Hey Bro!

My Girl Is Kingka

 

 

 

 

Baekhyun mengelap dahinya yang sudah berpeluh.Jantungnya berdegup laju dan cemas seperti baru melihat sebuah kemalangan yang dahsyat dihadapan mata.Bagasi berat diheret dengan lemah dan kepalanya digaru-garu.

 

“Uh!selamatkah aku,dekat sini?”Baekhyun menggigit bibir dan mengeluh kasar.Tidak pernah dalam hidup dia tinggal didalam asrama.Dia kebiasaannya dibelai dan dimanjakan oleh orang tuanya,semua kerja diuruskan oleh pembantu rumahnya.

 

Baekhyun mendengus dan mencebik bibir.Kalau tak sebab dia tersalah pecahkan pasu kesayangan daddynya yang dihadiahkan oleh rakan seperniagaannya sebagai tanda persahabatan,pasti dia tidak akan masuk ke sekolah berasrama.

 

 

Flashback

 

“Baekkie,sayang..kamu kena masuk sekolah berasrama tu..itu untuk kebaikkan kamu juga”Pujuk Puan Byun sambil menggenggam anak manja bongsunya yang sudah menangis-nangis.

 

“Baekkie tak nak!mummy!tak nak!”Baekhyun menghentak-hentak kakinya.Puan Byun menampar dahinya sendiri.

 

“Baekki!tolonglah dengar cakap mummy ni!daddy kamu tu tengah mengamuk!baik kamu bersekolah dekat sekolah asrama tu,bukannya sekolah tu sekolah yang teruk,semuanya berprestasi tinggi dan dari golongan-golongan elit,macam kita ni”Puan Byun menunding jari kearah dirinya dan Baekhyun.

 

“Mummy!apa kejadahnya sebab pasu daddy mengamuk dan suruh Baekki masuk sekolah berasrama ni!”

 

“Baekkie!”Pintu bilik ditolak kasar oleh Encik Byun dengan wajah yang bengis.Kecut perut dibuatnya Puan Byun dan Baekhyun.Nasib baik tidak diserang penyakit jantung dan jadi mendiang di situ.Kalau tidak,jadi dudalah jawabnya Encik Byun.Duda beranak 1.Ya,anak perempuan seorangnya lagi yang sedang belajar diluar negara bagi kos perubatan.Hanyalah tinggal mereka berdua.

 

“Daddy tak kira!Baekkie kena masuk sekolah tu!anak lelaki apa ni!manja!”

 

End Of Flashback

 

 

Baekhyun menghentak-hentak kakinya geram.Tak logik akal langsung.Entah-entah daddy memang nak buangkan dia dari keluarga Byun.Entah nama apa dia nak letak nanti.Kim Baekhyun?Lee Baekhyun?Park Baekhyun?Baekhyun sendiri keliru.

 

Tiba-tiba bahu Baekhyun dicuit dari belakang beberapa kali,pantas Baekhyun memusingkan badannya dan melihat seorang lelaki tersenyum meleret padanya.

 

“Hi!kau ni pelajar baru,kan?”

 

Baekhyun menganggukkan kepala seusai disoal lelaki tersebut dan sempat Baekhyun menundukkan badannya hormat.

 

“Oh…saya ni,ketua dorm,nama saya Kim Jongdae,tapi nama tu kampung sangat,so call me Chen,okay?bukan keychain or kerincing or sebagainya,just Chen,okay?”Chen mengangkat keningnya beberapa kali.

 

“Ya,Chen”

 

“Good,hurm,kau ni..lari dari rumah nak duduk sini sampai akhir tahun ke…bercita-cita memang nak menginap dekat sini selama-lama-lama-lamanya?”Soal Chen sambil memeluk tubuh.Gaya macam gangster kampung Simpang Tokku.

 

“Huh??”Baekhyun mengerutkan wajahnya,tercengang mendengar soalan Chen lalu memandang bagasinya.

 

“Kenapa?biasa aja”

 

Chen membuat muka menyampah.Apa yang biasa sangat kalau bagasi dah boleh muat dua manusia dewasa didalamnya.Apa dia tukar baju 5 kali sehari?

