Drama

My Girl Is Kingka

Selesai bersarapan didewan makan asrama,pelajar-pelajar memulakan langkah keluar dari pagar asrama menuju ke kesekolah. Pagi yang sentiasa sama,pelajar-pelajar yang menjerit-jerit memanggil nama Hyujung dengan senyuman yang berseri-seri.

 

“Diorang tak tahu ke..Diorang tengah berfangirlingkan perempuan? Ish,lesbian ke?,” bisik Baekhyun sendiri dengan bibirnya dicebik. Kaca matanya dibetulkan.

 

“Hai semua! Selamat pagi!,” ucapan pagi yang penuh semangat dari kingka tersebut mengejutkan ramai manusia disekeliling. Sejak bila pula dia begitu ramah bagi menegur pelajar-pelajar perempuan itu semua?.

 

“Apa yang tak kena dengan dia pagi ni?,” Soal Chanyeol sendiri dengan mata dijegil. Kai sekadar memekakkan diri. Dia lebih senang mendengar lagu melalui earphone berbanding berbincang tentang Hyujung bersama Chanyeol.

 

Ada satu lagi fenomena yang jarang dapat dilihat. Mata-mata pelajar perempuan kini beralih pada hujung kumpulan pelajar lelaki yang sedang keluar dari pagar asrama. Lebih tepat,mereka sedang memerhati Jae Hyun. Pelajar baru yang datang dari luar negara.

 

“Siapa tu? Dia nampak comel!”

 

Baekhyun mengerutkan dahi,dia memusingkan kepalanya kebelakang. Kini mereka semua berpusu-pusu kearah Jae Hyun,berminat untuk mengetahui lelaki misteri yang kacak tersebut. Yang tidak pernah dilihat oleh mereka sebelum ini.

 

“Aik? Diorang lari? Baguslah,taklah geli sangat aku dibuatnya,” Hyujung tersenyum riang. “Baek,jom kita pergi!,” Hyujung dengan spontan menarik tangan Baekhyun lalu menyilangnya bersama. Lelaki tersebut agak tersentak dengan tindakkan terkawal oleh sigadis berambut pendek tersebut. Gadis? Ya,Baekhyun menggelarnya gadis sekarang ini.

 

Kai hanya memerhati dengan pandangan yang kosong dengan senyuman yang nipis. Matanya beralih kearah satu sudut,dia tertangkap akan sesuatu yang mencuri perhatiannya.

 

“Alamak! Nyaris-nyaris!,” Soeun menarik nafas perlahan-lahan,dia mengurut dadanya. Dia bersembunyi disebalik selekoh pagar. Dia menyandarkan badannya kemudian mengeluh panjang. Sayang,dia sudah berubah untuk Kai,namun tidak dapat menunjukkan semua ini kepada lelaki tersebut.

 

“Mungkin aku..,” senyap seketika disitu. “Aku patut lupakan perasaan ini?,” Dia meraup wajah dengan bibir yang dicebik. Banyak yang dia lakukan bagi membuat Kai sedar akan kewujudhan dirinya. Dia tahu,dia bukanlah perempuan yang diidamkan oleh lelaki tersebut,oleh kerana itu,dia berubah menjadi perempuan yang diidamkan.

 

“Apa yang kau duk terjenguk-jenguk ni,Kai?,” D.O mengerutkan kening. Soalan D.O hanya menerima gelengan lemah dari Kai.

 

Hyujung hanya sibuk mengerling kearah Kai sepanjang perjalanan. Entah mengapa lelaki itu menjauhkan diri darinya tanpa sebab sebegini. Baekhyun yang perasan akan perubahan wajah Hyujung secara mendadak sekadar mendiamkan diri. Tidak berani untuk menyoal.

 

“Hyujung-ah!,” Luhan menyapa dari belakang.

 

“Luhan!,” Hyujung tersenyum lebar. Melihat Luhan yang mula memunculkan diri,Baekhyun menjarakkan sedikit dirinya daripada Hyujung. Memberikan ruang kepada Luhan.

 

“Lama tak nampak kau,kau menghilang kemana?,” Luhan mencebik. Seolah-olah merajuk.

 

“Aku lepak dengan Baekhyun,diakan roommate aku,kau rindu aku ek?,” seusai Hyujung mengusik begitu,Luhan mengusap-ngusap kepala Hyujung dengan mesra. Baekhyun memerhati dengan kening bercantum satu.

 

“Luhan ni memang tak tahu ke dia perempuan? Kenapa special semacam aja cara layanan tu? Aku dapat feel,” Baekhyun berbisik sendiri. Tidak sedar berfikir,dia terlanggar tiang lampu dengan drastiknya.

 

 

 

 

“Apa? Drama?,” Satu kelas terlopong apabila mendengar apa yang diujarkan oleh cikgu Heechul yang sungguh bersemangat daripada biasa. Matanya turut bersinar cerah mencurahkan harapan yang tinggi terhadap pelajarnya.

 

“Yes,boys! Gentlemans! Sekolah kita akan menyertai drama,dimana pihak VIP akan menjadi jemputan utama. Jika persembahan kita memuaskan,sekolah kita akan dapat sponsor,hebat kan?,” Cikgu Heechul menggenggam tangan. Seperti didalam manga,apabila watak lelaki yang begitu berbunga-bunga bahagia,muncullah bunga merpati yang terbang ‘chip chip’ dibelakang,dengan bunga ros yang menghias.

