang, tangan kanan memegang phone di telinga.

Then, "Oi cik kak! Hang memang suka cari masalah ea?"

"Kan dah cakap, ayat itu adalah sangat tidak legit k. It's not 'I'm always looking for trouble' tapi 'Trouble always find me' lah akak" jawab Ana tenang. Taehyung menoleh, "Akak Aeri ke?"

Jari telunjuk di bibir, Ana bertanya, "Ni kenapa Call?"

"Noona akak Aeri ke?" soal Taehyung lagi.

Ana menjeling, "Diamlah!"

"Tch" Taehyung berlalu pergi.

"Pernah jumpa mamat nama Sehun tak?"

Diam. Sesaat, dua saat, tiga saat...

"Err entah...?"

"Ana!"
"Tak ingatlahhh."

"Bull. Apa je benda kau ingat. Sekarang ni akak nak kau pergi ke taman dekat dengan Cafe Applessauce tu."

"Yang ada gazebo tu ke?"

"Taklah yang ada keretapi tu- Yelah mana lagi?!"
"Tanya je." Ana tarik muncung. Aeri menjulingkan mata ke siling, sakit hati.

Hai sepupu aku ni lah.

"Dah dah takyah nak banyak soal. Pergi je. If you go, akak belanja makan."

"Yeahh! Walaupun aku tak tau motif hang buat ni, tapi kerana makanan aku rela~"

"Geli. Say hi to Tae untuk akak."

"K will do. Bye!"

Aeri campak phonenya ke atas coffee table. Dia menoleh ke Chanyeol yang sedang pucat lesi sambil memeluk mangkuk popcorn dengan erat dan tersenyum.

"Lah takut ke?"

 


ada jugak orang nak baca fic ni ヽ(;▽;)ノ

kepada yang subscribes and baca and still bear with this crappy story;

omg terima kasih banyak!!! sayang korang! *send virtual cookies and exo kpd korang*

p/s; kalau ada typo sila point it out ok?

bye-bye darlings (〜 ̄▽ ̄)〜

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Kellyeatkim
#1
<3
scarlett_azalea #2
Review dah siap c:
azure_bliss
#3
Chapter 4: Plot menarik, but there too many errors dear. Pastikan check semula sebelum post okay? c:
JieunSparkleJunior #4
Chapter 4: Update soon:)
yoora_exobts #5
Chapter 4: Hahahagahapgapapagagapapapapapgagpmapagwpmpgapgdpapmgwgtgjgggmgdjgmdpdpj~~~ gile ar~~~ haahahahahahaha
yoora_exobts #6
Chapter 3: Haha.. Can't stop laughing~~