2

Saying I Love You *HIATUS*

Petang itu di Taman XLKSLBCCDTKS

Di Kediaman Choi...

Min Ri POV

       "Min Ri unnie,Hyemi unnie datang ni,"jerit Sulli dari tingkat bawah rumah itu.

'Sulli ni kan..Dah tau aku takkan cakap apa-apa,tak payah lah jerit kuat-kuat.Ingat aku pekak ke?'

Hyemi terus masuk ke bilik Min Ri selepas mendapatkan kebenaran daripada Pn.Choi.

        "Min Ri!!! Jom pergi jalan-jalan dekat taman depan rumah kau tu.Aku dah lama tak pergi situ. Jomlah,jomlah,jomlah,"kata Hyemi sambil membuat aegyonya. Min Ri hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju.

'Hish Hyemi ni..Cakap jelah kau nak ngorat jantan dekat taman tu kan.Aku dah kenal sangatlah dengan kau.Bilalah kau nak berubah??'

  Di luar rumah milik keluarga Choi,

   No one POV    

         "Sulli,sejak bila korang dah ada jiran baru?"tanya Hyemi kepada Sulli yang sedang menyiram pokok di luar rumah sambil memandang ke arah rumah sebelah rumah Min Ri.

        "Owh. 3 hari kelmarin.Tak silap Sulli,diorang datang dari China.Tapi Sulli dengan Min Ri unnie belum jumpa diorang lagi. Mummy dengan Daddy kitorang kata diorang baik and kaya.By the way,anak lelaki diorang hensem tau,Hyemi unnie tak nak 'try' ke?" Sulli memandang Hyemi sambil tersenyum sinis.

'Ish,budak ni.Sopan memang sopan.Tapi mulut dia...macam mintak aku suap cili je,'bisik hati kecil Hyemi.

         "Boleh jugak.Lagipun diorangkan kaya,lagi bagus.Untung unnie.Tapi diakan jiran Sulli,Sullilah yang patut 'try' dia dulu,"balas Hyemi sambil memandang sinis adik kawan baiknya itu.

 'Dasar playgirl.Kenapalah unnie aku berkawan dengan playgirl mata duitan macam dia ni.Nak cakap Hyemi ni tak kaya,dia kaya kot.Rumah 2 tingkat.Haih,tak paham aku dengan unnie-unnie zaman sekarang ni,'Sulli hanya memandang Hyemi yang sedang tersenyum-senyum sendiri.

           "Kalau Sulli yang 'try',confirm dapat.Takut nanti Hyemi unnie menyesal pulak,"balas Sulli.

          "Tak pelah.Ramai lagi orang kaya yang nak kat unnie.Petik jari je,"balas Hyemi dengan nada yang sedikit tinggi.

            "Oh baguslah macam tu.Orang tua ke orang muda?? Kalau orang tualah yang unnie pilih,unnie ni memang tak de taste,"balas Sulli sambil menjelirkan lidahnya.

            "Ish budak ni kan!!" jerit Hyemi.

Min Ri yang sejak tadi menjadi pemerhati terus menarik tangan Hyemi sambil memandang Sulli dengan muka 'kau-ni-memang-nak-kene-eh?' dan berlalu pergi ke taman yang terletak di hadapan rumah Min Ri.

Di taman,

            "Adik kau tu memang nak kenelah.Parents kau tak ajar dia adab eh?" tanya Hyemi sebaik sajah mereka berdua duduk di sebuah bangku yang kosong.

 Min Ri memandang muka Hyemi sambil membuntangkan matanya seolah-olah dia bercakap kepada Hyemi,'Kau-jangan-nak-babitkan-mak-bapak-aku.' Hyemi langsung tidak menghiraukan Min Ri.

              "Tapikan wei,bila agaknya kau nak mula bercakap?" tanya Hyemi kepada Min Ri.

Min Ri memandang ke arah Hyemi dengan pandangan 'kau-rasa?'.

              "Aku just rindu nak berborak dengan kau.Ni tak,asyik aku je yang bercakap.Membazir air liur je.I miss the old Min Ri,"sambung Hyemi sambil membuat muka yang sedih.(Berdrama je lebih)

'Aku pun rindu nak bercakap dengan kau.Aku pun rindu dengan diri aku yang lama.Tapi nak buat macam mana.Aku tetap dengan pendirian aku.No word for everyone includinng you,Hyemi,' bisik hati kecil Min Ri.