 

“Uh!whatever!jangan kau seludup dadah sudah tanpa pengetahuan aku,kalau nak seludup,kasitau aku,boleh aku join sekali,hahaha”

 

Baekhyun terkebil-kebil.Ketua dorm ini sihat atau tidak?kalau ini rupa ketua dorm..apa lagi dengan yang lain?makin parah,rakan sebiliknya.Ah,Baekhyun tidak sanggup membayangkannya.

 

“Anyway..kau dah ambil masa aku lambat sangat..kasi aku RM2”

 

Baekhyun mengangguk dan meraba-raba dompet didalam poket seluarnya dan menghulurkannya kepada Chen tanpa banyak soal dan tersengih bahagia dengan wajah yang membuat Chen terasa jengkel.

 

“Euw…janganlah buat muka sengal macam tu….one more..kau memang bodoh…hahha!”

 

Baekhyun mengerutkan wajahnya lagi.Memang dia tak faham dengan Chen.Dia menggeleng kepalanya dan kembali fokus kepada ketua dorm dihadapannya itu.

 

“Hah!nama kau apa??”

 

“Byun..Byun Ba..Baekhyun”

 

“Oh..Byun..Byun…Ba..

 

“Tak..nama saya Byun Baekhyun!”Potong Baekhyun.

 

“Woi!”Dahi Baekhyun ditunjal.

 

“Er…kenapa??”

 

“Kau ingat aku pekak sangat ke sampai kena jerit macam tu??”

 

Baekhyun menggeleng kepala.Dia pula bersalah.Nasib badan.

 

“Baekhyun..kau satu bilik dengan Lee Hyujung..'tahniah'..sebab dia tu..kingka sekolah..ohoho..selamat menjalani kehidupan sebagai hamba,ek?"

 

"Hah??ki..kingka??"

 

 

“Yes…kingka..baguskan?”Chen tersengih jahat.

 

 

“Ermm..bilik nombor berapa,ek?”

 

 

“20”Jawab Chen lalu beredar pergi.

 

 

Baekhyun mengangguk kepala.Terus dia mengheret bagasinya dan mencari bilik bernombor 20.Tidak sampai 10 minit berjalan,akhirnya dia sampai disebuah bilik bernombor 20.Ada orang tak,ek?senyap aja.Baekhyun berdehem kecil.Rambutnya dibetulkan.

 

“Ehem-ehem!hello!ada sesiapa tak!tolong buka pintu ni,pleases!”

 

Hanya ada bunyi cengkerik aja.Baekhyun tersengih malu dan cuba membuka pintu,eh?tak kunci.Baekhyun memasuki bilik tersebut dengan terhendap-hendap seperti mahu menyerang hendap.Apasal bilik gelap aja?

 

Lampu dibuka,bagasi diletak ditepi.Baekhyun menghela nafas panjang,dia mahu berehat diatas katil dan mengambil masa untuk tidur seketika sebelum mengemas barang-barangnya.Mata Baekhyun tertangkap sekujur tubuh yang terbaring diatas lantai dihujung sana disebelah almari baju.Baekhyun meneguk air liur dan terkebil-kebil.

 

“Tu..rakan sebilik aku,ke??kenapa dia tergolek dekat situ??”Baekhyun menyoal dirinya sendiri.Akhirnya dia bangkit dari duduknya dan menuju kearah tubuh yang terbaring itu.

 

“Arrr..darah!!!!kyaaaaaaaaaaa!!!”Baekhyun menjerit sambil tangannya dihayun-hayun seperti penguin dan kakinya melompat-lompat.Dia menggigit jarinya dengan cemas dek melihat manusia tersebut pengsan diatas lantai dengan pergelangan tangan berlumuran darah.

 

“…mamat sengal ni sampai bila nak terjerit-jerit macam pondan?”Hyujung berbisik sendiri.

 

“Wargh!!!”Hyujung bangkit dari baringnya dan menyergah Baekhyun.

 

“Waaaaaa!!!!hantu!!!!hah!hah!hah!”Baekhyun jatuh terduduk diatas lantai dengan menjerit-jerit.