 

“Kenapa pula?”

 

“Hello,sekolah kita akan dapat money,you know money? Duit”

 

Semua mengeluh. Tiada yang teruja kecuali Hyujung. Sudah lama dia mahu menyertai drama,berlakon diatas pentas,disuluh lampu berkuasa bateri Everday,memakai gaun,menjadi puteri raja dan jatuh hati dengan putera ra.. Dia silap,dia bukan seorang gadis yang biasa untuk melakukan semua itu. Dia juga termasuk dalam golongan mengeluh sekarang ini.

 

“Hei! Kenapa mengeluh?? Ini sesuatu yang bagus dan buat kita teruja!,” Cikgu aja yang teruja tidak guna,kerana bukan cikgu yang akan berlakon bagai nak rak diatas pentas. Dia memerlukan anak murid untuk menjayakan perkara tersebut.

 

“Saya tidak kira,petang ini..Pukul 3 petang,semua satu kelas berkumpul dekat bilik drama. Sebab kamu semua tahun akhir,kamu yang akan membuat persembahan. Akan dimasukkan markah kokurikulum untuk aktiviti ini..dan”

 

“Dan?”

 

“Percutian!!”

 

“Wah!!!,” Mereka semua berteriak dengan gembira apabila mendengar perkataan percutian. Percutian adalah sesuatu yang menyeronokkan,semestinya!.

 

Selesai mengucapkan terima kasih serta menundukk hormat. Mereka semua mula lari dari tempat duduk dan duduk didalam kumpulan,berbincang mengenai drama yang sudah menjadi topik utama tengahari tersebut.

 

“Ini bukan setakat persembahan,ini bermaksud..Ada perlawanan antara pelajar kelas kita! Siapa yang terbaik,bakal memenangi hadiah percutian tu,kan?,” Chanyeol menepuk tangan dengan penuh gembira.

 

“Dekat sekolah kita,percutian adalah sesuatu yang mustahil bagi pihak sekolah untuk mengadakannya,jadi..Kita kena rebut peluang ni!,” Kai tersenyum dengan penuh idea didalam minda. Idea bagi menghapuskan pihak lawan.

 

“Jadi,siapa nak sekumpulan dengan aku??,” Chanyeol melambai-lambai tangan. Kai siap dengan poster ditangan yang tertulis dengan marker ‘Undilah Chanyeol sebagai ketua drama dan kita bakal bercuti dengan bahagia dan berjaya!’.

 

“Wah,nampaknya diorang betul-betul bersemangat,” D.O mengangguk-angguk. “Luhan,kau nak join? Eh,tapi Cikgu cakap..Semua pelajar kena hadirkan diri ke bilik drama petang nanti. Jadi,tiada yang terkecuali,” D.O mengusap dagunya.

 

“Drama apa yang kita nak buat??,” soal Hyujung dengan wajah yang penuh dengan titik soal.

 

“Drama..,” Chanyeol tersenyum gatal. Kai mula cuak apabila Chanyeol bertindak gila sebegitu,dia cuak kerana didalam kelas ini ada makhluk berkaum Hawa. Ya,orang tersebut adalah Hyujung yang sedang terlopong.

 

“Drama..? Woi bangang kuasa sebelas,kau nak buat @*#&@ depan pentas,depan VIP tu ke?”

 

“Apa salahnya,itu menyeronokkan!”

 

“Hoi! @*$&@”

 

“Tak guna punya @*$!@&!”

 

Chanyeol dan Luhan mula bertelingkah diatas meja didalam kelas,tidak sesuai dengan gelaran pelajar yang paling tua dan juga senior disekolah. Memalukan aja!.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AiSyah98
diupdate selepas hampir setengah tahun 2 bulan cerita ini hiatus!

Comments

You must be logged in to comment
pikahbajet #1
Chapter 23: ish......diorang ni............ walauapapun fanfic ni best. DAEBAK!!!!!!!!!!!!!
KimTaehyungWifeu
#2
Chapter 23: ahh gaddd.. smbung lgi authorrrr.. best sungguuhhh ff nii --''
Park_Rafa88
#3
Chapter 23: Akhirnya berabad cisss Update jua!! Tahniah author-nim you make ma day with Baekhyun!! ><..Keep Your effort!! Aduhhh semua dah macam tak betul tak sekarang -.-..
balqis_sehun
#4
Chapter 23: sakai punye chanyeol -_- rasa mcm nak hantuk je kepala dia kat dinding...
btw akak!! dah lama giler saya tunggu citer ni update balik!! thanks akak!! ><
JunMyon_ #5
Chapter 22: Update please
Kim_sunyoung #6
Chapter 22: updatee soonn:)
fadhae #7
This is soooo awkward. I can't believe this
ChanBaekLu #8
Chapter 22: Wahhhhhh~~~ comeynya baekhyun aku dalam gambar tu!~~ ahhhhhhhhh! Cukup! Rae,cukup.!
ChanBaekLu #9
Chapter 18: Wahhh~~-nangis- kenapa my Ahn Jae Hyun jadii jaht?