             "Dahlah,jom balik.Aku nak jumpa jiran baru kau tulah.Mana tau,sangkut pulak nanti,tak payah aku keluar duit masa shopping,"ucap Hyemi sambil tersengih macam kerang busuk.

'Kau still macam dulu Hyemi.Perangai kau memang tak berubah.Aku tak tau kenapa aku tahan kawan dengan kau ni.'Min Ri hanya mampu menggelengkan kepalanya melihat perangai Hyemi.

Di depan pintu pagar kediaman Choi,

Min Ri POV

                "Kita tunggu dekat sini jelah.Mana tau nanti jiran kau tu keluar jalan-jalan ke,buang sampah ke,hirup udara segar ke,cuci mata ke," cadang Hyemi.

'Amboi..Banyak kau punya 'ke'.Bab lelaki memang kau number 1 Hyemi,'

Tiba-tiba..

Kelihatan seorang lelaki sebaya dengan Hyemi dan Min Ri melangkah keluar dari rumah jiran baru Min Ri itu. Dan lelaki itu adalah............. XI LUHAN.

               "Min Ri?? Hyemi??" tanya Luhan sebaik sahaja melihat mereka di hadapan rumah jirannya. "Korang buat apa kat sini??"sambung Luhan.

               "Kitorang tengah sapu sampah dekat depan rumah ni hah.Erk.Encik Xi Luhan,adakah anda terlalu hensem untuk melihat yang kami sedang menikmati keindahan alam?"perli Hyemi.Min Ri hanya memandang Luhan dengan muka pemalasnya.

'Apa yang mamat ni buat kat sini? Takkanlah dia ni jiran baru aku.Kalau betul, memang terseksalah aku.Mesti hari-hari Hyemi datang sini.Silap hari bulan Hyemi terus pindah kat rumah aku ni.'

               "Saya memang tau dan nampak apa yang korang berdua buat.Saya cuma nak tau apa yang awak buat kat rumah jiran saya ni?"tanya Luhan lagi.

                "Ni rumah Min Ri lah,"balas Hyemi.

               "Owh,baguslah tu," bisik Luhan perlahan tapi masih mampu didengari oleh Min ri dan Hyemi.

               "Apa? Tak berapa jelaslah.Boleh ulang lagi sekali?" tanya Hyemi.

                "Tak de papelah. Lupakan je.By the way,awak ada boyfriend?"tanya Luhan dengan selamba badak nya. #Playboy Mode Activate#

                "Mana ada.Sapelah yang nakkan saya ni,"balas Hyemi sambil tersengih.(Berlakon je lebih.Sedangkan lelaki keliling pinggang.)

Min Ri yang sejak tadi berdiri seperti tunggul terus masuk ke dalam rumahnya.Yang peliknya,Hyemi langsung tidak menyedari ketiadaan Min Ri.Asyik sangat berborak.

''Kenapa aku rasa lain macam je bila Luhan bercakap dengan Hyemi.Rasa macam...entahlah.Perasaan yang aku dah lama tak rasa.Perasaan yang hadir tanpa diundang.Perasaan yang mengingatkan aku kepada Sehun.Min Ri!!! Wake up.Kau benci lelaki kan,jangan cakap yang kau dah suka dekat Luhan.Kau tak boleh ada perasaan tu.Abaikan Min Ri,abaikan.Tapi kenapa bila aku pandang Luhan aku teringatkan Sehun? Diorang ada kene mengena?"pikir Min Ri sendiri sambil berbaring di atas katil empuknya itu.



New chapter guys..Takde Exo?? Memang a/n saja tak nak masukkan Exo.Biar diorang rehat dulu..Chapter seterusnya diorang ada banyak kerja. Hoho.. *evil laugh*

Please comment and subsribe. :)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
telepany
#1
Chapter 5: Tak sabar nk tunggu update x) Update soon yee
baek_up
#2
Chapter 5: Update juseyooo
zhifang
#3
Chapter 5: Nge~ update soon authornim :)
sehunfan
#4
Chapter 5: bestnya baca.tak sabar nak baca chapter seterusnya.
JieunSparkleJunior #5
Chapter 4: Update soon!!^^
husna_luhan123 #6
Chapter 4: biodata d.o xde ke? O.o
aiyani
#7
Chapter 2: Gewchana, unnie~ Chapter ni best gak. (~^~^)~ Owh, unnie pun ada exam gak ke bulan 5 ni? Saya pun ada... Hehehe =3 =)