 

“Woi!aku manusialah!kau tu hantu!”Hyujung menggeleng kepala.

 

“Eh?ya..ke?”Baekhyun menarik nafas panjang lega.Dia menghulurkan tangannya kearah Hyujung.

 

“Apa?kau nak aku propose?”

 

Baekhyun ketawa kecil.

 

“Apa suka-suka?aku tumbuk mampus karang”Hyujung menunjukkan penumbuk berbisanya.

 

“Hehe..garanglah kau ni”Baekhyun ketawa kecil.

 

“Tolonglah angkat aku bangun”

 

“Meh”

 

Hyujung memberi tangannya pada Baekhyun,mereka bergenggaman tangan,namun,tak semena-mena Hyujung melepaskan tangannya dan menendang Baekhyun dan ketawa terbahak-bahak.

 

“Who!padan muka!”

 

“Adeh..kasarnya dia ni”Baekhyun berbisik sendiri dan membetulkan kaca matanya.

 

“Dengar sini ya bendul…nak sebilik dengan aku,ada peraturan”

 

“P..peraturan?apa dia?”Baekhyun cuba berdiri dan menyapu-nyapu seluarnya.

 

“Pertama,kalau nak masuk bilik ni..ada kod rahsia…”

 

“Apa dia??”Soal Baekhyun dengan curiga.

 

“Kau…kena nyanyi lagu Barbie..alah..lagu ni..I’m the Barbie girl in the blablablabla tu..haha!”

 

Baekhyun mengerutkan wajahnya.Teruknya kod.Bolehkah dia nyanyi lagu Barbie tu?.

 

“Yang kedua…kalau kau nak guna bilik air..kau kena buat bunyi pokemon dengan comel”

 

Baekhyun tercengang.Kenapa dengan kingka ni?gila ke?Baekhyun mengeluarkan buku notanya dan mencatat dengan penuh perhatian.

 

“Yang ketiga..dilarang belajar selepas pukul 9 malam”

 

“Eh!tapi saya biasanya habis study pukul 12 malam”

 

“Ada aku kisah?”

 

“Huh!”Baekhyun mencebik bibir.

 

“Lagi?”

 

“Kalau kau ada makanan,kau kena share dengan aku..atau…

 

“Atau??”Baekhyun menaikkan keningnya.

 

“Aku raba kau!baahhaha!”Hyujung terus berjalan menuju kearah katilnya dan melompat dengan penuh bergaya dan memeluk bantal.

 

“Uh!boleh ke aku hidup dengan mamat jahat ni??huh!seram”Baekhyun menepuk-nepuk pipinya sementara Hyujung memerhatinya dengan pandangan tajam.

 

“Selamat ke rahsia aku dengan mamat bendul ni??”

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AiSyah98
diupdate selepas hampir setengah tahun 2 bulan cerita ini hiatus!

Comments

You must be logged in to comment
pikahbajet #1
Chapter 23: ish......diorang ni............ walauapapun fanfic ni best. DAEBAK!!!!!!!!!!!!!
KimTaehyungWifeu
#2
Chapter 23: ahh gaddd.. smbung lgi authorrrr.. best sungguuhhh ff nii --''
Park_Rafa88
#3
Chapter 23: Akhirnya berabad cisss Update jua!! Tahniah author-nim you make ma day with Baekhyun!! ><..Keep Your effort!! Aduhhh semua dah macam tak betul tak sekarang -.-..
balqis_sehun
#4
Chapter 23: sakai punye chanyeol -_- rasa mcm nak hantuk je kepala dia kat dinding...
btw akak!! dah lama giler saya tunggu citer ni update balik!! thanks akak!! ><
JunMyon_ #5
Chapter 22: Update please
Kim_sunyoung #6
Chapter 22: updatee soonn:)
fadhae #7
This is soooo awkward. I can't believe this
ChanBaekLu #8
Chapter 22: Wahhhhhh~~~ comeynya baekhyun aku dalam gambar tu!~~ ahhhhhhhhh! Cukup! Rae,cukup.!
ChanBaekLu #9
Chapter 18: Wahhh~~-nangis- kenapa my Ahn Jae Hyun jadii jaht?